Setelah keadaan menjadi sunyi beberapa minit. Hanya kedengaran bunyi-bunyian cengkerik dan tiupan angin yg sepoi-sepoi seribu bahasa melintas di sini. Pemuda itu mula bersuara kepada Alia.
"Cik Alia?" Katanya sambil memberikan senyuman manis kepada Alia. Alia hanya memandang kosong ke arah pemuda tadi .
"Adakah aku kenal dia? Sebelum ni, aku tidak kenal mana-mana lelaki selain Fahmi dan rakan seuniversiti aku. Tampak dari segi pemakaiannya.. Dia ni orang bandar..Tambah pula dengan wajah lelaki semanis pemuda itu.." bermonolog aku seorang diri.
Alia mula bersuara dengan lembut walaupun suaranya teresak-esak selepas menangis tadi.
"Maaf? ..Siapa encik?.. ada apa encik nak dari saya sampai ke sini encik datang?"
Pemuda tadi hanya membalas senyuman manis yang menampakan seluruhan giginya.
"Saya Lutfi . Saya kenal Pak Cik Noor sejak 5 bulan yg lepas. Kami rakan kongsi Kebun yang seluas 7 hektar itu. Maafkan saya kerana tidak dapat hadir majlis tahlil arwah pak Cik Noor. Saya ada masalah yg perlu diselesaikan."
Aku hanya mengangguk tanda faham. kenapa Ayah tak pernah beritahu aku pun tentang rakan kongsi kebun tersebut? Ayah kata , ayah hanya pembantu di situ. Dan,selamani ayah melarang aku pergi ke sana.. Adakah ayah ada sembunyikan sesuatu pengetahuan daripada aku?. Aku terus termenung jauh ke arah Batu nisan milik ayahku ini.
"Ermm hmm."
Lutfi berdehem sedikit untuk menyedarkan Alia dari lamunannya itu.
"Errr.. maaflah Cik Alia.. boleh kita berbual sebentar? mungkin ke tempat lain lebih tenang sedikit. Saya tahu Cik Alia masih sedih atas pemergian ayah Cik, Tapi saya kenal sangat dengan arwah. Arwah seorang yg penyabar dan kuat orangnya. Kalau arwah masih berada di sini , Arwah pasti sedih melihat keadaan Cik Alia seperti ni. Bertabahlah Cik Alia."
Aku mendengus perlahan selepas mendengar nasihat dari mulut Lutfi sendiri. Entah dari mana dia datang . kenapa dia pula mengambil berat pasal aku? Aku kenal dia pun tak. Tapi, semua ini pasti tentang ayah. mesti ayah ada sembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku. Dari mana aku nak tahu semua kebenarannya?. Hmmm, kena siasat lah ni?. Tanpa berfikir panjang. Aku terus bersuara sambil melihat ke arah wajah lelaki yg berdiri di hadapanku ini.
"Tadi, encik cakap nak berbualkan? Boleh kita berbual di tepi pantai di sana?" Alia menunjukkan pantai Batu buruk yang berdekataan di sini. Lutfi hanya mengangguk tanda setuju. Mungkin inilah peluang dia memberitahu Alia segalanya. Tak manis jika dibiarkan perjanjiannya dengan arwah pak cik Noor begitu saja.
Setelah beberapa minit berjalan kaki. akhirnya mereka sampai di tepi Pantai Batu Buruk. Alia mencari sudut yang sesuai di tepi batu yang diteduhi redupkan pokok-pokok Ru. Belum sempat Alia duduk, Tiba,tiba dia tergelincir dari anak batu yang dia pijaknya itu . Nasib baik saja Lutfi berjalan agak rapat dengan Alia. Lutfi sempat menyambut Alia dari arah belakangnya. Mata Alia tepat mengadap ke arah anak mata kecil lutfi yang berwarna coklat itu. Lidahnya terkelu seribu bahasa untuk bercakap sesuatu.
"Adakah aku sudah mabuk cinta dengan pemuda ini?.."
"Ehhhh!!"
Alia yang tersentap dengan kejadiaan berlaku beberapa minit tadi terus menepis badan Lutfi dengan kasarnya. Hampir terlupa dengan batas dirinya dengan Lutfi. Lutfi hanya tersimpuh malu saja. Dia tak pernah melihat wajah wanita sedekat ini. Alia mempunyai rupa paras yang manis dan menawan. Dia tidak lah secantik Neelofa. Tapi rupa parasnya cukup menawan hati Lutfi.
Aku berasa malu dengan kejadian tadi terus mendiamkan diri saja. Ya la...mana mungkin aku membuka mulut. malu dohh. dia yg meyambut aku dari jatuh tetiba saja aku menepis badannya dengan kasar sekali . Aduhh,, malunya!! Tapi..tak apa kot . batas pergaulan kena ada. "astagfirullahalazim " Alia beristigfar dalam hati selepas berfikir begitu tadi. Buruk saja pemikirannya tentang kejadian itu.
"Errr. Cik Alia dahaga? saya pergi beli minuman di gerai sana dulu yaa?" kata lutfi yang memulakan percakapannya. Belum sempat Alia menolak , Lutfi sudah berjalan pergi membeli minuman dahulu.
"Haishh dia ni. Dah tanya orang belum sempat nak jawab dah memandai buat keputusan sendiri. Kalaulah dia suami aku mesti tiap2 hari tak dengar apa yg aku nak cakapkan." Membebel Alia seorang diri sambil membetulkan semula kedudukannya itu.
"Ehh, apa aku cakapkan ni? suami. Lutfi nak jadi suami aku? Lia ! Lia ! kang masin mulut ko nanti haa. baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah." Kata Alia sambil menampar mulutnya yang laju sahaja terlepas cakap begitu.
"Saya dengar tadi ada orang sebut pasal suami?? APA? Lutfi suami aku?"
Alia tersentap apabila mendengar suara yang menyampuk dari arah belakangnya. Alia memandang terus ke belakang tanpa berfikir panjang lagi.
"Encik Lutfi!!"
Jerit Alia dengan terkejutnya. Habis keluar suara garaunya itu. Dia melihat Lutfi hanya menggaru kepala yg tidak terasa gatal. Satu senyuman mekar mula hadir di wajah Lutfi.
"Halamak..Mana aku nak letak muka ni??? Bodohnya kau Alia Qisyara!!"
Share this novel