"Huarghh!!! penatnya rasa. Pinggang ni pun rasa lenguh je. So, camni lah ehh perasaan perempuan yg bergelar suri rumah buat keje tiap hari? Wauu, aku respect gilalah. Even, tak sampai separuh aku menyapu dah remuk pinggang ni rasanya. Nak rest japlah..nanti sambung semula."
Cakap Lutfi sendiri lalu membaringkan badannya di atas beranda dulu. Selesa sangat baring atas lapisan papan beranda ini. Sudah lama Lutfi tidak merasai suasana kampung. Maklumlah keluarganya semua berasal dari bandar. Dapat juga dia merasai semua ini kerana Alia. Lutfi mula terasa mengantuk sedikit. Walapun sudah berehat sehari masih tidak cukup untuknya. Akhirnya dia melelapkan mata di situ. Terasa angin sepoi-sepoi bahasa melintasi bulu roma.
Rumah usang lama milik arwah Muhd Noor masih berdiri utuh. Hanya di bahagian hadapan diperbuat daripada papan manakala di bahagian belakang sudah lengkap di bina semula seperti rumah bata yg lain. Di sinilah tempat Alia lahir dan dibesarkan. Alia tidak akan lupa pengorbanan berat arwah ayahnya sampai bila-bila. Pahit dan manis kehidupan mereka selalu kongsi bersama. Sampai sekarang, rasa kosong itu belum di penuhi. Mungkin, sampai bila-bila tidak ada sesiapa boleh gantikan arwah ayahnya.
Aku tidak mahu usik apa-apa barang di dalam rumah ini. Biarlah keadaan seperti ini kekal selamanya. Banyak kenangan aku bersama ayah. Kemas saja bila ayah sebelum ayah meninggalkannya pergi ke tempat kerja. Seolah, hari itu adalah kali terakhir ayah akan menyentuhkan. Ya Allah, kenapa aku tidak dapat melihat semua ini. Banyak tanda-tanda yg telah ayah tunjukkan. Air mata mula bergenang di kelopak mata ini. Melihat baju melayu berwarna ungu kesayangan ayah masih tergantung kemas di dalam almari. Tangan aku mula mengambil baju itu. Aku melabuhkan diri di bucu katil ayah. Aku mula menyentuh lembut baju melayu satin ungu ini. Baju ini adalah hadiah pemberian aku kepada ayah. Ayah sangat sukakan baju ini. Ayah akan selalu memakainya untuk pergi solat jumaat. Kenangan itu mula bermain di fikiran aku.
"Selamat hari lahir Ayahh!!! Muahh!! Lia sayang ayah..nah..ambil lah."
Kata Alia lalu mencium dan memeluk susuk tubuh En Noor dari arah belakang. Sudah lama dia tidak memberi kejutan kepada ayahnya ini. Ada juga simpan sedikit yg dikumpul selama ini. Dapatlah dia membeli kek dan sekotak hadiah yg sudah dibalut. Alia terus memberi kotak hadiah itu kepada En Noor. Senyuman girang ini tidak pernah pudar.
"Ehh, ada hadiah untuk ayah? Terima kasih. Dapat kek dengan hadiahlah..wahh, untung ayahkan? Ayah buka dekat sini boleh? Tak sabarlah nak tahu."
Ujar En Noor apabila mengambil sekotak hadiah itu dari tangan Alia. Rasa seronok sangat hari lahirnya ini disambut bersama putri kesayangannya. Walaupun hanya berdua tetapi dia tetap rasa lengkap dan sempurna sekali. Alia selalu membawa kegirangan dan keceriaan di dalam hidupnya.
"Ermm..bukalah..maaf tau kalau hadiah Lia tak seberapa.." Balas Alia lalu memberikan senyuman kelat. Dia masih tidak bekerja jadi tidak mampu mahu membeli hadiah yg lebih berharga dan tinggi nilainya.
"Harga bukan terletak pada nilainya Lia. Apa yg anak ayah ni beri..semuanya cukup bernilai buat ayah. Terima kasih untuk segalanya. Ayah buka ehh?"
Alia hanya mengangguk tanda faham. Tidak pernah ayahnya ini menolak segala pemberiannya malah selalu memuji dan menghargai semua itu. Bibirnya tersenyum manis sambil melihat En Noor membuka kotak hadiah itu.
"Wauu..baju melayu?? Untuk Ayah?? Betul ke Lia?"
Aku hanya mengangguk tanda benar. Rasa tersentuh melihat reaksi ayah seperti ini. Ayah benar menyukai hadiah pemberianku. Mahu saja air mata ini tumpah tetapi aku dapat menanganinya. Baju melayu lama ayah sangat lusuh dan terkoyak. Ayah pernah berkata itu adalah baju melayu buatan arwah ibu. Ya Allah, Tulus dan ikhlas cinta ayah terhadap ibu. Semoga mereka ketemu semula di syurga kelak nanti.
"Lia..Macam mana? padankan? Sesuai tak? Sejuknya kain baju ni..Esok bolehlah ayah pakai baju baru ke masjid."
Tidak semenanya air mata ini terus tumpah. Melihat reaksi ayah gembira dengan hanya hadiah sepasang baju melayu saja. Aku tidak dapat menahan sebak ya Allah. Walaupun hidup dalam serba kekurangan seperti ini, ayah masih tersenyum gembira. Sentiasa bersyukur apa yg ada di depan mata. Aku mahu sangat jadi seperti ayah. Kuat mengharungi semua ini dan hari yg akan datang.
"Napa Lia nangis?? Lia tak suka Ayah pakai baju ni?? Tak sesuai ke? Tak pun sebab kulit ayah sawo matang?" Tanya En Noor setelah melihat Alia mengesat sisa air mata di pipinya.
"Ehh, mana ada ayah..Sesuai sangat. Lia cuma terharu ayah pakai hadiah pemberian Lia. Hensemnya ayah Lia ni!!"
Ujar Alia terus bangun dan memeluk tubuh ayahnya. Rasa nyaman sangat berada dalam dakapan ayahnya ini. Tidak mahu dia melepaskan dakapan ini lagi. Seorang ayah yg sudah bersusah payah membesarkannya tanpa kasih seorang ibu. Cukup segala kasih sayang yg dicurahkannya selama ini. Dialah "ayah" dan dialah "ibu". Seorang lelaki yg tabah harungi segala jalan hidup yg berliku.
"Allahuakhbar..Ayah!!!....Lia rindu Ayah...Lia nak peluk ayah..Lia rindu masa kita bersama..."
Akhirnya, aku jatuh terduduk di tepi birai katil. Rasa lemah sangat lutut ini untuk terus berdiri. Aku tidak kuat seperti dulu lagi. Tanpa dorongan Ayah, aku bukan Alia yg dulu. Aku tidak pernah merasai kasih seorang ibu. Hanya ayah tempat aku berkongsi kasih ibu dan ayah. Sekarang, orang yg aku sayang telah pergi buat selamanya. Aku tidak memliki kasih kedua orangku lagi. Aku mula rasa sepi dan sunyi. Tanpa Ayah aku tidak mampu lalui semua ini sendiri. Yaa, aku terlalu berharap ayah akan berada di sampingku selamanya. Aku belum bersedia lagi. Aku mahukan ayah.
...........................................................................
"Assalamualaikum..Lia sudah pulang.."
Ucap Alia baru pulang usai saja selesai membeli barang di kedai tidak jauh dari perkalangan rumahnya. Dia mahu mengejut Lutfi bangun tadi tetapi tidak sampai hati selepas melihat Lutfi begitu nyenyak tidur di beranda rumahnya ini. Mungkin Lutfi masih terasa letih memandu jauh pulang ke sini.
"Amboi..Bertuah punya laki..dari aku pergi tadi sampai sekarang masih tidur? Haii..kata honeymoon tapi ni dah jadi 'cradled in a dream'."
Beleter Alia selepas melihat Lutfi masih dibuai mimpi lagi. Kedengaran suara berdengkur Lutfi sangat jelas memenuhi ruang beranda ini. Lutfi hanya mengenakan baju singlet hitam beserta seluar pendek paras lutut. Entah bila dia menangalkan baju t-shirtnya itu. Alia terus melangkah masuk ke dalam rumah dahulu. Rasa kasihan pula melihat suaminya ini tidur beralaskan papan saja. Jika tidur di dalam bilik mungkin akan rasa lebih selesa sedikit.
Jam menunjukkan pukul 12.45 p.m. Sebentar lagi akan masuk waktu zohor. Alia sudah siap masak untuk mereka berdua makan tengah hari nanti. Menu untuk hari ini adalah ikan kembung goreng, gulai ayam serta beberapa jenis ulam untuk dicicah bersama sambal pedas. Bibir Alia mengukirkan senyuman riang. Sudah lama dia tidak menyediakan hidangan seperti ini. Sebelum ini, semua ini santapan untuk ayahnya. Sekarang, santapan ini untuk suaminya. Alia bersyukur sangat cita rasa Lutfi lebih kepada masakan kampung. Tidaklah dia rasa kekok untuk menyediakan semua ini. Alia mana tahu masakan barat. Makan pun dia tidak pernah merasai.
"Baik aku kejutkan abang dulu..kesian abang dari tadi tidur. Penat kot kemas satu rumah ni. Hee, tadi cakap senang je. Tut..tut dah rebah."
Nguman Alia sedikit terhibur bila dipikirkan kembali perangai Lutfi bila di minta buat sesuatu. Dia tidak pernah menolak semua permintaan Alia. Ringan saja tangannya untuk menolong Alia.
"Abang...bangun. Dah masuk tengah hari ni..Tak panas ke tidur bawah cahaya matahari.."
Alia terus menepuk lembut pipi Lutfi. Terasa bergetah tangannya dengan titisan peluh di dahi Lutfi itu. Lutfi mula mengeliat sedikit tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bangun lagi. Badannya mula berpaling menghadap Alia. Pantas saja kepalanya diletakkan di atas riba Alia.
"Ya Allah..abang. Bangunlah..Berpeluh teruk badan abang ni.."
"Tak nak..ngantuk lagilah sayang..."
"Jangan nak ngada-ngada sangat. Pergi mandi dulu then, kita solat sama-sama. Baru makan."
Ujar Alia mula mengangkat kepala Lutfi dari ribanya. Nasib tubuh suaminya ini ringan saja. Berlakulah satu pegelutan apabila Lutfi menarik kedua belah tangan Alia sehingga badannya jatuh di atas dada bidang milik Lutfi.
"Auchh..aduh..ayang..kaki mendarat dekat mana tu..."
Bersuara Lutfi mula terasa kejang satu badannya. Terketar suaranya menahan senak di bahagian penting pada setiap anggota badan itu. Alia mula bangun dari badan Lutfi dahulu. Terkejut dia melihat Lutfi menahan sakit begini.
"Apppaaa? Awak yg tarik saya. Bukan saya sengaja ehh..Saakit..sakit sangat ke?"
Tanya Alia tergagapnya. Dua tiga kali berfikir mahu menolong Lutfi atau tidak. Merah padam wajahnya menahan malu.
"Hahaha, soalan apa tu? Sakitlah. Penting ooo benda ni dekat lelaki. Kalau dah tak tegang camne kita nak buat baby nanti?"
Ayat Lutfi langsung tidak berlapik kali ini. Bibirnya mula mengukirkan senyuman nakal ke arah Alia. Hati ini rasa terhibur apabila melihat muka Alia sudah bertukar menjadi kemerahan. Disebabkan kulitnya putih. Lutfi dapat melihat semua itu.
"Awak!!! Eeee..dah la. Pergi mandi dulu..Tak senonoh betul!!"
Marah Alia mula bangun dari duduknya itu. Lebih baik dia pergi ke rumah Mak Senah. Kalau dibiar lama melayan perangai nyakat Lutfi ini sampai ke sudah tidak akan habis.
"Aiii.. malulah tu.. Malam karang tak de excuse ye..Kan kita tengah honeymoon ni??"
"Sayang???"
Lutfi mula ketawa terbahak di situ seorang diri. Dapat juga dia kenakan Alia kali ini. Dia bukanlah lelaki dayus suka memaksa perempuan. Biarlah Alia rasa selesa dahulu dengan hubungan ini. Barulah mereka merancang semua itu.
.............................................................................
"Assalamualaikum Umi, tengah buat apa tuu??"
Tanya Furqan setelah panggilan itu dijawab oleh Hajah Samsiah. Sudah lama dia tidak melawat uminya kerana sibuk bekerja. Dalam dua atau tiga hari minggu depan bolehlah dia pulang ke rumah uminya memandangkan Lutfi akan kembali masuk kerja seperti biasa. Hampir 4 tahun dia bekerja dengan Dato' Tahir. Sekarang Furqan bekerja di bawah Lutfi pula. Lelaki itu merupakan kawan baiknya dari zaman universiti lagi. Sama-sama berganding bahu untuk memajukan syarikatnya sendiri. Bukan mudah bekerja di dalam bidang keusahawan MADA. Banyak halangan dan rintangan yg perlu diharungi. Kadang-kadang ada pasang surutnya rezeki masuk mengikut musim di Malaysia.
"Waalaikumussalam..ye anak umi. Umi tengah siapkan kertas kerja sebentar. Kejap lagi ada meeting. Furqan tak boleh balik lagi ke minggu ni?"
Jawab Hajah Samsiah merupakan seorang guru besar Sekolah Rendah. Jadual kerjanya lebih kurang dengan Furqan saja. Tidak ada masa untuk berehat malah pada hujung minggu dia terpaksa bekerja juga demi menjaga nama baik sekolah.
"I see..Maaflah Umi..Lutfi tengah honeymoonlah dengan isterinya. Furqan kena siapkan sikit keja ni. Maybe lepas habis honeymoon dia..Furqan akan balik."
Beritahu Furqan sambil tangannya masih sibuk menaip sesuatu di laptop. Untung Lutfi sudah bernikah sekarang. Bolehlah terasa nikmat berumah tangga. Jika mahu dibandingkan dirinya itu mungkin lambat laung akan menjadi bujang sehingga tua.
"Owhh, lupa pula umi yg Lutfi sudah berkahwin. Nanti kamu jemputlah Lutfi bawa isterinya sekali datang ke rumah umi. Kita boleh dinner sama-sama. Teringin umi nak tengok isteri Lutfi tu. Mesti cantik kan? Nak harapkan kamu sampai ke tua Umi tak merasa menantu.. Janganlah memilih sangat Furqan. "
Nasihat sedikit banyak Hajah Samsiah dekat anak terunanya ini. Hajah Samsiah mula berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang isteri Lutfi. Dia sudah menganggap Lutfi seperti anaknya sendiri sejak Furqan berkawan rapat dengan Lutfi di zaman universiti dahulu. Tidak salah kalau dia mahu kenal dengan isteri lutfi lebih lanjut lagi. Mana tahu mereka boleh berkawan rapat antara satu sama lain.
"Haa, iyerlah umi. Nanti Furqan beritahu Lutfi yee..okeylah Furqan nak siapkan keje dulu..Assalamualaikum."
Balas Furqan terus meletakkan telefonnya di atas meja. Hajah Samsiah selalu bertanya tentang jodohnya bila mahu tiba. Bukan dia tidak laku cuma masih belum bersedia lagi. Zaman sekarang tiada lagi ikut trend untuk berkahwin. Akhirnya akan jatuh talak juga nanti. Furqan masih menanti seorang perempuan yg benar setia dengan hubungannya. Miskipun umur sudah masuk ke abad 30 an , dia akan cuba mencari seorang isteri yg baik dan cantik akhlaknya. Itulah wanita yg boleh dibuat isteri. Bukan sehari dua untuk berkongsi bahagia, tetapi berkasih sayang sehingga hari tua.
Makluman :
Di sini, saya ingin bermohon maaf kerana tidak dapat menyiapkan bab baru pada setiap hari. Mungkin dalam 2 atau 3 hari baru ada satu bab baru yg di update kan. Saya busy sikit sebab berulang alik dari hospital. Saya minta maaf sangat-sangat. Minta jasa baik semua tolong doakan nenek saya cepat sembuh. Nenek saya mengalami strok dan masih dalam rawatan lagi di hospital. Inshallah, saya akan cuba update secepat mungkin. Terima kasih semua yg setia menanti karya by fatinzd. Demi korang..sis akan cuba cari masa terluang. love u guyss..
Share this novel