Selepas semua selesai menjamah sarapan pagi, Fahmi memanggil Alia ke ruang tamu untuk berbual seketika. Sudah lama dia tidak berborak dengan Alia secara dekat. Masing-masing sibuk menamatkan pelajaran saja.
"Alia.." panggil Fahmi dengan lembutnya.
"ya? ada apa kau nak cakap dengan aku?" kasar saja bahasa Alia dengan Fahmi.
Maklumlah hanya Fahmi yg menganggap Alia sebagai adiknya. Padahal umur Fahmi dengan Alia hanya sebaya dan seakan-akan kawan rapat bagi Alia. Alia tidak melihat langsung ke arah Fahmi yg sedang duduk di atas sofa. Alia lebih suka melihat pemandangan ke arah luar jendela sahaja.
"Hmm, kau ni aku baru cakap sepatah kau dah balas bertubi-tubi macam aku nak soal kau je kan?" Balas Fahmi dengan nada sedikit bosan setelah Alia nak tak nak saja berbual dengannya. Mungkin disebabkan Fahmi selalu tiada di sini, Alia sudah tiada teman untuk berbual lagi.
"Eeee. nak merajuklah tu mengalahkan budak kecil ja kau ni. Ya! Abang ada apa nak cakap dengan adik Alia ni?? " Perli Alia sambil membuat muka comel ke arah Fahmi. Lelaki di depannya ini kalau tak nak perhatian bukan dialah.
"Ishhh! dah arr. ingat comel buat muka macam tu? werkk!!" Balas Fahmi tidak membalas senyuman Alia itu langsung menjelir lidah ke arahnya saja. Muka Alia mula bertukar merah kerana menahan amarah itu.
"Engko ni kan memang nak Cari pasal! Nanti ko aku kerjakan!!" Belum sempat Alia nak kasi penumbuk ke arah Fahmi tiba-tiba...
"pon! pon! pon!"
Mereka berdua yg mendengar bunyi hon kereta seseorang di luar rumah terus memandang antara satu sama lain.
"Assalamualaikum.. "
Alia yg terkejut dengan kehadiran orang ramai di luar rumah terus melarikan diri ke dalam bilik untuk menyarungkan tudungnya dahulu. Habis auratnya terdedah kepada mereka tadi. Nyesal dia pergi curi tengok ke arah jendela tadi.
"Ehhh Alia kau ni!!. " belum sempat Fahmi menghabiskan percakapannya Alia sudah lesap dari pandangan. Cepat benar Alia melarikan diri dari sini.
Mak Senah sejak tadi dari dapur terus ke ruang tamu untuk melihat siapa yg bertandang pepagi lagi ke rumahnya. Seraya itu, Fahmi juga melihat siapakah tetamu yg datang ke sini.
"Waalaikumsalam....." jawab Fahmi dan mak senah serentak dan mereka sedikit terkejut dengan kehadiran begitu ramai orang termasuklah dulang hantaran. Masing-masing segak bergaya saja memakai baju melayu dan baju kurung.
"Maaf menganggu, Mak Cik boleh kami masuk?" Pinta seorang pemuda itu ke arah Mak Senah tanpa segan pilu. Bibirnya tidak lekang dari memberikan senyuman manis.
"Yaa.. silakan masuk semua.." Tergagap-gagap mak senah hendak mempelawa mereka semua masuk ke dalam rumahnya. Dia masih tidak tahu apa niat mereka semua bertandang ke rumahnya ini termasuklah semua barangan hantaran yg dibawa oleh mereka itu.
"Sebentar ya semua. Sebelum kita semua memulakan perbualan izinkan saya untuk membuat air dahulu untuk semua." Pinta Mak senah lembutnya lalu mula bangun untuk ke dapur dahulu. Dia perlu membancuh air dan menyediakan sedikit kuih yg dibuatnya pagi tadi kepada semua para tetamu yg hadir ini.
Fahmi sejak tadi diam dia pun mula bersuara dengan lembut. Dia menegur orang yg paling berusia sedikit di dalam kalangan mereka semua.
"Ermm. maafkan saya jika bertanya. Apakah tujuan Encik dan Puan semua datang ke mari dengan membawa sejumlah hantaran sebanyak ini?" Berkerut sedikit dahi Fahmi melihat begitu tersergam mewah semua hantaran ini.
"Maafkan saya jika semua ini datang tidak kena dengan waktunya. Saya, Dato' Tahir datang bersama sekeluarga saya ke sini ingin memetik bunga di taman yg bernama Cik Nur Alia Qisyara Bt. Mohd Noor untuk putera bongsu saya." Ujar lelaki yg bersongkok yg bernama Dato' Tahir itu. Lembut sahaja setiap bibit bicaranya pada Fahmi.
"APA? meminang Alia? biarrrr betul?? Alia kenal dengan seseorang??? sejak bila?" tanda tanya semakin menjadi-jadi di dalam fikiran Fahmi.
Fahmi hanya mendiamkan diri saja sejak mendengar perkataan yg keluar dari mulut mereka ini. Dia menelan payah air liurnya itu. Ingin bertanya lebih dia tidak tahu puncanya. Setelah beberapa minit membisu saja, Mak Senah pun tiba ke ruang tamu dengan membawa minuman dan kuih-muih dibawa oleh Alia. Fahmi melihat ke arah muka Alia selepas dia meletakkan dulang makanan itu ke atas meja . Alia tidak menunjukkan raut wajah yg mencurigakan dan dalam keadaan yg takut. Muka Alia seakan tenang saja, mungkin dia sudah tahu semua ini.
"Kenapa tak berbincang dahulu dengan aku dan mak? Nguman isi hati Fahmi seorang diri. Dia masih tidak dapat menghadam semua ini lagi. Arwah Pak cik Noor baru sahaja meninggal. Sekarang pula ada orang mahu masuk meminang Alia.
"Jemputlah minum semuanya. Maaflah ini saja yg mampu saya hidangkan." Bersuara Mak Senah dengan rendah hatinya. Maklumlah kehidupan mereka tidaklah seberapa nak ditunjukkan kepada para tetamu ini.
"Ehhh, tak apa. Buat menyusahkan Puan saja. Terima Kasih..Semua ini sudah cukup memadai bagi kami kebetulan saja kami datang ke sini tanpa memberitahu dahulu." Ujar seorang pemuda di sebelah Dato' Tahir sopan-santunnya.
Alia hanya mendiamkan diri di tepi Mak Senah. Dia hanya mengenakan baju T-shirt berlengan panjang, seluar trek dan tudung bawal chiffon saja. Alia tidak memandang langsung ke arah semua tetamu yg hadir ini. Mereka semua mungkin kenalan Fahmi. Alia hanya berfikir begitu saja.
"Maafkan saya semua. Boleh saya bertanya apa tujuan Encik dan Puan semua bertandang ke rumah saya?" Tanya mak Senah dengan penuh tanda tanya. Mak Senah mula melihat sejumlah dulang yg dibawa ini. Yg menarik di mata Mak Senah adalah sebentuk cincin seakan untuk perempuan saja.
Alia sejak dari tadi hanya memegang tangan mak Senah. Semakin dieratkan pergelangan tangan itu. Mak senah hanya mampu bersabar dan menunggu jawapan dari mereka dahulu. Dia berharap sangat perkara yg ia tidak diingini akan terjadi nanti.
"Boleh kita mulai dengan sebuah pantun? kita ikutkan lah adat melayu ya?." Tanya Dato' Tahir dahulu kepada keluarga Mak Senah. Senyuman di bibirnya tidak pudar. Tambah pula sudah melihat sendiri bakal menantunya itu.
"Ya..silakan." Fahmi terus menyampuk entah dari mana datang suaranya itu.
Mak Senah hanya mampu mengangguk tanda setuju. Tiada apa yg perlu ia lengahkan waktu lagi.
"Bismilah.. saya mulakan dulu ya?" Bersuara Dato' Tahir dengan penuh semangatnya.
"Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman."
"Maafkan saya. Maksud encik dan Puan semua datang ke mari untuk meminang Alia Qisyara?" Mak Senah mula berani membuka percakapannya. Berkerut dahi Mak Senah selepas mendengar lapisan pantun pertama itu. Entah apa pantu yg lain akan menyusul dia sendiri pun tidak mahu mengambil tahu.
Alia hanya mampu menunduk rapat ke lantai. Mahu sahaja air matanya ini merintih keluar. Mak Senah faham maksud pegangan tangan Alia yg begitu kuat dengan tangannya. Mak Senah cuba untuk memahami lebih lanjut tentang semua benda berlaku dengan begitu pantas ini. Fahmi dari tadi sedikit geram dengan perasaan yg bercampur baurnya terus menjawab tanpa tapisnya.
"Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syaratkah dia?"
Mak Senah sedikit hairan dengan tingkah laku Fahmi dari tadi tidak berputus asa mencari kebenarannya. suasana menjadi sedikit janggal di rumah Mak Senah. Mahu sahaja Alia lari dari sini tetapi dia masih kuat bertahan disebabkan Mak Senah berada di sampingnya. Fahmi juga cuba pertahankan semua ini dahulu.
..............................................................................
"Maksud ? bunga ? meminang aku? bukan Fahmi? apa semua ni? Surat ayah Itu benar? jannngann kata aku akan kahwin? tolongg kuat Lia...."
Share this novel