"Uiii, termenung jauh nampak. Teringatkan wife dekat rumah ke?"
Sapa Furqan setelah melihat Lutfi merenung lama gambar perkahwinannya bersama Alia pada sebuah bingkai gambar kecil yg diletakkan di atas mejanya itu. Sudah lama dia tidak melihat rakannya ini sayangkan seorang perempuan begitu sekali. Sanggup buat apa saja asalkan isterinya itu dalam keadaan selesa. Furqan suka cara Lutfi menjaga orang yg dia sayang. Dia berharap sangat boleh buat perkara yg sama seperti Lutfi. Tetapi siapakah jodohnya? Entah.
"Mestilah..Kau pun tahukan..dah lama aku sukakan dia. Finally, dia milik aku juga."
Kata Lutfi kembali fokus kepada kerjanya semula. Entah kenapa matanya tidak dapat beralih dari melihat gambar itu. Setiap hari, masa dan waktu hati ini selalu merindui Alia. Perempuan itu benar buat dirinya angau sekarang.
"Untung kaukan. Aku tumpang bahagia bro. Ehh, tak silap aku before ni kau kata nak pindah. Bila?"
Tanya Furqan selepas teringat kembali tentang perpindahan yg Lutfi maklumkan kepadanya tempoh hari. Sampai harini Lutfi tidak membuat persiapan apa pun untuk berpindah. Dia pernah meminta tolong dari Furqan untuk melihat rumah baru itu. Segala peralatan dan barangan rumah baru itu sudah dilengkapkan. Hanya tunggu mereka berdua melangkah masuk sahaja.
"Owhh, Hampir terlupa pula pasal tu. Entahlah Ann. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Papa aku..dia tak benarkan aku pindah."
Ujar Lutfi mula serabut sedikit untuk memikirkan semua ini. Disebabkan perbincangan semalam dengan Dato' Tahir tentang perpindahan ini terpaksa ditundakan dahulu. Jawapan apa yg perlu ia katakan kepada Alia nanti. Dia sudah berjanji dengan Alia akan pindah dalam minggu ini juga. Tetapi sekarang, plan ini terpaksa ditangguhkan dahulu.
"But why? Ehh, nak pindah keluar pun salahkah? Tak kanlah Dato' Tahir mahu semua tinggal dalam rumah tu? Jangan kata sebab tu juga abang kau tak pernah pindah keluar?"
Balas Furqan hairannya dengan jawapan yg tidak munasabah Lutfi beri ini. Sudah lama mereka berkawan rapat. Lutfilah yg selalu menang dalam apa jua keputusan tetapi kali ini dia turut mengalah bila Dato' Tahir menggunakan kuasanya. Boleh dikatakan peraturan di dalam keluarga Lutfi amat ketat. Furqan sendiri tidak faham kenapa ibu bapa perlu masuk campur bila anak-anak sudah mendirikan rumah tangga sendiri. Sepatutnya sebagai ibu bapa mereka patut menyokong keputusan anak dan bukannya membangkang.
"Yes..kau pun tahukan abang aku tu jenis mana. Dia malas nak panjangkan cerita. Ikut je cakap papa aku. That y, kakak ipar aku melawan sikit. Kadang-kadang je dia balik ke rumah aku tuu. Selebihnya tinggal dekat rumah parents dia."
"Jadi, kau pun nak jadi macam abang kau tu? Luke..Satu je aku nak cakap. Much better pindah keluar. Aku bukan nak paksa or rasuk kau ke. Cuba kau pikirkan tentang masa depan. Sampai bila kau nak stay sebumbung dengan diorang? Share 1 rumah? Kau dah berbincang dengan Alia atau belum?"
Nasihat sedikit banyak Furqan dekat Lutfi. Dia sendiri pun pening macam mana nak selesaikan masalah ini. Kasihan pula dia melihat rakannya ini serabut dalam segala masalah yg datang. Selagi boleh bantu, dia akan tolong Lutfi dalam apa jua keadaan.
"Belum..dia belum tahu tapi..aku tahu dia mahu berpindah keluar..sebab.."
"Cause what?? Family kau tak terima dia? Macam tu kan? Then, what are you waiting for? Think about it. For the sake of your future and also Alia. If you love her, you will not let her be hated even by all your own family."
Kali ini Furqan sendiri yang campur tangan dalam urusan keluarga Lutfi. Dia tahu hati budi Lutfi terlalu baik untuk melawan kata-kata keluarganya itu. Dato' Tahir sudah banyak membantu dalam bisnusnya dahulu. Kini, semua itu belum dibalas lagi. Lutfi perlu memikirkan jalan untuk buat satu keputusan yg tepat demi masa depannya dengan Alia. Demi Alia, dia sanggup lakukan apa saja.
"Aku boleh pindah keluar tapi..ada syaratnya.."
................................................................................
Di rumah..
"Mama!!! Kakak!! Lepaslah!! Sakit!!"
Ngadu Alia setelah rambutnya itu direntap kasar sekali oleh mereka berdua. Tubuhnya terus diheret sehingga masuk ke dalam tandas. Alia tidak sempat melawan kerana dia sedang menunaikan solat zohor ketika itu. Baru saja dia melakukan rakaat kedua. Datang Qairin menolak tubuhnya sehingga jatuh terduduk ke bawah.
Selepas itu, Qairin menarik dan membuang kain telekung dari tubuhnya. Muncul pula Datin Nafisah dari arah belakang mula menarik rambut dan menampar kuat pipinya. Alia sudah tidak berdaya mahu melawan kembali. Berpinar-pinar matanya melihat mereka berdua silih berganti. Kepalanya mula rasa berdeyut.
"Shuu..Kau jangan berani nak jerit. Kalau kau jerit nanti. Lagi teruk aku pukul!!"
Ugut Qairin mula menolak tubuh Alia sehingga merapati kolah mandi. Pili air mula dipulas habis. Dibiarkan dahulu air di dalam kolah itu penuh. Mereka berdua kembali ketawa apabila melihat butiran jernih mula gugur di wajah Alia. Alia sedang memegang kuat kepalanya. Boleh tampak helaian demi helaian rambut mula gugur di sekitar jari-jemarinya. Dia tidak dapat menahan tangisan ini lagi. Apa yg mereka berdua lakukan ini terlalu kejam.
"Amboii, semalam bukan main kau melawan aku. Hari ini terimalah akibatnya. Haa, nangis je keje yg kau tahu. Melawan laa lagi. Siapa nak tolong kau sekarang? Laki kau? Papa?"
Bersuara Datin Nafisah sambil menguis kasar dagu Alia. Seronok dia mendengar tangisan sayu dari Alia. Alia hanya kuat bila di depan anak dan suaminya sahaja. Bila mereka tiada inilah nasibnya sekarang. Selamanya dia akan menghadap semua ini pada setiap hari.
"Haa, lawanlah kembali. Semalam aku takde bukan main kau lawan cakap Mama aku!! Dasar anak tak de mak bapak. Kurang ajar kau sekarang yee..Masa mak bapak kau hidup diorang tak pernah ajar ke??"
Sampuk Qairin lalu menolak kepala Alia kuatnya. Kepala Alia hampir tercium ke lantai. Nasib sahaja dia sempat menahan dengan tapak tangannya. Mengigil badannya menahan setiap tindakan kasar mereka terhadap dirinya ini.
"Qai..macam nilah anak yg tak ada Mak bapak. Biadap. Kau kira beruntug kami kutip kau dari kampung. Berkahwin dengan anak aku. Hidup dalam keluarga kaya macam sekarang ni. Itu pun kau tak pernah bersyukur ke? Ataupun, kau nak kikis harta keluarga aku dalam diam?? Jawab sekarang??!!"
Herdik Datin Nafisah kuatnya di sebelah telinga Alia. Kali ini Datin Nafisah sudah hilang sabar. Dia terus bangun lalu memijak kuat kedua belah tapak tangan Alia.
"Arghh..Mama sakitlah!! Lia tak berniat langsung nak kikis harta dalam keluarga ni. Tak pernah. Jangan tuduh arwah ayah dan ibu bukan-bukan. Mereka dah tak de!!"
Jerit Alia kuatnya kerana mahu pertahankan maruah kedua arwah ibu dan bapanya daripada terus dihina oleh mereka berdua. Kaki Alia mula menendang sedikit kaki Datin Nafisah yg masih memijak tapak tangannya itu. Kalau dibiarkan lama pasti jari-jemarinya akan patah. Sudahlah tubuh badan ibu mertuanya ini sedikit gempal.
"Arghh.."
"Mama!!"
Tergamam Qairin apabila melihat mamanya hampir terjatuh selepas ditendang oleh Alia. Segera dia membantu Datin Nafisah berdiri semula. Dibiarkan dahulu Alia yg tidak beranjak dari situ. Alia mula mengorak langkahnya. Dia perlu keluar dari sini dahulu.
"Mama tak apa-apakan? Kurang ajar!! Ke sini kau!! Orang dah beri muka kau membalas yee..Aku dah lama bersabar dengan kau!!"
Kali ini Qairin tidak berlembut lagi dengan Alia. Segera dia merentap kuat rambut Alia. Alia tidak sempat melangkah keluar dari situ. Dirinya kembali disiksa oleh mereka tanpa belas ehsannya.
"Kau kan!!"
"Pang!!"
Satu tamparan kuat mula menghingap di wajah Alia. Datin Nafisah tidak kisah lagi kalau wajahnya ini akan meninggalkan kesan nanti. Asalkan hatinya puas berbuat Alia sedemikian. Tanpa membuang masa lagi, mereka berdua mula mengangkat tubuh longlai Alia. Alia tidak berupaya melawan. Tubuhnya mula terasa lemah. Dari kepala sehingga kakinya terasa kebas. Tercungap-cungap dia mencari nafas semula.
"1,2,3!!!"
"Debusss!!"
Tubuh Alia terus dilempar ke dalam kolah mandi yg berisi penuh air. Sudah lama mereka berdua rancang mahu lakukan seperti ini. Setakat pukul dan ugut itu adalah perkara biasa. Alia perlu diajar lebih dari itu lagi. Biar dirinya tahu dengan siapa dia berdepan sekarang. Mereka berdua terus ketawa apabila melihat Alia mula mencari nafasnya. Tergopoh-gapah dia betulkan kedudukannya itu. Boleh dikatakan Kolah ini agak dalam bagi Alia kerana dirinya yg tidak pandai berenang walaupun saiz kolah ini paras pinggangnya saja.
"Sudahlah mama..jum blah. Fuhh, puasnya rasa. Ehh, pompuan. Aku nak ingatkan kau ehh. Berani cari pasal berani tanggung."
"Ermm, betul tu Qairin. Sekali lagi kau cuba cederakan aku. Nahas kau aku kerjakan. Budak bodoh..Ada hati nak dapat tempat dalam rumah ni.."
"Hahahaha"
Kedengaran suara ketawa mengilai itu mula kejauhan. Aku bangun perlahan-lahan keluar dari kolah air ini dahulu. Habis bajuku basah lencun. Mengigil badan ini menahan kesakitan pada setiap inci tubuh kecilku. Tubuh ini mungkin akan meninggalkan kesan lebam nanti. Selagi tiada titisan darah dan kekeringan deraian air mata. Selagi itulah mereka akan terus menyakiti aku. Sampai begini sekali aku diperlakukan oleh mereka. Beginilah nasib kalau aku cuba melawan mereka lagi. Aku memang tampak lemah di wajah mereka. Dengan rupa pucat seperti mayat hidup ini. Terlalu mudah diriku didera dan dipukul. Sejak dari zaman sekolah aku diperlakukan perkara yg sama. Sampai bila aku mahu lalui hidup seperti ini. Yaa, memang senyuman di bibir ini tidak pernah lekang dan pudar. Hanya senyuman itu dapat tutup segala kedukaan di hati ini. Hatiku sakit. Jiwaku merintih. Aku sudah tidak kuat lagi. Aku tak berdaya mahu hadap ibu mertua dan kakak iparku. Kenapa mereka berdua bertindak kejam seperti ini? Salahkah aku menegakkan perkara yg benar? Ayah..ibu..dapatkah Lia mengubah takdir hidup seperti ini?
...........................................................................
"Assalamualaikum Mak!! Fahmi dah balik ni.."
Ucap Fahmi setelah sampai di depan pintu rumahnya. Sudah lama dia tidak pulang ke sini kerana sibuk belajar di perantauan. Fahmi mula menanggalkan stoking di kakinya. Rasa kebas saja memandu sekitar 6/7 jam dari bandar raya Kuala Lumpur untuk pulang ke Kuala Terangganu. Pandangannya terus beralih ke rumah Alia. Terlihat sunyi dan sepi saja rumah itu. Dedaun kering mula memenuhi perkalangan rumah yg ditinggalkan olehnya.
Segera Fahmi bangun lalu sarungkan selipar jepun ke kakinya. Dia berjalan menghampiri perkalangan rumah Alia. Tangannya mula sibuk menyapu dedaun kering itu. Biarlah rumah ini sepi asalkan sentiasa terjadi rapi. Fikirannya kembali teringatkan Alia. Pasti Alia sedang menjalani hidup bahagia bersama Lutfi. Itulah yg dia harapkan. Melihat kebahagian Alia juga membahagiakan dirinya dan Mak Senah.
"Fahmi..Rajinnya kamu buat semua ini..Tak penat ke baru pulang dari KL tuu.."
Tegur Mak Senah selepas melihat anak terunanya ini rajin menyapu dedaun kering di perkalangan rumah Alia. Sebagai seorang ibu semestinya dia tersentuh melihat sifat Fahmi yg sangat titip beratkan tentang orang lain. Orang itu kalau tidak bukan Alia sendiri.
"Assalamualaikum Mak, Mak sihat? Maaflah dah lama Fahmi tak pulang. Banyak sikit keje dekat sana. Ni pun seminggu ja Fahmi balik."
Ujar Fahmi sambil bersalaman dengan Mak senah. Setelah itu, dia kembali menyapu semula dedaun kering ini. Mak Senah sudah pun melabuhkan diri di atas dangau kecil buatan arwah Mohd Noor di depan rumahnya. Masih kukuh seolah semua ini baru dibinanya. Terkenang segala memori lama mereka di masa dahulu. Tempat inilah waktu Mak Senah dah arwah Lina berbual di waktu petang.
"Waalaikumsalam. Alhamdulilah sihat saja. Tak apa Fahmi. Mak faham. Macam mana dengan Alia? Sejak dia pulang ke sana..Mak tak pernah dapat call lagi. Kamu ada pergi melawatnya tak? Risau mak dibuatnya."
Kata Mak Senah apabila terfikir tentang Alia. Baru 3 hari Alia pulang ke sana seolah seperti 3 bulan meninggalkannya. Rindu ini kepada Alia seperti rindu seorang ibu terhadap anaknya. Setiap hari kiriman doa untuk Alia tidak pernah luntur dari bibirnya. Berat hati Mak Senah mahu berjauhan dengan Alia. Risau jikalau Alia tidak bahagia di sana walaupun dia pasti Lutfi pasti dapat bahagiakannya.
"Ye ke Mak? Tak tahu pula. Ingatkan Fahmi nak pergilah lawat dia haritu tapi tak sempat. Ermm, nanti Fahmi cuba telefon Lutfi. Mana tahu Alia sibuk kee..."
Balas Fami cuba tenangkan hati maknya ini dahulu. Pada masa yg sama dia juga risau jika apa-apa telah berlaku kepada Alia.
"Apa yg sibuknya? Alia bekerja ke di sana? Fahmi..kamu jangan takutkan Mak. Mak tak suka Alia bekerja. Suaminya lebih mampu nak beri nafkah kepadanya."
Kata-kata Mak itu ada benarnya juga. Sudahlah Alia itu anak yatim piatu. Tidak mengenali sesiapa pun di sana. Keluarga Lutfi sangat kaya dan berada orangnya. Fahmi takut jika Alia tidak diterima lagi oleh mereka. Ataupun Alia sudah didera oleh mereka.
"Allahuakhbar..apa yg aku fikir ini..tak mungkinkan.. Alia kau sihat sahaja di sanakan?"
Nguman Fahmi sendiri. Hatinya mula rasa gusar. Fikiran bercelaru entah ke mana. Jika Alia dalam masalah mesti Lutfi akan memaklumkan semua itu kepadanya. Lutfi sendiri berjanji akan beritahu apa pun yg berlaku kepada Alia. Merekalah ahli keluarga Alia sekarang. Mereka berhak ambil tahu tentang Alia. Jika apa-apa berlaku kepada Alia, Fahmi tidak akan maafkan Lutfi.
Share this novel