Bab 47

Drama Series 71241

"Lia..pleaselah..Jangan buat bodoh sangat. Lia dah tahukan diorang tu perangai macam manakan? Kenapa Lia still nak layan juga? Lia nak jadi macam akak ke? Bila Lia dah tak ada apa-apa nanti..Luke akan tinggalkan Lia? Lia nak jadi macam tu ke? Please..Percaya cakap akak kali ni je. Diorang nak kan harta Lia jee. Diorang tak pernah ikhlas terima Lia. Sama saja macam apa yg akak lalui. Akhirnya, akan jatuh tersungkur seorang diri."

Dira bersungguh-sungguh memujuk naluri hati Alia untuk percayakan dirinya. Biarlah kisah hidupnya dijadikan pengajaran agar Alia tidak akan menerima nasib yg sama sepertinya. Dira tidak mahu Alia akan dikelilingi bayangan hitam nanti. Dia hanyalah seorang anak yatim piatu yg tidak berdosa. Dikianati oleh keluarga berada dan berharta. Hanya kerana satu janji dapat menghancurkan naluri hati yg suci.

"Please Lia..Percayakan akak..Akak sayangkan Lia. Lia kena buat keputusan sendiri kali ini. Semuanya bergantung dekat Lia sendiri..Akak cuma tak nak Lia kecewa dan sakit hati nanti.."

Tersedu-sedan tangisan Dira di tepi Alia. Ditatap wajah Alia sedalamnya. Pergelangan tangan Alia digenggam erat sekali. Dira sudah mati kata untuk meneruskan semua ini. Siapa dia mahu masuk campur dalam urusan Alia tetapi dengan cara inilah dia dapat menolong Alia.

"Akak pasti..Lia akan terima nasib seperti akak? Ditinggalkan begitu saja. Dibenci dan dicemuh oleh semua orang? Apa jaminan akak yg Lutfi sama seperti Abang Qirash? Akhirnya, Lia akan bercerai dengan Lutfi?Tak! Sekarang ni, akak isteri Lutfi atau saya?"

Bersuara Alia lalu memandang tepat kedua belah anak mata jernih Dira. Meminta satu kepastian daripada kata-kata Dira terhadapnya. Jika benar semua ini, apa yg perlu dia lakukan sekarang. Alia buntu.

"Lia..Napa Lia cakap macam ni? Lia tak percayakan akak? Akak tak bermaksud nak pisahkan Lia dengan Luke..tapi akak nak Lia hati-hati dengan mereka semua. Jangan letak 100% kepercayaan dekat Keluarga Dato' Tahir. Nanti, Lia akan kecewa. Yee, mungkin Luke tak sama macam yg lain tapi Luke tetap ahli keluarga mereka. Akak faham Lia. Akak tak berhak cakap macam ni dekat Lia. Buatlah satu keputusan yg benar. Ikut kata hati Lia sendiri. Jangan terlalu sayang, jiwa akan tersiksa." Pesan Dira dengan ikhlasnya.

Kata-kata Alia buat dirinya terkedu seribu bahasa. Dira akur dengan keadaan Alia sekarang. Terjerat dengan satu beban yg berat. Bukan mudah membuat satu keputusan agar tidak menyakiti hati sesiapa pun. Dira mula bangun perlahan dari kerusi. Dilepaskan lembut pergelangan tangan Alia.

Kini, mata mereka bertaut semula. Satu senyuman manis terukir di wajah Dira. Manakala, Alia tidak menunjukkan apa-apa reaksi di wajahnya. Di pandang saja tingkah laku Dira berjalan ke arah meja. Beg tangan di atas meja diraut perlahan. Pandangan terakhir melihat ke arah Alia sebelum Dira pergi dari sini.

"Jaga..diri baik-baik. Kalau Lia perlukan apa-apa nanti..Telefon saja akak. Akak sentiasa ada masa untuk Lia." Ujar Dira lalu menjatuhkan pandangannya ke bawah.

Langkah kanan berat diambil kerana dia tidak sanggup tingggalkan Alia sendiri di sini. Apakah daya, Dira juga seorang wanita. Terguris dengan kata-kata Alia terhadapnya tadi. Bukan begini pengakhiran jalan hidup yg ia mahukan. Demi dirinya dan nasib anak-anak, dia terpaksa berkorban kasih sayang yg tidak dibalas.

Alia mula meraut wajah dan perlahan-lahan pandangannya jatuh ke bawah. Apa yg dia ujarkan terhadap Dira tempoh hari memang tidak dapat dimaafkan. Dira sudah banyak membantu dan menolong dirinya selama ini. Alia langsung tidak cuba memahami apa yg dipesan oleh Dira.

"Maafkan Lia akak.. Lia terlalu ikut emosi.. Lia tak tahu akak..Lia tak tahu nak buat apa sekarang.. Kalaulah akak ada di sini..Pasti akaklah yg akan beritahu apa yg harus Lia lakukan.." Nguman Alia sendiri di balkoni. Butiran jernih yg mengalir di pipinya dikesat perlahan.

Harini, adalah hari pertama dia kembali semula ke rumah agam Dato' Tahir. Layanan yg diberi oleh mereka sama saja. Tiada apa yg berubah. Miskipun, sudah tiada kasaran menghingap di badannya. Itu saja yg mengubah sedikit sisa hidupnya selama ini. Alia meraba sekitar balutan di kepalanya. Esok atau lusa sudah boleh membuka balutan ini.

"Tok...tok..tok.."

"Assalamualaikum Alia, Mama ni..boleh mama masuk?"

Kedengaran suara Datin Nafisah sedang mengetuk pintu bilik Alia dari arah luar. Suasana sunyi terus lesap. Alia tergamam buat seketika. Baru saja sebentar tadi ibu mertuanya ini datang ke dalam biliknya. Sekarang, ia muncul kembali. Pelik! Mungkin mahu berbual kosong ke? Alia hanya mampu berfikir secara positif dulu.

"Masuklah mama..Alia tak kunci pun.." Jawab Alia lalu berjalan mendekati pintu itu. Air liur ditelan mula terasa pahit. Tetiba, bulu roma meremang tidak tentu pasal. Seolah aura jahat melintasi ruang biliknya ini.

"Ermm, Alia buat apa sorang-sorang dalam bilik ni? Asal tak keluar je haa. Ni..mama bawa minum petang dekat Alia. Jum, kita duduk dekat kerusi tu.." Ajak Datin Nafisah ramahnya.

Satu senyuman lebar jelas di bibir runcing milik Datin Nafisah. Tidak lupa juga tahi lalat manis di hujung mulutnya. Kelihatan dua hidangan Air teh panas dan kek red velvet terhidang kemas di dalam talam.

"Arr..Buat susah-susah je mama. Masuklah.." Ujar Alia kekoknya lalu menolong Datin Nafisah membawa talam itu pula. Mereka berjalan seiringan menuju ke arah balkoni.

"Tak susah pun Alia..rumah ni kan ada lift..Mesti Alia tak pernah naik kan? Kalau penat turun tangga tu..Naiklah Lift." Balas Datin Nafisah lalu melabuhkan dirinya di atas kerusi. Pandangannya mula melihat sekitar permandangan dari atas ini. Sungguh cantik sekali. Pandai Alia mengemas susunan pasu pokok bunga di sekitar ruang ini. Nguman dia sendiri.

"Ermm, tak pernah. Alia kan kuat lagi. Guna tangga je lah. Jemput minum mama..kak Qai mana?"

"Entahlah Alia..Qai tu kan..Bukan sekarang waktu dia dekat rumah ni..Larut malam karang baru pulang gamaknya..Haishh, apa nak jadilah dengan dia tu. Berbuih dah mulut mama ni. Tak berguna nasihatkan dia. Jadi macam tulah juga. Besar panjang dah bukan nak keje..Dok melalak dekat luar sana.."

Berleter Datin Nafisah panjang lebarnya bila Alia bertanya tentang Qai. Air teh o panas itu ditiup dan dihirup perlahan. Alia ada di sini, bolehlah dia ajak berborak kosong. Sunyi saja rumah ini bila semua orang buat hal sendiri.

"Biasalah tu mama..Nanti sudah tiba masanya Kak Qai bekerjalah. Macamlah juga dengan Alia ni. Menganggur je sekarang. Tak tahulah dapat ke tidak permohonan jadi guru sementara tu.."

Alia faham sangat perasan bimbang ibu mertuanya terhadap kakak iparnya itu. Naluri ibu mana tidak risaukan anak mereka di luar sana. Sedikit banyak dia tahu yg Datin Nafisah sunyi duduk seorang diri dalam rumah ini. Dia perlukan teman untuk berbual.

"Ehh, Alia minta jadi cikgu ke? Bila? Napa tak beritahu mama. Dah interview ke?" Tanya Datin Nafisah semangatnya. Dia juga ingin tahu apa yg Alia sedang lakukan sekarang.

"Ermm, Dah..Minggu lepas. Katanya keputusan dah keluar tapi Alia tak tengok lagi." Jawab Alia biasa saja.

Dia sedang menikmati isi kek yg melepasi anak tekak. Sedap pula makan santapan manis pada waktu begini.

"Owhh yeke. Baguslah kalau macam tu. Takdelah Alia mereput dekat rumah tu. Alia..mama nak minta tolong sikit boleh?" Pinta Datin Nafisah lembutnya sambil memegang pergelangan tangan Alia. Di tatap dalam anak mata menantu kesayangannya ini.

"Uhuks..Yee mama.. Ada apa?" Tersedak Alia selepas Datin Nafisah bertindak begini terhadapnya. Air teh o panas itu dihirup sedikit. Pandangannya kembali melihat ke arah wajah ibu mertuanya yg penuh makna dan tersirat sesuatu.

"Macam ni...Boleh mama pinjam Rm 2,000 tak dekat Alia? Bukan apa..Duit belanja mama bulan ni kurang lah. Mama nak beli barang sikit dekat Go Shop. Berguna tau barang dapur tu. Untuk kita guna juga nanti. Boleh tak Alia?"

Datin Nafisah bersungguh-sungguh terangkan semua ini dekat Alia. Setiap baris ayatnya dirungkaikan sebaik mungkin. Inilah cara bodek yg betul. Dia tahu, pasti Alia tidak akan berkira dengannya. Sebelum ini pun Alia mudah saja memberi.

"Awal bulan haritu kan Alia sudah transfer Rm 3,000 ke mama. Tak kan sudah habis?" Soal Alia semula cuba faham dahulu kenapa duit ibu mertuanya ini cepat saja habis.

Tidak mungkin Datin Nafisah gunakan semuanya dekat benda bukan-bukan. Nilai duit itu terlalu tinggi dan semestinya akan cukup sampai akhir bulan. Dahi Alia berkerut sedikit. Rasa biadap pula menyoal semua ini terhadap ibu mertuanya.

"Hmm, Mama bukan bazir dekat perkara bukan-bukan Alia..tapi mama buat amal jariah sikit dekat Rumah Kebajikan Anak Yatim . Sebab tu selalu habis jee. Bekalan amal kebaikkan untuk akhirat. Alia mesti fahamkan? Mama bukannya muda lagi. Ada lebihan simpanan, mama bersedekah."

Panjang lebar Datin Nafisah menerangkan semua ini terhadap Alia. Riak wajahnya kelihatan muncung dan sedih. Sejak dari tadi memegang pergelangan tangan Alia terus dilepaskan semula. Pandangannya kembali melihat permandangan di sekitar taman perumah ini. Jauh saja tatapan itu pergi. Dia tidak mahu berharap apa-apa lagi. Biarlah semua orang tidak faham isi hatinya. Tiada sesiapa yg peduli.

"Haishh, Banyak tu..Rm5,000 aku habiskan dalam masa sebulan. Padahal, aku tak guna untuk diri aku pun. Aduh, macam mana ni..." Nguman Alia sendiri. Dia berfikir sejenak. Ada baiknya juga ibu mertunya ini. Rajin bersedekah dalam diam. Satu helaian berat dilepaskan perlahan. Alia kembali melihat ke arah Datin Nafisah.

"Baiklah..nanti Alia transfer Rm 2,000. Tapi, untuk bulan ni je tau. Alia tak keje lagi.. Duit simpanan Alia bukannya banyak pun. Untuk mama..oklah. Bukan untuk sesiapa pun.." Bersuara Alia sambil mengukirkan senyuman di bibirnya. Bahu Datin Nafisah diusap lembut. Terhibur dia melihat tingkah laku ibu mertuanya bila merajuk.

"Betul ke ni Alia? Ya Allah. Terima kasih. Baiknya menantu mama ni. Emm, Mama sayang Alia. Alia anak yg baik tau!! Untung Luke jadi suami Alia."

Datin Nafisah terus memeluk erat badan Alia. Moodnya kembali riang seperti biasa. Seperti yg sudah dijangka sejak awal lagi. Alia pasti ringan tangan memberi kepadanya. Dapatlah dia memborong nanti. Bodohnya Alia mempercayakan lakonan kebaikkannya ini. Tidak sabar dia memberitahu semua perkara ini kepada Qairin. Senyuman sinis mula terukir di wajahnya. Walaupun rasa jijik sangat sekarang tetapi dia masih dapat kawal dirinya. Selagi, habuan di depan mata. Mereka tidak akan lepaskan.

"Ya Allah..jika benar apa yg mama lakukan. Tunjukkanlah kebenarannya. Aku ikhlas buat semua ini. Apa salahnya aku berkongsi rezeki dengan ibu mertuaku. Kalaulah aku ada keluarga lagi. Perkara sama juga yg aku akan lakukan."

Alia mula menjadi sebak. Pelukan ini amat bermaknanya untuknya. Rasa nyaman dan tenang saja merasai pelukan seorang ibu. Air mata mula terkumpul di kelopak mata Alia. Dia sangat rindukan arwah ayah dan ibunya. Kekosongon di hati ini mungkin akan terisi selepas ini. Menumpang kebahagian orang lain.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.00 p.m. Sibuk saja tangan Lutfi sedang menukar pembalut kepala Alia yg baru. Setiap hari perkara yg sama ia lakukan terhadap Alia. Siapa lagi yg boleh lakukan semua ini kalau bukan dirinya saja. Alia tidak lepas memandang wajah Lutfi yg sudah penuh dengan misai dan jambang. Rambutnya juga paniang melepasi anak mata. Kalau disikai mesti boleh jadi 'Oppa'. Kecil anak mata Alia melihat diri Lutfi yg tidak terurus ini. Alia rasa geram dan mahu mencukur semua misai dan jambangnya itu.

"Uiii, Napa pandang Abang macam tu..Seramlah..Lia rasa sakit ke? Abang buat perlahan tau.." Bersuara Lutfi sambil mencuri lihat ke arah Alia. Pandangan tajam saja Alia melihat ke arahnya sejak dari tadi.

Rasa pelik sangat dengan pandangan mata Alia begitu. Mesti ada yg tidak kena dengan dirinya. Lutfi melihat sedikit dirinya dan kembali melihat ke arah Alia semula. Tiada apa yg pelik pun tentangnya. Dirinya mengenakan singlet putih dan kain pelikat seperti biasa usai saja sudah menunaikan solat isyak tadi. Alia cuti jadi minggu ini dia tiada makmum.

"Abang, esok pagi cukurlah misai dan jambang tu. Dah nak jadi hutan tahu tak. Suka sangat simpan panjang-panjang." Ujar Alia masih tidak lepas pandang ke arah Lutfi. Sedikit senyuman pun tidak terukir di bibirnya.

"Ehh, biarlah muka abang..bukan bukan sayang. Suka hati jee suruh orang cukur. Werrkk!! Tak nok!! okey. Done. Esok dah tak payah nak balut lagi. Jahitan dah kering..Nanti sembuhlah..Muahh!!"

Satu kucupan terus dilepaskan ke pipi Alia. Geram Lutfi melihat wajah tegang Alia bila dia berkata begitu. Sengaja dia mahu melihat sejauh mana Alia dapat bertahan melihat jambang dan misainya ini. Sekali-sekala mahu juga dia menjadi seperti Wak Doyok. Bergaya dan ada penampilan tersendiri.

"Abang!! Tak kira!! Esok Lia nak cukur semua tu..Dah tak hensem tahu tak? Lia tak suka lelaki ada misai dan jambang. Huh! Baik masuk tidur lagi best.."

Ujar Alia lalu membaringkan dirinya dan menarik selimut. Malas dia mahu melayan perangai menyakat Lutfi. Sudah masuk 6 bulan lebih usia perkahwinan mereka. Macamlah dia tidak kenal dengan sifat dan kerenah manja Lutfi. Dibiarkan saja Lutfi duduk seorang diri menonton televisyen di sofa.

"Aikk..Dah nak masuk tidur ke? Lia..tadi kata nak tengok movie. Aii, majuk ke tu? Meh, laa duduk sini. Teman abang. Rasa sejuklah malam ni. Panaskan abang boleh?" Panggil Lutfi sambil melihat ke arah Alia.

Dipeluk tubuhnya apabila rasa angin kipas dan penghawa dingin melepasi badannya. Bukan setakat badan saja malah bawah kain pelikatnya juga angin masuk. Mengigil sampai ke pagi kalau begini.

"Tak Nak..Lia nak tidur." Balas Alia pendek tapi tegas nadi suaranya itu. Kain selimut di tarik sehingga melepasi wajahnya.

"Ermm, sayang..sayang. macam manalah aku tak sayang. Mesti sebab period ni." Nguman Lutfi lalu bangun dan berjalan mendekati Alia.

Lutfi menarik selimut dan menolak perlahan tubuh badan Alia ke tepi untuknya baring di situ juga. Tidak kiralah Alia mahu marah nanti asalkan dia dapat baring di sini bersama Alia.

"Ehh, Ehh..tempat tidur abang di sebelah sana. Dah kenapa nak tidur dekat sini juga?!! Arghh!! Tak kira. Pergi sana SEKARANG!!"

Marah Alia masih tidak mahu beranjak dari kedudukannya itu. Sejauh mana dia cuba bertahan akhirnya tubuh kecilnya ini tetap beranjak apabila ditolak oleh Lutfi. Satu dengusan kasar dilepaskannya olehnya. Alia kembali baring membelakangi Lutfi di bahagian sebelah. Sakit hatinya diperlakukan begini oleh Lutfi.

"Sayang..janganlah marah. Abang sunyilah kalau tak usik Lia. Hanya Lia je layan abang. Abang tak ada sesiapa lagi kalau bukan Lia seorang saja. Isteri,sahabat dan teman abang setiap hari dan selamanya. Bila Lia..dalam keadaan koma di Hospital..Hati abang rapuh dan sakit sangat. Abang tak sanggup melihat Lia dalam keadaan begitu. Setiap hari abang berdoa agar Tuhan tolong kembalikan Lia dekat abang. Abang belum bersedia kehilangan Lia. Disebabkan oleh kecuaian abang, Lia cedera. Maafkan abang Lia. Abang bukan suami yg baik. Kalau Lia rasa kecewa dan marahkan abang..Abang akan lepaskan Lia cara baik. Lia tak perlu nak ikut kata surat arwah ayah. Abang akan laksanakan tanggungjawab itu sendiri. Lia tak perlu nak siksa jiwa Lia lagi. Abang tahu..Hati Lia masih rasa kosongkan? Siapa abang mahu memenuhi ruang hati Lia. Bahkan, abang tak layak..Ermm, maaflah ganggu tidur Lia. Tidurlah..selamat malam. Jangan lupa baca doa tidur yee..Nanti Lia mamai lagi."

Luah Lutfi segalanya kepada Alia. Pandangannya sedikit pun tidak beralih melihat Alia dari arah belakang. Mereka berdua berbaring kaku di atas katil. Apa yg diujarkan oleh Lutfi ini tulus dari hatinya. Lutfi tidak sanggup melihat hidup Alia akan sengsara kerana keluarganya. Berat hatinya mahu melepaskan Alia pergi dari hidupnya. Kerana terpaksa, dia akan relakan. Walaupun berat hati ini akan menanggung nanti. Lutfi mula bangun perlahan. Tidak berguna dia menunggu kata balas dari Alia. Bukan pertelingkahan ia mahu terjadi.

"Abang...abang sudah tak sayang dan cintakan Lia?"

Bersuara Alia masih tidak berpaling menghadap Lutfi. Teresak-esak Alia menahan tangisannya. Butiran jernih sudah lama mengalir di wajah mulus ini. Bukan ini yg ia mahu dengarkan. Hatinya rasa sakit yg teramat sangat. Seolah dunia ini berhenti bergerak buat sejenak waktu.

"Lia...bukan itu maksud abang.. Abang cuma.."

"Jawab abang??!?!!! Itu saja..yg Lia mahu dengarkan..Apa salah Lia? Apa salah Lia sampai abang nak lepaskan Lia..Kenapa abang..Tak cukup ke apa yg Lia lakukan selama ini?"

Kali ini, Alia sudah hilang sabar. Dia bangun dan berpaling menghadap Lutfi sambil berkata begitu. Tersedu-sedan dia cuba menahan tangisannya itu. Cukuplah butiran jernih ini dibazirkan. Jika ini penamatnya, tiada apa yg perlu ia pertahankan lagi. Alia tidak kuat. Pernafasan ini seolah terlekat di kerongkong. Fikirannya mula melayang. Jika benar kata-kata Dira itu. Dialah perempuan paling bodoh kerana baru sedar sekarang. Alia berjalan menjauhi Lutfi bila nampak Lutfi mula mendekatinya.

"Jangan dekat dengan saya..Tolong.."

"Alia..bukan itu maksud abang.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience