Bab 14

Drama Series 71241

Sambutan ini di sambut meriah sekali di pihak sebelah perempuan. Ramai orang yg menghadiri majlis pernikahan mereka kecuali mama dan kakak Lutfi sahaja. Alia mula terasa sedikit hairan kerana sanak-saudara sebelah Lutfi yg hadir ke sini hanya segelintir sahaja. Selebihnya Alia tidak nampak pula.

"Awak, kakak dan mama awak tak datang?" Tanya Alia biasanya kerana dia tidak mahu Lutfi rasa sedih pula dengan pertanyaannya ini.

Lutfi hanya tersenyum biasa sebelum memulakan perbicaraannya ini. Sedikit pun dia tidak rasa marah dan geram. Melihat wajah yg mengharap isterinya ini membuat hatinya rasa sebak. Sudah tentu Alia hairan kenapa waris penting tidak hadir ke sini.

"Kakak dan mama saya pergi overseas.. So, untuk majlis pernikahan ni mereka tak hadir. Maybe, majlis resepsi dekat sana nanti mama dan kakak ada sekali." Jawab Lutfi tidak begitu yakin dengan percakapannya ini.

Lutfi tidak boleh berjanji kosong dengan Alia. Dia juga berharap mereka berdua akan berada di hari bahagianya ini. Qairin dan Datin Nafisah tidak bersetuju langsung dengan keputusan Lutfi ini. Mereka memarahi Lutfi untuk tidak mengikut semua kemahuan Encik Noor. Cerita sebenarnya Alia masih tidak tahu semua ini lagi. Segalanya adalah berkenaan tentang keluarga ayahnya. Lutfi akan menjelaskan semua itu selepas mereka berkumpul bersama di rumah Lutfi nanti. Biarlah dia menghalalkan dulu hubungannya dengan Alia.

"Okey, Raja Dan puteri sehari, Tengok sini and say cheese.." kata Qirash kepada mereka berdua.

Tanpa teragak lagi, Lutfi terus menarik Alia rapat dengannya. Alia rasa terkejut sedikit lalu menolak dada Lutfi dengan pantasnya. Lutfi mula memandang Alia dengan hairan. Cepat saja reaksi isterinya ini bila dilakukan seperti ini.

"Ehhh, Maaf awak.. saya terkejut awak tiba-tiba je buat macam tuu.." Jawab Alia dengan takutnya. Rasa bersalah pula dia menolak Lutfi kasarnya.

"Owhh, maaflah, saya yg buat awak takut tadi. Now, may I touch you?" Kata Lutfi sambil meminta izin dahulu dekat Alia.

Lutfi tidak mahu buat Alia terkejut lagi. Mungkin selepas ini dia akan terbiasa dulu barulah Lutfi boleh buat sesuka hatinya. Banyak juga gaya yg mereka berdua lakukan. Qirash dan Mira yg melihat telatah mereka berdua hanya ketawa kecil saja. Pada mulanya mungkin keadaan ini akan kekok sedikit. Selepas ini makin akrablah hubungan mereka berdua ini.

"Awak, saya nak ke dalam sekejap. tunggu sini yaa." Pinta Alia lembutnya cuba meleraikan pergelangan tangan Lutfi pada tangannya. Erat saja Lutfi mengenggam jari-jemarinya.

"Ermm? Nak buat apa kat dalam.. saya nak ikut boleh?" Kata Lutfi sambil memuncungkan mulutnya ke arah Alia. Rasa tidak mahu saja dia membiarkan Alia pergi sendiri.

"Sekejap saja.. Tak payahlah nak ikut.." Jawab Alia sedikit garang nadi suaranya itu. Malas dia mahu layan kerenah manja Lutfi tidak kena dengan waktunya.

"Ermm, baiklah..cepat tau.. nanti rindu.." Bisik Lutfi nakalnya dekat telinga Alia.

"Hishhh. Ada-ada sajalah awak ni...Werkk!!" Balas Alia sambil berlari anak masuk ke dalam rumah.

"Ehh, dia nih. Nak bersweet pun tak oleh? Malam nanti siaplah kau Alia.." Plan Lutfi siap-siap mahu kenakan Alia nanti. Tidak sabar dia menanti pada wakru malam.

Sampai saja di dalam biliknya, Alia menutup rapat pintu bilik itu. Dahinya mula berkerut sedikit. Alia berjalan menuju ke arah laci meja soleknya. Terhuyung-hayang badannya menahan imbangan.

"Ya Allah, kenapa tetiba sakit ni? Bukankah aku sudah makan ubat tadi?" Nguman Alia seorang diri. Alia mula mengetap kuat bibirnya.

"Aduh!!!"

Ngadu Alia selepas memegang pinggangnya yg mula rasa sakit itu. Sakitnya itu semakin rasa ngilu dan perit saja. Rahsia terbesar yg Alia masih simpan sepanjang hidupnya ini belum diketahui oleh orang lain lagi. Hanya dirinya saja yg merasai kesakitan ini. Disebalik senyuman riang itu tersimpan satu keperitan yg dia sendiri tidak boleh ungkapkan.

Tabahlah Alia, harini saja...semakin lama, sakitnya semakin menjadi-jadi.. Aku tidak mahu orang lain tahu tentang sakitku ini. Selama ini, cukuplah semua org risau tentang diri ini. Biarlah aku tanggung sendiri sakit ini. Aku yg laluinya dan bukannya orang lain.

"Tok..tok.."

Tetiba sahaja Lutfi mengetuk bilik Alia. Bilik Alia sudah menjadi bilik pengantin mereka berdua.

"Sayang... Buat apa dekat dalam tuu? boleh Abang masuk tak?" Tanya Lutfi lembutnya. Mahu saja dia terkam masuk tetapi Lutfi risau jika Alia membuka auratnya. Jadi biarlah dia rasa selesa dulu dengan semua ini.

"Seke..jap. Jan.gan ma..suk lagi.." Jawab Alia dengan gagapnya cuba menahan sakit di pinggangnya ini sebaik mungkin. Alia mengenggam kuat cadar di atas katil itu.

"Lia, Awak okay ker tidak ni?" Tanya Lutfi lagi selepas mendengar nada suara Alia berubah sedikit. Tanpa berfikir panjang lagi, Lutfi terus membuka pintu bilik itu.

"Alia!!"

Panggil Lutfi selepas melihat Alia sedang duduk bersimpuh sambil memegang pinggangnya di tepi katil.

"Ya Allah, Sayang.. sayang OK tak ni? Nak Abang bawa pergi hospital tak?" Tanya Lutfi dengan takutnya sambil memegang muka Alia yg pucat itu. Risau Lutfi melihat diri Alia menahan sakit pada tubuhnya sendiri.

"Awak.. sa..ya OK lah. jangan risau lah.. sakit pe..rut je nihh!!" Jawab Alia untuk menyembunyikan rahsianya itu kepada Lutfi. Mana mungkin dia berterus terang semua ini terhadap Lutfi. Dia tidak mahu menyusah sesiapa lagi.

"Tak! awak tak ok! Mari saya bawa awak pergi Hospital Sekarang." Balas Lutfi dengan tegasnya.

Belum sempat dia mengangkat tubuh Alia, Alia susah bangun berdiri. Alia mula memandang tajam ke arah Lutfi.

"Kan saya kata saya OK! oklah! tak ada apa-apa. Yang awak sibuk sangat ni dah kenapa?!!"

Jawab Alia dengan nada suara yg agak tinggi. Ia masih cuba untuk menahan sakit itu sebaik mungkin. Amarah mula terkumpul di lubuk hatinya apabila Lutfi selalu memaksanya begini. Alia tidak dapat membuat satu keputusan yg benar ketika ini. Lutfi hanya terkedu dan memandang ke arah Mata Alia. Seolah ada sesuatu yg Alia sembunyikan daripadanya saja. Mereka berdua hanya mendiamkan diri beberapa minit. Masing-masing tidak tahu mahu bercakap apa lagi. Alia hanya menundukkan kepalanya ke bawah sahaja. Dia mula rasa bersalah apabila meninggikan suaranya terhadap Lutfi. Lutfi sekarang adalah suaminya yg sah. Jadi, Lutfi berhak bersikap tegas dengannya sekarang.

"Kalau awak sakit.. awak duduklah dalam bilik.. rehat secukupnya. Kalau ada apa-apa nanti panggil saya. Jangan diamkan diri seperti ini. Biar saya saja layan semua tetamu itu. Jangan risau." Bersuara Lutfi yg memulakan dahulu percakapan ini semula.

Sebelum Lutfi melangkah keluar. Pantas saja Alia memegang tangannya. Mereka berdua terus menatap wajah masing-masing.

"Abang.. Maafkan Lia sebab marahkan abang tanpa sebab.. Lia tak nak Abg risau tentang Lia.. Lia sihat sahaja Abg.." Ujar Alia tidak beranjak dari menatap dalam anak mata Lutfi.

Kali pertama, dia memandang Lutfi penuh makna seperti ini. Belum sempat Alia menangis kerana hal tadi, Lutfi terus memeluk tubuh kecil Alia. Sekarang, Alia benar berada di dalam dakapannya. Alia hanya tergamam dengan tindakan spontan Lutfi terhadapnya. Lutfi terus mengeratkan pelukan ini lagi.

"Abang sayangkan Lia sangat-sangat. Abang tak nak apa-apa berlaku dekat Lia. Kalau Lia ada masalah.. kongsi lah dengan Abang.. Abang sentiasa ada untuk Lia. Abang kahwin dengan Lia sebab awak nak jadi pelindung Lia selamanya..Kalau Lia sakit..abang juga rasa sakit tau" Bisik Lutfi ikhlasnya di sebelah telinga Alia. Tangan Lutfi mula mengusap lembut belakang Alia. Rasa tenang saja dia berada dalam keadaan begini dengan Alia.

Air mata Alia mula berlilingan keluar dari kelopak matanya. Dia tidak dapat menahan sebak dengan kata-kata Lutfi itu. Betapa sayangnya Lutfi dekat dia. Padahal dia langsung tidak mengenali Lutfi. Tanpa sedar, Alia pun membalas pelukan Lutfi itu. Alia mula menangis semahunya di dada Lutfi. Sakit di pinggangnya semakin berkurangan kerana adanya Lutfi di sisinya. Lutfi menghilangkan sedikit rasa peritnya ini.

"Sayang.. dah.. jangan nangis. Habis make-up up tu nanti.. nasiblah mereka make-up sikit saje." Pujuk Lutfi lembutnya untuk meredakan tangisan Alia.

Dia mula tertawa melihat wajah kemerahan Alia selepas menangis itu. Lembut saja sentuhan ibu jari Lutfi mengesat sisa air mata di wajah Alia. Alia terus memberi senyuman manis dekat Lutfi. Pandai saja Lutfi memujuk hatinya ini.

..........................................................................

Sebelum berakhirnya majlis pernikahan dan majlis sanding di pihak perempuan ini Dato' Tahir , Qirash dan Dira berjumpa dengan mereka berdua dahulu.

"Luke, Alia.. Tahniah yee.. Selamat pengantin baru.. papa harap hidup kamu berdua sentiasa bahagia di dunia mahupun di akhirat nanti. Ingat, kalau ada apa-apa masalah. Bawa berbincanglah.. jangan ikut perasaan sangat. Papa harap Luke boleh jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami yg baik kepada Alia. Jangan tunjuk sangat perangai menyakat kamu tu Luke!" Nasihat Dato' Tahir sedikit banyak dekat anaknya ini. Dia rasa bersyukur Alia adalah jodoh terbaik untuk Lutfi.

"Hehehe. Baik Papa.. terima Kasih untuk majlis harini.. kirim salam kat mama dan kakak ya nanti.. Papa pulang baik-baik.." Balas Lutfi sambil memeluk tubuh ayahnya itu. Alia turut melakukan perkara yg sama. Rasa kekok saja berbuat begitu dengan bapa mentuanya ini. Tetapi dia tahu papanya ini sangat baik orangnya.

"Alia!!! Jangan lupa tau nanti kita ada majlis resepsi lagi.. Janganlah diet sangat badan tu.. nanti akak tak tahu saiz badan Alia.." Kata Kak Dira sambil bermanja dengan Alia dahulu. Seronok dia melihat Alia sudah bergelar isteri Lutfi yg sah sekarang.

"Baiklah akak.. Lia tak akan diet lagi.. Akak , abang Qirash Dan Papa pulang baik-baik ya? terima kasih untuk majlis ini." Ujar Alia dengan malunya. Senyuman manis saja dia berikan kepada mereka.

"Sama-sama Alia. Lepas ni Alia anak papa juga. Baiklah..kirim salam dekat Mak kamu. Dia masih sibuk melayan tetamu tu.. Kami pergi dulu.. Assalamualaikum." Jawab Dato' Tahir sebelum mereka melangkah pergi.

"Bro, Selamat pengantin baru.. Kau jangan nak gelojoh sangat malam nanti. Ambil masa OK?" Bisik Qirash dekat telinga Lutfi. Mereka berdua menjarakkan diri sedikit supaya para isteri mereka tidak mendengar perbualan ini.

"Ishh Abg ni... ke situ pula." Marah Lutfi dengan perangai abangnya ini.

"Btw thanks OK. Tolong support aku selamani.." Tambah Lutfi lagi sambil bersalaman dengan abangnya.

"No hal.. Dah jum Ayang... kita gerak dulu.." Balas Qirash mula memegang tangan isterinya itu. Lagi dibiar semakin lama ia akan berbual dengan Alia. Biasalah perempuan bila ketemu perempuan. Kalau tidak berlakunya jejak kasih tidak sah.

"Selamat jalan semua.." Kata mereka berdua serentak setelah semuanya sudah beransur pulang.

"So, isteri abang mesti letihkan harini? Pergilah bersihkan diri dulu.. Abang nak tolong mak kejap." Bersuara Lutfi selepas melihat Alia mula berpeluh dan rasa tidak selesa saja.

Sibuk saja tangan Lutfi mengesat peluh di dahi Alia. Tersenyum Alia dengan tindakan spontan Lutfi selalu.

"Baiklah..saya masuk dalam dulu yaa..Nanti saya tolong awak pula.." jawab Alia dengan malunya selepas Lutfi dari tadi lagi tidak lepas dari memegang tangannya erat sekali.

"OK!!. Ada peneman baru best." Balas Lutfi dengan semangatnya.

Usai saja Alia selesai membersihkan diri. Dia termenung sebentar di depan almari bajunya itu. Dia melihat beg bagasi milik Lutfi sudah berada di dalam biliknya. Semua pakaian Lutfi masih belum dikemaskan lagi. Pandangan Alia mula beralih di dalam almari bajunya pula. Tangannya mula mencari baju yg sesuai untuk dipakainya.

"Hmm, nak pakai baju apa nii? Takkanlah aku nak pakai baju budak-budak ni lagi? Kau dah kahwin kot Alia". Nguman Alia masih tidak dapat mencari baju yg sesuai lagi.

"Alaa, Kat rumah je pun pakai jelah t-shirt lengan panjang dengan seluar trek then, pakai jelah tudung shawl selempang tepi.. jadi Neelofa sikit..gitu. Nama arwah ayah pun sudah seiras nama ayah Neelofa..Hee." Merapu Alia seorang diri. Sibuk saja dia bersiap dahulu kerana kemudian giliran Lutfi pula.

Alia pun keluar rumah untuk menolong Mak Senah membersihkan semua peralatan yg digunakan untuk memasak makanan majlis tadi. Selalunya akan ada beberapa pakat orang kampung untuk majlis ini. Alia sudah biasa menolong mereka semua.

"Mak!!" Tegur Alia dekat Mak Senah selepas melihat ia sedang membersihkan periuk.

"Ha'ahh Alia, Alia buat apa dekat sini? Dah tukar baju? cepatnya.." Tegur Mak Senah dekat Alia. Selalunya pengantin akan pergi bersua gambar dahulu tetapi lain pula dengan Alia.

"Hmm.. Lutfi suruh Lia bersihkan diri. Lia ikut je lah. Meh sini periuk tu biar Lia tolong cucikan." Jawab Alia sambil melipat lengan bajunya ke atas sedikit untuk memudahkan kerjanya menolong Mak Senah nanti.

"Mak, biar Lutfi dan Alia tolong bersihkan semua ni." Sampuk Lutfi dari arah belakang Alia.

Baru sekarang dia munculkan diri. Aku sendiri pun tidak tahu dia ke mana tadi. Mungkin baru lepas berbual dengan Fahmi.

"Kamu berduakan pengantin baru. Biarlah Mak selesaikannya." Balas Mak Senah dekat mereka berdua. Sibuk saja mereka nak bersihkan semua ini. Padahal hari ini hari bahagia mereka.

"Tak pa lah Mak, Lutfi boleh selesaikan.. Lagi pun tak salahkan pengantin baru ni nak buat kerja sama-sama." Jawab Lutfi dekat Mak senah sambil memandang ke arah Alia. Dia harap Mak Senah faham apa maksudnya ini.

Sengaja dia mahu lakukan semua ini bersama Alia. Alia terus memandang ke arah lain. Malu rasanya disebabkan dengan kata-kata Lutfi itu.

"Hmmm. baiklah. memaksa je kamu berdua ni.. Alang-alang dah nak tolong tu.. Siapkan semua lah yee?" Ujar Mak Senah lagi. Ringan sikit tulang belakangnya ini.

"Baiklah mak! Lutfi akan selesaikan." Jawab Lutfi dengan semangatnya.

Sudah lama dia tidak melalukan kerja berat seperti ini. Alia hanya tersenyum melihat telatah Lutfi itu. Entah kenapa hatinya mudah terhibur bila Lutfi berbuat demikian.

"kalau yee pun, Pergilah tukar pakaian dulu... tak kan Abang nak membersih pakai macam tuu." Bersuara Alia dengan lembutnya. Bibirnya tidak lepas dari melenturkan senyuman.

"Apa? Abang? yeayy!! Finally.. baik Sayang.. tunggu Abang yaa? nanti kita buat sama-sama tau." balas Lutfi dengan manjanya. Seronok dia mendengar Alia memanggilnya 'Abang'. Tanpa disuruh dan dipaksa langsung.

"Ishhh. dah la. Ngada-ngada jaaa. Cepatlah tukar baju tu."

Marah Alia selepas melihat wajah nakal Lutfi berikan kepadanya. Tidak habis-habis dengan perangai menyakatnya ini.

"Yee Boss! wait yaa!!" Lutfi terus berlari masuk ke dalam rumah. Tidak sabar dia mahu membersih dengan Alia nanti.

"Hmm.. Lutfi.. Lutfi.."

Alia terus tertawa sendiri. Kelakar saja sifat Lutfi ini. Untung dia mendapat seorang suami yg sangat kelakar dan faham keadaanya ini. Alia akan cuba menerima diri Lutfi di dalam hidupnya. Cincin dan gelas emas masih kemas di pakainya di tangan dan jari manis. Semua ini adalah pemberian Lutfi sendiri. Ini adalah kali pertama dia diberi layanan istimewa oleh seorang lelaki. Lelaki yg sudah bergelar suaminya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience