Bab 32

Drama Series 71241

"Lia, abang pegi keje dulu tau. Jaga diri baik-baik. Jalan tu tengok depan sama. Habis luka wajah comel Lia ni haa..Jangan lupa letak ubat nanti."

Pesan Lutfi sebelum melangkah keluar pergi kerja. Dia menghulurkan tangan untuk Alia bersalam dulu. Terlihat kesan lebam dan luka kecil masih berbekas di bibir Alia. Lutfi tidak tahu apa yg Alia buat sampaikan terluka seperti itu. Alia hanya memaklumkan yg dia tersadung sampaikan terlanggar bucu meja.

"Ermm, baiklah. Hati-hati memandu."

Jawab Alia sedikit gusar mula terpancar di wajahnya. Berat hati ini mahu melepaskan Lutfi pergi. Perkara sama mungkin akan berulang juga hari ini. Sakit semalam belum habis habis. Inikan pula akan rasa perkara yg sama lagi. Alia mula menggengam erat pergelangan tangan Lutfi. Kepalanya di tundukkan ke bawah. Mahu sahaja dia beritahu segalanya kepada Lutfi. Tetapi ugutan demi ugutan diberi kepadanya. Alia lebih takut jika akan kehilangan Lutfi.

"Napa ni?? Lia tak sihat? Monyok je wajah ni?"

Tanya Lutfi hairannya melihat tingkah laku Alia hari ini. Seolah ada sesuatu yg dia sembunyikan dari pengetahuan Lutfi sendiri. Riak wajah Alia seakan takutkan sesuatu sahaja. Lutfi mula mengangkat dagu Alia untuk memandangnya. Mahu satu kepastian daripada isterinya ini.

"Tak ada apa-apa. Abang..tentang perpindahan kita.. Abang kata minggu ni kan kita pindah?"

Soal Alia dengan tenangnya. Dia faham jika Lutfi terlalu sibuk untuk berbincang tentang hal ini tetapi dia sudah tidak tahan lagi. Dalam sehari dia rasa seolah setahun berada di dalam rumah ini. Siksaan demi siksaan yg dirasainya. Ibu mertua dan kakak iparnya pantang ada peluang pasti dirinya yg menjadi sasaran. Alia seperti boneka di dalam rumah ini. Senang mereka buli dan pukul tanpa rasa kasihan sedikit pun.

"Maaf Lia..Abang dah lambat. Nanti kita bincang tentang hal itu okey? Abang pergi dulu. Assalamualaikum."

Balas Lutfi lajunya selepas melihat jam di tangannya menunjukkan pukul 8.30 a.m. Dia sudah lewat untuk pergi ke tempat kerja. Lutfi menghadiahkan satu kucupan lembut di dahi Alia sebelum berangkat pergi.

"Maafkan abang Lia. Abang tak ada kata putus lagi untuk perpindahan ini."

Nguman Lutfi apabila melihat wajah kecewa Alia selepas dia berkata begitu. Berat kakinya melangkah pergi. Pasti Alia sedih dengan semua ini. Apakah daya, dia perlukan masa untuk selesaikan masalah ini dulu dengan Dato' Tahir. Selepas itu, barulah mereka berdua boleh hidup bersama di rumah baru.

"Waalaikumsalam..."

Jawab Alia meleretnya. Entah kenapa dia rasa terkilan sangat dengan semua ini. Dia berharap sangat Lutfi tidak memungkiri janji. Tidak mungkin dia dapat bertahan lama di sini. Tiada tempat lagi di badan ini untuk menerima lebih dasyat siksaan yg akan datang. Pandangan sayu diberikan kepada Lutfi. Sedikit pun senyuman ini tidak dapat diukirkan. Berharap sangat suaminya itu faham.

"Alia..buat apa tercegak depan pintu ni lagi? Napa tak masuk ke dalam?"

Tegur Hajah Aminah sambil berjalan menuju ke arahnya. Dari tadi lagi dia melihat Alia seakan tidak mahu melepaskan Lutfi pergi. Kelihatan diri Hajah Aminah berlainan kali ini. Seorang pembantu turut berjalan bersamanya membawa beg sandang tepi.

"Opah..Ermm opah nak ke mana ni?"

Tanya Alia setelah perasan Hajah Aminah memakai tudung di kepalanya. Pembantu itu turut mengikuti Hajah Aminah sekali. Hanya senyuman terpancar di wajah pembantu yg selalu menjaganya Opah di sini.

"Alia ni..tak ingat ke? Ermm, Semalamkan Opah ada temu janji dengan Doktor? Pagi ni Opah kena pegi juga. Kalau diikutkan malas tau nak pegi. Nak buat macam mana..orang paksa."

Beritahu Hajah Aminah sambil bergurau senda dengan Alia sebentar. Sudah menjadi rutin minggunya untuk berulang-alik ke Hospital. Kadar kencing manis dan darah tingginya agak teruk. Jadi disebabkan itulah Opah perlu menjalani rawatan terapi. Kakinya mungkin tidak boleh berjalan lagi nanti. Pencegahan awal perlu diambil sebelum semua itu akan berlaku nanti.

Tergamam Alia buat sejenak waktu. Seolah dunia ini berhenti berputar untuknya. Jadi, selama ini Hajah Aminah tidak tahu dirinya didera oleh Ibu mertua serta kakak iparnya. Hajah Aminah tidak berada di rumah pada ketika itu. Alia ingatkan Hajah Aminah sengaja buat tidak dengar kerana semua orang gaji di dalam rumah ini tidak mahu menolongnya. Rupanya ini yg berlaku tanpa ia sedar. Perasaan takut mula menjalar di lubuk hatinya. Mahu sahaja dia beritahu semua itu kepada Hajah Aminah. Tetapi, Alia takut opah tidak akan percaya cakapnya. Siapa dia mahu mengadu seperti ini. Tetapi, apa salahnya dia mencuba. Mungkin nasibnya ini akan terbela nanti.

"Alia..Kamu ok tak ni?? Napa termenung saja? Wajah kamu tu..kena apa? Luka macam kena tampar saja."

"Opah, sebenarnya..ini kena.."

"Alia....Mari naik atas kejap..mama nak tunjuk sesuatu.."

Belum sempat Alia memberitahu Hajah Aminah perkara sebenar pantas saja Datin Nafisah memotongnya. Mereka berdua terus memandang ke arah Datin Nafisah. Kelihatan ibu mertuanya itu tersenyum manis sambil memanggilnya naik ke atas. Setelah Hajah Aminah pandang ke arah lain terus riak wajah Datin Nafisah berubah 100%. Satu jelingan maut mula diberikan kepada Alia. Sekerasnya amaran dikeluarkan kepada Alia sekiranya dia berani membuka mulut di depan Hajah Aminah.

"Alia..Opah minta diri dulu yee..Jaga diri baik-baik di rumah."

Pesan Hajah Aminah sebelum melangkah pergi. Dia berdoa sangat menantu dan cucunya itu tidak berbuat perkara bukan terhadap Alia. Sekiranya semua ini berlaku pasti keluarga ini akan berpecah tidak lama lagi. Hajah Aminah sudah lama menanti saat ini. Dengan adanya Alia di dalam keluarga ini pasti semuanya akan bahagia seperti sedia kala.

Aku mula menelan payah air liur. Rasa pahit saja air liur ini melepasi anak tekak. Entah kenapa tetiba saja tubuhku mengigil tanpa sebab. Bulu roma mula meremang di sekitar tangan ku. Melihat wajah seram Datin Nafisah lebih takut dari segalanya. Seolah seekor harimau sedang melihat mangsa. Apalah nasibku selepas ini. Selagi nyawa dikandung badan. Aku perlu tempuhi semua ini.

"Ya Allah, Ya Tuhanku..Darimu aku meminta pertolongan dan petunjuk. Tiada sesiapa lagi tempat untukku mengadu nasib ini. Hanya diri-Mu aku memohon segalanya."

...............................................................................

"So, Luke nak nak pindah keluar? Dia atau isterinya yg mahu?"

Tanya Dato' Ghani selepas diberitahu oleh Dato' Tahir tentang perpindahan Lutfi ini. Dia sendiri tidak menyangka Lutfi berani melangkah keluar dari rumah keluarganya sendiri.

Qayyum hanya masang telinga saja setiap perbualan antara Pak long dan Pak sunya ini. Jari-jemarinya masih fokus membuat kerja di dalam laptop. Qirash juga berminat mahu tahu semua ini. Di pasang telinganya teliti sekali untuk mendengar setiap bibit bicara mereka berdua.

"Lukelah..tak kan Alia pula nak minta.."

Jawab Dato' Tahir masih serabut bila memikirkan tentang perkara ini. Tidak semudah itu dia mahu biarkan Lutfi jalani hidup sendiri di luar sana. Tambahan pula, Lutfi masih berhutang dengannya. Bisnus Lutfi yg kian melonjak itu disebabkan oleh laburan dari syarikatnya juga.

"Alah, hal kecik je. Biarlah dia nak dirikan rumah sendiri bersama isterinya itu."

Ujar Dato' Ghani tidak kisah sangat jika Lutfi mahu berpindah keluar. Bukannya Lutfi melarikan diri. Syarikat mereka masih berjalan dengan lancarnya. Pasti Lutfi ada sebab tertentu mahu ada rumah sendiri. Sudahlah keluarga abangnya ini porak-peranda. Mesti Alia senang menjadi kaki bahan di dalam rumah itu.

"Itu kata kau.. Habis tu siapa nak bayar hutang syarikat aku ni? Dah banyak aku labur dekat syarikat kecil dia tu. Nak tak nak dia kena bayar semula. Tak kisahlah wang tu datang dari mana.."

Balas Dato' Tahir sudah hilang sabar kali ini. Hampir diempar saja fail yg berada di tangannya itu. Bukan itu sahaja perjanjian Lutfi dengannya. Tentang harta pusaka Alia turut di disebut sekali. Dato' Tahir tidak akan beri muka kepada Lutfi. Kalau dia sayangkan Alia mesti mereka berdua sanggup berkorban untuknya. Sudah lama dia menanti saat ini. Tidak lama lagi syarikatnya mesti akan meningkat naik di pasaran.

Qayyum yg mendengar semua ini sudah dapat menjangkakan apa yg Lutfi akan lakukan selepas ini. Sudah tiba masanya dia mengorak langkah. Emily perlu menunjukkan tindak balas kali ini. Tawaran duit. Pasti segalanya akan selesai.

Qirash hanya memandang sayu ke arah papanya. Sampai begini sekali papanya memaksa Lutfi. Dia ingatkan selepas Lutfi berkahwin dengan Alia segalanya perjanjian itu akan terhapus. Tetapi sekarang, nilai duit lebih bernilai dari darah daging sendiri.

...........................................................................

"Janganlah sentuh.. Tak ada barang bernilai pun di dalam beg tu..."

Bersuara Alia apabila Qairin mula menyelongkar barang di dalam beg bagasinya. Habis bajunya dilempar keluar dari dalam beg itu. Bukan itu sahaja, segala barangannya yg lain turut dibuang sekali. Entah barangan apa yg Qairin mahu cari di situ.

"Ehh, Diam kau!! Nanti aku sumbat mulut kau dengan kain ni baru tahu!!.."

Herdik Datin Nafisah terus menolak kuat kepala Alia. Rasa bingit telinganya dari tadi asyik mendengar suara Alia menentang semua ini. Tangannya yg sudah diikat dengan kain tidak berdaya mahu melawan kembali. Dia melihat saja mereka berbuat begini terhadapnya. Puas mereka memungah barangan Alia tetapi masih tidak jumpa barangan yg mereka mahukan.

"Kau..di mana kau simpan semua barang kemas kau??!! Buku bank semua?? Di mana?"

Tanya Qairin mula menguis kasar dagu Alia. Kali ini Qairin sendiri yg menindih kedua peha Alia dengan lututnya. Biar Alia rasa sakit kerana dia mahu melihat butiran jernih itu mengalir lagi di wajah Alia. Tangan Datin Nafisah masih merentap kuat rambut Alia dari arah belakang. Sekarang, matanya menatap anak mata Qairin secara berdepan.

"Barang kemas apa pula ni?? Sejak bila saya berduit?? Semua yg saya pakai ni pun orang yg bagi. Mama dan kakak sendiri yg kata.."Saya anak miskin yg tidak berharta" tak begitukan?"

Ujar Alia lalu mengukirkan satu senyuman ke arah Qairin. Biar kak iparnya ini tahu. Sia-sia saja mereka mencari semua ini. Dirinya sememangnya tidak berharta. Walaupun semua itu ada. Tidak mungkin dia memberi kepada mereka berdua. Biarlah seteruk mana mereka mahu siksa dan pukulnya. Asalkan buku bank miliknya itu masih selamat disimpan.

"Kurang ajar.."

"Pang!!"

Satu tamparan kuat mula menghingap di wajah Alia lagi. Qairin mula rasa tercabar dengan kata-kata Alia terhadapnya. Selepas itu, tangannya kuat mengcengkam helaian rambut di kepala Alia. Digoncang kepala itu tanpa ada belas ehsannya. Tergamam Datin Nafisah melihat Qairin bertindak kejam seperti ini sekali. Dia cuba menghalang Qairin untuk bertindak kasar sangat. Jika apa-apa berlaku kepada Alia nanti teruk mereka berdua kena.

Di bawah..

"Fuhh, penatnya. Ermm, tak berubah pun semasa aku keluar. Mana nak berubahnya tuan badan pun tak pernah berubah. Terpaksa je ni singgah sekejap.."

Cakap Dira sendiri apabila melangkah kaki masuk ke dalam rumah ini. Matanya mula melihat suasana sekitar dalam rumah. Langsung tidak berubah semasa dia melangkah keluar. Dira yg paling lantang bersuara. Tiada sesiapa yg berani melawan cakapnya bila sudah membuat satu keputusan. Sampaikan suaminya sendiri tidak dapat berbuat apa-apa pun. Terpaksa akur dengan arahan Dato' Tahir demi maruah keluarga ini.

Tiba-tiba..

"Arghhh!!!"

Kedengaran suara seseorang sedang menjerit di tingkat atas. Kaki Dira mula berhenti dari melangkah naik ke anak tangga. Terkedu dia mendengar suara seseorang yg dia sendiri kenal. Pada masa yg sama Mak Timah turut melalui kawasan itu. Boleh tampak raut wajahnya sangat gelisah dan takut apabila Dira memandang ke arahnya.

"Wait..Mak Timah..Siapa je ada dalam rumah ni??"

Tanya Dira tanpa berkias lagi. Dia memandang tepat ke arah arah anak mata Mak Timah. Mahu satu kepastian apa yg telah berlaku di dalam keluarga ini bila dia tiada. Pasti perkara buruk sudah berlaku di sini. Suaminya itu sering kali meminta wang kerana syarikat bapa mertuanya sedang mengalami masalah saham. Siapa lagi mahu menolong kalau tidak bukan dirinya saja. Disebabkan itulah tiada sesiapa yg berani melawan katanya.

"Puan..sebenarnya Puan Alia sudah pulang ke sini. Sejak...sejak 4 hari yang lepas. Sejak dari itu juga..dia..dia.."

"Dia apa Mak Timah??? Beritahu saya sekarang dia kenapa??!!!"

Marah Dira sudah hilang sabar dengan jawapan takut dari Mak Timah. Pasti Ibu Mertua dan adik iparnya itu ugut semua orang gaji di dalam rumah ini sampai mereka tidak berani mahu membuka mulut.

"Dia didera dan dipukul oleh Datin dan Cik Qairin.."

Beritahu Mak Timah lalu menundukkan pandangan ke bawah. Rasa bersalah dia menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan semua orang. Setiap hari dia mendengar jeritan dan raungan sakit keluar dari mulut Alia. Apakah daya, dia tidak mampu menolong dan membantu Alia. Nanti majikannya itu memecat dia kerana berbuat demikian. Di mana lagi dia mahu mencari rezeki kalau tidak bukan di dalam keluarga ini.

"Allahuakhbar..apa dah kena dengan keluarga ni..Tak guna..."

Balas Dira terus melangkah laju anak tangga. Dia perlu melihat dengan mata kepalanya sendiri apa yg telah berlaku di atas. Mesti empunya suara itu adalah Alia sendiri. Hati Dira mula rasa panas membahang. Dia tidak akan berlembut lagi dengan ibu mertua dan adik iparnya itu. Pantang diberi muka pasti ada sesuatu yg mereka lakukan dalam diam.

"Sakit Kakak!! lepaslah...Mama.. Jangan pukul Lia lagi.."

Bersuara Alia sudah menangis tersedu-sedan di atas lantai. Mereka berdua terus memukulnya tanpa ada belas ehsan sedikit pun. Tangannya yg masih terikat di belakang ditindih oleh lutut Qairin. Bagai nak rak mereka cuba cederakan Alia kali ini.

"Bang!!!"

"Ya Allah!! Mama!! Qairin!!! Apa semua nii!! Ehhh, korang berdua sudah gila ke apa haaa?!!!"

Tengking Dira kuatnya apabila menolak pintu bilik Alia. Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri apa yg telah Ibu mertua dan adik iparnya lakukan terhadap Alia. Tergamam Qairin dan Datin Nafisah apabila melihat Dira yg tengking ke arah mereka. Qairin mula bangun dari tubuh Alia. Begitu juga dengan Datin Nafisah menjarakkan dirinya dengan Alia.

Hampir luruh jantung Dira melihat keadaan Alia yg sudah tidak berdaya melawan mereka berdua. Mendengar tangisan redup Alia sangat menyangat hatinya. Segera dia berjalan mendekati Alia yg masih tertiarap di atas lantai. Dira memangku tubuh kecil Alia untuk duduk dahulu. Dia melihat terdapat banyak kesan lebam di sekitar tangan Alia. Begitu juga dengan wajah pucat Alia. Bibirnya mula berdarah kembali. Dira mengetap kuat bibirnya. Sampai begini sekali mereka berdua bertindak kejam ke atas Alia.

"Kenapa sampai begini sekali Mama dan Qairin buat dekat Alia?? Apa salah Alia dekat korang berdua??"

Tanya Dira masih tidak dapat mengalihkan pandangannya dari melihat ke arah Alia. Dia mula meleraikan ikatan pada tangan Alia dahulu. Sedikit pun dia tidak melihat ke arah Ibu mertua dan adik iparnya itu. Hatinya mula panas membara. Dia masih boleh bersabar lagi.

"Ehh, yg kakak ni nak bela dia sangat dah kenapa haa?? Apa kena mengena kakak dengan dia?? Tak de kan?? So, tak payah soal sibuk nak tahu semua ini."

"Betul tu Dira.. kamu tak ada kena mengena semua ni. Tak payah nak jaga tepi kain orang sangat. Kamu tu kena sedar..Kamu hanya menantu je dalam rumah ni..tak lebih dari semua itu!!"

Balas Datin Nafisah pula sambil membetulkan sedikit rambutnya. Habis rosak sanggulnya sesama memukul Alia tadi. Mereka berdua tidak takut langsung dengan Dira. Ingatkan siapa tadi tetiba saja menguak kasar pintu ini. Hanya Dira saja yg tahu kira bernasib baiklah. Kalau Lutfi atau suaminya pasti mereka berdua akan dihalau dari sini.

"Owhh, tak ada kena mengena. Just menantu? Ok. Habis tu siapa yg tolong keluarga ni? Wauu!! Cepatnya mama dan Qairin hilang ingatankan? Saya tak sukalah nak mengungkit tapi terpaksa. Nak bagi sedar sikit kekayaan itu datang dari mana.."

Kata Dira mula bangun perlahan selepas menyuruh Alia duduk di tepi birai katil. Biar dia selesaikan masalah ini barulah dia melihat keadaan Alia. Dira mula melipatkan kedua belah lengan bajunya. Jika mereka berdua bergusti dengan Alia tadi. Sekarang, dia pula akan mengajar mereka berdua.

"Apa maksud kamu Dira?? Kamu jangan nak kurang ajar sangat. Aku ni masih Mak mertua kamu lagi. Mana hilangnya hormat kamu dekat aku?"

Bersuara Datin Nafisah mula rasa curiga dengan tindakan Dira seperti ini. Bila lihat dari raut wajah Dira, dia tidak bergurau langsung semua ini. Tunggu masa saja mereka berdua diserang sekarang. Qairin mula menelan payah air liurnya. Dia sudah tahu kakak iparnya ini bukan calang-calang orangnya. Silap hari bulan keluarganya yg menagih simpati darinya.

"Ehh, baru lipat lengan baju dah takut ke?..Kurang ajar?? Hormat?? You should ask yourself. Where is your loss of respect for everyone in this house? Kami tahu kami hanya pegang title "menantu" je dalam rumah ni. Kami tak berhak dapat lebih dari semua itu. But, saya cuma nak ingatkanlah..Keluarga Datin tak akan kaya-raya macam ni kalau tidak disebabkan oleh saya. Saya dah banyak melabur duit untuk tolong keluarga Datin. Ehh, kalau laki Datin tu berduit sangat kenapa masih menagih simpati dekat saya? Menantu ni lah yg selalu keluarkan duit. Saya ikhlas buat semua ni sebab saya fikirkan tentang Qirash saja. Suami saya. Ayah kepada anak-anak saya. Ingatkan saya kebulur nak stay lama dekat rumah ni?? Keluarga yg ala-ala kaya seperti sultan? No!! Pada bila masa saja saya boleh pergi. Ehh, tak hinginlah aku nak stay lama dekat rumah ala-ala bahang neraka dunia."

"One more..Tak silap sayalah..beberapa hari lagi Harta Faraid Alia akan disebutkan? Aku nak tengok sejauh mana korang sekeluarga nak makan harta anak yatim piatu...Dah pergi keluar sekarang sebelum aku sembur lagi. Mama dan Qairin bernasib baik lagi tau saya ni masih pemurah. Haishh, tak dapat bayangkanlah kalau saya cerita dekat papa nanti. Mesti teruk korang kenakan. So, Jangan berani nak sentuh Alia lagi. Kalau saya tahu. Jangan kata korang dimarahi saja..Saya akan pastikan korang berdua dihalau keluar dari sini.."

Puas hati Dira berkata begitu ke arah Datin Nafisah dan Qairin. Sudah lama dia memendam perasaan ini. Mereka berdua tidak layak dilayan baik. Selalu saja pijak kepala orang. Sampaikan begini sekali Alia yg jadi mangsa mereka berdua. Dira mula berjalan mendekati Alia. Pandangannya sejak dari tadi tunduk ke bawah saja. Pasti Alia masih trauma dengan semua ini.

Qairin terus merentap kasar tangan Datin Nafisah untuk keluar dari dalam bilik ini. Tidak berguna lagi mereka melawan orang seperti Dira. Dia terlalu berharta untuk dijatuhkan. Dira sememangnya datang dari keluarga berada. Tidak dinafikan lagi mereka sekeluarga sudah banyak makan duit darinya. Kalau tidak disebabkan Dira pasti keluarga Dato' Tahir tidak akan merasai hidup kemewahan seperti ini. Mereka perlu merancang semula. Dira ada sebut tentang harta faraid Alia. Mungkin Dato' Tahir sudah tahu lebih awal tentang ini. Alia pula sasaran seterusnya untuk meningkatkan lagi kekayaan keluarga ini.

"Ermm..Lia..Pandang kakak..Napa..Napa Lia diam jee? Napa Lia tak bersuara? Sampai begini sekali Lia biarkan mereka pukul Lia..Napa Lia..Napa tak beritahu Lutfi..Abang Qirash?? Ya Allah.."

Pujuk Dira mula menangis di sebelah Alia. Dia tidak dapat menahan sebak ini lagi bila melihat sekitar kesan lebam di tubuh Alia. Kalaulah dia tahu lebih awal lagi pasti semua ini tidak akan berlaku. Dira mula mengikat rambut Alia ke belakang. Dia mahu melihat wajah Alia. Wajah orang yg tidak bersalah. Di siksa begini kerana dirinya datang dari keluarga biasa.

"Akak..Lia takut..."

Bersuara Alia terus menangis semahunya di situ. Dia terus memeluk tubuh Dira. Akhirnya, ada juga orang yg membantunya. Kalau tidak kerna Dira tadi pasti teruk dirinya dibelasah oleh mereka. Alia sudah redha andai kata nyawanya di ambil tadi. Kerna satu ugutan dirinya tidak dapat berbuat apa-apa. Dia bukan seperti birasnya ini. Dengan duit sudah dapat menyelesaikan segalanya. Dia hanyalah orang biasa dan tidak mempunyai apa pun. Alia berharap sangat selepas ini dia dapat berpindah. Mungkin jalan hidupnya akan berubah selepas berpindah keluar dari rumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience