Bab 64

Drama Series 71241

Di rumah agam Dato' Tahir.

"Kan saya dah kata. Jangan bertindak melulu. Saya tahu apa yg saya lakukan. Disebabkan awaklah saya perlu tukar rancangan lain. Boleh tak duduk diam-diam saja? Tak cukup ke apa yg saya beri dekat awak selama ini?" Sergah Dato' Tahir terhadap Datin Nafisah.

Tali lehernya direntap kasar sekali. Amarah dan perasaan geram membelegu dirinya. Sudah lama ia bersabar dengan tingkah laku Datin Nafisah. Suka sangat campur tangan dalam urusannya.

Dato' Tahir merebahkan dirinya di atas sofa. Rasa malas harini mahu ke pejabat. Pada masa yg sama ia rasa muak dan jemu melihat wajah isterinya ini. Satu keluhan berat dilepaskan. Banyak perkara yg perlu dipikirkan dalam waktu terdekat ini.

"Awak ni dah kenapa? Sampai hati awak ungkit balik ehh apa yg awak beri dekat saya? Wahh, awak patut berterima kasih dekat saya tahu tak? Saya dah banyak tolong awak selama ini. Apa yg saya buat. Semua salah di mata awak. Awak tak pernah hargai sedikit pun bantuan dari saya. Ciss..." Kata Datin Nafisah dengan geramnya.

Dirinya saja yg selalu dipersalahkan oleh Dato' Tahir. Dia cuba menolong suaminya ini sebaik mungkin. Apa yg telah ia lakukan langsung tidak dipandang oleh Dato' Tahir. Malah, salah dan silapnya saja yg nampak.

Datin Nafisah mula rasa cemuh dan menyampah dengan perangai Dato' Tahir bila melayannya. Sepaniang mereka berdua mendirikan rumah tangga. Dato' Tahir tidak pernah memberi layanan yg baik terhadapnya. Perasaan sakit dan hampa menusuk di jiwa. Hati isteri mana tidak rasa sakit dan kecewa bila suami sendiri berbuat demikian.

"Haa melawan!! Elok lah tu. Jadi isteri pun tak reti nak hormat suami. Saya tak perlukan pertolongan daripada awaklah. Just duduk diam-diamlah dekat rumah. Jaga Mama saya baik-baik. Itu tugas awak sebagai isteri. Saya dah beri apa yg awak nak selama ini. Bersyukur sikit Nafisah. Sebelum ini, ada awak pernah rasa kehidupan semewah ini? Dapat memiliki segalanya? Kalau tidak bukan saya. Siapa lagi nak beri awak semua ini? Erghh.." Ujar Dato' Tahir bangganya.

Dia sanggup bekerja keras demi keluarga mereka. Biarlah dia tidak cukup rehat. Asalkan keluarga ini dapat menumpang hasil titik peluhnya sendiri. Isterinya ini bukan datang dari keluarga yg berada. Datin Nafisah tidak pernah merasai kehidupan yg mewah seperti ini. Setiap bulan, Dato' Tahir memberi nafkah tidak pernah kurang untuk Datin Nafisah. Gelang emas penuh ditangannya. Bahkan, rantai emas tidak cukup ruang dilehernya.

Satu senyuman sinis mula terpancar di wajah Dato' Tahir selepas melihat riak wajah isterinya sudah berubah setelah mendengar semua itu. Dasar perempuan gilakan harta! Nguman Dato' Tahir sendiri.

"Kurang ajar....tak guna punya lelaki.." Kata isi hati Datin Nafisah amarahnya.

Genggaman tangannya kuat memegang kain. Kata-kata kias dari Dato' Tahir merangkap dalam jiwanya. Datin Nafisah terus bangun dan memandang ke arah Dato' Tahir. Satu pandangan bengis mula terpancar di wajahnya.

"Saya tak perlukan semua ini... Awak ingat saya berkahwin dengan awak nak jadi bibik dalam rumah ni??!! Duduk terperap saja dekat rumah?!! Ehh, sepanjang kita berkahwin. Ada awak bawa saya pergi mana-mana? Kenalkan saya dekat rakan-rakan awak yg lain? Tak Tahir!!! Tak!! Sebab awak tak pernah nak terima saya dalam hidup awak." Tengking Datin Nafisah sudah hilang sabar dengan semua ini.

Perkahwinan mereka berdua ibarat 'gantung tidak bertali'. Tampak bahagia di luar tetapi seperti kucing dan anjing selalu. Pantang ada masalah kecil akan dipertikaikan sehingga menjadi besar.

"Awak tak puas hati apa ni Nafisah? Selamani awak okey je. Saya berkahwin jugakan dengan awak. Kongsi hidup bersama awak. Dikurniakan 3 orang anak. Apa yg tak terima sangat ni. Kenapa sekarang nak bising pula? Heh, Sejak bila berminat dalam urusan saya.. Ataupun berminat pasal duit saya jee?" Ujar Dato' Tahir masih tenang melayan kerenah Datin Nafisah.

Semua benda tidak pernah betul di matanya. Dato' Tahir penat hidup yg selalu dikongkong oleh isteri sendiri. Semakin lama ia rasa menyampah menghadap hidup seperti ini. Mahu cari penganti umur sudah mencecah usia. Dia terpaksa terima kenyataan yg Datin Nafisah adalah jodohnya sampai ke tua walaupun hati tidak ikhlas.

"Apa???!!! Ehh, Aku tak kisahlah pasal duit kau. Selamani, aku sanggup buat apa saja asalkan kau pandang aku tapi tak.. Perempuan yg dah lama mati tu lah yg kau selalu sanjung. Ooo, disebabkan itulah sekarang ni kau beria nak anak dia pula. Nak buat apa?? Kikis harta merekakan? Aku mata duitan atau kau Tahir??!! Dasar lelaki dayus!!" Jerkah Datin Nafisah sudah hilang hormat dekat suaminya ini.

Tersekat-sekat pernafasannya menahan geram dan amarah. Baru sedikit saja dia melepaskan semua ini. Pandangan penuh benci diberikan terhadap lelaki kejam seperti Dato' Tahir.

Tanpa teragak lagi, Dato' Tahir segera bangun dan menunding jari ke arah wajah Datin Nafisah. Terbutang besar anak matanya memandang tajam perempuan yg sudah berani melawannya sekarang.

"Nafisah!!! Kau jangan nak kurang ajar sangat dengan aku. Benda dah lepaslah. Buat apa kau nak bangkitkan lagi?!! Arwah dah pun tak ada. Alia tu menantu aku. Anak dari adik aku juga. Jaga sikit mulut kau tu. Sebelum aku sendiri yg tutupkan. Dasar tak sedar diri. Semua makan minum, pakaian kau, aku sediakan. Ada hati nak buat andaian begini. Jangan cabar aku Nafisah. Aku tak teragak-agak nak jatuhkan talak dekat kau." Tengking Dato' Tahir kembali.

Suara garaunya bergema seluruh rumah ini. Mujur sahaja tiada sesiapa pada waktu sekarang. Para pembantu rumah tidak berani mahu masuk campur dalam urusan majikan mereka. Biarlah pertenglikahan itu dileraikan oleh mereka berdua sahaja.

Dato' Tahir mengenggam erat kedua belah tangannya. Ringan saja tangannya mahu menampar wajah Datin Nafisah. Tapi, ditahan dahulu rasa amarahnya ini. Keadaan menjadi dingin dan sepi buat seketika. Tergamam Datin Nafisah di situ. Pandangannya turun ke bawah kerana tidak berani mahu melawan kembali.

"Sampai hati awak buat saya macam ni...23 tahun usia perkahwinan kita. Sepanjang kita berkahwin adakah awak terima saya..mencintai saya?" Tanya Datin Nafisah dalam nada seraknya.

Sedaya-upaya dia menahan butiran jernih ini daripada mengalir di depan Dato' Tahir. Dia ngin tahu satu kepastian dan kebenaran sepanjang mereka hidup bersama.

"Nafisah...pleaselah..Saya tak nak dengar lagi semua ini dari awak. Enough.." Kata Dato' Tahir lalu mengambil beg pejabatnya.

Tidak berguna lagi mereka berdua terus bertekak antara satu sama lain. Umur sudah mencecah abad. Sampai bila merka mahu bergaduh begini. Dato' Tahir memandang lama wajah isterinya ini. Sedikit pun dia tidak rasa kasihan melihat keadaan Datin Nafisah begitu.

"Herghh...." Satu keluhan berat dilepaskan.

"Arghhh!!! Saya benci awak!!! Kenapa awak berkahwin dengan saya kalau sedikit pun hati dan perasan awak tidak pernah wujud untuk saya..Awak kejam Tahir!!! Awak lelaki yg kejam!!" Jerit Datin Nafisah seperti dirasuk.

Belum sempat Dato' Tahir beranjak pergi. Datin Nafisah mula menampar dan menumbuk dadanya. Air mata berjujuran keluar tanpa ditahan lagi. Rasa sakit ini tiada sesiapa yg tahu. Menangung derita bertepuk sebelah tangan. Hanya dirinya saja yg bermatian menaruh cinta dekat orang tidak pernah menghargainya sepanjang hidup ini.

"Enough Nafisah!!! Enough!!! Kau nak tahu sangatkan??!! Okey...Aku beritahu kau sekarang.. Sepanjang kita berkahwin. Sedikit pun aku tak ada perasaan dekat kau. Malah, aku tak pernah cinta atau sayang dekat kau. Yee, memang aku lelaki yg kejam. Kau jangan lupa Nafisah. Kau yg mahu berkahwin dengan aku. Bukan aku yg pinta.. So, jangan bertanya lagi. Kau dah tahu kebenarannya." Ujar Dato' Tahir sambil menatap dalam anak mata Datin Nafisah.

Kedua belah lengan Datin Nafisah digenggam erat sekali. Dia tidak rasa menyesal dan bersalah memberitahu Datin Nafisah semua ini. Tidak berguna dia berdalih lagi.

"Apa....jadi memang benar saya bertepuk sebelah tangan selama ini?? Ceraikan saya...awak ceraikan saya sekarang!!!!!" Kata Datin Nafisah tidak sanggup meneruskan hubungan ini lagi.

Pandangan Dato' Tahir bila menatapnya hanya terlihat orang lain di situ. Siapa lagi kalau tidak bukan orang yg ia cintai dan kasihi sampai ke mati. Datin Nafisah pasrah dengan semua ini. Tidak berguna dia mempertahankan rumah tangga mereka lagi. Titi akan goyah kalau seorang saja yg cuba baiki.

"Apa? Lepaskan kau..Hahahaha.. Tak mudah seperti yg kau pikirkan Nafisah. Engkau layak dilayan seperti orang suruhan aku di dalam rumah ini. Bila dah masuk mulut harimau tidak akan mudah terlepas. Kau dah lupa ke.. Kau pun sama jee dengan aku. Tak ubah seperti 'Syaitan bertopengkan manusia'. Jangan lupa apa yg kau telah lakukan. Rahsia kau ada dalam tangan aku. Aku tak teragak-agak nak buat anak-anak bencikan kau. Biar mereka tahu siapa mama mereka yg sebenarnya." Bisik Dato' Tahir sinisnya dekat telinga Datin Nafisah.

Selepas itu, jarinya mengusap lembut sisa air mata yg masih mengalir di wajah isterinya ini. Kepalanya digelengkan beberapa kali apabila menatap wajah orang yg sedang menahan amarah dan geram terhadapnya.

"Muahhh!!"

Satu kucupan lembut dilepaskan di dahi Datin Nafisah. Rasa kasihan pula dia berbuat begini dekat isterinya sendiri. Senyuman penuh makna diberikan kepada Datin Nafisah sebelum dia melangkah pergi. Rasa senang hati ini selepas meluahkan semua itu. Biar isterinya ini rasa, siapakah yg lebih berkuasa di dalam rumah ini. Jangan cabar kesabaran lelaki.

"Arghhh!!!! Aku benci kau Tahir!!!" Jerit Datin Nafisah sudah jatuh terjelopak di atas lantai.

Badannya mengigil dan mengeletar tanpa sebab. Tangisan laju tumpah ke pipi. Rasa menyesal mula terpahat di hatinya. Salah memilih suami akan mengubah segala takdir jalan hidup. Di ugut oleh suami sendiri. Silap hari bulan nyawanya pula akan berada di dalam tangan Dato' Tahir.

Selama ini, Dato' Tahir hanya mempergunakannya sebagai orang suruhan sahaja. Tidak lebih dari seorang isteri mahupun mama kepada anak-anak mereka. Datin Nafisah ditipu hidup-hidup oleh lelaki yg penuh muslihat seperti Dato' Tahir.

Harap maaf sudah lama tak update. Sis akan cari masa terluang. Tq <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience