"Abang, kenapa cuti harini? Kan baru sehari abang masuk keje. Kalau yee pun nak jaga Lia tak perlulah ambil cuti. Lia dah sihat sikit."
"Ehh, siapa kata abang ambik cuti nak jaga Lia? Abang saje je nak duduk rumah. Tak boleh ke?"
Nyakat Lutfi setelah mendengar Alia berkata begitu. Dia sedang mencuci kereta di laman hadapan. Ditinggal sebentar Alia di dalam bilik tadi, terus dia mengikuti langkah Lutfi ke bawah juga. Keras kepala betul isterinya ini. Langsung tidak mahu berehat sekejap. Ringan tangan saja mahu melakukan kerja di dalam rumah ini.
"Owhh, yeke..saja duduk rumah? kalau macam tu pegi masuk kejelah!!"
Marah Alia terus menjelir lidah ke arah Lutfi. Ingatkan Lutfi cuti hari ini mahu menjaganya tapi lain pula yg terjadi. Mata Alia terus melihat ke arah baldi yg masih terisi air sabun itu. Pandangannya mula beralih ke arah Lutfi. Sibuk saja suaminya itu sedang mencuci kereta. Alia mula terpikir sesuatu. Senyuman jahat mula terukir di bibirnya.
"Haa, Lia!! abang dah tahu pandangan tuu..mesti tengah rancang sesuatukan? Jangan. Abang baru jee mandi tadi. Tak ingat ke kita mandi berdua?"
Kata Lutfi masih mahu mengusik Alia lagi. Bukan selalu dia berbuat begini. Biarlah senyuman di bibir Alia tidak lekang lagi. Mungkin dengan cara ini Alia akan selesa bersamanya selalu.
"Abang??!!!. Shuu..Nanti orang dengar malulahh.."
Merah padam wajah Alia dengan perangai menyakat Lutfi terhadapnya. Sekali lagi dia terkena dulu sebelum mengenakan Lutfi semula. Mahu saja dia mengambil baldi itu lalu disimbah ke arah Lutfi. Dibatalkan saja niatnya dahulu. Alia redha melihat Lutfi sudah ketawa tidak ingat dunia kerana masih menang dalam pertaruhan ini.
"Amboii, seronok yee cucu opah kenakan Alia? Bila kamu nak berubah Lutfi. Cuba layan Alia ni dengan penuh kasih sayang.."
Tegur Hajah Aminah sejak dari tadi lagi seronok saja memasang telinga mendengar mereka berdua berbual. Opah berjalan menggunakan tongkat kaki 4 kerana faktor usia sudah mencecah abad. Dia bukanlah lagi muda seperti dahulu. Tahap kekuatan tubuh badannya sudah lemah dan perlukan tongkat untuk berjalan seperti sedia kala.
"Ehh, Opah..dah lama ke diri dekat sini. Jum, kita pergi duduk dulu.."
Ujar Alia lalu membantu Hajah Aminah berjalan. Hubungan mereka berdua belum erat lagi. Alia akan cuba berbual seperti biasa seolah dirinya sudah kenal rapat dengan opah. Maklumlah, opah adalah orang yg pernah menjaga arwah ayahnya. Pasti banyak cerita yg sudah dia tahu.
"Ehh, nak pegi mana tuu Lia??..tadi beriya nak temankan abang basuh kereta. Ni dah cuba lari pula.."
Sampuk Lutfi sudah mencekak pinggangnya ke arah Alia dan Hajah Aminah. Melihat mereka berdua sudah akrab amat memadai buatnya. Sedikit banyak dia sudah berjaya menyatukan kembali keluarga ini. Mungkin selapas ini kakak dan mamanya pula akan menerima Alia. Itulah yg diharapkan akan berlaku.
"Abang cucilah sendiri..itu pun nak suruh Lia teman. Jum, opah kita tinggalkan dia.."
"Betul tu Alia. Ngada-ngada sangat."
"Haa yelah..tinggal lah. Gigit kang.."
Alia sempat membalas kata-kata Lutfi itu sambil menjelirkan lidah ke arahnya lagi. Mereka berdua terus berjalan meninggalkan Lutfi sendiri di luar. Alia memapah tangan Opah untuk melabuhkan diri di atas Sofa. Selepas itu, dia turut duduk di sofa sebelah. Mahu tinggalkan opah sendiri di sini, nanti dianggap biadap pula. Satu senyuman kelat mula terukir di wajah Alia. Tidak tahu topik perbualan apa yg perlu dimulakan.
"Jauhnya duduk tu. Mehh, duduk tepi opah sekejap. Opah tak makan orang."
Panggil Hajah Aminah lembutnya sambil menepuk sofa di sebelahnya itu. Dia faham kalau Alia masih tidak selesa dengannya lagi. Alia terus bangun dan melabuhkan diri di sebelah Hajah Aminah. Tangannya digenggam erat oleh Hajah Aminah. Perasaan kekok mula menjalar di sudut hati Alia.
"Cantik cucu Opah ni. Manis orang. Alia sihat? Napa pucat je wajah ni?"
Tanya Hajah Aminah memulakan dahulu perbualan ini. Dia mula menyentuh setiap inci wajah Alia. Pandangannya mula jatuh ke bawah. Teringat akan arwah ibu Alia iaitu Lina. Wajah Alia amat mirip dengan arwah ibunya. Satu perasaan berdosa mula dirasainya.
"Yaa, Alhamdulilah..Hari ini rasa sihat sedikit dari semalam."
Jawab Alia sepatah demi sepatah perkataan yg tubir dari mulutnya. Entah kenapa dia rasa sedih melihat wajah Opah seperti ini. Dari anak mata yg dalam, Opah menyimpan satu perasaan rindu yg teramat sangat. Alia tidak dapat mengalihkan pandangannya dari menatap dalam anak mata Hajah Aminah.
"Baguslah kalau macam tu..Cepat sembuh yee. Owhh, hampir terlupa pula..Ini..Opah nak hadiah Alia sesuatu."
Kata Hajah Aminah lalu mengeluarkan sesuatu dari dalam poket baju kedahnya. Dia mula menarik pergelangan tangan Alia lalu diletakkan di atas riba. Alia melihat saja apa yg Hajah Aminah mahu beri kepadanya. Sedikit pun ia tidak membantah.
"Ini, gelang semasa Opah muda-muda dulu. Sekarang, dah tak muat. Opah nak beri kepada Alia."
"Alhamdulilah..muat elok. Sesuai sangat dengan Alia. Jangan tanggalkan tau. Di sebelah kanan tu mesti pemberian Lutfikan? Di sebelah kiri ini pula dari Opah."
Ujar Hajah Aminah setelah memakaikan seutas gelang emas di tangan kiri milik Alia. Bibirnya tidak lekang dari menguturkan senyuman gembira. Dapat juga dia beri kepada Alia semua ini. Sekurangnya, Alia dapat merasai satu hadiah pemberian darinya. Alia juga merupakan cucunya.
"Ya Allah..Opah. Buat susah-susah saja. Tak apa ke Opah beri dekat Lia? Lia rasa bersalah pula.."
Balas Alia mula rasa tidak duduk senang di situ. Rasa bersalah jika dia menerima pemberian ini. Apa pula orang lain di dalam rumah ini akan katakan nanti. Cukuplah dengan hadiah mas kahwin Lutfi kepadanya saja. Itu sudah memadai. Hatinya mula rasa gelisah.
"Jangan tolak sayang..Ini hadiah dari Opah sendiri. Usah risau. Tiada sesiapa yg akan soalkan. Jangan tanggalkan yee..Opah nak tengok gelang ini sentiasa berada di tangan Alia."
.....................................................................................
"So, sekarang ni..Luke adalah dekat rumah??"
Tanya Emily setelah diberitahu oleh Qairin yg Lutfi telah kembali ke sini tetapi bersama isterinya sekarang. Emily mula mendengus kasar. Sakit hatinya apabila mendengar Lutfi turut mengambil cuti demi menjaga perempuan kampung yg berlakon sakit tanpa bersebab itu. Rasa bengang kepalanya bila berfikir tentang Lutfi bersama Alia. Perasaan cemburu ini tidak akan pernah hilang. Dia tidak mahu berkongsi Lutfi dengan sesiapa pun. Termaksudlah Alia sendiri.
"Yeahh.. I pun rasa semak nak lepak rumah. Ehh, u boleh bayangkan tak bila keluar je ada pompuan itu. Ewww, Bikin serabut ini pikiran."
Kata Qairin mula menghirup air tealive di dalam bekas minumannya. Dia selalu mengadu semua ini kepada Emily. Dekat siapa lagi dia mahu bergosip kalau bukan dekat Emily saja yg suka mendengar ceritanya. Boleh dikatakan setiap hari mereka berdua akan bertemu. Topik yg selalu dibincangkan sekarang mengenai hubungan Lutfi dan Alia.
"Itu kalau u..Kalau i dah lempang pompuan tu. Luke ni dah hilang taste ke apa sampai pilih pompuan kampung tu..Ishh..jijiklah."
"Ehh, i dah lempang apa dia tu..Sekali mama i tumpang sekaki tahu! Kitorang dah ugut. Dia nangis tahu tak. Dasar lembik. Baru sentuh sikit dah nangis. Gedik jee. Tengoklah hari ni macam mana. Itu pun kalau Luke tak de dekat dialah. Silap hari bulan i pula yg kena lempang dengan adik sendiri."
Cerita Qairin semangat kepada Emily. Dia masih dapat bayangkan wajah Alia semasa kena tenyeh kepala dekat atas tilam. Puas hatinya berbuat begitu. Dirinya mula rasa seronok perlakukan Alia seperti itu. Dia mula mencari cara lain untuk kenakan Alia nanti.
"Seriously? Wauu, bestnya. Kalaulah i ada sekalikan dekat situ. Mesti dah lunyai budak tu kita kerjakan. Ehh, nanti bila Luke tak de dekat rumah..Rojerlah i. I nak juga kenakan dia."
"Yes Ofcourse boleh..Kita kerjakan dia sampai feadup dengan semua ni. Nanti bolehlah u masuk line balik dengan Luke."
"Hahahaha"
Qairin mula merancang sedikit semua ini dengan Emily. Mangsa utama mereka adalah Alia sendiri. Mereka perlu mulakan semua ini dengan Alia. Selepas itu, barulah mereka dapatkan Lutfi semula. Kedengaran suara mereka berdua ketawa antara satu sama lain. Tiada perasan belas ehsan wujud dalam diri mereka. Sedikit pun mereka tidak rasa kasihan mahu lakukan seperti ini terhadap Alia. Kerna Alia adalah perampas bagi segalanya. Hanya balasan setimpal yg perlu diberikan kepada orang seperti Alia.
...............................................................................
"Luke, Busy ke? boleh papa nak bincang sedikit dengan kamu?"
Bersuara Dato'Tahir apabila melihat Lutfi sedang menghadap laptop di dalam bilik bacaan. Mungkin sedang melakukan kerjanya yg sudah tertungak sejak bercuti kahwin. Series saja wajah Lutfi melihat ke arah laptop itu. Kelihatan Alia turut berada di sini sekali. Alia terus bangun dari pembaringannya di peha Lutfi. Dia menutup kembali buku yg sedang dibacanya itu.
"Owhh, Papa..Mestilah boleh. Tak busy pun. Ni haa, budak kecik ni nak tengok gambar wedding. Tengah busy layan dialah ni."
Kata Lutfi lalu mengosok kepala Alia yg masih memakai tudung. Aurat Alia masih terbatas lagi kerana Qirash, abang Lutfi turut tinggal sekali di sini. Dia sudah terbiasa memakai tudung jadi tidak perlulah rasa rimas.
"Ehh, Salah Lia pula. Bukan ke tadi abang yg nak tunjukkan gambar tu dekat Lia??"
Jawab Alia mula membetulkan semula tudungnya yg sudah serong sedikit. Mereka berdua terlalu bosan duduk di rumah hari ini. Bila melihat kembali gambar perkahwinan itu dapat juga kritik wajah antara satu sama lain. Lepas itu, mulalah bergaduh semula. Inilah cara mereka meluangkan masa bersama.
"Hahaha, Aduhh..kelakarlah kamu berdua ini. Alia boleh pinta Mak Timah buatkan papa air kopi tak? Nanti suruh Mak Timah hantar ke sini yee. Papa nak pinjam Lutfi sebentar."
Ujar Dato' Tahir rasa semput saja selepas ketawa melihat gelagat comel anak dan menantu dia ini. Tidak habis-habis bergaduh manja. Kalau bermasam muka mulalah rasa sunyi nanti.
"Ok. Lia turun dulu yee.."
Balas Alia mula bangun dari situ. Belum sempat dia berjalan pergi pantas saja Lutfi menariknya duduk semula. Satu kucupan terus di lepaskan di pipinya. Tergamam Alia dengan tindakan Lutfi seperti ini.
"Hee, now u free.."
"Abang ni!! Eee..geramnya.."
Alia menampar sedikit dada Lutfi sebelum pergi dari situ. Merah padam wajahnya menahan mahu yg teramat sangat. Sudahlah di depan bapa mertuanya Lutfi lakukan seperti ini. Dato' Tahir buat tidak nampak saja apa yg berlaku itu. Anaknya ini memang gelojoh tak ingat dunia. Masa muda-mudi dulu dia juga lakukan perkara sama terhadap Datin Nafisah. Lutfi mungkin mewarisi sifatnya yg jalang seperti ini. Terlihat wajah Lutfi tersenyum gembira sekali. Kalau tidak kenakan Alia sehari memang tidak sah.
"Erm...Ermm..Kau nak ke mana tuu??"
Sapa Datin Nafisah setelah terserempak dengan Alia di depan biliknya. Dia melihat Alia baru keluar dari dalam bilik bacaan itu setelah suaminya masuk ke dalam. Pasti ada sesuatu yg sedang dibincangkan di situ. Alia terus mematikan langkahnya dan menghela nafas panjang. Baru tadi dia berdoa agar tidak terserempak dengan ibu mertua mahupan kakak iparnya. Sekarang, dia perlu menghadap semua ini lagi.
"Lia nak ke dapur. Papa suruh Mak Timah buatkan air kopi untuknya. Mama nak apa-apa tak? Nanti Lia bawakan."
Beritahu Alia masih mengukirkan senyuman di bibirnya. Dia turut pelawa sesuatu kepada Datin Nafisah. Mungkin perkara semalam telah dilupakan oleh mereka semua. Walaupun perit, Alia tidak mahu mengenang kembali perkara itu. Biarlah semua itu hilang dari sudut hatinya. Tiada dendam yg perlu ia taruhkan. Biarlah tuhan yg membalasnya.
"Ehh, aku tak perlulah bantuan dari kau. Ni buat baik mesti bersebabkan??!! Jangan panggil aku mama boleh tak anak pungut? Rasa segal je telinga ni"
Ujar Datin Nafisah sebalnya melihat wajah pura-pura baik Alia di depannya sekarang. Mahu ditampar saja wajah mulus perempuan ini. Dia perlu berwaspada juga. Suami dan anaknya sudah ada di rumah. Kalau apa-apa berlaku nanti teruk dirinya dimarahi.
"Ermm..kalau macam tu baiklah. Saya panggil Datin Nafisah sajalah. Sebab Datin pun tak pernah panggil nama saya. Saya bukanlah anak pungut. Saya cuma anak yatim piatu saja. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu."
Balas Alia tenangnya dengan tomahan pedas dari mulut ibu mertuanya ini. Sedikit pun senyumannya tidak luntur. Lebih baik balas semua ini dengan senyuman daripada mengeluarkan kedukaan. Tipulah hati ini tidak terguris. Apakah daya, dirinya tetap orang luar di dalam rumah ini. Dia tidak perlu memaksa mereka menerima dirinya. Hanya perlu tunjukkan teladan yg baik kepada mereka. Kerana itulah sifat sebenarnya.
"Ehh, budak ni..aku lempang kang..Kau pergi sekarang sebelum aku hempuk kepala kau!! Pandai melawan ehh?? Siap kau nanti!!"
Marah Datin Nafisah setelah Alia cuba menjawab kembali semua ini. Terkedu sekejap dengan apa yg dia dengarkan tadi. Berani sekali Alia melawan kembali kata-katanya itu. Hari ini dia bernasib baik sahaja suami dan anaknya ada. Bila mereka tiada di rumah nanti, teruk Alia akan dikerjakan. Kerana mulut badan binasa. Datin Nafisah tidak akan sesekali biar Alia naik kepala. Dia akan tunjuk kepada Alia siapa yg lebih berkuasa di dalam rumah ini. Sejauh mana Alia dapat bertahan dengan neraka dunia yg dicipta oleh mereka terhadapnya.
Share this novel