Sepanjang perjalanan ini, Mereka hanya banyak berbual tentang diri masing-masing sahaja. Sedikit banyak sudah ketahui minat apa yg disukai. Cita rasa dan masa lapang yg dilakukan. Lutfi lebih gemar mendengar tentang diri Alia. Baru ia tahu isterinya itu tidak begitu ramai kenalan rapat. Hanya rakan zaman belajar yg masih berada di kampung sahaja. Tidak heranlah Alia bukan gadis seperti di luar sana. Yg lebih gemar bergaul bebas dan selalu keluar siang dan malam. Alia adalah seorang gadis yg sangat tinggi kehormatannya. Lebih pada sesuai menjadi isterinya sekarang.
"Okey, here we go. Sayang.. kita dah sampai ni.." Bersuara Lutfi dengan gembiranya.
Keretanya sudah masuk ke dalam perkalangan sebuah rumah agam kelihatan mewah sekali. Terdapat dua tiang besar di hadapan seperti rumah Dato' Alif Syukri sahaja. Terpegun sebentar Alia melihat keindahan rumah besar seperti ini.
"Huhh? dah sampai? Wauu. besarnya rumah awak.." Jawab Alia dengan kagumnya.
Tidak di nafikan lagi, Lutfi datang dari keluarga yg berada. Jauh dari simpang dengan dirinya ini. Alia hanya mampu mengukirkan senyuman kelat di bibir sahaja. Rasa kerdil sangat untuk berada di sini bersama ahli keluarga Lutfi yg lainnya.
"Ehhh, Tak delah. Ini rumah papa. Lagi pun, rumah ini akan jadi rumah Lia juga nanti. Liakan isteri abang yg tersayang." Balas Lutfi sambil memegang lembut pergelangan tangan Alia.
Dia dapat rasakan tangan Alia sejuk dan mengigil saja. Dia faham semestinya Alia rasa kurang selesa lagi dengan semua keadaan ini. Lutfi akan sentiasa bersama dengannya untuk menempuhi semua ini. Alia layak merasai jalan hidup yg lebih baik di sini.
"Klah, Mari kita masuk ke dalam.. mesti semua orang sudah tunggu kita di dalam."
"Semua orang? Siapa?" Tanya Alia dengan hairannya.
"Awak akan tahu juga nanti sayang. Jum."
Lutfi pun memegang erat tangan kecil Alia sambil memimpinnya untuk masuk ke dalam rumah agam milik papa Lutfi ini. Alia hanya mampu menghela nafas panjang dan sentiasa berada di samping Lutfi.
"Assalamualaikum semua.." Ucap Lutfi dengan lembutnya.
"Waalaikumsalam Luke! Alia. Ya Allah, sampai juga korang berdua akhirnya. Lama kami semua tunggu korang sampai tau" Jawab Kak Dira setelah membuka pintu rumah ini.
Dira terus berpelukan dengan Alia. Rasa rindu sangat walaupun baru sehari mereka tidak bertemu. Kecil saja tubuh Alia. Masih sama saja seperti hari di mana mereka berjumpa buat pertama kalinya. Lutfi turut bersapa dengan Qirash.
"La yeke lama tunggu kak.. Errr, semua dah ada kerr?" Tanya Lutfi dengan gugupnya. Dia pula terasa lebih gelisah jika hendak dibandingkan dengan Alia sekarang.
"Haahh, semua dah ada. kamu tu lambat sangat. Balas Qirash lalu menumbuk sedikit bahu Lutfi. Sengaja dia mahu bergurau senda dengan adiknya ini.
"OK, jum sayang.. kita masuk jumpa mereka." Ujar Lutfi dekat Alia dari tadi hanya mendiamkan diri saja.
Alia masih tidak faham apa maksud mereka bertiga. Dia mengekori langkah Lutfi dari belakang saja. Kelihatan rumah agam ini besar sekali. Ruang dalamannya juga terserlah indah. Lutfi membawa Alia ke sudut yg lebih dalam sedikit. Di situ di mana semua orang sedang berbual sekarang.
"Lutfi! sampai juga kamu akhirnya.." Sapa Dato' Tahir selepas melihat kelibat anak dan menantunya itu.
"Papa.." kata Lutfi sambil bersalaman dengan Dato' Tahir. Selepas itu, Alia turut berbuat perkara sama.
"Haa, Lutfi tak nak perkenalkan isteri kamu ke dekat Opah." Sampuk satu suara di antara mereka semua yg duduk di sofa itu.
"Ha'ahh, Lupa pula..Opah dan semua. Ermm. Ermm. Lutfi mulakan yaa. Assalamualaikum semua. Terima Kasih kerana sudi berkumpul kembali secara lengkap keluarga Tan Sri wahid (datuk Lutfi). Disini Lutfi nak memperkenalkan ahli keluarga baharu kita iaitu isteri tercinta Lutfi , Nur Alia Qisyara Bt Mohd Noor."
Semua orang mula terpaku selepas mendengar nama "Mohd Noor" disebut tadi. Yang paling terkesan adalah opah Lutfi sendiri iaitu Hajah Aminah. Alia semakin malu selepas Lutfi berkata demikian. Lutfi berbisik sesuatu di telinga Alia sebelum dia berjalan mendekati mereka semua. Dia terus pergi bersalaman dengan opahnya Lutfi dahulu selepas itu diikuti ahli keluarga perempuan yg lain pula. Semasa Alia sampai dekat Datin Nafisah. Tangan Alia tidak disambut langsung olehnya. Alia rasa sedikit terkilan tetapi dia tetap teruskan bersalaman dengan saudara yg lain.
"Sudah sayang..?? Meh duduk sini." Tanya Lutfi lalu memanggil Alia duduk di sebelahnya.
Alia hanya membalas satu senyuman kelat. Dia masih cuba untuk menyesuaikan diri dalam keluarga Lutfi sebaik mungkin. Semua orang mula tertumpu ke arahnya. Alia mula rasa tidak selesa dengan keadaan begini. Matanya tidak boleh beranjak daripada memandang ke arah opah Lutfi yg duduk berhadapan dengannya sekarang. Seakan dia mengenali saja wajah opah Lutfi. Tetapi dia mana dia langsung tidak mengingatinya.
"Baiklah. Biar papa teruskan yaa Lutfi." Kata Dato' Tahir dekat Lutfi.
Lutfi hanya mengangguk tanda faham. Alia masih tidak faham apa maksud mereka semua. Dia hanya memandang kosong keadaan di sini sejak dari tadi lagi. Kelihatan suasana mula bertukar sunyi dan sepi. Semua terus memberi tumpuan ke arah Dato' Tahir.
"Nur Alia Qisyara... Sebenarnya anak tunggal dan satu-satunya anak kandung arwah Noor. "
"Apaa??.. salahkah aku dengar ni Along? Tanya Dato' Ghani iaitu adik kepada Dato'Tahir.
"Betulkah semua ini Along? Kamu jangan nak buat cerita pula..." Sampuk Khadijah iaitu satu-satunya kakak kepada mereka berdua.
Mereka yg lainnya hanya mendiamkan diri saja. Ada yg sudah mengetahui semua ini dan ada yg masih tidak faham situasi apakah yg berlaku sekarang ini. Pandangan Alia terus berpaling ke arah Dato' Tahir dan dua orang yg bersuara tadi. Dia masih tidak faham semua ini. Tetiba saja namanya dan arwah ayahnya disebut sekarang. Lutfi mula memegang tangan Alia. Dia dapat melihat riak wajah Alia sudah berubah 100%. Tidak tentu pasal nanti Alia pula yg akan mengamuk.
"Ya benar.. Seperti yg telah dijangka.. Alia telah lama dibesarkan oleh Noor tanpa arwah Lina sejak dia dilahirkan lagi. Abang baru dapat tahu selepas Noor sendiri menghubungi abang untuk khabarkan tentang semua ini. Maafkan abang kerana tidak beritahu kamu semua. Abang cuma takut kalian semua masih tidak boleh terima kehadiran Noor. Sekarang abang rasa sangat berdosa dekat arwah Noor sendiri termasuklah arwah Lina. Abang tidak dapat berbuat apa-apa sebelum mereka pergi."
Dato' Tahir mula rasa sebak lalu meraut kasar wajahnya. Semua orang di situ mula mendiamkan diri dan menundukkan kepala ke bawah. Mereka sangat berduka ke atas pemergian Noor begitu saja.
Mohd Noor merupakan adik angkat kepada Dato' Tahir, Dato' Ghani dan Khadijah selepas Hajah Aminah menjumpai Noor di tepi tong sampah. Hajah Aminah terus membuat keputusan untuk mengambil Noor menjadi anak angkatnya. Noor diberi Kasih sayang bagaikan menatang minyak yg penuh. Sedikit pun tidak kurang dan tidak lebih berkongsi semua ini dengan anaknya yg lain. Setelah itu, Noor dihalau keluar oleh keluarga Tan Sri Wahid kerana ingin mendirikan rumah tangga bersama Alina Medina iaitu ibu kepada Alia. Lina seorang anak yatim piatu dan tidak mempunyai harta kekayaan langsung. Noor jatuh cinta dengan Lina disebabkan ketulusan hatinya semasa menolong Noor ketika Noor mengalami kemalangan teruk. Lina selalu berada di samping Noor sejak dari itu. Noor merayu dan bersujud di kaki Tan Sri wahid untuk meminta restukan hubungan mereka berdua. Tetapi Noor telah dihalau dan tidak boleh jejakkan kaki dirumah Tan Sri wahid kalau dia masih nekad untuk berkahwin dengan Lina. Akhirnya, Noor sanggup hidup dalam kepok kemiskinan untuk berkongsi kasih sayang dengan Lina. Noor langsung tidak melihat harta kekayaan tetapi Noor melihat hari kebahagiannya bila bersama Lina. Mereka membuat keputusan untuk hidup jauh dari bandar besar ini. Noor pergi jauh ke kampung lama Lina, mereka pun mendirikan rumah tangga tidak lama selepas itu . Kehidupan mereka begitu bahagia sekali walaupun hidup dalam serba kekurangan. Dengan keizinan Allah swt, Lina telah disahkan mengandung. Disitulah Noor mula berazam untuk terus bekerja keras demi bakal anaknya lahir nanti. Noor bekerja keras siap malam dan akhirnya dia dapat membeli tanah seluas 4 hektar untuk menjadikan tanaman sayuran. Sedikit banyak dia dapat mengumpul simpanan untuk masa depan bakal anaknya. Dalam kebahagiaan, tersepit satu kesedihan. Jantung Lina terlalu lemah, akhirnya dia membuat keputusan untuk melahirkan dalam keadaan Normal. Lina sanggup korbankan nyawanya demi melahirkan puteri mereka. Sekali nafas terakhir.. Alia pun dilahirkan dengan normal dan sihat tubuh badan. Pertama kalinya seorang Ibu mendengar tangisan bayinya sendiri di dunia ini. Dalam beberapa minit.. jantung Lina pun berhenti berdegup. Noor memberi Lina melihat puteri mereka buat Kali pertama dan terakhir. Lina menghembuskan nafas terakhirnya disisi Noor dan bayi mereka, Alia. Betapa kuatnya Noor selepas kehilangan Lina. Noor tetap kuatkan hati dan jiwanya ingin membesarkan Alia menjadi sihat seperti kanak-kanak yang lain. Diberi kasih sayang yg cukup darinya walaupun tanpa kasih sayang seorang ibu.
"Maafkan papa Alia, Papa tak cari kalian semua selamani. Papa rasa sangat bersalah dekat kamu.. Kalau lah dari dulu papa cari kamu.." Kata Dato' Tahir dengan sedihnya.
Keadaan di rumah agam ini sudah menjadi sunyi dan sayu. Hajah Aminah mula menangis dengan sebaknya. Dia juga rasa kehilangan anak angkatnya itu setelah sekian lamanya. Sedikit pun Hajah Aminah tidak pernah membenci anaknya. Arwah Tan Sri wahid begitu kejam sekali. Apakan daya, arwah suaminya pergi meninggalkan mereka semua terlebih dahulu sebelum meminta maaf dekat arwah Noor dan Lina.
Alia terkesima lalu mendiamkan diri saja. Begitu derita dan perit sekali kehidupan arwah ibu dan ayahnya. Akhirnya, air mata Alia mula mengalir di pipinya.
"Ya Allah, kenapa sekarang harus aku tahu kebenarannya? Kenapa sekarang? Apa salah keluarga aku Ya Allah..kami juga manusia biasa..tetapi sekarang mereka sudah tiada. Tidak berguna lagi mereka rasa bersalah..."
"Ibu.. Ayah.."
Bersuara Alia perlahan. Dia tidak dapat menahan sebaknya lagi. Lutfi terus memeluk Alia untuk menenangkan keadaannya dahulu. Datin Nafisah dan Qairin hanya memandang mereka semua kosong. Sekarang baru mereka tahu kenapa Lutfi beria-ria sangat mahu berkahwin dengan Alia. Sudah tahu tidak berharta mahu juga bernikah perempuan seperti itu.
"Alia..cucu opah.." Panggil Hajah Aminah dengan sayunya.
Khadijah menolong Hajah Aminah bangun untuk pergi ke arah Alia. Dia mahu melihat susuk tubuh cucunya ini secara lebih dekat lagi. Alia hanya memandang ke bawah saja. Dia menolak sedikit tangan Lutfi yg masih cuba menenangkan keadaannya. Mana mungkin dia dapat kawalkan diri selepas mengetahui satu kebenaran yg berat seperti ini. Tidak dapat dihadam dengan akal fikiran langsung.
"Maafkan Opah cuu. Maafkan Opah.."
Alia terus menangis teresak-esaknya. Dia tidak tahan lagi menangung keperitan ini. Mahu saja dia marah dan meraung tetapi fikirannya masih lagi waras. Cuma dia masih tidak dapat menahan kesedihan ini lagi.
"Lutfi, lebih baik kamu bawa Alia berehat dahulu."
Kata Dato' Tahir sambil mengesat sisa air mata di pipinya. Kegembiraan di sini sudah bertukar kepada kesedihan. Tidak gamak dia melihat keadaan Alia begini.
"Baik papa.. Lia, mari kita masuk bilik. Opah.. sudahlah yaa. kita lupakan semua ini. Tak berguna kita kenangkan kembali benda yg sudah lepas."
Alia hanya diam dan terus mendiamkan diri. Air Mata di pipinya masih deras mengalir lagi. Perlahan-lahan Lutfi memimpin Alia masuk ke bilik mereka. Qirash dan Dira turut berlalu pergi untuk mengangkat barang mereka berdua ke bilik.
"Sayang, duduk dulu yaa." Kata Lutfi lalu menyuruh Alia duduk di atas tilam.
Lutfi pun mengambil air kosong dan kotak tisu di atas meja solek. Dia meletakkan kotak itu di tepi Alia kerana Alia tidak mahu mengunakannya. Alia masih dalam tangisannya lagi. Lutfi tidak tahu cara memujuk hati Alia sekarang.
"Hurmm, Sayang.. Tengok muka abang.." pujuk Lutfi lembutnya dekat Alia.
"Sayang.." panggil Lutfi lagi.
"APA? Kenapa semua ni baru saya tahu? Kenapa? Kenapa perlu wujud kehadiran awak! keluarga awak! Sanggup semua orang buat dekat arwah ayah dan Ibu macam tuu.. Kenapa sekarang semua orang baru nak mempedulikan Alia? Sebab Alia anak arwah ayah? Begitukan? Kenapa Sekarang!!" Alia meraung sekuat hati.
Rasa terbeban sangat dengan semua ini. Tidak sampai sebulan arwah Ayahnya pergi sekarang dia perlu menjalani kehidupan dengan keluarga yg sudah membuang ayah dan ibunya. Perit sangat semua ini untuk Alia hadam. Lutfi cuba untuk menenangkan keadaan Alia sebaik mungkin. Tangannya mula memegang kemas pergelangan tangan Alia.
"Alia.. Alia..Alia Qisyara!! Look at me!!" Tengking Lutfi sedikit kuat untuk menarik perhatian Alia.
Alia mula diam daripada terus meronta saja. Alia pun terpaku dan melihat tepat ke arah Mata Lutfi. Mereka berdua mula menatap anak mata masing-masing. Keadaan di situ mula bertukar sunyi dan sepi saja.
"Bawa bertenang Alia.. Semua ini terjadi atas kehendak-Nya. Yang lepas biarlah berlalu. Papa dan keluarganya nak tebus balik dosa mereka. Maafkan mereka semua.. Allah Swt maha pengampun dan penyayang. Sedangkan Allah swt mengampunkan segala dosa umatnya apatah lagi manusia. Lia, Abang minta maaf sangat buat Lia tanggung besan semua ini..Abang cuma mahu Lia maafkan mereka semua. Jangan berdendam sayang.. Arwah Ayah dan ibu pasti sudah lama memaafkan mereka semua." Nasihat Lutfi lalu mengusap lembut pipi Alia.
Tidak gamak dia melihat mata sembab Alia sekarang. Titisan jernih ini tidak boleh berhenti daripada mengalir. Alia hanya mengangguk tanda faham. Lemah saja dirinya rasa sekarang. Dia terus memeluk tubuh Lutfi dengan erat sekali. Tangisan Alia masih kedengaran syahdu di malam ini.
"Menangislah Lia.. menangis sepuasnya. Maafkan abang sebab buatkan Lia masih sakit dengan semua keadaan ini." Nguman Lutfi lalu mengusap lembut belakang Alia.
Share this novel