Bab 20

Drama Series 71241

Ya Allah, kuatkanlah aku.. Lindungilah aku dari segala fitnah manusia ini ya Allah. Aku takut sangat. Bukakanlah hati mama dan Kak Qairin untuk terima aku seadanya. Aku tahu aku tak layak untuk Lutfi. Sekarang aku terpaksa berbohong kepada Lutfi. Sampai bila aku mahu sembunyikan penyakit aku ini. Semakin hari semakin sakit dan perit. Derita yg ditanggung ini pasti tiada penghujungnya. Perlukah aku jujur dengan Lutfi?

"Warghh!!"

"Wehh, Lutfi sayang..." Melatah Alia dengan kuatnya.

Alia terus menekup mulutnya. Entah apa yg dia katakan sebentar tadi. Lutfi mula melabuhkan diri di sebelahnya. Boleh melihat wajah Lutfi sudah tersenyum nakal kali ini.

"Haa.. termenung jauh lagi.. Kan dah melatah."

"Lutfi sayang..?? hahaha" Tambah Lutfi lagi lalu ketawa dengan seronoknya. Dia sendiri tidak tahu apa yg Alia fikirkan sampai melatah seperti ini.

"Astagfirulallahalazim..abang ni..Takk ada aapaalah..terlepas je tadi." Marah Alia dekat perangai Lutfi itu.

Alia mula menampar lengan berurat Lutfi di atas bahunya. Nampak saja tubuh Lutfi kecil tetapi ototnya agak besar juga. Alia dapat rasakan Lutfi selalu bersenam di waktu lapang.

"Baik ngaku cepat, Asal panggil 'Lutfi sayang' tadi??"

"Mana ada..."

"Ada"

"Mana adaaaaa..."

"Ok..tak ada."

"Ada.."

Sekali lagi Alia sudah terkena dengan ayat jerat Lutfi. Dia dapat melihat Lutfi mula tersenyum nakal menampakkan gigi taringnya itu.

"Napa suka? Sudahlah senyum tu..Nanti lalat masuk."

Ujar Alia lalu memberi senyuman dan gelak ketawa yg sangat menawan. Rasa kelakar pula Lutfi bergurau senda dengannya.

"Kalaulah Lia macam ni setiap hari.. Bahagia abang tengok Lia." Kata isi hati Lutfi.

Mereka berdua terus berbual kosong di atas buaian dekat taman halaman rumah ini. Dari jauh ada mata sedang memandang hubungan bahagia mereka berdua dalam diam. Senyuman sinis mula terukir di wajah lelaki itu.

"Cis, asal awek lawa semua kau kebas. Sampaikan jodoh cantik seperti ini..kau dapat juga. 'Alia Qisyara..' Ermm..sedap nama kau..Apa kata aku cuba.."

.............................................................................

"Huh? Napee baju ni longgar? Alia, kamu diet Ke?"

Tanya Kak Dira selepas melihat Alia memakai gaun pengantin untuk majlis resepsi nanti agak longgar. Dia mula mengukur kembali renganggan pada bahagian pinggang Alia.

"Arrrr, tak delah Kak.. Lia makan macam biasa jaa. Mana ada diet." Jawab Alia sedikit gagap.

Sudah seminggu berat badannya menurun secara mendadak. Disebabkan tidak lalu makan dan kadang-kadang makan pun hanya sedikit saja. Pada waktu terluang pula, Alia terpaksa makan ubat secara diam tanpa pengetahuan Lutfi. Amat sukar untuknya jalani kehidupan seperti ini bila sudah berkahwin dengan Lutfi.

"Owhh yeke..nampaknya, akak kena jahit semula baju ni. Lagi 3 hari majlis resepsi nak berlangsung, hmm sempat kot." Ujar Kak Dira sambil membetulkan bahagian longgar pada baju tersebut.

Selepas itu, Dira menanggalkan kembali gaun ini dari badan Alia. Terdedah sedikit diri Alia yg hanya memakai bra dan seluar dalam saja masa ini. Dira terus mengambil kain tuala untuk menutupi badan Alia dahulu. Sebentar lagi baru Alia boleh memakai pakaiannya semula.

"Kak.. maafkan saya yaa. Saya dah banyak menyusahkan Kak Dira untuk siapkan baju ni." Bersuara Alia dengan rasa bersalahnya.

"Ehh, tak apa Alia. Tak susah pun. Sikit ja ni. Tak de apalah.."

Balas Kak Dira seperti biasa. Tak pernah mengeluh untuk melakukan semua kerja ini. Dira membetulkan sedikit rambut Alia yg sudah jatuh ke bawah. Dira terus mencubit nakal pipi Alia. Geram saja Dira melihat pipi gebu Alia yg sedikit bulat ini. Mereka berdua terus ketawa bersama.

"Kenapa ni?..Napa lambat sangat??" Tanya Lutfi dekat mereka berdua selepas membuka tirai bilik persalinan itu.

Dari tadi lagi dia menunggu lama mereka berdua di luar. Terlopong mata Lutfi apabila melihat Alia sangat seksi sekarang. Dari atas sehingga ke bawah Lutfi melihat susuk tubuh Alia. Pertama kali dia melihat Alia berkembam seperti ini. Selalunya Alia hanya akan menukar baju di dalam tandas sahaja.

"Awakkk!!!"

Marah Alia lalu bersembunyi di belakang Kak Dira. Tetiba saja Lutfi munculkan diri dalam keadaanya begini sekarang. Merah padam wajahnya menahan malu.

"Ehh, Luke!! lain kali beritahulah dulu. Apo ni?? Haishh..malu Alia dibuatnya. Ingat sape tadi ikut suka je nak masuk.."

Marah Dira apabila melihat Lutfi menelan payah air liurnya kerana melihat Alia dalam keadaan begini. Semestinya Lutfi tergoda sekarang. Suami mana tidak tergoda mendapat isteri menawan seperti Alia.

"Hehehe..sorry, lama sangatlah tunggu sengsorang dekat luar tu. Asyik berborak kosong je dengan Linda. Luke nak tengok isteri tercinta Luke ni."

Ujar Lutfi lalu mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal. Linda adalah adik kepada Dira. Umurnya baru belasan tahun saja. Lutfi suka mendengar bebelan Linda tentang aktiviti di sekolahnya. Dira hanya mengangguk tanda faham. Adiknya itu suka sangat mengacau Lutfi. Bila dapat tahu abang Lutfinya ini sudah bernikah. Punya main sukanya bila dapat kenal dengan Alia. Alia masih mendiamkan diri. Malas dia melayan senyuman nakal yg sudah terukir di wajah Lutfi.

"Owhh..yeke. Luke..kamu dera Alia ke?" Satu soalan yg menusuk hati Lutfi secara tiba-tiba.

"Haaa? Dera? kenapa? apa yg berlaku dekat Alia? Kenapa Luke nak dera isteri kesayangan Luke ni pula??"

Bertubi-tubi pertanyaan Lutfi dekat Kak Dira. Sambil itu Lutfi mula membelek-belek setiap pergelangan tangan Alia jika ada kesan lebam akibat dera. Dia tidak kisah Alia sedang berkembam sekarang. Asalkan dia dapat melihat tubuh Alia yg ada kesan cedera.

"Apppaa.. ni.? Abang nakk buatt apaa?"

Tanya Alia sedikit hairan selepas Lutfi secara tiba-tiba menarik tangannya dan mula memeriksa sekitar badannya. Merah padam muka Alia menahan malu di situ. Sudahlah dia memakai seperti ini. Lutfi pula memegang dirinya sesuka hati. Kak Dira dari tadi melihat kelaku Lutfi lalu gelak dengan kuatnya.

"APA? Apa yg kelakar akak! Tadi akak kata Luke dera Alia.. mana kesan lebamnya??" Soal Lutfi sedikit hairan dengan telatah Kakak iparnya itu.

"Hahaha!! Aduhai, luke. Sudah-sudahlah.. Nanti pecah perut akak sebab tak tahan ketawa dengan perangai kamu tuu." jawab Kak Dira sambil pegang perutnya akibat terlalu ketawa dengan kuat.

Alia turut ketawa sekali. Rasa kelakar pula Kak Dira sengaja takutkan Lutfi. Seronok Lutfi melihat Alia ketawa dengan gembiranya sekali. Comel sangat bila dipandang. Berangan Lutfi buat sejenak waktu.

"Hoii hoii.. sikit-sikit dah laa pandang tuu.." Tegur Kak Dira selepas melihat Lutfi tak berkelip memandang Alia.

"Huh!! arrrr... apa gelak-gelak haa? Luke tak faham langsung.. Tadi akak kata Luke dera Alia? mana buktinya?" Bingkas Lutfi untuk kawal dirinya .

"Elehh..macam orang tak nampak. Ni haa...maksud akak, Luke tak beri Alia makan ke sampaikan badan Alia semakin kurus?" Ujar Kak Dira sambil memegang pinggangnya.

"Lah.. yeke.. Ingatkan apa tadi.. Sayang makan seperti biasakan tadi? tapi.. tak tambah lah. itu jaa." Jawab Lutfi tidak kepastian jawapannya ini.

Sejak dia berkahwin dengan Alia. Dia melihat Alia makan seperti biasa saja. Cuma kuantiti makanan yg diambil Alia sangat sedikit. Itulah kalau tidak dipaksa Alia tidak akan makan. Lutfi mula terasa pelik dengan tingkah laku Alia. Lutfi memandang ke arah Kak Dira dahulu. Kemudian, mereka memandang ke arah Alia secara serentak.

"Or something you hide from me..Lia?" Tanya Lutfi secara tidak langsung

"Arrrrrr. tak da apa-apa yg di sembunyikan... Betul.." Jawab Alia dengan terketarnya.

"Are you sure Alia? because you looks.." Belum sempat Kak Dira menghabiskan ayatnya. Alia terus memotong dengan laju.

"Yeahh, I'm sure. Tak da apalah..Ermm, akak Lia nak tukar pakaian dulu." Kata Alia lalu mengambil bajunya di penyangkut.

"Ha'ah..pergilah pakai baju dulu. Sian Lia..mesti dah sejuk."

Lutfi hanya memandang ke arah anak mata Alia. Alia begitu teragak untuk memberi jawapan tadi. Lutfi mula rasa curiga dengan tingkah laku Alia seperti ini.

"Ada sesuatu yg Lia tipu abang.. Abang akan cari juga jawapannya nanti.." Nguman Lutfi sendiri.

...............................................................................

Selepas selesai melihat pakaian untuk majlis nanti, Mereka pun sampai ke tapak majlis resepsi pula. Kelihatan ramai peraga peralatan sedang menyiapkan meja-meja untuk para tetamu nanti. Tidak sabar Lutfi mahu melihat hasil majlisnya nanti.

"Omg.. Finally! Datang juga korang berdua." Tegur seorang pemuda agak kacak ke arah Lutfi Dan Alia.

"Yeah, Sorry for late Mr Adrian." Jawab Lutfi sambil bersalaman dengan Mr Adrian iaitu Pereka Pelamin professional di Malaysia.

"Nonono.. it's okay Luke. wauu. that's???" Balas Mr Adrian sambil matanya memandang ke arah Alia.

Terpegun Mr Adrian melihat kecantikan yg menawan isteri Lutfi. Pandai sekali Lutfi memilih calon isterinya. Mr Adrian ingatkan taste Lutfi hanya tertumpu kepada wanita bebas di luar sana. Kali ini jauh sekali apa yg dijangka.

"Owhh.. I'm forgot. My love wife.. Alia Qisyara. Lia ini pereka pelamin impian kita. Mr Adrian" Kata Lutfi lalu memperkenalkan Alia kepada Mr Adrian.

Alia hanya menunduk tanda salam perkenalan selepas tidak menyahut tangan yg diberi oleh Mr Adrian. Lutfi pula yg menyambut tangan itu. Nakal sekali Mr Adrian mahu kenakannya.

"Hehe..So.. beautiful. pilihan yg baik Luke. Urmm. do you have a sister ? Maybe I can.." Belum sempat Mr Adrian bertanya lebih pantas saja Lutfi memotongnya.

"Okey-okey!! Enough Mr Adrian. Mari masuk sayang..kita tengok-tengok kawasan ini dulu." Balas Lutfi sambil memegang erat pergelangan tangan Alia.

Mereka berdua berjalan melihat sekitar kawasan pelamin. Terpegun sekali Alia melihat keindahan pelamin yg sedang dihiasi itu. Putih adalah warna kegemarannya. Dihiasi pula bunga mawar yg berwarna merah amat menonjol sekali.

"Cantiknya..." Bersuara Alia kerana terlalu seronok melihat semua ini.

Sebelum ini dia hanya melihat di dalam kaca televisyen sahaja. Sekarang, semua ini akan menjadi majlisnya nanti. Alia rasa terharu sangat dapat merasai Majlis serba mewah seperti ini. Seolah segalanya rasa lengkap saja.

"Cantikkan...Ermm, tak sabarnya abang nak duduk dekat situ nanti. Tambah pula bidadari cantik abang ni teman sekali tepi abang.. I can imagine it. Abang rasa abanglah lelaki yg paling beruntung dapat memiliki Alia." Jawab Lutfi dengan gembiranya.

"Abang ni.. ada-ada sajalah.." Ujar Alia menundukkan pandangannya kerana malu dengan kata-kata Lutfi itu.

Tidak ada lebih gembira bila bersama orang yg kita sayang. Sampai hujung nyawa Lutfi mahu berkongsi kasihnya bersama Alia. Alia terus memberikan senyuman girang terhadap Lutfi. Cair hatinya rasa bila mendengar ayat manis keluar dari mulut Lutfi. Lutfi benar hargai cintanya ini.

Dari jauh satu pandangan tajam sedang memerhatikan gelagat mereka berdua. Hatinya mula terasa sakit dan terguris dengan semua ini.

"Tak guna kau minah kampung. Disebabkan kaulah Luke lari dari aku. Kau jangan ingat boleh bahagia dengan Luke. Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup!! Cinta aku dengan Luke tak akan pernah pudar!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience