Adakah aku layak untuk semua ini? Memakai busana tersergam indah dan mewah seperti ini. Seumur hidup aku hanya merasa hidup yg sederhana saja. Sejak dari kecil lagi aku di ajar tidak meminta. Bersyukur sudah ada segalanya di depan mata sahaja. Aku sekarang ibarat "Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan." Jika ini adalah pilihanku sendiri. Aku akan terima semua ini dengan hati yg terbuka. Aku hanya sayangkan arwah ayah dan ibu. Alia buat semua ini untuk Ayah dan ibu.
"Lutfi dah ready??" Tanya Kak Dira dekat adik iparnya itu.
Lutfi terus bangun dari pembaringannya di atas sofa. Tidak sabar Lutfi mahu melihat Alia nanti. Pasti bakal isterinya sangat cantik dan menawan seperti biasa.
"Always!" Jawab Lutfi dengan yakin sekali.
"OK! Here we go.. Mempersembahkan.. Alia Qisyara bakal isteri Qiyyan Lutfi.. taadaaa..!!"
Tirai pun terbuka dengan sendirinya. Alangkah terkejut Lutfi melihat Alia begitu menyerlah sekali mengenakan baju kurung tradisional putih berseri sekali. Baju yg menjadi pilihannya ini sangat sesuai dan padan dengannya. Kulit kemerahan Alia begitu menyerlah dengan warna putih satin baju ini. Baju ini untuk hari pernikahan mereka nanti.
"Mashallah .. Bidadari mana tersesat ni.." Bersuaranya Lutfi tanpa sedar matanya tidak boleh berpaling dari melihat Alia.
Alia hanya mampu menundukkan pandangannya ke bawah. Pertama kali, ia dipuji melambung oleh seorang lelaki. Tambah pula lelaki ini adalah bakal suaminya sendiri.
"See? Seperti diikutkan kriteria Alia sendiri. Simple, but very elegant. Right?" Kata Kak Dira dekat Lutfi sambil mereka berdua memerhati ke arah Alia.
"yeahh.. That right. Thank you sis!! Akak sangat berbakat sekali!! Puji Lutfi bangganya dengan hasil sentuhan kakak iparnya ini. Boleh dikatakan setiap sentuhnya pasti akan menjadi minat semua orang.
"Alia?? how about you? suka tak?" Tanya Kak Dira dengan hairannya. Sejak dari tadi lagi Alia hanya mendiamkan diri saja.
"Hurmm? yaa. Suka sangat! Terima Kasih Kak Dira." Jawab Alia dengan malunya. Sebenarnya Alia terasa sedikit segan bila Lutfi asyik memandang ke arahnya saja.
"Lutfi!! Cukuplah memandang bakal isteri kamu tuu. Tak pergi mana pun dia. Nanti jadi milik kamu juga.." Perli Kak Dira dekat Lutfi.
Dira baru perasan tingkah laku Alia malu saja bila Lutfi bertindak seperti itu. Manis dan sopan saja diri Alia ini. Alia memang layak menjadi isteri pilihan Lutfi sendiri. Lutfi memang tidak salah membuat keputusan untuk berkahwin terus dengan Alia walaupun mereka tidak kenal antara satu sama lain. Bahkan, bercinta pun tidak pernah sekali.
"Haishh akak ni..Luke manalah tengok Alia..Luke..
Haa baju Luke mana?? dah siap ke belum..." Berdalih Lutfi tentang dirinya memandang Alia terlalu lama. Lutfi mula menggaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu.
"Elehhh. ya lah tuu. nak cover diri konon. Jom ikut akak. Alia tunggu di sini sekejap yerr." Ujar Kak Dira sebelum bergegas mengambil baju untuk Lutfi pula kali ini.
"Tunggu sini sekejap tau sayang...Awak cantik sangat.." Bisik Lutfi dekat sebelah telinga Alia sebelum pergi melihat bajunya.
"Ishhh..Ada-ada sajalah dia ni.." Balas Alia dengan malunya. Walaupun dirinya masih kemas memakai tudung, ia dapat mendengar dengan jelas apa yg di katakan oleh Lutfi tadi.
Alia hanya berjalan dan melihat setiap baju pengantin yg dipakaikan ke boneka yg lainnya. Terpegun dia melihat hasil air tangan Kak Dira. Semuanya cantik dan mempersona saja. Lama sangat Alia menunggu Lutfi bersiap di dalam, Alia pun berjalan menuju ke arah Sofa. Rasa leguh pula kakinya berjalan menggunakan kasut tinggi ini. Belum sempat Alia melabuhkan dirinya di atas sofa datang seseorang menyapa kasar ke arahnya.
"Heii perempuan murahan... Kau ingat kau layak Kerr bernikah dengan adik aku? kata perempuan itu sambil menolak-nolak bahu Alia.
Alia hanya mendiamkan diri saja. Dia tidak faham sama sekali apa yg perempuan ini ujarkan. Malah, Alia langsung tidak mengenalinya. Alia hanya beranggapan yg perempuan ini adalah kakak kepada Lutfi.
"Kau pekak ker hah?? Sayangnya... muka cantik tapi pekak! Aehhh..kau dengar sini ehh! Aku nak kau batalkan pernikahan ini juga! Kau tak layak nak jadi sebahagian daripada keluarga Tan Sri Wahid! Kau tu cuma perempuan murahan dikutip dari kampung!! Tengking Perempuan itu dengan kuatnya sebelum menampar Alia.
"Pangg!!"
"Rasakan kau! Sudah lama aku nak tampar kau tahu? Disebabkan kaulah Lutfi jadi kurang ajar dalam keluarga aku!!"
Tambah perempuan itu lagi sambil menarik-narik tudung Alia. Panas hatinya rasa apabila melihat wajah tidak bersalah Alia ini. Seolah, dirinya itu bukan perampas semua ini. Teruk sekali Alia dibelasah olehnya kali ini. Kak Dira dan Lutfi yg baru terdengar jeritan seseorang terus ke hadapan untuk melihat apakah yg sedang berlaku.
"Kakak!! Berhenti! I say stopped!!" Herdik Lutfi dekat kakaknya iaitu Qairin Laura. Lutfi terus menolak tubuh Qairin ke tepi untuk melindungi Alia.
Alia masih mendiamkan diri saja. Kepalanya mula terasa pusing setelah ditampar oleh Qairin tadi. Alia membetulkan semula auratnya yg terdedah sedikit itu. Habis remuk tudungnya dikerjakan oleh Qairin tanpa belas ehsannya.
"Ehh!! Apa yg kau nak sangat dekat perempuan tu haa? Banyak lagi perempuan kaya-raya dekat luar sana dan jauh lebih cantik lagi berbanding perempuan itu!!." tengking Qairin lagi. Suaranya mula bergema di dalam butik ini.
"Qairin. Sudah!! Apa yg kamu tak puas hati sangat ni? Datang butik akak , cari gaduh dengan orang. Cuba kamu fikir logik sikit Qai.. Kamu tu dah besar.. Aku dah penatlah asyik nak ceramah je dekat kamu.. yg kamu ni tak puas hati sangat dengan pilihan adik kamu kenapa? Bukan kamu yg nak kahwin kan? kalau kamu nak kahwin pun, kamu pilih lah pilihan yg terbaik kamu tu... umur dah meningkat, masih tak kahwin juga.. nak jadi apa? anak dara tua ? Macam tu?" Sampuk Dira dengan marahnya.
Dia sendiri pun tidak faham dengan masalah keluarga suaminya ini. Selalu saja bergaduh dan bertikam mulut sesama sendiri. Kerana jodoh bukan pilihan mereka sanggup berbalah.
"Ehh Qai datang sini bukan nak dengar akak membebel lah. Qai datang sebab..." Belum sempat Qairin habiskan ayatnya, Lutfi sudah menyampuk dahulu.
"Engkau balik Sekarang! Jangan sampai aku naik angin! Aku tak berkira sama ada engkau Kakak aku atau bukan!!" Herdik Lutfi kuatnya terhadap Qairin. Merah padam mukanya menahan amarah.
"Luke, Qai.. Sudahh. Qairin kamu balik sekarang. Jangan sampai akak call papa nanti." Ujar Dira sudah penat memujuk hati masing-masing. Kasihan dia melihat Alia yg menjadi mangsanya.
"Ooo ohkey!! Dah berani kau ugut aku yee Luke!!! Wait and see..Urusan kita belum selesai perempuan." Kata Qairin sebelum beredar dari situ. Dia memandang tajam ke arah susuk tubuh Alia.
Alia masih tidak bersuara sejak dari tadi lagi. Tangannya masih memegang kuat pipinya yg ditampar oleh Qairin tadi. Sakit telinganya mendengar mereka berdua bertengkar sesama sendiri. Disebabkan olehnya mereka berdua bergaduh besar. Alia mula rasa bersalah dengan semua masalah ini.
"Alia.. awak okey tak??" Tanya Lutfi sambil memegang tangan Alia sejak dari tadi menutup wajahnya.
Alia hanya mengelengkan kepalanya saja. Sedikit pun dia tidak bersuara. Alia menepis sedikit tangan Lutfi yg sudah menyentuh tangannya.
"Lia..please..Mari saya tengok muka awak.." Pujuk Lutfi perlahan-lahan dekat Alia.
Lutfi faham Alia masih tidak suka ia menyentuh dirinya sesuka hati lagi. Alia pun membuka tangannya selepas kasihan melihat raut wajah risau Lutfi.
"Ya Allah, Kak Dira tolong ambilkan first aid boxes. Bibir Alia luka ni.." Lutfi mendengus sedikit selepas melihat bibir Alia luka seperti ini.
"Yaa baiklah.." Ujar Kak Dira lalu berjalan pergi dari situ.
"Awak.. Maafkan saya tinggalkan awak tadi, Kalau saya stay mesti semua ini tak akan terjadi.." Sayu saja suara Lutfi bercakap dengan Alia.
Alia hanya menundukkan pandangannya ke bawah sahaja. Dia masih trauma dengan kejadian ini lagi.
Perlukah aku teruskan semua ini??? Aku masih tidak tahu latar belakang keluarga Lutfi. Kakaknya pula tidak menerima aku lagi. Dapatkah aku terus bertahan dengan pelbagai masalah yg akan menyusul nanti.
"Ni Luke.." Kata Kak Dira sambil memberikan Lutfi kotak first aid itu.
"Lia, tengok sini sayang.. biar saya tolong sapukan ubat.." Pujuk Lutfi lembutnya kepada Alia. Alia hanya mengikut apa saja kemahuan Lutfi ini. Moodnya sudah tiada sekarang.
"Sakit tak?" Tanya Lutfi lagi.
Alia hanya mengelengkan kepalanya saja. Sedikit pun dia tidak menjawab pertanyaan Lutfi itu. Alia hanya memberi senyuman kelat terhadap Lutfi.
"Mungkin akan ada kesan lebam di pipi.." Sampuk Kak Dira perlahan.
"Sudahlah pernikahan ni tinggal sehari ja lagi.. Aduh.." Tambahnya lagi sudah menjadi serabut sedikit dengan masalah ini.
Dira sangat bimbang jika wajah Alia akan terlihat lebam nanti. Tidak tahu apa yg mereka kena menjawab kepada pihak Alia.
"Tak apa akak.. apa pun yg berlaku.. Luke akan mempertahankan segalanya. Ini majlis Luke. Hari kebahagian Luke dan Lia. Tiada seorang pun dapat menangani hari Luke." Kata Lutfi dengan yakinnya.
Tangan Lutfi masih meletakkan ubat di bibir Alia. Alia dapat merasa sentuhan lembut Lutfi ini. Alia hanya mampu mendiamkan diri saja. Mana mungkin dia dapat tanggani kemahuan Lutfi. Dia sudah redho dan pasrah segalanya kepada Allah Swt.
.............................................................................
"Okey.. Keluar Sekarang bakal pengantin.. kata Kak Dira dekat Lutfi dan Alia. Lutfi pun berjalan dengan megahnya sambil tangannya berkepit rapat dengan Alia.
Alia cuba mengelak sedikit tetapi pantas saja tangan Lutfi memaut lengan Alia. Alia tidak dapat membantah kerana Lutfi berkata mereka dialaskan oleh kain. Jadi, mereka tidak bersentuhan secara betul.
"Ready?" Tanya Lutfi dekat Alia. Alia hanya mampu memberikan senyuman kelat saja.
"Perghhh.. So hottest." Bersuara Qirash yg entah dari mana munculnya. Qirash terus memeluk pinggang Dira. Rasa rindu pula dekat isterinya itu.
"Ehhh abang.. datang sini tak beritahu dulu" Peluk Dira di sisi suaminya itu. Bahagia saja sungguh kehidupan mereka walaupun masing-masing sibuk bekerja.
"Awak tu sibuk je memanjang.. Lupa habis saya.." Rajuk Qirash sambil memuncungkan mulutnya kepada Dira.
"Alololo, janganlah majukk. Nanti tak hensomlah suami kesayangan saye ni." Pujuk Dira sambil memicit kedua belah pipi Qirash. Geram saja dia melihat wajah macho suaminya ini.
"Hoii..hoii. Ingat orang dekat sini sama.. Nak bersweet balik rumah Cik Abang oii." Sindir Lutfi dari jauh dan Alia hanya ketawa perlahan. Dia merasa lucu pula dengan keluarga ini.
"Amboi..nanti korang kahwin.. Korang tahulah apa itu kenikmatan berumah tangga." Balas Qirash tanpa segan pilunya.
"Ishh Abang ni. Malu saya.." tambah Kak Dira lalu menampar sedikit dada bidang Qirash.
Tidak senonoh saja bila Qirash mula bercakap. Sudah masuk 6 tahun mereka berumah tangga. Kunci utama satu kebahagian bukan terletak pada nilai wang ringgit tetapi saling menghargai dan terima kekurangan pasangan seadanya. Sampai sekarang, hububgan mereka berdua masih mampu bertahan.
"Iyaaaa Kerr. Haaa cepatlah komen pasal kami nii? Lepas ni boleh jadi pasangan Top Top Meletop kot."Ujar Lutfi dengan bangganya. Pelbagai gaya dia buat untuk menyakinkan mereka berdua.
"Hahaha.. Ada saja awak nii.." Ketawa Alia perlahan sambil menampar bahu Lutfi. Dia tidak sedar yg jaraknya dengan Lutfi semakin dekat saja.
"Haishh sweetnya mereka kan Abang.. Macam nak naik baliklah atas pelamin.." kata Dira geram saja melihat pasangan serasi antara Lutfi dan Alia.
"Ehhh, anak dah tigaa. Ada hati nak naik pelamin lagi.. apalah awak ni.." balas Qirash dengan kejamnya.
Bila dipikirkan semula, sudah lama dia tidak menyakat isterinya ini. Bukan terlupa, tetapi Qirash takut dia akan tidur di luar kerana mula cari pergaduhan dulu. Boleh dikatakan isterinya ini agak garang sedikit. Apa yg dia suka tentang Dira adalah sifat kelembutannya dengan semua orang. Disebabkan itu hatinya setiap hari hanya berputik pada Adira saja. Datanglah beribu wanita sekali pun. Sukar untuk dibandingkan dengan yg satu.
"Ohh, Okey..Fine!! malam nanti tidur luar!! Marah Dira lalu pergi dari situ. Sakit hatinya bila melayan Si Qirash.
"Luke .Alia.. senyum." Tanpa sedar Dira mula mengambil gambar spontan Alia Dan Lutfi sedang ketawa.
"Lahaiii.. sweetnya korang.."
"Alaa Kak, Akak dengan Abang Qirash pun sama juga. jeles Luke tau.."
Mereka berempat mula ketawa bersama. Masing-masing seronok saja bercerita antara satu sama lain. Tidak sabar mereka mahu menerima Alia sebahagian daripada keluarga ini. Mungkin dengan kehadiran, kegembiraan itu mula terasa lengkap lagi.
"Ohhkey. Semuanya sudah selesai.. Mari kita balik dah lewat ni.." Kata Lutfi selepas melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 4.30 p.m. Lama sekali dia pinjam Alia hari ini.
"Alaaa, tak sempat nak berborak lama dengan Alia.." Ujar Dira lalu memeluk lengan Alia. Rasa tidak mahu saja dia melepaskan Alia pergi.
"Nanti Alia akan jadi family kita juga. Ishh, mentanglah dah dapat kawan baru..lupa hubby lagi." balas Qirash dengan lajunya.
"Haahh. tak lama dah akak. Tunggu je lah.." Tambah Lutfi pula.
Alia hanya tersenyum saja melihat telatah mereka semua. Dia rasa sangat selesa di layan baik seperti ini. Pada masa yg sama, fikirannya masih memikirkan tentang kejadian tadi. Mana mungkin Alia akan melupakan perkara itu. Dirinya masih belum diterima lagi dengan ahli keluarga yg lainnya.
"Jom Alia " Ajak Lutfi mula bangun dari duduknya dahulu.
"Kak Dira, Alia minta diri dulu yaa.." kata Alia sambil bersalaman dan berpelukan dengan Dira.
"Take caretauu , Jaga kesihatan baik-baik. Jangan turunkan berat badan. Nanti tak muat baju pengantin tuu." Pesan Dira sambil menepuk lembut bahu Alia.
"Iyaa lah. Terima Kasih akak." Ucap Alia sebelum pergi dari situ.
Alia sempat melihat Qirash berbisik seuatu kepada Lutfi. Selepas itu mereka berdua tertawa riang. Kak Dira pernah berpesan kepadanya. Jangan di layan sangat kerenah Lutfi. Sifat menyakatnya memang tidak boleh dipisahkan. Disebalik semua itu terselit kasih sayang yg ditunjukknya. Alia hanya mampu tersenyum sahaja. Mungkin ini adalah perangai sebenar Lutfi. Nakal tidak bertempat. Selepas sejam perjalanan pulang ke rumah. Akhirnya mereka sampai juga. Sebelum Alia melangkah turun dari kereta, Lutfi mahu bercakap sesuatu dengannya.
"Sayang.. Maafkan Abang untuk harini yaa? Abang dah buatkan Lia terluka.."
"Abang??" Kata Alia perlahan. Dia masih memandang raut wajah sayu Lutfi itu.
"Ha'ahh. mula harini juga awak kena berlatih panggil saya Abang..Tak lama lagikan kita dah nak berkahwin" Tersenyum Lutfi selepas berkata begitu. Alia hanya membisu sahaja. Muncung mulutnya mahu memanggil Lutfi begitu.
"Boleh tak?" Tanya Lutfi lagi. Dia terus memandang tajam ke arah Alia.
"Errr. inshallah lah." Balas Alia dengan malunya.
"Tak habis-habis nak paksa orang jee..ingat senang nak panggil gitu??!!!" Nguman Alia mahu saja dia jelirkan lidahnya ke arah Lutfi. Takut pula Lutfi akan menculiknya selepas itu.
"Kena juga. Tak Kira!! Kirim salam dekat Mak dan Fahmi." Ujar Lufti biasanya. Geram dia tengok wajah keras kepala Alia itu. Rasa mahu gigit saja bibirnya.
"Terima Kasih untuk harini, Lia akan biasakan diri dengan semua keadaan. Awak jangan risaulah.. Ehh Ab..ang.." Cakap Alia tergagap cuba mahu panggil "Abang" dekat Lutfi. Hampir terbelik lidahnya apabila berkata begitu.
"Okey sayang. See? kena banyak berlatih lagi tuu. Cuba tiap hari belajar kata 'Abang sayang', 'Abangku' Tambah Lutfi lagi. Sengaja dia mahu kenakan Alia kali ini.
"Eeee..Ermm ya la." Balas Alia dengan malasnya. Memang tak senonoh perangai Lutfi ini.
"Bawa kereta elok-elok. jangan pandu laju sangat. Dah serupa pelesit saya tengok awak.." Pesan Alia sebelum masuk ke dalam rumah.
"Baiklah sayang.. Assalamualaikum my sweet wife!!" y
Ujar Lutfi dengan gembiranya. Tersentuh dia melihat Alia sudah cuba menerima dirinya ini. Lutfi tidak mahu berlakon untuk mendapatkan cinta Alia. Biarlah dia menjadi dirinya yg seadanya ini.
"Waalaikumsalam"
Jawab Alia meleretnya. Dia hanya mampu melepaskan satu keluhan panjang saja. Alia terus memandang kosong ke arah kereta Lutfi yg berlalu pergi itu. Fikirannya masih memutarkan tentang kejadian tadi. Berat hatinya mahu menerima semua ini lagi. Berat lagi dirinya yg memikul tanggungjawab yg besar ini.
Share this novel