Bab 35

Drama Series 71241

"Amboi, isteri abang ni..dah tak sabar ke nak pindah ke rumah baru sampai dah packing semua baju ni.."

Bersuara Lutfi setelah melihat Alia sudah siap memasukkan semua bajunya ke dalam beg bagasi. Esok mereka akan melangkah keluar dari rumah agam ini. Rasa tenang segala masalahnya sudah diselesaikan dengan satu keajaiban berlaku dalam sekelip mata. Lutfi tidak akan lupa budi baik arwah bapa mertuanya itu. Semua ini demi kebahagian dan kepentingan Alia sendiri.

"Ermm, abang..Dah lama Lia tunggu waktu ini. Bukan apa..Abangkan dah janji dengan Lia. Kenalah tunaikan.."

Kata Alia lalu bangun dari kedudukannya itu. Barangannya semua sudah siap dikemaskan ke dalam beg. Tiada apa yg lebih gembirakan hati ini bila dapat berpindah keluar dari sini. Sudah lama dia menanti saat ini berlaku. Akhirnya, Alia tidak perlu risau dan rasa takut pada setiap saat,minit dan jam menanti ibu mertua dan kakak iparnya menyiksa dirinya seperti selalu.

"Yee Tuan putri. Always untuk isteri kesayangan abang ni..Jum tidur..Dah pukul berapa ni?? Huaa!! Ngantuknya.."

Lutfi mula memeluk tubuh badan Alia dari arah belakang. Sudah lama mereka berdua tidak merasai detik seperti ini. Dia terlalu sibuk dengan urusan kerja sampaikan Alia tidak dibelai seperti selalu. Kasih dan sayangnya terhadap Alia tidak pernah luntur.

"Ermm, abang..Lia dahagalah..Abang masuk tidur dulu ye. Lia nak turun minum sekejap."

Ujar Alia cuba meleraikan ikatan tangan Lutfi pada pinggangnya. Dia tidak bermaksud mahu mengelak semua ini tetapi luka dan lebam di sekitar badannya belum sembuh sepenuhnya. Alia tidak mahu Lutfi syak-wasangka terhadap apa yg telah berlaku ke atas dirinya. Hubungannya dengan keluarga ini baru mahu erat. Tambah pula, mereka berdua akan berpindah esok hari. Jika semua ini diketahui oleh Lutfi, pasti perpindahan ini akan tertangguh lagi.

"Hmm, oklah. Abang tunggu tau. Jangan lelama sangat dekat bawah tu..Nanti rindu. Muahh"

Satu kucupan dilepaskan ke pipi Alia. Selepas itu, baru Lutfi meleraikan tangannya pada pinggang Alia. Dibatalkan saja niatnya mahu bermanja dengan Alia pada malam ini. Lutfi segera naik ke atas katil lalu merebahkan kepalanya di atas batal empuk milik Alia. Aroma wangi isterinya ini mula menaikkan nafsu syawatnya. Esok dan hari lain pun dia boleh dapat. Mata Lutfi mula rasa berat kerana tidak cukup rehat hari ini. Tanpa berfikir panjang lagi. Dia terus melelapkan matanya.

"Fuhh, nasib terlepas..."

Nguman Alia sudah keluar sejak dari tadi. Kalau tunggu lebih lama lagi pasti Lutfi akan terkam ke arahnya seperti menjamah mangsa. Kelihatan semua orang sudah masuk tidur. Gelap dan sunyi tanpa ada suara orang berbual mahupun ketawa. Hanya kedengaran bunyi cengkerik berirama pada malam ini. Alia berjalan berjengket-jengket melepasi bilik papa dan mamanya. Dia tidak mahu menganggu kedua mertuanya itu dibuai mimpi. Jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 a.m. Sudah larut malam pada waktu begini. Hanya dirinya saja yg belum masuk tidur lagi.

Belum sempat Alia melangkah menuju ke arah anak tangga, kedengaran suara seseorang mula menguak pintu. Segera Alia bersembunyi sebentar di tepi pasu bunga bersebelahan bilik mertuanya itu. Dia mula menekup mulutnya agar tidak membuat bising. Takut juga kalau dia terserempak dengan Qairin. Bukan Alia tidak kenal dengan kakak iparnya itu. Larut malam begini selalu saja keluar. Rumah ini ibarat hotel saja baginya. Siang dan malam keluar tanpa rasa jemu.

"Dira nak ke mana ni?? Please..jangan pergi. Ok!! Abang tak akan sentuh Dira but please..kali ni je kita tidur bersama."

"Ehh, Abang dah giler ke? Kita dalam tempoh penceraian tahu? Tak! Dira tak akan tidur dengan abang..Enough okey? Kita dah janji hanya rapat seperti biasa bila di depan semua orang..But, now..semua dah tidur. Kita bebas. Dira nak tidur dengan anak-anak."

"Dira..saya tak akan ceraikan awak..Tolonglah. Berapa kali saya nak bagitau awak ni? Kita akan selesai masalah ini dengan cara baik. Tiada penceraian berlaku. Noktah!!"

"Bang!!"

"Ehh, Qirash!! Qirashh!!"

"Tak guna kau...."

Dira mula mengorak langkahnya menuruni anak tangga. Kasar sekali Qirash menutupi pintu bilik ini. Butiran jernih mula memenuhi kelopak matanya. Sampai bila mereka berdua mahu berlakon seperti ini di depan semua orang. Tampak ceria dan bahagia tanpa ada sebarang masalah di dalam hubungan ini. Tetapi hakikatnya, hubungan ini terlalu perit dan sakit untuk diteruskan lagi. Adira mahu tamatkan juga perkahwinannya dengan Qirash. Hanya Qirash saja bersungguh-sungguh mahu menyelematkan hubungan ini. Dia tidak akan melepaskan Dira dengan semudah itu. Biarlah sakit pada waktu sekarang dan bukannya menyesal di kemudian hari.

Tergamam Alia mendengar dan melihat semua ini dengan mata kepalanya sendiri. Walaupun mereka berdua bergaduh dengan suara perlahan tetapi dia mendengar dengan jelasnya setiap bibit bicara mereka. Jadi selama ini mereka berdua hanyalah berlakon bahagia di depan semua orang. Tidak mahu semua orang di dalam rumah ini berpra sangka bukan-bukan. Alia mula melepaskan satu keluhan berat. Perasan sebak mula menjalar di dalam dirinya. Kasihan dia melihat pertelingkahan kecil antara abang ipar dan birasnya itu. Hubungan mereka berdua dingin sekali.

"Sampai bila awak nak siksa jiwa saya Qirash..Saya dah penat dengan semua ini. Saya nak tamatkan juga.."

Cakap Dira sendiri di tepi kolam renang di belakang rumah agam ini. Melepaskan satu perasaan yg dia sendiri tidak dapat tanggung lagi. Permulaan sebuah hubungan yg bahagia tanpa ada sebarang masalah yg timbul tetapi disebabkan satu ketidakpercayaan hilang segalanya. Dira mula menangis sepuasnya di situ. Biarlah dia lepaskan perasaan sakit ini kerana tiada sesiapa yg tahu apa yg telah dia lalui selama ini.

"Akak...akak tak apa-apa?"

Alia mula menegur lembut ke arah Dira yg sudah jatuh terduduk di tepi kolam renang itu. Alia mula berjalan mendekati Dira sambil membawa segelas air kosong untuk Dira. Dia tahu pasti Dira sangat tertekan dengan semua ini. Dira perlukan seorang teman untuknya meluahkan semua perasaan sakit itu. Alia sedia meminjam bahu kerana Dira juga pernah mendengar masalahnya sebelum ini.

"Lia..Lia buat apa di sini? Kenapa tak tidur lagi? Dah lewatkan?"

Kata Dira mula mengesat kasar sisa air mata yg masih berbekas di pipinya itu. Dira tidak mahu Alia perasan apa yg telah berlaku kepada dirinya. Cukuplah dia seorang saja melalui nasib seperti ini.

"Maaflah, Tadi..Lia nak turun ke bawah minum air..Lia..minta maaf sangat Lia tak sengaja.."

"Nampak akak dan abang Qirash bertengkar? Lia dah dengar segalanya?"

Sampuk Dira untuk menghabiskan ayat dari mulut Alia sendiri. Dia memandang tepat ke wajah Alia yg masih terpaku di situ. Satu senyuman manis mula terukir di wajah Adira. Seraya itu butiran jernih mula menitis kembali. Semakin lama semakin deras tangisan itu. Dira tidak dapat menahan sebaknya bila melihat Alia. Dia takut perkara yg sama turut berlaku kepada perempuan muda seperti Alia. Sudahlah tiada tempat bergantung, akan dikianati sepertinya nanti. Dekat mana Alia akan menagih simpati. Siapa yg akan tolongnya selepas ini. Adira cuma tidak mahu Alia melalui nasib yg sama sepertinya.

"Akak..."

...............................................................................

"Puan Alia boleh saya teruskan?"

"Ya, saya Nur Alia Qisyara Binti Mohd Noor. En Mukhlis boleh teruskan."

"Baiklah."

Seraya itu En Mukhlis mula mengeluarkan beberapa dokumen yg berkaitan dari begnya lalu di letakkan ke atas meja. Semua orang di situ fokus saja melihat ke arahnya kecuali Alia tidak peduli apa yg akan berlaku nanti. Reaksinya tidak menunjukkan tanda terkejut mahupun terperanjat dengan semua ini. Biarlah pentadbir sendiri menguruskan hal ini. Dia sebagai waris terdekat hanya mampu mendengar sahaja.

"Seperti yg kita tahu. Harta faraid si mati sudah dibahagikan sama rata mengikut tatapan pihak hakim sendiri. Disebabkan si mati tidak mempunyai keluarga kandung mahupun keluarga kandung di sebelah isterinya kami telah putuskan 1/2 harta si mati akan diberi kepada anak perempuannya iaitu Puan Nur Alia Qisyara sendiri. Hanya Puan darah daging dan waris tunggal Si mati."

En Mukhlis menjelaskan semua ini dengan begitu teliti sekali di depan semua orang. Dia baru membaca harta faraid yg telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah pada dokumen yg tertera itu. Semua mata terus memandang ke arah Alia. Masing-masing terkejut apabila mengetahui hanya Alia yg layak untuk semua ini. Tiada nama lain yg disebut di dalam dokumen itu. Tergamam Dato' Tahir mendengar sebentar. Dia mula tidak duduk senang di situ. Semua ini pasti sudah silap dan disalah tafsir.

Alia terus mengucap alhamdulilah dan bersyukur masih ada bahagian untuknya. Arwah ayahnya sudah menyediakan segala kelengkapan supaya masa depannya diurus dengan baik selepas ini. Rasa sebak mula terkumpul di dalam dirinya. Alia mula teringat tentang arwah ayahnya kembali. Selalu bekerja siang dan malam tanpa hirau penat lelahnya. Semua itu untuk dirinya juga. Sebelum arwah pergi, arwah mahu anaknya merasai sebuah kebahagian. Di samping itu juga, dia sudah menyediakan semua ini untuk masa depan Alia sendiri. Lutfi mula mengucup lembut pergelangan tangan Alia. Dia pasti Alia mesti sedih sekarang.

"Maafkan saya En..Itu baru pembahagian harta faraidkan? Tak termaksud pusaka?.."

Bersuara Dato' Tahir setelah mereka semua hanya mendiamkan diri saja. Dia lantang bertanya kerana tidak mungkin hanya sebahagian harta itu diberikan kepada Alia. Mungkin ada harta yg lain masih tinggal. Alia bukannya anak lelaki. Masih terdapat tanah milik arwah adiknya itu.

"Baiklah..Saya faham maksud Dato'. Saya teruskan lagi.."

"Harta pusaka si mati sudah di faraid oleh pihak mahkamah. Akan tetapi, si mati sudah mengeluarkan satu wasiat untuk memberi tanah peninggalannya seluas 7 hektar kepada Encik Syed Muhd Qiyyan Lutfi iaitu suami kepada anak perempuannya sendiri Nur Alia Qisyara."

Beritahu En Mukhlis bagi menyudahkan pembahagian harta pusaka ini. Dia melepaskan satu helaian nafas lega dapat selesaikan semua ini juga. Berat tanggungjawab ini dipikulnya untuk memudahkan pengurusan harta si mati dekat warisnya.

Terkedu Lutfi sebentar selepas mendengar semua itu. Arwah bapa mertuanya sanggup memberi tanah seluas 7 hektar itu kepada dirinya sendiri. Sebelum ini, semasa arwah hidup. Arwah pernah berkata perkara yg sama tetapi Lutfi menolak semua itu kerana dia bukanlah sesiapa pun terhadap arwah. Mereka hanyalah rakan kongsi saja kerana Lutfi baru menerokai usahawan MADA ketika itu. Sekarang, baru dia tahu kenapa arwah bapa mertuanya mahu jodohkan mereka berdua. Arwah mahu tanah itu diuruskan dengan baik selepas dia tiada. Lutfi mula tersenyum syukur. Berat tanggungjawabnya selepas ini.

Alia tidak terkejut jika nama Lutfi yg telah diwasiatkan oleh arwah ayahnya. Kerana Lutfi adalah lelaki yg dijodohkan olehnya sendiri. Mereka sudah pun berkahwin dan Lutfi adalah suaminya sekarang. Dia agak terkejut bila mendapati tanah kebun sayur seluas 7 hektar itu adalah milik arwah ayah sendiri. Sebelum ini, bapanya itu selalu berkata itu adalah milik rakannya. Dia hanya buruh kasar saja di situ. Kini, segalanya sudah terungkai di depan mata mereka semua. Arwah bukanlah orang biasa yg hidup miskin di kampung. Dia sudah mengumpul semua ini dalam diam tanpa pengetahuan sesiapa pun termaksudlah Alia sendiri.

" Cis, tak guna kau Noor. Sedikit pun kau wasiat dekat aku. Apa jenis adik kau ni?!!!"

Nguman Dato' Tahir sendiri. Dia mula merentap kasar tali lehernya. Perasaan kecewa dan amarah mula menjalar di benak hati ini. Dia sangkakan arwah adiknya itu akan memberi sedikit kepadanya ataupun kepada ibu mereka tetapi sekarang perasaan itu meleset sekali. Arwah sudah hilang daratan dan lupa jasa budi mereka sekeluarga. Selama ini mereka sudah membesarkannya bagai menatang minyak yg penuh. Ini balasan yg arwah balaskan. Dato' Tahir tidak akan mendiamkan diri. Selagi Alia menantunya. Selagi itulah dia ada hak untuk harta peninggalan arwah terhadap anak perempuannya itu. Bukan itu saja, Lutfi anaknya turut mendapat hak yg sama. Mereka berdua masih boleh diguna pakai.

"Wtf!! ishhh, papa or opah tak dapat ke Maaa?!!! How dare bapa Si budak pungut tu tak ingat diorang..Dasar tak kenang budi."

Kata Qairin sudah tidak duduk senang di dalam biliknya. Mereka berdua masuk ke sini untuk berbincang sesuatu setelah tamat sesi pembahagian harta itu. Dia berjalan mundar-mandir kerana masih tidak percaya apa yg berlaku tadi.

"Honey..please..calm down. Don't worry ok? Alah..biasalah tu. Bila dah berduit lupa habis org di sini. Biarlah. Dia dah mati pun. Kita bukan boleh buat apakan?"

Ujar Datin Nafisah tidak menghiraukan apa yg Qairin marahkan sangat semua ini. Perkara itu sudah pun berlaku. Buat apa mereka serabutkan kepala fikirkan perkara yg tidak mungkin akan diputarkan semula.

"Wauuu!! Mama boleh rilex je sekarang ni?? Ehh, bukan ke mama yg risaukan sangat kalau keluarga kita jatuh?"

"Look honey..dah lupa ke? Luke dapat tanah..budak pungut tu dapat 1/2.. Dah cukupkan?..Dah jangan serabut kepala nak pikir..Mesti papa akan uruskan semua ni. Jum keluar. Kita enjoy!!!"

Balas Datin Nafisah lalu menarik tangan Qairin untuk keluar beli-belah. Mereka tidak perlu risau tentang duit lagi. Selagi Alia menantu di dalam rumah ini. Mereka akan mempergunakannya selama yg boleh. Alia terlalu bodoh dan mentah untuk menguruskan harta peninggalan itu sendiri. Mereka akan cuba pujuk hati lembutnya untuk menolong krisis keluarga ini.

"Opah..Opah tak apa-apa ke arwah Pak Cik Noor tidak memberi harta peninggalannya kepada opah?"

Tanya Dira setelah menghantar Hajah Aminah ke dalam biliknya. Dia melabuhkan diri di sebelah Hajah Aminah sebentar. Sudah lama rasanya dia tidak berbual rapat dengan opah. Selapas ini, pasti semua akan tinggal kenangan saja.

"Ermm..Buat apa Dira. Itu adalah hartanya. Opah ini hanyalah ibu angkatnya saja. Walaupun opah tak sempat melihat anak jagaan opah itu. Dengan adanya Alia sekarang semua itu sudah memadai. Opah dapat lepaskan rindu dekat Alia. Tengok senyumannya sangat menyejukkan jiwa ini. Dira pun rasa perkara yg samakan?"

Ujar Hajah Aminah sedikit pun tidak terkilan dengan pembahagian harta tadi. Mendengar Alia dan Lutfi mewarisi harta peninggalan arwah sudah memadai lebih dari segalanya. Tidak lama lagi mungkin dia pula yg akan pergi. Hajah Aminah sudah membuat persediaan awal. Tidak mahu anak-anaknya itu kecil hati dan dengki antara satu sama lain. Biarlah harta pusakanya dibahagi sama rata.

"Yaa, opah. Alia seorang yg baik. Dia pembawa sebuah kebahagiaan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience