Bab 19

Drama Series 71241

"Alia..."

"Ayah.. Ibu.."

Panggil aku sekuat hati. Aku pun pergi berlarian seperti anak kecil yang dahagakan kasih sayang ke arah kedua ibu bapa aku. Aku terus memeluk mereka berdua dengan erat sekali. Tidak mahu dilepaskan pelukan ini sampai bila-bila. Aku amat merindui semua ini. Sukar untuk aku melepaskan mereka pergi lagi. Biarlah pertemuan ini kekal selamananya.

"Sayang anakku Nur Alia Qisyara, pandang sini.."

Bersuara ibu lalu memegang lembut kedua belah pipi aku. Buat pertama kalinya aku melihat dan menatap wajah ibu. Sungguh suci dan bersih sekali. Rupa paras ibu sangat menawan bila mata memandang. Satu senyuman manis mula terukir di wajah ibu. Ibu memegang erat kedua belah bahu aku. Ayah juga memegang kedua pergelangan tangan aku. Wajah ayah tidak ubah seperti hari terakhir di mana aku melihatnya pada waktu subuh semasa kami solat berjemaah buat kali terakhir. Bersih dan suci seperti ibu.

"Alia, dengar sini sayang.. janganlah kamu berdendam dengan masa silam ayah dan Ibu. Semua itu sudah menjadi ketentuan dan ujian dari Allah Swt. Ayah dan ibu tidak pernah mengeluh selepas diuji dengan begitu berat sekali. Percayalah, Ayah dan ibu bahagia nak..hidup dengan kehidupan serba kekurangan. Kekayaan bukanlah segalanya. Erti satu kemaafan dapat mengukirkan sejuta kebahagiaan."

"Nur Alia Qisyara. Ibu bangga dengan kamu nak, Maafkan ibu tak dapat nak jaga kamu selamani. Kamu sangat kuat orangnya. Hati kamu sangat suci dan cekal sekali. Gunakanlah jiwa bersih kamu untuk memaafkan orang lain. Jangan pernah kita berdendam dengan apa yg telah berlaku. Ibu dan ayah sentiasa ada di dalam hati dan jiwa kamu."

Air mata Aku mula mengalir dengan deras sekali selepas mendengar kata-kata hikmat daripada kedua orang tua ku ini. Sesungguh mereka adalah hamba Allah swt yg baik dan pemaaf orangnya. Disebabkan itulah orang yg baik seperti mereka di angkat darjatnya dahulu. Aku mahu sangat mengikuti mereka sekali. Aku mahu berada di sisi mereka.

"Ibu... ayah.. bolehkah kita bersama lagi?" Itu saja soalan yg mampu Alia keluarkan setelah sekian lama ia menanti semua ini.

"Maafkan kami Alia..."

"Perjalanan hidupmu masih panjang.. Gunakanlah sebaik mungkin. Jangan pernah lupa kepada Yang Maha Esa dan Pemilik Sekian Alam." ujar Encik Noor dengan lembutnya.

"Jadilah sebaik-baik wanita menurut Rasulullah Saw. Ibu percaya Alia mahu tanggani semua ini. Alia seorang anak yg kuat dan tabah mengharungi semua ini." Pesan Puan Lina buat kali rerakhir buat Alia.

Aku masih tidak dapat menahan tangisan ini. Aku tidak mahu melepaskan mereka pergi lagi. Tiba-tiba, kelibat ibu dan ayah semakin menjauh. Aku tidak dapat mengapai bayangan mereka lagi. Mereka mula melambaikan tangan ke arah aku. Jauh dan semakin jauh. Aku cuba mengejar tetapi langkah aku terlalu perlahan. Seolah semua ini di kawal oleh seseorang.

"IBU!!!! AYAH!!! Jangan tinggalkan Lia seorang diri!! Lia tak kuat..IBU!! AYAH!!"

"Ya Allah, Alia.. Alia.. sedar sayang.. Abang ada ni.. tolong sedar.."

Bersuara Lutfi selepas terkejut melihat Alia tak henti-henti memanggil nama kedua ibu bapanya walaupun masih dalam keadaan tidur. Air Mata di pipi Alia dikesat lembut oleh Lutfi. Alia masih lagi tidak sedarkan dirinya. Mulutnya tidak berhenti meracau dan memanggil nama ibu dan ayah. Tanpa membuang masa lagi, Lutfi terus menarik Alia ke dalam dakapannya untuk menenangkan Alia dahulu.

"Bawa mengucap Sayang.. Ingat Allah." Bisik Lutfi di sebelah telinga Alia.

Bibirnya tidak lepas dari berdoa kepada tuhan supaya Alia sedarkan diri semula. Akhirnya , Alia mula bertenang semula. Perlahan-lahan dia membukakan matanya itu. Orang pertama yang ia nampak sekarang adalah Lutfi. Yaa, badannya masih berada di dalam dakapan Lutfi.

"Lia..Lia tak apa-apa?" Tanya Lutfi luah rasa lega sedikit melihat Alia sudah sedarkan diri.

Tangannya mula membelai helaian rambut Alia yg masih menutupi wajahnya itu. Berpeluh dan panas saja badan Alia. Mungkin disebabkan oleh gangguan mimpi tadi.

"Lia bermimpi tadi..?? Terkejut abang tetiba saja Lia menjerit.."

"Abang.. Lia takut.." Perkataan pertama yg keluar dari mulut Alia.

Air mata mula mengalir di wajahnya semula. Lutfi cuba membetulkan kedudukan Alia dahulu. Dia terus bangun untuk menuangkan air kosong ke dalam gelas. Alia perlukan tenaga dahulu sebelum berkongsi cerita dengannya.

"Kenapa nak takut.. Abang adakan? Abang akan lindungi Lia sampai bila-bila. Kuatkanlah diri Lia. Kita berdua sama-sama hadapi semua ini. Lia bermimpi lagi tentang ibu dan ayah?" Tanya Lutfi semula lalu memberikan gelas air kosong itu kepada Alia.

"Cubalah sayang kongsi dengan abang. Abang akan setia mendengarnya." Kata Lutfi lagi ingin sekali Alia luahkan segalanya yg di sembunyikan olehnya itu.

Lutfi terus menarik kerusi di meja solek untuk duduk secara berhadapan dengan Alia. Sekarang, Lutfi betul-betul mahu mendengar cerita Alia. Alia menatap dalam wajah Lutfi dengan tenangnya. Entah kenapa suaminya ini begitu tertarik dengan kisah hidupnya. Padahal tidak ada yg menarik perlu ia kongsi dengan Lutfi.

"Maafkan Lia menyusahkan abang.. Lia tak layak untuk dapatkan semua ini... walaupun baru sekarang Lia tahu kehidupan Ayah dan ibu... Lia rasa Lia hanya layak hidup seperti manusia biasa saja. Ayah dan ibu sentiasa beri semangat dekat Alia. Lia harap abang faham.." Kata Alia sambil memegang tangan Lutfi dengan eratnya.

"Lia... Abang tak pernah menganggap ini semua satu keberatan bagi abang. Malah, tidak mungkin semua ini satu beban yg berat. Kalau Lia nak tahu.. Selepas papa cerita semuanya dekat abang. Abang terus tanamkan semangat untuk melindungi Lia dari sebarang masalah dan kesulitan dalam hidup Lia. Jangan pernah Lia rasa bersalah dengan abang. Abang sayang sangat dekat Lia. tolong benarkan Abang isi kekosongan di dalam hidup Lia." Balas Lutfi dengan sayunya.

Dia memegang kepala Alia agar Alia faham dengan semua ini. Air mata Alia kembali mengalir di pipinya. Tiada satu perkataan yg dapat ia katakan lagi. Begitu ikhlas Lutfi menerima hidupnya ini.

"Shuu..shuu.. dah-dah.. Jangan nangis. Abang tak suka tengok sayang macam ni. Mana perginya Alia Qisyara yg manis dan menawan orangnya. Garang pula tu..Sekarang hati tu dah jadi tisu." Pujuk Lutfi sambil mengesat lembut sisa air mata di pipi Alia.

"Mari kita solat subuh jemaah bersama-sama. Lepas tu.. kita akan berbincang tentang majlis resepsi kita."

Tambah Lutfi dengan gembiranya. Alia terus memberikan senyuman manis kepada Lutfi. Suami yg ia akan cuba mendalami cintanya sepenuh hati. Mungkin Tuhan sudah aturkan jalan yg lebih indah untuknya selepas ini. Alia semakin percaya yg Lutfi adalah takdir tuhan yg sangat sempurna sekali untuknya.

................................................................................

Hari ini, Lutfi sengaja melewatkan waktu sarapan pagi di bawah. Dia mahu mendengar cerita Alia selepas usai sahaja solat subuh dan baca Al-Quran tadi. Pada masa yg sama juga Lutfi banyak belajar bacaan yg salah dari Alia. Lutfi tidaklah lelaki yg sempurna. Dia masih ada kekurangannya berkaitan agama. Tetapi, Lutfi akan cuba yg terbaik untuk menjadi imam yg bagus buat Alia. Dia beruntung mempunyai seorang isteri yg menawan dan sekali pakej 'ustazah' dalam diam. Seronok Lutfi mendengar bibit bacaan merdu ayat suci Al-Quran yg keluar dari mulut Alia.

"Sayang ready?" Tanya Lutfi selepas selesai menyarungkan baju T-shirt jenama Adidas ke badannya.

"Abang.. Lia masih tak pasti..." Belum sempat Alia habis bercakap Lutfi terus menyampuk.

"Ingat. Abang sentiasa ada di samping Lia. Kuatkan semangat. Inshallah, segalanya akan dipermudahkan."

"Baik abang..." Jawab Alia sambil membetulkan tudung bawalnya lalu di pinkan di tengah saja.

Baju t-shirt berlengan panjang dan seluar palazo menjadi pilihannya. Alia sudah biasa berpakaian begini. Tambah pula Lutfi tidak pernah kisah dia memakai apa pun. Asalkan auratnya saja yg boleh Lutfi melihat. Orang lain haram.

"Ermm..Dekat rumah pun isteri Abang sangat cantik. Tambahkan pula bila majlis resepsi nanti." Puji Lutfi lalu berjalan mendekati Alia.

"Ehh,Tak de lah macam tu.. Lia biasa ja. Marilah turun. Manti mereka menunggu kita pula." Jawab Alia dengan manisnya.

"Baiklah. Ajum..." Lutfi pun memegang tangan Alia. Syukur sangat mood Alia baik sahaja hari ini.

"kuatkanlah hati Alia ya Allah..." Berdoa Lutfi pada masa yg sama. Hatinya yg rasa berdebar sekarang.

"Huh? Baru nak turun.. ingatkan biar matahari terpacak dekat kepala baru ingat dunia." Perli Datin Nafisah dekat mereka berdua selepas dia berselisih dengan mereka di tangga.

"Mama!! apa ni. Luke Dan Lia dah lama bangun. Lagipun kami dah besar kami tahulah apa yg kami lakukan."

Marah Lutfi dekat mamanya itu. Suara mula menjadi garau sedikit. Geram saja Lutfi dengan tingkah laku mama dan kakaknya sejak akhir-akhir ini. Ada saja yg tidak kena dengan mata mereka. Sekali dengan Alia mendapat tempiasnya. Semua ini bukan salah Alia.

"Abang..." Panggil Alia sambil mengelengkan kepalanya.

Alia tidak mahu Lutfi bertekak benda yg tidak penting. Dia faham mama Lutfi masih tidak boleh menerimanya lagi. Lutfi menghela nafas panjang. Nasib saja ada Alia membuatkan hati Lutfi kembali lembut. Kalau tidak sampai ke sudah dia berbalah dengan mamanya.

"Dah sayang, Mari kita ke meja makan." Lutfi terus menarik tangan Alia dan berlalu dari situ.

"Gelilah aku. Ewww, Dengan perempuan miskin tu pun anak aku masih nak bersayang-sayang bagai. But now, anak aku dah jadi kurang ajar ehh sekarang. Ilmu apalah yg kau pakai budak." Ujar Datin Nafisah seorang diri.

Meremang bulu romanya bila melihat Alia tadi. Semakin lama hatinya rasa geram saja melihat Alia sudah bertandang ke sini. Langsung tidak sesuai dengan Lutfi.

"Assalamualaikum semua." Tegur Lutfi dekat mereka semua yg berada di meja makan itu.

"Waalaikumsalam, Luke , Alia. Jemputlah duduk. Jawab Dato' Ghani merupakan Pak su mereka.

Mereka yg lain juga menyambut baik kedatangan Lutfi dan Alia ke meja makan ini.

"Okey.." Balas Lutfi sambil menarik tempat duduk untuk Alia dahulu.

"Ehh, tak payah susah-susah. Lia boleh buat sendiri." Bersuara Alia dengan malunya selepas Lutfi berbuat begini.

"Tak pe lah. Abang buat untuk Lia."

Semua mata hanya memandang ke arah mereka berdua. Hanya kedengaran gelak ketawa saja apabila melihat telatah comel suami isteri itu. Alia terpaksa menebalkan wajahnya kerana masih malu untuk berada di sini.

"Now, Jemput makan semua."

Kata Dato' Tahir dengan kuatnya.

"Yaa silakan semuanya. selamat menjamu selera."

Tambah Hajah Aminah dengan gembiranya. Bahagia dapat merasai suasana indah seperti ini lagi. Sinar kebahagiaan mula bersinar dengan kewujudan Alia di sini. Hajah Aminah mula terkenang kenangan lama apabila melihat wajah Alia seakan wajah Lina dan Noor. Sejuk mata bila memandang.

"Sayang nak apa biar abang ambilkan." Tanya Lutfi selepas melihat Alia begitu segan dengan layanan mesra keluarganya ini.

"Apa-apa pun boleh..."

"Okey!!. Ni nasi goreng Opah buat tau? Cuba rasa dulu. Kalau sedap tambah lagi." Kata Lutfi sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan Alia.

"Opah buat?" Tanya Alia lalu memandang ke arah Hajah Aminah.

Tersentuh bila dia dapat tahu Hajah Aminah yg sediakan sarapan ini sedangkan umurnya sudah mencecah abad.

"Yaa cuu.. Opah masakkan nasi goreng tuu. Lutfi sangat gemar nasi goreng ni. Dari kecil hingga besar dia tidak jemu dengan masakan Opah."

"Heee, ada sajalah Opah ni...malu Luke tau.."

Jawab Lutfi sudah merah wajahnya. Alia hanya ketawa melihat telatah Lutfi yg comel ini. Seronok dia mendengar cerita Hajah Aminah sedikit banyak tentang perangai Lutfi yg sebenarnya. Semua orang di meja makan ini turut kusyuk mendengar semua Opah. Pada masa yg sama juga Alia mula rasa selesa dengan ahli keluarga Lutfi. Dia menjawab segala soalan yg telah ditujukan oleh mereka seperti biasa.

"Good morning y'all!!"

Sapa satu suara yg hening di tepi Alia. Qairin terus menarik kerusi dan melabuhkan diri di sebelah Alia. Hanya senyuman sinis dia berikan kepada perempuan kampung seperti Alia. Semua orang terus mendiamkan diri selepas di tegur oleh Qairin.

"Ermm..Lewatnya kamu bangun Qai. Apa nak jadi dengan kamu ni haa. Hormat sikit tetamu kita semua di sini."

Tegur Dato' Tahir dekat anak perempuannya ini. Perangainya tidak ubah seperti dahulu. Terlalu bebas dengan dunia luar sampaikan lupa waktu bersama keluarga sendiri.

"Alah , papa ni . Lewat sejam je kot. Itupun nak bising bagai. Chill ahh."

Ada saja perkataan kasar yg Qairin gunakan. Dia langsung tidak mempeduli semua ahli keluarganya di sini. Yang pasti dia sangat tidak suka bila Alia juga berada di sini. Melihat gaya kampung yg diperagakan oleh Alia sudah mematikan moodnya hari ini.

"Kau bercakap dengan Papa. Ingat tu, Jangan kurang ajar sangat." Tegur Lutfi dengan marahnya.

Orang lain mungkin tidak akan tegur perangai Qairin tapi tidak untuk Lutfi. Ada saja yg tidak kena dengan matanya bila melihat tingkah laku biadap kakaknya ini.

"Heh!! kau pa hal Luke. Wau, sekarang dah pandai ehh kau tegur aku. Sejak bila jadi baik ni?? Owhh sejak dengan 'Slut girl' ni kan?" Perli Qairin lalu memandang ke arah Alia dari atas sehingga bawah.

Alia hanya menunduk rapat kepalanya ke bawah. Tidak tahu mahu senyum atau tidak sekarang. Dia terpaksa mengawal riak wajahnya di depan mereka semua.

"Slut girl'? Allahuakhbar.. janganlah menangis Alia. Jauh benar semua itu dengan kau." Nguman Alia kerana sakit sekali dihina seperti ini.

"Kakak!! Jangan berani hina isteri Luke macam tu . Jaga sikit bahasa kau." Herdik Lutfi selepas menghentak kuat tangannya di atas meja.

Terkejut semua orang yg berada di sini. Mereka hanya memandang sesama sendiri saja. Tidak mahu membesarkan keadaan ini.

"Apaa haa Apaa? kau ingat dia ni mulia sangat pakai pakaian macam ni? Nak tutup aib dia? Cukup lah keluarganya begitu malang. sampaikan anaknya pun menjadi malang sekali."

"Qairin, Masuk bilik kamu sekarang!!"

Dato' Tahir sudah hilang sabar dengan anak perempuannya ini. Mahu saja ia menampar pipi Qairin, tetapi ia kuatkan hati untuk tempuhi semua ini. Mungkin masih sukar anak dan isterinya mahu terima Alia lagi. Dia juga tidak boleh memaksa mereka dalam masa terdekat ini.

"Fine! Fine! bela lah budak ni. Budak hingusan takda mak bapak."

Balas Qairin terus pergi dari situ. Geram saja dia rasa semua orang di sini suka dan terima baik akan Alia. Entah apa yg istimewanya diri Alia sampaikan semua orang mudah menerima dirinya itu. Qairin terus mencapai beg tangannya di atas sofa. Lebih baik dia keluar sarapan di luar saja daripada menghadap mereka semua.

Semua orang hanya mendiamkan diri saja. Masing-masing tidak tahu mahu berbual apa lagi. Betapa remutnya hati Alia ketika ini. Kata-kata Qairin tadi sudah menguris isi hatinya.

"Alia.. Alia jangan dengar yaa apa yg Qairin katakan tadi. Papa minta maaf sangat-sangat ." Pujuk Dato' Tahir dekat Alia. Rasa bersalah saja apabila Alia di hina begitu sekali oleh Qairin.

Tambah pula Alia sekarang hidup sebatang kara. Rasa berdosa dirinya dengan arwah Mohd Noor. Padahal, dirinya sudah berjanji akan menjaga Alia dengan baik di sini.

"Tak apa papa, Jangan minta maaf..semua ini bukan salah papa. Alia baik-baik sahaja."

Ujar Alia lalu memberikan senyuman ikhlas ke arah mereka semua. Dia cuba sedaya upaya menahan sakit di dalam ini. Alia tidak mahu menyusahkan dan memberikan beban kepada keluarga Lutfi.

"Kuatnya kamu Alia.. teringat Opah dekat ayahmu. Apa jua masalah yg dihadapinya langsung tidak pernah membalas perkataan yg buruk. Kamu memang seorang anak yg baik. Sejuk perut arwah ibumu selama mengandungkan kamu selama 9 bulan." Nguman Hajah Aminah sendiri.

Lutfi hanya diam sejak dari tadi. Mahu saja dia menyelesaikan masalah ini dengan segera. Kelakuan mama dan kakaknya sudah melampau kali ini. Alia hanya memandang kosong ke arah Lutfi. Riak wajah Lutfi menunjukkan moodnya tengah tidak baik sekarang.

"Adakah dia masih marah??"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience