Suasana bising menyelubungi di sekitar Unit Rawatan Rapi. Terdapat pelbagai jenis situasi yg dilalui oleh para pesakit mahupun waris yg menunggu di tempat duduk. Tangisan ahli keluarga menanti keputusan rawatan anak-anak mereka. Kemalangan berlaku tanpa henti pada setiap hari. Darah dan luka menjadi tontonan di sini. Para jururawat yg bertugas tidak cukup tangan untuk memberi rawatan kecemasan. Anak-anak kecil berlari bekejaran seolah di sini adalah tempat bermain. Inilah gambaran bila berada di unit kecemasan.
Alia turut dirawat di dalam kerana mengalami tumpah darah yg agak teruk. Doktor dan para petugas sedang merawatnya di zon merah. Dira menutup wajahnya dengan tapak tangan. Terlihat ada kesan darah Alia masih tersisa di lengan bajunya. Dia menanti di luar dengan penuh sabar. Apa yg berlaku ini di luar kawalannya. Dira ketakutan dan mengigil tanpa sebab. Belum pernah dia melalui situasi seperti ini seumur hidupnya. Qirash cuba menenangkan Dira sebaik mungkin. Anak-anak mereka sudah dihantar pulang ke rumah keluarga Dira. Qirash turut datang ke sini setelah dimaklumkan apa yg telah berlaku kepada Alia. Dari jauh, Lutfi melihat susuk tubuh abang dan bekas kakak iparnya. Dia berlari mendapatkan mereka untuk bertanya tentang Alia.
"Abang..akak..Macam mana dengan Lia? Apa yg dah berlaku?? Lia tak apa-apakan??"
Tanya Lutfi dengan termegahnya selepas berlari kejar masa untuk sampai tepat pada waktunya di sini. Dirinya yg masih lengkap berbaju polo dan berseluar pendek paras lutut serta berkasut sukan kerana pergi bermain golf. Peluh di dahinya dikesat kasar. Lutfi masih menanti jawapan dari Dira.
"Kau..pergi mana Luke!! Akak call kau tak angkat??!!! Tak guna kau ada telefon kalau orang call tak reti nak angkat!! Kalau akak tak ada tadi..Apa yg dah berlaku dekat Alia..Ada kau kisah?!!! Kalau kau ada tadi..Lia tak akan jadi macam sekarang..Macam ni kau kata kau sayang Alia..suami jenis apa kau ni Luke!!"
Dira sudah hilang sabar terus memarahi dan menolak dada Lutfi banyak kali. Air mata berjujuran keluar di kelopak matanya. Kalau Lutfi berada di rumah tadi mesti Alia tidak lambat dibawa ke sini. Dira terpaksa menelefon Furqan untuk memintanya membawa Alia ke hospital secepat mungkin. Mahu harapkan dirinya saja tidak boleh. Alia sudah tidak sedarkan diri semasa Dira memasuki biliknya.
"Dira sabar Dira..Alia sudah dirawat di dalam. Bawa bertenang. Jangan emosi macam ni...Bukan salah Lutfi. Benda nak jadi di luar kawalan kita. Sabar..duduk dulu.."
Ujar Qirash sambil menarik kedua belah lengan Dira untuk bertenang dahulu. Di faham, jika Dira masih marah dan beremosi sekarang. Tiada apa yg boleh mereka lakukan dalam keadaan ini. Benda sudah berlaku. Hanya perlu bersabar dan menunggu keputusan Doktor nanti. Tidak ada sesiapa yg salah dalam hal ini. Orang ramai mula melihat ke arah mereka bertiga. Bergaduh di unit rawatan rapi bukan perkara yg betul.
"Don't touch me...You are the same. Leave me alone.." Balas Dira.
Dira merentap kuat lengannya daripada terus disentuh oleh Qirash. Satu pandangan tajam mula diberikan kepada Qirash. Dua-beradik ini sama saja perangai. Dira tidak akan maafkan Keluarga Dato' Tahir jika apa-apa berlaku kepada Alia nanti. Amarah dan sakit hatinya terhadap keluarga ini masih tersisa. Dira terus mengambil beg tangannya dan pergi dari sini. Mahu mencari tenangan dan ambil angin di kawasan lapang. Semakin lama dia di sini semakin panas hatinya bila melihat wajah Qirash dan Lutfi.
Tergamam Lutfi tanpa bersuara balas kembali. Tubuhnya menjadi kaku dan tidak beranjak sedikit pun. Matanya pula tidak berkelip sejak dari Dira memarahinya. Pandangannya lemah memandang ke arah Qirash. Meminta satu penjelasan atas apa yg berlaku kepada Alia. Jika perkara teruk sudah berlaku terhadap Alia, dia tidak akan maafkan dirinya sendiri.
"Luke..duduklah dulu. Bawa bertenang. Semua ini bukan salah Luke.. Biar abang jelaskan." Pujuk Qirash kerana kasihan melihat Lutfi dipersalahkan dalam hal ini. Dira tak patut menyalah orang tanpa sebab. Jangan disebabkan oleh bencikan Qirash, Lutfi turut terkena tempias itu. Qirash melihat wajah Lutfi sedikit lebam dan luka di hujung bibirnya. Entah apa yg telah berlaku semasa dia dalam perjalanan ke sini.
Lutfi melabuhkan diri di kerusi tempat duduk menunggu. Mendengar segala penjelasan Qirash terhadapnya. Air mata mula memenuhi kelopak mata. Tunggu masa saja butiran jernih ini akan mengalir. Fikirannya terus memikirkan tentang Alia. Yaa, senyuman mekar di bibir Alia di waktu pagi ini. Menyediakan santapan pagi untuknya tanpa jemu. Pakaian dan barangan golfnya disediakan sebaik mungkin. Tanpa disuruh, Alia mengikat sendiri tali kasutnya. Kata-kata Alia pagi tadi masih tergiang di dalam fikirannya.
"Abang...nanti bawa Lia sekali boleh? Lia teringin sangat nak tengok abang main Golf. Tengok dari jauh pun dah memadai. Sebab..Liakan duduk kampung. Mana pernah tengok game macam ni.."
Pinta Alia malunya untuk meminta semua ini daripada Lutfi. Budak kampung sepertinya mana pernah lihat permainan golongan bangsawan seperti itu. Selalunya tonton di kaca televisyen sahaja.
"Mestilah boleh untuk my sweetheart ni. Next time okey? Abang pegi kejap je tau. Petang nanti kita keluar jejalan. Nak?"
Kata Lutfi sambil memicit kedua belah pipi Alia. Geram dia melihat wajah muncung halus milik Alia. Sudahlah berkulit putih kemerahan. Pasti nanti akan meninggalkan kesan di pipinya.
"Abang ni..Yeayy!! Mestilah nak. Bosan duduk rumah selalu. Promise??"
Alia melompat gembira kerana Lutfi mahu membawanya pergi keluar jalan-jalan. Asyik terperap di dalam rumah saja akhirnya dia dapat melihat keindahan bandar di sekitar Kuala Lumpur. Sudah lama Ali menanti saat ini. Dia terus membuat jari janji kepada Lutfi. Berharap sangat Lutfi tidak berkata manis saja.
"Promise.."
Balas Lutfi sambil membalas jari janji Alia semula. Mereka berdua mula ketawa antara satu sama lain. Seperti anak kecil saja membuat aturan janji seperti ini. Alia melambai tangan kepada Lutfi sehingga kereta Lutfi hilang dari pandangannya. Walaupun hanya seketika tapi kenangan ini akan diingati sampai bila-bila.
"Maafkan abang Lia..Abang mungkir janji.." Bersuara Lutfi sudah menitiskan air matanya.
Lutfi mula meraut kasar wajahnya berkali-kali. Senyuman dan gelak-ketawa Alia sentiasa bermain di dalam fikirannya. Kerana salah dan silapnya ini sudah mengubah segalanya. Hanya mampu berdoa dan bersabar menanti keputusan doktor nanti. Alia pasti kuat dan melawan semua sakit itu.
Dari jauh Furqan melihat sayu ke arah Lutfi yg sedang ditenangkan oleh Qirash. Memang benar, semua ini bukan salah Lutfi sepenuhnya. Dia hanya keluar dan tidak tahu perkara begini akan berlaku kepada Alia. Semua ini di luar kawalan mereka. Furqan berharap sangat Alia baik-baik sahaja. Dia tahu Alia seorang perempuan yg kuat. Mampu hadapi semua sakit yg menimpanya. Tubuhnya terus disandar ke dinding. Furqan mahu menunggu di sini saja. Bajunya masih terkesan dengan titisan darah Alia. Banyak sekali darah Alia yg mengalir.
Qayyum melihat aneh ke arah Furqan. Entah kenapa dia pula yg melebih tentang semua ini. Padahal, Furqan hanyalah orang yg menolong Alia sahaja. Fikirannya terus memikirkan tentang hubungan Furqan dan Alia. Sekiranya, Furqan tampak risaukan Alia pasti dia sangat sukakan Alia dalam diam. Qayyum mula mengukirkan senyuman sinis. Bukan dirinya saja yg mahu memikat hati Alia tetapi ada orang lain yg sudah cuba. Kawan makan kawan akan berlaku nanti.
...............................................................................
Di Rumah Dato' Tahir.
"Aku dengar..Menantu kau kena tahan di hospital. Kenapa?"
Tanya Dato' Ghani sambil menghirup air kopi panas di dalam cawannya. Sudah lama dia tidak bertandang ke sini. Asyik terserempak di luar saja kerana masing-masing sibuk bekerja untuk menaikkan nama syarikat yg adai. Sekali-sekala Dato' Ghani mahu juga datang melawat Hajah Samsiah di sini. Pakat menjaga satu-satunya ibu yg mereka ada.
"Ermm..pagi tadi. Jatuh terkena bucu meja Luke kata. Entahlah teruk ke tidak haa.."
Jawab Dato' Tahir acuh tak acuh saja soalan adiknya ini. Sudah tiada topik lain yg mahu diperbincangkan. Kelihatan Datin Nafisah dan adik iparnya, Datin Suria sedang melihat tanaman di sekitar rumahnya. Qairin pula melayan adik sepupunya yg masih sekolah menengah dan sekolah rendah bermain badminton. Keluarga Tan Sri Wahid semakin besar dan berkembang dengan anak cucunya.
"Ooo..Cuainya. Kau tak nak pegi melawat ke? Bukan ke menantu kesayangan adik kau tu??"
Dato' Ghani melihat sengaja berkata begini untuk melihat tindak balas abangnya ini. Pada mulanya saja mulut berkata sayang setelah mendapat segalanya mulut terus bertukar benci. Inilah manusia. Tiada pangkat dan darjat tidak akan dilayan bak puteri di dalam rumah ini.
"Heh..kau saja nak perli aku ke apa ni? Aku tak kisahlah apa yg berlaku kat dia pun. Asalkan Luke dapat apa yg aku mahu itu sudah cukup. 'Money comes first right?' " Balas Dato' Tahir sambil menuang air kopi di dalam teko ke cawan Dato' Ghani.
"Hahaha"
Kedengaran helaian suara ketawa mereka berdua bergema di taman itu. Masing-masing setuju dengan pendapat yg dikeluarkan. Hidup ini sementara saja, lebih baik digunakan sebaik mungkin. Bila tiada nanti, tidak perlu menyesal.
"Amboi..bukan main diorang berdua tu ketawa ye kan kak. Apa yg seronok ntah.."
Bersuara Datin Suria apabila melihat suami dan abang iparnya itu ketawa tidak ingat dunia. Mesti ada perkara baik yg sedang dibincangkan oleh mereka berdua. Duit masuk lagi! Teka Datin Suria.
"Hmm, biarlah. Orang tengah bahagiakan. Samalah dengan aku ni haa. Baru je dapat elaun bulanan!"
Ujar Datin Nafisah sambil tangannya memetik pokok bunga mawar merah untuk diberi kepada birasnya ini. Kalau tidak datang meminta pokok bunganya memang tidak sah. Macamlah tiada duit nak beli sendiri.
"Ehh, yeke?? Siapa?? Si Adira tu ke?? Bukan ke dia dah cerai dengan Qirash?? Baiknya dia bagi akak duit lagi. Kalau aku tak bagilah anak aku cerai menantu baik macam Dira tu." Kata Datin Suria terpegunnya.
"Ishh kau ni. Dah kenapa Si mulut puaka tu pula bagi aku duit?? Aku cukup senang anak aku ceraikan perempuan gila seperti Si Dira tu. Kurang ajar betul la perempuan tu. Biadap. Tak ada adab langsung. Tunggulah aku suruh Qirash pasang lain. Biar padan muka Si Dira tu!!"
Hilang mood baik Datin Nafisah selepas birasnya ini mengingati tentang Dira kembali. Fikirannya baru hendak hilangkan memori tentang Dira. Perempuan seperti Dira langsung tidak layak untuk menjadi menantunya. Suka sangat melawan.
"Bencinya akak dekat dia. Padahal sebelum ni..dialah elaun bulanan akak. So, siapa yg beri elaun bulanan baru ni??"
Datin Suria mengambil batang bunga mawar merah yg baru dipotong dari tangan Datin Nafisah. Pada masa yg sama, baru ia perasan seutas gelang emas besar di tangan Datin Nafisah. Belum pernah dia melihat gelang emas baru milik birasnya ini.
"Wuuu, pasang baru nampak. Berapa kerat ni?" Datin Suria terus melihat setiap inci gelang emas itu.
"Ermm, taklah berat pun..11.37 g jee. Kali ini tak payah minta. Tiap bulan elaun masuk. Menantu kesayangan aku bagi."
Dengan bangganya Datin Nafisah berkata begitu. Selepas ini, Lagi banyak duit bulanannya untuk diri sendiri. Jika mahu harapkan suami dan anak-anaknya saja mana cukup. Orang perempuan perlukan duit yg banyak untuk menjaga penampilan diri. Mestilah kena kelihatan cantik dan bergaya kerana mereka memegang status pangkat 'Datin'.
.................................................................................
Di rumah Hajah Samsiah.
"Aan..kenapa baru sekarang pulang? Macam mana keadaan Alia? Alia sudah sedar belum?"
Tanya Hajah Samsiah risaunya sambil berjalan mendapatkan Furqan yg baru memasuki pintu rumah. Kelihatan jam 9.00 p.m. baru ia pulang ke sini. Kusut dan serabut saja wajah Furqan. Bajunya tadi sudah ditukarkan ke pakaian baru. Mujur saja dia selalu membawa baju tukar simpanan di dalam keretanya. Kalau Hajah Samsiah melihatnya dalam keadaan kesan darah Alia pasti uminya sudah jatuh pengsan nanti.
"Alia..Alia belum sedarkan diri. Dia masih ditempatkan di icu kerana di bawah pantauan doktor lagi. Tadi, doktor kata Alia dalam keadaan baik saja. Umi jangan risau yee..Nanti kita pergi lawatnya." Beritahu Furqan kepada mereka semua.
"Syukur alhamdulilah. Semoga Alia cepat sedarkan diri. "
Ucap Hajah Samsiah masih khawatir tentang Alia. Butiran jernih yg mengalir di wajahnya dikesat lembut. Titipan doa buat Alia tidak pernah pudar.
Farisa dan Mimi turut berada di sini setelah mendengar Furqan baru pulang. Mereka sangat risaukan tentang keadaan Alia. Walaupun mereka baru saja kenal Alia tetapi kasih sayang itu tidak dapat dilunturkan. Alia seorang yg baik yg mudah mendapat tempat di hati semua orang. Mimi memeluk tubuh Farisa. Menangis di dalam pelukan kakaknya kerana terlalu memikirkan keadaan Alia. Farisa hanya mampu menghela nafas panjang. Miskipun Alia bukannya sesiapa bagi keluarganya tetapi budak itu tetap disenangi.
"Tok..tok..tok..."
Kedengaran pintu bilik Furqan diketuk di luar oleh seseorang.
"Masuklah..tak kunci pun.."
Kata Furqan sambil tangannya melipat semula kain sejadah lalu disangkut pada rak bajunya. Rasa tenang sedikit baru lepas mendirikan solat isyak. Furqan membuka kopiahnya lalu diletakkan ke atas meja. Pintu biliknya dikuak lembut oleh Farisa. Farisa berjalan mendekati arah balkoni bilik abangnya ini. Mengambil udara segar sebentar.
"Ingatkan umi tadi...Dah kenapa kau masuk ke sini? Nak apa?"
Tanya Furqan peliknya selepas melihat Farisa tidak bertanya apa-apa kepadanya terus berjalan mendekati balkoni itu. Dia mula bangun dan pergi ke arah Farisa. Mungkin ada sesuatu yg ingin Farisa berbual dengannya.
"Nah...berikan kepada abang Luke. Ini..keputusan temu duga Alia."
Farisa memberi kertas yg berada di sampul itu kepada Furqan. Dia tidak membukanya kerana alangkah baik tuannya sendiri yg membuka sampul itu. Hajah Samsiah yg memberi kepadanya untuk diberikan kepada Alia. Lulus ataupun tidak Farisa tidak kisah semua itu. Alia sudah berusaha sebaik mungkin. Sekarang, Alia masih tidak sedarkan diri di hospital. Farisa rasa kasihan melihat usahanya ini dibiarkan begitu saja.
"Ermmm, Apa kata kau sendiri bagi dekat Alia. Kau dah ajar diakan? Nanti, kalau dia sedar mesti dia happy. Janganlah series sangat. Mehh sini!!"
Ujar Furqan terus memeluk leher Farisa dan menekan sikit kepala Farisa dengan sikunya. Tegang dan dingin seperti selalu sifat adiknya ini. Dalam dinginnya terselit juga kasih sayang. Furqan tahu Farisa risaukan keadaan Alia tetapi dia tidak mahu tunjuk secara berhadapan. Ego tinggi orang kata.
"Ishhh!! lepaslah..orang series ni!! boleh pula buat memain!!"
Marah Farisa cuba melepaskan diri dalam dakapan abangnya. Selalu saja dia dibuli oleh Furqan sejak dulu lagi. Mereka berdua terus bergaduh manja di balkoni itu. Kasih sayang adik-beradik tidak dapat dipisahkan. Dengan keadaan beginilah mereka berbual dan meluangkan masa bersama.
Share this novel