Bab 33

Drama Series 71241

"Kadang-Kadang jalan hidup ini tidaklah selalu indah seperti yg dikhabarkan di dalam sebuah jalan cerita Novel. Jika kasih sayang terlalu mudah dilunturkan. Bagaimana pula dengan kebahagian? Dapatkah sebuah kebahagian itu kekal sehingga ke penghujungnya? Entah. Aku sendiri tidak pasti dengan semua ini. Aku terlalu mentah mahu hadam jalan hidup sebagai seorang isteri sekarang. Aku..penat. Aku penat dicemuh dan di benci oleh semua orang. Sejak kematian arwah ayah. Hati ini sepi. Sampai sekarang hati ini masih menangis. Apakah jaminan 'kebahagian' arwah ayah untukku? Dari kecil aku tidak pernah merasai kasih seorang ibu. Buka saja mata ini. Hanya ayah yg muncul di depan aku. Ayah yg ajar aku segalanya tanpa ada belaian dan sentuhan seorang ibu. Hati aku rapuh. Aku terlalu tinggi berharap akan dapat merasai kasih sayang seorang ibu dari mak mertuaku sekarang. Aku berharap akan dilindungi dan dikasihi seperti anaknya sendiri. Tapi, semua itu jauh dari sudut hati ini. Bukan disayangi malah dibenci olehnya. Aku juga tidak pernah merasai kasih sayang seorang kakak. Berharap mendapat seorang kakak yg setia menjadi pendengar jika hati ini sedih. Tetapi, semua itu hanyalah bayangan sendiri. Aku dicaci dan dipukul olehnya. Inilah nasibku sekarang. Tiada tempat untukku mengadu kasih ini. Hanya padaMu ku mengadu segalanya." -Nur Alia Qisyara.

Aku terus menutup buku diari itu setelah selesai meluah segala isi hati ini. Satu helaian nafas panjang mula dilepaskan. Berat hatiku mahu keluar dari bilik ini. Sejak dari tadi lagi perutku asyik berbunyi memanjang. Bagimana perut itu tidak mengeluarkan lagu, sarapan sedikit pun belum di jamah lagi. Awal pagi, Lutfi sudah melangkah pergi ke tempat kerja. Katanya, ada sedikit kerja yg perlu ia selesaikan. Sampai sekarang aku tidak tahu tentang pekerjaan Lutfi. Sibuk sangatkah dia sampai tidak mahu berkongsi semua itu dengan aku. Aku mula bangun perlahan dari meja solek. Berdoa sangat hari ini aku tidak akan disentuh lagi oleh ibu mertua dan kakak iparku.

"Tok..tok..tok.."

"Lia, Ada dekat dalam ke?"

Tanya Dira setelah mengetuk pintu bilik Alia. Puas dia mencari Alia satu rumah tetapi tidak nampak langsung susuk tubuh Alia hari ini. Perkara semalam masih bermain di fikirannya. Takut juga jika Datin Nafisah dan Qairin akan sentuh Alia lagi. Hari ini, mereka pasti tidak akan berani sentuhnya kerana Dira menetap di sini.

"Akak...Lia baru nak keluar cuma.."

Alia mula menguak pintu biliknya selepas Dira datang ke sini. Satu helaian nafas lega mula tubir dari bibirnya. Kerana orang itu adalah Dira dan bukannya ibu mertua dan kakak iparnya. Kalau mereka tadi pasti dirinya sudah didera kembali.

"Cuma apa? Takut dekat mama dan Qairin? Jangan takutlah..Diorang tak de dekat rumah harini. Entah pegi mana tak tahu. Fuhh, aman sekejap rumah ni diorang tak de kan?"

Ujar Dira sudah ketawa di hujung ayatnya. Rasa puas sembur dekat mereka berdua semalam belum habis lagi. Silap besar mereka mulakan dulu pergaduhan ini. Dengan Alia mereka berani buli tetapi dengannya mereka pula yg akan dibuli. Alia hanya tersenyum pahit mendengar ayat tenang dari birasnya ini. Dira memang seorang yg berani. Dia berharap sangat akan kuat seperti Dira. Mesti dirinya yg lemah ini tidak akan disentuh lagi.

"Dah..Jum turun breakfast. Mak Timah kata Lia tak makan apa lagi. Haishh, tak sayang ke kat diri ni. See, dah kecil tubuh ni..Last bila ehh akak tengok Lia kecil je badan?"

"Ermm..jum..entahlah..Lia pun tak tahu.."

"Kalau tanya ko dik..semuanya tak tahu!! Mana perginya Alia yg dulu ni. Sepatah dua je cakap sekarang."

Dira mula memeluk bahu Alia sambil mereka berdua turun ke bawah. Perkara yg lepas sudah pun berlaku. Dira tidak mahu Alia rasa terancam dan trauma atas semua tindakan bodoh keluarga ini terhadapnya. Dia mahu Alia kembali ceria seperti biasa kerana selepas ini pasti kebahagian itu akan berpihak kepadanya dan Lutfi. Mereka berdua kan berpindah keluar nanti. Bukan Alia saja yg pernah lalui semua ini. Dira juga turut melalui perkara sama. Cuma nasibnya berbeza Alia. Hubungannya dengan keluarga ini akan berakhir tidak lama lagi. Sebelum itu, dia akan pastikan Alia keluar dari lombong neraka ini dahulu.

...............................................................................

"Apa benar keputusan yg aku buat ini? Sesungguhnya aku tidak mahu melepaskan Adira pergi dari hidup aku. Dia sudah banyak berkorban segalanya demi aku dan sekeluarga. Adira..maafkan abang..."

Nguman Qirash di hadapan pintu masuk mahkamah Syariah. Terlihat surat penceraian sudah berada di tangannya. Hanya Adira sahaja yg tandatangani surat penceraian itu manakala Qirash masih berbelah bagi keputasan ini. Qirash terlalu sayangkan Adira serta 3 orang anak mereka yg masih kecil. Mereka sangat memerlukan dirinya sebagai seorang bapa. Dia mula rasa menyesal tidak pernah mendengar kata hati isterinya selama ini. Adira seorang isteri yg baik. Tidak mungkin dia melepaskan isteri sebaik Adira pergi selamanya. Apakah daya, jika hati seorang isteri sudah tawar dan kosong. Maka, segalanya sudah menjadi sia-sia saja. Fikirannya mula tercari salah silapnya sepanjang bersama Dira. Hanya satu keadaan di mana dia bertengkar dengan Dira. Selepas itu, segalanya telah berubah dalam sekelip mata.

Kejadian di mana Dira sudah tahu dirinya hanya dipergunakan oleh keluarga Dato' Tahir.

"Abang...apa semua ni abang? Sebulan 15 ribu abang bawa keluar dari akuan bank saya? Abang buat apa dengan duit itu?"

Tanya Dira sudah tidak duduk senang lagi. Dira terus melemparkan semua kertas dari pihak bank itu ke arah Qirash. Jika dilihat semula keuntungan bersih perniagaan butik perkahwinannya hanya mendapat 25 ribu sebulan dan lebih dari itu jika ada tempahan yg banyak. Setiap bulan akan ada pengeluaran yg banyak dari akuan banknya sendiri.

Dira tidak tahu semua itu sehinggalah surat dari bank sampai sendiri ke tangannya. Hampir luruh jantung Dira apabila melihat simpanan bersih miliknya tinggal sedikit sahaja. Kerja kerasnya selama ini kumpul duit untuk keluarga hanyalah sia-sia saja. Hati isteri mana tidak rasa sakit. Separuh mati dia percayakan Qirash pegang buku banknya selama ini.

"Adira..biar abang jelaskan dulu. Abang tak bermaksud nak guna duit Dira dalam diam..Abang sebenarnya.."

"Sebenarnya apa abang??!!!! Sanggup abang tipu Dira..Abang tahu tak dah lama Dira kumpul duit untuk keluarga kecil kita..Kenapa bang...kenapa? Abang buat apa dengan semua duit itu.."

Belum sempat Qirash jelaskan segalanya kepada Dira pantas saja Dira melawan kembali. Butiran jernih sudah lama mengalir di wajahnya. Dira tidak dapat menahan sebak ini. Sakit yg dia sendiri tidak dapat ungkapkan. Bukan cintanya dikianati tetapi kerja kerasnya selama ini disalah gunakan oleh Qirash sendiri.

Siang dan malam dia bertungkus lumus bekerja. Penat lelahnya tiada sesiapa yg tahu. Bangkit dan jatuhnya tiada sesiapa peduli. Tambah pula, 3 kali dia mengandung sambil membawa zuriat Qirash bekerja tanpa rehatnya. Apa yg dia dapat hanyalah keluhan berat Qirash. Sering marah apabila ia sibuk bekerja sampaikan anak-anak terabai. Dira mula duduk di birai katil. Terasa lemah lutut ini untuk berdiri lama lagi.

"Adira..maafkan abang..Dira..jangan nangis sayang..Maafkan abang..Biar abang jelaskan dulu. Sebenarnya..abang terdesak. Abang perlukan duit. Saham syarikat papa jatuh di pasaran. Abang perlu tolong papa kalau tidak..syarikat itu akan muflis. Adira sanggup ke tengok keluarga abang jatuh miskin? Abang tak bekerja? Macam mana kehidupan kita nanti? Adira sanggup ke lalui kehidupan seperti itu."

Beritahu Qirash segalanya terhadap Dira. Dia menatap dalam anak mata Dira. Berharap sangat isterinya ini faham situasi apa yg dia sedang lalui sekarang. Qirash turut tertekan dengan semua ini. Bukan keluarganya saja dalam masalah tetapi rumah tangganya bersama Adira. Qirash menggenggam erat pergelangan tangan Dira. Mahu satu kepercayaan di hati kecilnya seperti selalu.

"Sampai begini sekali Abang pergunakan Dira demi keluarga abang? Ada abang pernah pikir penat lelah Dira bekerja keras selama ini? Kenapa sampai kena guna duit saya dalam diam? Abang tak pernah nak bincang dulu dengan saya. Selama ini, pernahkah saya berkira segala duit saya dengan abang? Kenapa abang?? Mudahnya abang pijak kepala saya.."

Balas Dira masih tidak dapat menerima kenyataan ini lagi. Terlalu berat dia mahu maafkan kesalahan Qirash. Adira rasa dirinya terlalu bodoh kerana mudah dipijak oleh keluarga suaminya ini. Mereka sering kali memperlekehkan kerjayanya. Hanya seorang bisnus kecilan tetapi sudah berlagak sombong. Sibuk bekerja siap malam sampaikan suami dan anak sendiri terabai.

Pernah sekali, Datin Nafisah meminta Qirash untuk bernikah lain tetapi Qirash masih setia dengan Dira. Dira masih boleh bersabar lagi dengan segala tomahan keluarga Qirash terhadapnya selama ini. Tetapi, sekarang semua kebenaran itu sudah terungkai. Keluarga ini hanya menumpang senang dari titik peluhnya. Adira pula yg rasa jijik dengan keluarga Dato' Tahir.

"Jadi, Dira mahu abang buat apa? Nak abang gantikan duit Dira? Boleh..Tapi abang perlukan masa. Abang janji akan gantikan semula. Berdosa sebab abang makan duit isteri abang sendiri tanpa pengetahuan Dira."

Bersuara Qirash setelah mereka berdua diamkan diri agak lama. Kelihatan Dira mula mengesat sisa air mata di pipinya. Dia mula menarik tangannya daripada dipegang lama oleh Qirash. Melihat sisa air mata yg masih berbekas di mata suaminya ini sangat merintihkan jiwanya. Dira tidak mahu tertipu lagi. Cukuplah sekali kepercayaannya hilang dari Qirash. Dira tidak mahu hatinya pula terluka.

"Dalam masa sebulan..tolong lepaskan saya cara baik kalau awak tidak mahu saya dapatkan hak jagaan ke atas anak kita. Saya sedia berlawan di mahkamah. Anggap saja saya sudah halalkan semua duit itu. isteri awak ini bodoh kerana terlalu mudah ditipu. Tapi, saya nak awak tahu. Jangan perdaya seorang isteri. Kerana segala berkat itu akan hilang."

"Ohh, lupa pula..that y keluarga awak beria mahu Alia jadi sebahagian daripada keluarga inikan walaupun dia datang dari keluarga biasa? Saya tahu Alia berharta. Jangan sesekali berniat makan harta anak yatim piatu. Hukum-hakam mesti awak sudah belajar. Takkanlah itu pun tak tahu. Maaflah, saya tak nak terlibat sekali. Banyak dosa saya belum diampunkan tuhan"

Adira terus keluar dari bilik itu. Tidak perlu lagi dia berkias dengan Qirash. Mesti Qirash sudah faham maksudnya itu. Di tinggalkan Qirash tanpa ada kata balas kembali. Anggap perbincangan ini sudah selesai. Air mata kembali mengalir di wajah Dira. Segera dia melangkah masuk ke dalam bilik anak-anaknya. Dira membelai anak rambut Awina iaitu anak kecilnya yg masih berusia 2 tahun sedang nyenyak tidur. Selepas itu pandangannya beralih melihat ke arah dua anak terunanya Anas dan Aidil. Masing-masing asyik dibuai mimpi. Adira tidak dapat menahan sebaknya apabila mengenang nasib anak-anaknya ini. Selepas ini, hidup mereka akan berubah tanpa ada seorang bapa bersama. 6 tahun Perkahwinan akan berakhir juga kerana hilang satu kepercayaan.

Qirash mula jatuh terduduk di lantai. Kata-kata Dira tadi masih bermain di kotak fikirannya. Dia mula mati kata untuk pertahankan semua ini kembali. Air mata mula berjujuran keluar. Kekhilafan ini sudah memakan dirinya. Sekarang. Dia sendiri akan kehilangan Adira. Kerana terlalu sayangkan keluarga sampaikan lupa pengorbaan seorang isteri. Qirash menyesal menpergunakan Adira demi kepentingan keluarganya.

"Maafkan abang Adira..Abang tak sanggup nak lepaskan Dira.."

Nguman Qirash mula melangkah keluar dari pintu masuk mahkamah itu. Dia tidak sanggup nak buat semua ini. Hatinya berat mahu lepaskan Dira dari hidupnya. Qirash berjanji dengan dirinya sendiri akan berubah demi isteri dan anak-anaknya. Keluarganya itu sampai bila pun tidak akan berubah. Mungkin ajal maut datang baru teringatkan akhirat. Qirash akan pastikan Lutfi tidak akan merasai nasib yg sama sepertinya. Kehilangan orang yg tersayang lebih takut dari segalanya.

.............................................................................

"Macam mana aku nak selesaikan semua ni..Aduh. Takkanlah aku nak meminta daripada Alia. Kami baru saja berkahwin.."

Nguman Lutfi sendiri sambil termenung jauh di dalam cawan minuman miliknya. Fikirannya masih buntu sekarang. Banyak benda yg perlu ia selesaikan dalam masa terdekat ini. Tentang hutang papanya belum dijelaskan lagi. Lutfi tidak tahu mahu cari pinjaman di mana. Sudahlah pasaran sekarang tengah mengalami kemerosotan. Bulan ini syarikatnya langsung tiada untung. Nilai hutang itu terlalu banyak sampaikan wang simpanannya belum tentu cukup. Hanya Alia dapat menolongnya. Itupun, kalau Alia mahu membantu.

"Bro..chill laa..kau pinjam duit aku dulu. Adelah sikit simpanan.."

Bersuara Furqan kasihan melihat Lutfi serabut dengan segala masalah yg datang. Sebagai seorang sahabat mungkin dengan menolong cara ini akan kurangkan bebannya itu. Dia sanggup mengadaikan simpanannya kepada Lutfi asalkan lelaki ini tidak membuat pinjaman Ahlong. Nanti lagi teruk masalah yg menimpanya.

"Kau dah gila ke apa Ann? Itukan simpanan masa depan kau. Kot-kotlah nak kahwin nanti. Aku tengah fikirkan sesuatu ni..Mungkin aku boleh pinjam dari.."

"Apa kata i pinjamkan dekat u.."

Sampuk Emily sambil menarik kerusi di depan Lutfi. Sejak dari tadi lagi dia melihat Luke bertandang ke sini. Tunggu masa saja dia mengorak langkah seterusnya. Satu senyuman seksi mula dilunturkan kepada Lutfi. Rasa cintanya tidak pernah pudar untuk lelaki seperti Lutfi. Setiap hari dan masa hanya Lutfi bermain di fikirannya. Sekarang, mereka berdua bertemu kembali. Tiada apa yg lebih menarik untuk kembali bersama Lutfi semula.

Terkedu Lutfi buat sejenak waktu apabila Emily yg datang menegurnya. Hampir tersedak air coklat panas yg masih ditangannya itu. Pandangan mereka mula bertaut antara satu sama lain. Kali terakhir dia melihat dan berjumpa dengan Emily adalah di hari perkahwinannya bersama Alia. Bekas teman wanitanya ini tidak ubah seperti dahulu. Masih sama saja rupa dan dirinya. Pandangan Lutfi mula beralih ke arah lain. Tidak mahu perasaannya berbelah bagi bila memandang tepat ke arah anak mata Emily. Takut jikalau hatinya mula berpaut kembali.

Furqan melihat saja tingkah laku mereka berdua ini. 2 tahun bercinta dan berpisah tanpa sebab. Sekarang, keduanya kembali bertemu seolah cinta pandang pertama semula. Satu dengusan kasar mula dilepaskab oleh Furqan di depan mereka berdua. Lutfi sudah gila atau hilang ingatan sekarang. Tetiba saja isteri di rumah sudah dilupakan. Apa hasrat sebenar Lutfi berkahwin dengan Alia sekarang. Furqan tidak dapat membaca isi hati Lutfi yg sebenarnya. Mahu saja dia hempuk kepala Lutfi di atas meja. Ataupun menarik rambut Emily pergi dari sini. Tiada angin dan tiada ribut sibuk saja nak jaga tepi kain orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience