"Fuhh, bertenang Alia..kau kena fokus. Ingat kembali apa yg kau belajar semalam.."
Cakap Alia sendiri sambil berjalan ke hulu ke hilir sebelum tiba gilirannya. Kelihatan 50 orang yg layak untuk jalani temu duga ini. Terdapat 20 kekosongan saja bagi yg layak nanti. Badannya mula mengigil kerasa perasaan takut dan gementar menguasi diri. Melihat semua calon yg hadir untuk temu duga ini bukan orang biasa. Semuanya lepasan ijazah pendidikan dan maktab perguruan. Hanya segelintir saja pelajar lepas Stpm yg dapat termaksud dirinya.
"Awak..duduklah dulu. Lambat lagikan giliran awak.."
Pelawa salah seorang lelaki di sebelah Alia apabila perasan sejak dari tadi lagi Alia berdiri. Calon yg datang temu duga seramai 50 orang tetapi terdapat 30 buah kerusi saja yg disediakan. Siapa yg datang awal bernasib baiklah mendapat tempat duduk. Yang selebihnya berdiri sampai lenguh kaki. Hampeh!
"Ehh tak pe ke? Arr turn awak bila? Saya lambat lagi..nombor 34.."
Ujar Alia sambil menunjukkan nombor giliran itu kepada lelaki di hadapannya. Tersimpul malu dia ingin memberi senyuman kepada lelaki ini. Sudahlah tinggi, Kacak pula pakejnya. Astagfirullahalazim. Cepat-cepat Alia beristigfar apabila Lutfi kembali bermain di fikirannya. Sudah berkahwin ada hati mahu mengurat lelaki lain.
"Dah tak lama dah nak turn saya. duduklah. Mesti kebas kakikan pakai heels tu.."
"Ermm..bolehlah kebas juga. Terima kasih."
Balas Alia biasanya lalu melabuhkan dirinya di atas kerusi itu. Dia mengeluarkan nota kecil dari beg tangannya jenama Christian Dior pemberian Lutfi sebagai hantaran perkahwinannya. Pertama kali seumur hidup rasa membawa beg tangan mahal. Selalunya dia membeli di pasar malam saja. Itu pun tiruan dan bukannya jenama asli. Tudung selendang biru tua kemas dilihat melepasi paras dada. Baju kurung moden bercorak gelap menaikkan lagi gaya penampilan yg sesuai untuk sesi temuduga minta kerja.
Dipadankan juga dengan kasut sarung tumit tinggi berwarna hitam menampakkan lagi gaya seorang yg profesional. Tidak lupa jam tangan jenama swarovski, gelang emas dan cincin perkahwinan masih setia di tangan Alia. Semua ini pilihan Farisa sendiri untuknya. Farisa seorang yg berpegalaman dalam bidang ini. Semestinya dia tahu dari A to Z.
"Ermm, Sorry ganggu awak nak study..btw, nama awak apa? Saya Aisy."
Tegur lelaki itu semula ke arah Alia kerana sejak dari tadi lagi matanya tidak lepas pandang ke arah Alia. Dia tertarik sangat dengan perempuan seperti Alia. Sudahlah cantik dan pandai bergaya pula itu. Aisy pasti Alia bukan orang biasa kerana terlihat barangannya semua tampak mewah.
Diri Aisy juga apa kurangnya. Lengkap bersut hitam dari atas sehingga bawah. Tali leher merah muda dipadankan dengan kemeja putih di dalamnya. Jam jenama rolex lengkap di tangan kirinya. Rambutnya turut disikat kemas sekali. Beg tangan ala pejabat lengkap di sisi dan kasut berkulit berwarna coklat gelap.
"Owhh hai..Saya Alia."
Balas Alia mahu tidak mahu saja tegur lelaki ini. Dia perlu menjaga batas pergaulannya. Tidak kiranya dengan sesiapa pun ia mahu berkenalan. Statusnya sebagai seorang isteri perlu dijaga baik sekali.
Mereka berdua hanya berbual kosong tentang topik temu duga ini nanti. Sedikit banyak mereka boleh berkongsi idea masing-masing. Alia rasa selesa bersembang dengan Aisy untuk menghilangkan perasan gugup di hatinya. Sekurangnya ia boleh praktis sekarang berbual dengan orang yg tidak dikenali.
Dalam beberapa jam menunggu kini tiba giliran Alia. Aisy sudah lama selesai tetapi dia masih setia menunggu Alia masuk ke dalam dahulu. Barulah ia berangkat pulang nanti.
"Puan Nur Alia Qisyara Binti Muhd Noor, Sila masuk ke dalam." Panggil salah seorang kerani yg bertugas di depan pintu bilik temu duga.
"Fuh, Bismilah..Semoga semuanya dipermudahkan.." Nguman Alia lalu bangun dari tempat duduknya. Beg tangan digalas kemas di sisinya. Fail dipegang ke dada.
"Good luck Alia..U can do it!!" Bersuara Aisy memberi sedikit semangat kepada Alia. Dia agak tergamam selepas kerani itu memanggil Alia dengan gelaran 'Puan' kerana selalunya gelaran itu untuk orang berkahwin sahaja. Terlepaslah peluangnya nanti.
Alia hanya mengangguk perlahan lalu memberikan senyuman kepada Aisy. Baik sungguh lelaki ini terhadapnya. Dengan selafaz bismilah Alia mula langkah perlahan masuk ke dalam bilik temu duga. Berharap sangat dia akan lulus nanti. Semua orang percayakan dirinya. Dia bukan berkeseorangan lagi. Arwah ibu dan ayahnya sentiasa bersamanya.
...............................................................................
Di komplek Beli-belah Pavilion.
"Baby..Thanks luangkan masa bersama i harini. Dah lama tau i tunggu saat ini. U ni asyik busy je.."
Emily mula mengeratkan pelukannya di tangan Lutfi. Akhirnya, apa yg ditunggu menjadi kenyataan. Lutfi kini menjadi miliknya kembali. Lelaki yg dipuja dan disanjung sudah berada di sampingnya. Benar orang kata. Duit boleh memiliki apa saja yg kita hajatkan. Kebahagian itu akan datang sendiri.
"Em.. please. Jangan rapat sangat. I dah berpunya ok? Look, just today i temankan u shopping. I busy. Syarikat i baru nak pulih."
Kata Lutfi cuba meleraikan pergelangan tangan Emily dari terus memeluknya. Dia mula rasa rimas bila Emily selalu berbuat begini. Tambah pula, dia sudah berumah tangga. Apa kata orang lain bila lihat dia dan Emily berdua-duaan seperti sekarang. Lutfi cuba sedaya upaya melayan Emily walaupun hatinya sudah berubah untuk perempuan ini.
"I don't care Luke. Bila i nak. U kena tunaikan. U dah janji dengan i. I tolong u then u balas balik. Wife u tu tak tahulah. Don't worry ok? let's have fun with me.."
Satu kucupan lembut dilepaskan ke pipi Lutfi. Emily semakin berani dengan tindakannya kali ini. Dia pasti Lutfi mesti tidak akan berani menolak lagi. Dari mana dia mahu cari duit untuk bayar semua hutangnya itu. Tidak semudah itu duit akan datang sendiri. Emily akan guna perangkap Lutfi sehabis mungkin. Lambat laung Lutfi akan menyesal kerana tinggalkannya.
"Emily..Please. Bukan dekat tempat terbuka macam ni..Kat lain please..."
Balas Lutfi terus menarik tangan Emily mengikutinya pergi dari sini. Bijak perempuan ini mahu naikkan nafsu syawatnya. Lutfi cuba untuk tidak terjerumus lagi dengan semua ini tetapi dia hanyalah manusia. Pasti ada salah dan silapnya. Siapa saja tidak pernah berbuat kesilapan.
Bibir Emily mula mengukirkan senyuman sinis. Inilah saat yg ia tunggukan. Mudah sekali Lutfi jatuh ke tangannya. Tidak sia-sia dia meminta pertolongan daripada Qayyum. Sekarang, tinggal Qayyum pula untuk membuka langkahnya. Hubungan Lutfi dan Alia akan berakhir tidak lama lagi.
............................................................................
Institut Perguruan Malaysia.
"Aduh...mana abang ni..Dah sejam aku tunggu tak datang-datang lagi. Nak naik grab..tak tahu pula alamat rumah baru.. Call tak angkat..mesej tak balas..busy sangat ke.."
Cakap Alia sendiri mula jalan mundar-mandir di depan stesen bas institut itu. Jam di tangannya menunjukkan pukul 2.30 p.m. Kelihatan semua calon mula beransur pulang dengan keluarga masing-masing. Ada juga yg datang sendiri menaiki kereta dan motosikal. Hanya dirinya saja tidak ada yg datang ambil. Bateri telefonnya pula tidak lama lagi akan mati. Alia buntu. Dia sudah berpesan kepada Lutfi untuk mengambilnya nanti. Tapi sekarang, dia terpaksa tunggu sendiri.
Kawasan bandar raya Kuala Lumpur bukan kepakarannya. Ramai orang yg tidak boleh dipercayai di sini. Ingin saja dia meminta tolong Fahmi datang menjemputnya tetapi Fahmi berada jauh dari kawasan ini. Dia akan menyusahkan abangnya itu nanti. Beg tangannya di peluk rapat. Mata Alia melilau melihat setiap orang yg lalu-lalang di sini. Takut pula dia menjadi mangsa rompakan nanti.
Tiba-tiba...
"Harghh!!!"
Sergah Seorang lelaki di sebelah telinga Alia dari arah belakang. Sejak dari tadi lagi dia melihat Alia menunggu sendiri di sini. Di dalam hati, dia menyumpah seranah Lutfi. Suami jenis apalah Lutfi sampai sanggup membiarkan Isteri sendirian seperti ini. Kalau jadi apa-apa nanti dia yg akan menyesal.
"Arghh!!! Ehh, Furqan!! Awak ni jahatlah...Terkejut saya..Dah kenapa jerit dekat telinga saya ni..pekak habis telinga orang.."
Marah Alia terus menghempuk kuat beg tangannya ke bahu Furqan. Selalu saja membuat jantungnya berdegup kencang. Kalau ada serangan jantung ni dah lama mati gamaknya. Perangai Furqan tak ubah seperti Lutfi. Suka sangat nyakat orang tidak bertempat.
"Adoi..Adoii..Hehehe. Sorry. Dah sapa suruh ko duduk sorang-sorang dekat sini? Tak reti nak balik lagi ke haa? Mana laki kau? Dah call belum?"
Furqan menyoal Alia semula. Di pandang wajah gadis polos di depannya ini. Tergugat juga dia melihat wajah manis Alia apabila berpakaian ayu begini. Perasan itu dibuang jauh-jauh. Berdosa nanti mahu menaruh perasaan dekat isteri orang.
"Ssaya..dah call tapi tak angkat.. Dah beritahu datang ambil pukul 1.30 p.m. tapi sampai sekarang tak datang lagi..Bateri fon saya dah mati. Nak call balik dah tak boleh. Saya tunggu di sini jelah.."
Beritahu Alia sedikit gugup nadi suaranya itu. Takut pula dia mahu bercerita lebih kepada Furqan. Tegang dan dingin sifatnya kali ini. Marah betul Furqan. Bukan dia yg kena tunggu di sini dah kenapa pula dia yg beremosi lebih. Pelik!
"Haishhh!! mangkuk hayun betul lah laki kau tu.. Jap aku try call dia..."
Furqan mula berjalan menjauhi Alia sedikit. Pantas tangannya mendail nombor telefon Lutfi. Panas hatinya dengan sifat lalai Lutfi seperti ini. Kalau dia tidak cuti harini pasti dia akan tahu apa yg Lutfi lakukan di pejabat sampaikan lupa untuk datang menjemput Alia. Kalau sibuk sekali pun dia boleh meminta pertolongan dari Furqan. Furqan akan menghantar Alia pulang. Tidaklah biarkan dia sendiri begini. Bahaya.
"Mangkuk hayun tu suami saya..Eleh dia pun 2X5 je dengan Lutfi...Kalau hempuk kepala dua orang ni mesti best.."
Nguman Alia membiarkan Furqan menelefon Lutfi pula. Senyuman di bibirnya mula terukir kembali. Nasib Furqan datang ke sini. Tidaklah dia berkeseorangan. Sekurangnya ada orang yg dia kenal untuk berlindung jika apa-apa yg berlaku di luar jangka.
"Bodohlah..kau pegi mana setan. Siap kau aku pukul nanti..."
Furqan terus mematikan panggilan itu setelah 5 kali cuba menelefon Lutfi tetapi panggilan itu tidak dijawab langsung. Dia meraut kasar wajahnya sebelum menghadap Alia semula. Di tatap wajah seorang isteri yg setia menunggu suaminya datang menjemput. Tergamak Lutfi main perasaan wanita seperti ini sekali. Kalau dia sayangkan Alia, dia tidak akan beri harapan seperti ini.
"Sudahlah..Lutfi busy kot dekat pejabat tu..Jum, ikut aku. Aku hantar kau balik."
Kata Furqan lalu mengajak Alia mengikutinya. Keretanya berada tidak jauh dari sini saja. Tidak mungkin dia membiarkan Alia sendiri. Kalau apa-apa berlaku nanti, dia yg akan bersalah kerana tidak bertindak dahulu.
"Tak apalah...saya boleh tunggu di sini. Maybe kejap lagi dia datang..."
Alia menolak pelawaan dari Furqan. Bukan apa, mereka hanya berdua-duaan saja. Takut pula apa yg orang kata nanti. Alia tidak mahu orang lain bersangka dia wanita yg jalang.
"Kau jangan nak harapkan sangat boleh tak?? Aku kenal lama dah Lutfi tu macam mana. Kalau dia busy..semuanya dia akan lupa. Kau nak tunggu sampai malam ke dekat sini? Haa, tunggulah. Kalau jadi apa-apa nanti jangan salahkan aku. Orang nak tolong mentah-mentah je kau tolak. Aku ni orang jahat ke haa? Kau tak kenal aku ni??"
Bertubi Furqan memarahi Alia. Moodnya betul tidak baik hari ini. Degil betul perempuan seperti Alia. Terlalu percayakan kata manis lelaki sampaikan lupa janji-janji itu akan punah juga. Miskipun Lutfi adalah sahabatnya. Dia tidak akan menyokong Lutfi kalau semua itu salahnya sendiri. Malah, dia sanggup bergaduh asalkan Lutfi sedar dan insaf dengan sisa hidup lamanya itu.
"Bbaiklah..tolong hantar saya pulang..."
Getaran suara Alia menjadi gagap secara tiba-tiba saja. Kata-kata Furqan benar menusuk jiwanya. Ada betulnya juga apa yg Furqan ujarkan. Sampai bila dia mahu menunggu Lutfi menjemputnya. Mungkin esok baru Lutfi datang ke sini. Ataupun tidak datang langsung. Alia bangun perlahan dari tempat duduknya. Dia mengikut lemah langkah Furqan dari arah belakang.
Hari ini satu butir nasi tidak dijamahnya. Selera makannya sudah lama tiada. Hanya air kosong melepasi anak tekak ini. Wajahnya kembali pucat seperti selalu. Entah sampai bila dia mahu menyimpan semua rahsia ini. Perit..Ya semuanya perit. Liku-liku kehidupan yg perlu dilaluinya setiap hari. Jika benar Lutfi mengambil berat tentang, dia tidak akan lupa perkara remeh seperti ini. Hatinya kembali kecewa.
Share this novel