Hari yg di nantikan sudah tiba akhirnya. Alia kena mengikuti Lutfi pulang ke rumah mentuanya pula. Debaran kian terasa. Buat kali pertama hatinya gelisah dan berdebar seperti ini. Alia takut dirinya masih tidak boleh diterima baik oleh keluarga Lutfi. Dia tahu asal usul dan kekurangan dirinya ini. Jika hendak dibandingkan dengan Lutfi seperti langit dan bumi sahaja. Jika ini adalah ketentuan jodoh tuhan, Alia menerima semua ini dengan hati yg terbuka. Titipan doa untuk melembutkan hati mama dan kakak Lutfi tidak pernah pudar. Mungkin selepas ini mereka akan menerima dirinya ini di dalam keluarga Lutfi nanti.
"Mak.. Lia minta diri dulu.. nanti kalau mak dah sampai sana.. Mak telefon Lia ya?" kata Alia lalu bersalaman dengan Mak Senah.
"Alia, jangan risau yaa? Mak pasti akan telefon Alia selalu. Alia jaga kesihatan baik-baik. Jangan lupa waktu makan tahu.. yg penting Alia kena biasakan diri dengan persekitaran baru sekarang. Alia dah bersuami kan? Alia mesti jalankan tanggungjawab Alia sebagai seorang isteri mithali. Tabah ya nak. Kalau Alia perlukan tempat untuk meluahkan segalanya. Ingat, Allah swt sentiasa bersama kita. Di situlah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan."
Nasihat Mak Senah dekat Alia. Melihat wajah sayu Alia sekarang amat menyentuh hatinya. Mak Senah tidak sampai hati mahu melepaskan Alia pergi jauh darinya. Alia terus memeluk mak senah dengan erat sekali. Air matanya turut bergelilingan turun ke pipi. Betapa sayangnya Alia dekat mak senah. Berat juga hatinya rasa untuk berjauhan dengan Mak senah dan tinggal dengan orang lain selepas pemergian ayahnya kali ini.
"Alia, sudah-sudah. Jangan nangis yee..malu Lutfi tengok tu.." Kata mak senah sambil mengurut lembut belakang Alia. Tersedu-sedan tangisan Alia. Mak Senah melepaskan pelukan Alia perlahan-lahan. Dikesat air mata yg masih mengalir di wajah Alia.
"Mak jaga diri baik-baik ya. Kalau Mak rindu Alia.. Mak call ja tau? Alia pasti akan menjawabnya.." Ujar Alia dengan sebaknya.
Dia terpaksa akur dan terima semua ini seadanya. Satu senyuman kelat mula terpancar di bibirnya. Fahmi hanya mendiamkan diri saja di sebelah Mak Senah. Hiba saja rasa bila Alia sudah tiada di sini nanti. Mesti suasana rumah ini akan sunyi tanpa kehadiran Alia.
"Hmm, Mak dan Fahmi jangan risau yaa. Lutfi akan pastikan Alia sihat selalu. Makan secukupnya. Gemuk sikit dari sekarang."
Sempat lagi Lutfi bergurau senda lalu mencuit pipi Alia sedikit. Geram dia melihat wajah kemerahan Alia selepas menangis seperti ini.
"Ishhh, orang tengah sedih ni boleh pula dia buat lawak." Marah Alia lalu memuncungkan mulutnya ke arah Lutfi.
"Ehh, Betul lah Lutfi cakap tu.. Dah.. cepat bertolak. Nanti lambat sampai ke sana." Sampuk Mak senah dekat mereka berdua.
"Baiklah Mak..Fahmi. kami bergerak dulu yaa. nanti kalau mak dah sampai KL. Beritahu Lutfi. Lutfi akan jemput mak dan Fahmi."
"Ya. Baiklah. Hati-hati tau memandu."
"Alia..jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa jangan lupa call kami." Bersuara Fahmi setelah sekian lama hanya membisu saja sejak dari tadi lagi.
Berat rasa hati ini mahu melepaskan Alia pergi jauh darinya. Alia hanya mengangguk kepalanya tanda faham saja. Semestinya Mak Senah dan Fahmi risaukan dirinya ini. Alia terus memberikan senyuman manis ke arah mereka berdua. Dia pun melangkah masuk ke dalam kereta. Alia melambai tangan ke arah mak senah. Begitu berat dia nak pergi dari sini. Pandangan Alia terus beralih ke arah rumahnya. Masih segar segala kenangan bersama arwah ayahnya di situ. Mungkin selepas ini jalan kehidupannya akan lebih baik lagi. Alia pasrah dan redha dengan semua ini.
*Sudah-sudah lah tuu. Abang kan ada?" Bersuara Lutfi setelah melihat Alia banyak termenung jauh sahaja di luar tingkap.
"Not same." Jawab Alia dengan ringkasnya.
"Its can be same if you accept me into your heart honey."
Ujar Lutfi lagi dengan penuh yakinnya. Dia berharap sangat Alia faham dengan apa yg dikatakannya ini. Alia hanya mendiamkan diri lalu mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap semula. Tiada jawapan yg perlu ia katakan lagi. Alia pun melelapkan matanya tanpa sedar. Dia memberikan saja mulut Lutfi berceloteh berbual seorang diri. Dalam sejam lebih memandu akhirnya mereka sampai di perhentian rehat dan rawat.
"Awak kita berhenti makan dulu yaa. Dah nak masuk waktu solat asar ni.. Eloklah kita berhenti solat dulu dekat sini."
Kata Lutfi setelah memasuki ruang tempat letak kereta. Kelihatan tidak ramai sangat orang berada di sini. Lutfi mula mengeliat kasar. Rasa lenguh saja tulang belakangnya memandu jauh begini.
"Awak... "
"Lahhh!! Tidur rupanya.. Patutlah dari tadi dia diam jaa. Ingatkan terasa hati dengan ayat aku..."
"Hmm.. Tidurlah sayang.." Nguman lutfi sendiri.
Lutfi mengusap lembut wajah Alia. Tersenyum dia melihat wajah comel isterinya tengah tidur. Lutfi mahu kejutkan Alia tapi tak sampai hati selepas melihat Alia tidur dengan nyenyak sekali.
"Abang turun dulu yerr sayang..Abang tak tahan nak buang air ni. Abang terpaksa kunci pintu kereta ni.. jangan terkejut pula nanti." Bisik Lutfi perlahan di telinga kanan Alia.
Lutfi melihat Alia masih belum tunjuk tanda mahu bangun lagi segera dia keluar dari kereta tersebut. Tingkap kereta di buka sedikit supaya udara masuk ke dalam. Enjin kereta ini di matikan kerana tidak bagus tidur di dalam kereta ketika enjin masih dihidupkan. Sudah banyak mengorbankan nyawa tanpa sedar. Lutfi amat menitik beratkan semua ini. Dia terdesak mahu pergi ke tandas sekejap. Terpaksalah tinggalkan Alia dalam keadaan begini.
Dalam beberapa minit..
"Hurmmm!! Harghh!"
Alia mula mengeliat kuat di dalam kereta. Dia sedikit mamun selepas tidur dengan nyenyak sekali. Pandangannya mula melihat keadaan sekeliling. Lutfi sudah tiada di tempat duduk memandu. Alia mula gelisah dan tidak tahu nak buat apa sekarang.
"Ehh, Aku kat mana nii? Mana Lutfi? Kereta berhenti dah lama ke? Wehh, Aku kat mana ni?"
Alia mula mengeladah beg tangannya untuk mencari telefon bimbitnya. Segera dia mendail nombor Lutfi untuk menelefonya dahulu.
"Tuttt. tuuttt."
"Huh?? Lia? Dah bangun agaknya my baby boo ni"
Nguman Lutfi setelah mengeluarkan telefon bimbitnya yg berbunyi di poket seluar belakang. Segera dia mengangkat panggilan itu. Nasib sahaja dia baru habis menunaikan solat asar di surau.
"Hello..." Jawab Lutfi seperti biasa.
"Awak!!!!!!. sanggup awak tinggalkan saya sorang diri!!! Awak dekat manaaaaa..." Marah Alia selepas Lutfi mengangkat panggilan itu.
"Errrrr, Sabar sayang..sabar.. He He sorryyy. Saya tak nak kejutkan awak. Nyenyak jer saya tengok awak tidur tadi... tunggu k? Saya datang ambil awak.." Kata Lutfi tergagapnya. Takut pula dia dengar ngauman Alia ini.
"Hmmm.. yelah. cepat sikit..." balas Alia terus mematikan panggilan itu. Geram saja bila Lutfi selalu berbuat begini.
Dalam beberapa minit, Lutfi pun datang mengambil Alia. Lutfi terus membukakan pintu untuk Alia keluar. Dia melihat Alia memberikan satu pandangan tajam saja ke arahnya. Bibirnya hanya mampu memberikan senyuman kelat saja.
"Sayang... maafkan abang tau tinggalkan sayang..." Bersuara Lutfi dengan manjanya.
"Eeee. sudahlah.. Lain kali jangan buat lagi.. takut tahu?"
Alia masih marahkan Lutfi kerana tinggalakannya begitu saja. Sudahlah dia tidak tahu di mana dia berada sekarang. Hanya Lutfi saja dia kenal sekarang. Rasa gelisah sangat bila Lutfi berada jauh dengannya.
"Yelah-yelah. Promise. dah jangan masam-masam macam ni. Jom makan, kesian isteri Abang ni dari tadi tidur je sampaikan lupa nak makan...." Sempat lagi Lutfi menyakat Alia.
Dia menahan ketawanya sebaik mungkin selepas melihat merah padam wajah menahan malu. Dibetulkan semula tudungnya selepas Lutfi menegur nampak rambut sedikit.
"Capp!!!"
"Aduhh.. Aduh.." Bersuara Lutfi sambil mengadu kesakitan. Satu cubitan maut daripada Alia telah menghingap di tangannya
"Awak!!!. Sakit lah.."Tambah lutfi lagi sambil mengurut tangannya perlahan.
"Huh! tahu pun sakit. Perlilah lagi.. Kalau nak rasa lagilah. Silalah kata. Lepas ni mungkin akan kurang sakit sikit." Balas Alia dengan biasanya.
Sedikit pun dia tidak kesiankan Lutfi. Pada masa yg sama kasihan pula dia melihat wajah Lutfi berkerut sedikit. Rasa bersalah buat dekat suami sendiri begini. Alia mahu meminta maaf tetapi egonya kuat sangat. Di biarkan saja Lutfi terkena begitu.
"Ehhh, macam itu pula.. Garang betul Bini aku ni.. Nahaslah Lutfi Kalau kau buat perangai lagi..." Nguman Lufti sendiri. Senyuman di bibirnya tidak boleh dilunturkan. Tergugat dia melihat kerenah Alia seperti ini.
Selepas semuanya sudah diselesaikan di RnR, Mereka pun meneruskan perjalanan seperti biasa. Suasana sudah bertukar kepada waktu malam. Berkedip-kedip mata Lutfi menahan mengantuk. Dia sudah pun memakai kaca mata kerana Lutfi silau sedikit pada waktu malam. Sedikit banyak Alia sudah mengetahui tentang diri Lutfi sebenarnya.
"Awak, lambat lagi kerr?" Tanya Alia perlahan.
"Sabar yerr sayang. Dalam 1/2 jam nanti kita sampai. kalau awak ngantuk.. tidur lah.." Jawab Lutfi sambil memegang tangan Alia.
Rasa bahagia saja dia buat begini. Alia langsung tidak membantah bila dia bertindak memegang tangannya sepanjang memandu ini.
"Tidur? Tak pe lah. Saya teman awak...Nanti awak kata kat saya lagi." Muncung mulut Alia kerana Lutfi selalu saja menyuruhnya tidur sedangkan dia sendiri tidak sempat rehat.
Kasihan dia melihat Lutfi sanggup memandu jauh begini. Alia langsung tidak membantu apa-apa dalam keadaan ini. Malah, lesen kereta pun tidak ada.
"Hehehe. tak de lah. Saya tak kata lagi.. Promise OK. Awak nak teman saya.. Nak story pasal apa?" Balas Lutfi sambil tersenyum manis.
Seronok dia mendengar Alia sanggup menemani dirinya berbual. Tidaklah dia rasa bosan memandu seorang lagi. Sekarang, sudah ada teman sampai bila-bila.
"Hurmm, Kalau ye pun. pandanglah depan . Kan tengah drive tu. bahayalah.." Marah Alia dengan teletah Lutfi ini.
Bukan main semangat Lutfi sekarang. Bibir Alia terus mengukirkan senyuman. Entah kenapa dia rasa seronok saja sekarang.
"Baiklah sayang.. Nantikan.. bila dah sampai sana.. sayang akan berjumpa dengan seseorang. Maybe, sayang akan suka dia. Sebab dialah kita berdua Jodoh tahu." kata Lutfi dengan yakinnya.
"Someone? who?..." kata isi hati Alia.
Hati aku mula berasa sedikit cemas. Lutfi ada sembunyikan sesuatu dari aku? Siapakah orang yg dia akan kenalkan kepada akau nanti? Adakah aku mengenali mereka semua?
"Baiklah.. Inshallah. dengan izin Allah , Lia akan rapat dengan semua orang."
Jawab Alia lalu memberikan senyuman manis bagaikan seorang bidadari bagi Lutfi. Lutfi terus membalas senyuman itu. Dikuatkan lagi genggaman tangannya pada Alia.
Share this novel