Bab 50

Drama Series 71241

"Ehh, celakalah Luke ni. Semua aku buat salah. Apa yg betul dekat mata kau setan.." Mencarut Furqan tanpa berlapiknya.

Sudah masuk dua kali kertas kerjanya ditolak mentah oleh Lutfi. Bila di tanya apa salahnya Lutfi langsung tidak memberitahu hal itu. Hanya tatapan bengis diberi kepada Furqan. Hubungan mereka berdua agak dingin sejak kejadian di mana pergaduhan itu berlaku. Masing-masing tidak mahu mengaku salah dan silap yg sudah berlaku.

"Ishh!!! Semak bodoh!!!"

Satu keluhan berat dilepaskan. Furqan mengusap kasar wajahnya. Tidak tahu apa yg perlu ia betulkan semula kertas kerja ini. Setiap masa dan waktu benda sama saja yg dihadap. Dari jauh Hajah Samsiah memandang sayu susuk tubuh anak sulungnya yg dalam kekusutan. Setiap masa sibuk bekerja dan menghadap laptop hampir 24 jam. Tiada masa untuk berehat dan berhenti mengisi perut langsung.

"Ermm, Aan. Sudahlah tu buat keje. Asyik busy je. Waktu makan bila sayang? Jum, kita makan sama-sama. Kan umi dah pesan banyak kali. Jangan lupa waktu makan. Berapa kali umi nak pesan ni haa?" Tegur Hajah Samsiah sambil tangannya memeluk erat leher anak lelakinya ini.

Mereka berdua sudah lama tidak meluangkan masa bersama. Kadang-kadang saja Furqan akan pulang ke sini untuk menjenguk keadaan keluarga kecilnya. Terasa lengkap sangat bila keluarga mereka bersatu walaupun seorang lagi anak lelakinya sibuk berkhidmat demi negara yg tercinta.

"Umi.. janganlah ganggu Aan. Aan busy ni. Banyak lagi keje kena siapkan. Nanti membebel pula Si gambang tu." Ujar Furqan supaya Hajah Samsiah tidak menganggunya ketika ini.

Keadaaanya tidak begitu baik sekarang. Furqan tidak mahu uminya yg akan kena tempias nanti. Biarlah dia seorang saja cuba menyelesaikan kertas kerja ini dulu. Barulah selepas itu aura baiknya akan muncul tanpa sedar seperti selalu.

"Amboi...Dah pandai mencarut ehh anak umi ni!! Dah berapa kali umi Pesan. Jangan mencarut. Tak baik tau. Cuba gantikan kata-kata kesat tu dengan istigfar. Baru hati rasa tenang. Rasa marah dan geram terus berselawat. Ingat tuhan. Inshallah, urusan Aan akan dipermudahkan."

Hajah Samsiah terus menasihati Furqan tanpa rasa jemunya. Di usap dada Furqan banyak kali. Selepas itu, satu senyuman mula terukir di wajahnya. Kedua belah keningnya di angkat sedikit. Pantas saja tangan Hajah Samsiah mencubit kedua belah pipi Furqan.

"Umi!! Ishh, sempat lagi ehh? Cubit balik kang baru tahu. Suka ehh..suka kacau Aan?" Furqan mengurut kedua belah pipinya yg terasa kebas selepas digomol oleh umi.

Pandai umi memujuk dirinya untuk terus bersabar. Hanya umi yg dapat lembutkan hati dan jiwanya. Orang yg ia sangat taati dan hormati sampai hujung nyawa. Kasih sayang yg diberi lebih cukup dari segalanya. Hajah Samsiah memang seorang ibu yg mithali dan penyayang orangnya.

"Haaa, dah senyum pun. Begitulah anak umi. Dah jangan marah-marah lagi tau. Napa ni? Aan marah dekat siapa? Lutfi ke? Haii..korang berdua tak baik-baik lagi ke ni?" Tanya Hajah Samsiah mula melihat satu persatu kertas berselerak di atas meja belajar Furqan.

Entah apa yg membuat fikirannya serabut sampai begini sekali. Masalah boleh saja diselesaikan jika meminta tolong dan berbincang. Bukan diam membisu seperti ini.

"Ermmm, ntahlah umi. Aan malaslah nak carut. Kang umi cubit pipi Aan lagi." Jawab Furqan seolah tidak mahu berkongsi masalahnya dengan Hajah Samsiah.

"Aan..Cuba bawa bersabar. Cepat betul nak melatah ni dah kenapa? Koyak? Cer cita dekat umi. Sejak bila Aan dah pandai berahsia ni haa. Benda tak akan selesai bila Aan terus berahsia seperti sekarang. Cuba berkongsi. Luah apa yg tersirat dalam hati tu. Umi ada Aan. Nanti esok lusa kalau umi dah takde. Dekat siapa lagi Aan nak ngadu..."

Kali ini, Hajah Samsiah sudah bersuara dengan tegas. Di tatap wajah Furqan tanpa berkelip sedikit pun. Tangannya sudah dicekak ke pinggang. Tidak semenanya keadaan bertukar menjadi tegang. Furqan hanya membisu tanpa membalas kembali. Pandangannya dialih menghadap balkoni. Melihat suasana luar yg diterangi cahaya malam.

"Furqan..umi tahu..Aan masih bergaduh dengan Lutfikan? Aan bergaduh dengan dia sebab Alia? Aan..Alia tu isteri orang. Beri tahu umi kenapa Aan pertahankan Alia sampai bergaduh dengan Lutfi?" Teka Hajah Samsiah tanpa berkias lagi. Mahu satu jawapan jujur keluar mulut Furqan sendiri. Hajah Samsiah tahu Furqan tidak pandai menipu.

"Bukan macam tu lah umi..Aan tak bergaduh sebab dialah.. Apa yg umi cakapkan ni.." Balas Furqan masih tidak mahu beritahu hal sebenarnya. Diusap wajahnya kasar. Rasa bingik pula jika semua ini masih diteruskan.

"Alia tu isteri Lutfikan? Kenapa Aan mahu pertahankan Alia? Lutfi lebih kenal siapa isterinya. Aan hanyalah sahabat. Tidak lebih dari semua itu. Jangan putuskan tali persahabatan korang disebabkan seorang perempuan. Sebab itulah umi mahu Aan dirikan rumah tangga. Jauh dari fitnah akhir zaman." Sambung Hajah Samsiah series sekali.

Dari nadi suara tegas mula bertukar serak. Sedaya upaya Hajah Samsiah nenahan kesedihannya di depan Furqan. Bahu Furqan diusap lembut. Hajah Samsiah tidak berniat mahu letak salah ini atas anaknya sendiri. Dia kenal sifat Furqan seperti mana. Seorang anak yg suka melindungi orang lain. Furqan perlu sedar dengan apa ia berdepan sekarang. Tidak semua orang akan faham kebaikan yg kita lakukan.

"Maafkan Aan umi.. Apa kata umi sendiri carikan bakal isteri untuk Aan. Aan akan dengar cakap umi. Seperti mana Aan layan umi..seperti itulah Aan akan layan perempuan yg bakal bergelar isteri Aan. Anak umi ni kan limited edition."

Bersuara Furqan lalu mencium lembut kedua belah tapak tangan Hajah Samsiah. Rasa tenang mula menyapa dirinya. Hilang sebentar masalah yg membelengu dirinya ini.

"Eleh, limited lah sangat. Banyak je jejaka melayu yg lebih hensem dari Aan tahu. Nantilah umi cari. Tengoklah kalau rajin. Dia nak kahwin kita pula kena cari. pehal? Dah! Jum makan. Perut umi dah bernyanyi ni..." Membebel Hajah Samsiah terus berjalan meninggalkan Furqan.

Furqan hanya tersenyum melihat gelagat comel uminya. Selalu sangat layan laman sosial sampaikan ayat-ayat budak zaman sekarang dia selalu guna. Fikiran Furqan mula terfikir tentang Lutfi. Dia harus meminta maaf kepada Lutfi. Sampai bila mereka berdua mahu bermasam muka. Ada benar kata uminya. 'Ikatan persahabatan jangan sesekali putus.'

.................................................................................

Di rumah agam Dato' Tahir.

"Adoiii, perlahanlah urut tu Bu Siti. Sakit tahu tak? Kau nak tambah sakit aku ni lagi ke haa?" Marah Datin Nafisah apabila kakinya diurut kasar oleh Ibu siti.

"Iya..Ampun. Saya sudah urut perlahan ini. Bertahan aja." Jawab Ibu Siti masih teruskan kerja urutnya ini. Sedikit pun ia tidak membantah arahan tuannya.

Sudah masuk 2 hari Datin Nafisah di timpa demam panas tidak kebah sejak pulang dari teratak Pak Sakawi. Bila dimaklum kepada Pak Sakawi tentang hal yg berlaku ini. Dia hanya ketawa dan pasti itu adalah jelmaan anak buahnya yg muncul di depan Datin Nafisah tempoh hari. Orang penakut memang akan jatuh sakit dan demam panas. Selepas beberapa hari, sembuhlah demam itu nanti. Asalkan tujuan sebenar mereka berdua selamat diupacarakan.

"Mama.. Qai nak keluar kejap.." Sapa Qairin sambil berjalan menuruni anak tangga.

Kelihatan dirinya segak bergaya mengenakan gaun seksi paras lutut berwarna oren. Rambut di ikat kemas dengan riben bercorak bunga. Tidak lupa juga sentuhan solekan yg agak tebal dari biasa dan telefon bimbit sentiasa lekat pada tangannya.

"Ehh, ehh kejap! Mari sini..Amboi Qai...Asyik-asyik nak keluar je keje kau. Suka sangat perabih duit aku. Ko tak kesian ke haa tengok mama sakit terlantar macam ni?" Panggil Datin Nafisah sebelum Qairin pergi.

Panas hatinya apabila melihat Qairin bersiap cantik seperti ini tanpa mengajaknya pergi keluar sekali. Selalunya mereka berdua akan keluar bersama tetapi kali ini Qairin pula yg akan keluar sendiri.

"Eee, mengungkitnya orang tua ni..Sejak bila start mengungkit ni..Padahal dia guna duit menantu kampung tu juga. Dasar tua tak sedar diri!" Nguman Qairin sendiri. Satu keluhan berat mula dilepaskan.

"Yee, mama..Napa ni?? Alah, mama kan sakit. mana boleh keluar. Sampai hati mama kata dekat Qai macam tu. Qai keluar pun nak jumpa dengan Em. Mama nak apa-apa tak? Nanti Qai tapau."

Pujuk Qairin lembutnya terus melabuhkan diri di sebelah Datin Nafisah. Dipeluk erat pergelangan tangan mamanya ini. Qairin tidak mahu Datin Nafisah meminta semula kad kreditnya itu. Sedaya upaya dia berlakon demi menyelamatkan duit itu.

"Ermm, tak de selera aku nak makan. Bila Qai nak ajak Emily datang sini? Boleh juga terubat hati ni. Pesan dekat dia...kalau dia sanggup tunggu Luke tu. Tunggu je lah. Kalau tak sanggup pegilah dekat Boy pun. Mama dah tak kisah. Bapak kau tu selagi tak dapat apa yg dia nak. Sampai bila aku tak boleh pasang menantu pilihan. Huh!" Ujar Datin Nafisah geramnya.

Sakit kepala ini semakin menjadi-jadi pula. Bila difikirkan semula sukar untuk selesai hal ini bila dirinya saja yg melakukan kerja. Dia ada caranya tersendiri dan Dato' Tahir dengan caranya juga.

Emily boleh saja dikahwinkan dengan Qayyum. Datin Nafisah sudah tahu hubungan sulit Emily dan Qayyum selama ini. Disebabkan itulah dia tidak meletak harapan tinggi untuk jodohkan Emily dengan Lutfi. Duit saja tidak berguna jika sudah tiada maruah. Hancur nama baik keluarganya nanti.

"Ape mama cakap macam tu. Haa yelah..Nanti Qai cakap dengan Em. Ermm, Qai pergi dulu. Nak apa-apa nanti call tau. Bye. Love u mama." Balas Qairin terus berjalan pergi dengan hati yg girang. Duit poketnya tidak disekat lagi. Dapatlah dia memboros tidak ingat dunia nanti.

Pada masa yg sama juga Qirash pulang. Pintu depan itu dikuak kasar sekali. Muka Qairin hampir terkena pintu yg diperbuat daripada kayu tulen itu. Nasib saja tangannya sempat ditahan dari arah dalam. Kalau tidak habis patah hidung mancungnya ini.

"Ehh, agak-agaklah nak buka pintu pun. Tak nampak ke orang dari dalam???!!!" Herdik Qairin kuatnya ke arah Qirash.

Mukanya merah bahang menahan amarah dengan sifat Qirash seperti ini sejak beberapa hari pulang dari percutian. Tabiat buruknya semakin menjadi-jadi. Selalu pulang lambat dari tempat kerja dan lepak di kelab malam jika ada kelapangan masa. Tingkah laku abangnya ini sudah berubah 100%. Sifat lemah lembut dan budi bicaranya sudah tiada.

"Kau diamlah pompuan sebelum aku lempang kau!!! Betina sundal." Tengking Qirash semula ke arah Qairin.

Mahu saja tapak tangannya mendarat di wajah Qairin tetapi ditahan saja amarah ini. Dia masih waras dan boleh berfikir. Tidaklah sampai mahu cederakan adik perempuannya sendiri.

"Apa..kau kata...Betina sundal? Ehh, apa kurang kau haa?!!!! Dah berapa banyak perempuan di luar sana kau lacurkan? Aku keluar masuk kelab malam bukan jual diri!! Aku masih dara bodoh!! Lelaki bodoh macam kau je suka layan perempuan sundal. Arghh!! Bencinya. Ketepilahh!!!" Ujar Qairin terus menolak kasar tubuh Qirash. Dia berjalan keluar dengan penuh perasaan kecewa.

Apa yg Qirash katakan itu amat menyakitkan hatinya. Seteruk mana pun dia keluar masuk dari kelab malam. Qairin tidak pernah terlintas mahu jual maruah dirinya kepada orang luar. Sejak ia terserempak dengan Qirash di kelab malam beberapa minggu ini sudah mengubah segalanya. Qirash akan menghalaunya pulang dari sana. Sekarang, Qirash pula menuduhnya seperti itu.

"Dah kenapa Qirash kata dekat Qai macam tu? Tak baik tahu tak tuduh Qai bukan-bukan. Dia adik Qirash. Sepatutnya Qirash yg lindungi Qai. Bukannya kata seperti itu. Ya Allah..apa dah kena denga keluarga ni haa.. Tak faham aku." Tegur Datin Nafisah dengan perangai Qirash sejak dua menjak ini.

Kelakuan anak lelakinya ini sudah berubah. Sejak bercerai dengan Dira sifatnya semakin teruk. Datin Nafisah serik terima menantu biadap seperti Dira. Kalau tidak disebabkan hasutan perempuan gila seperti Dira, anaknya mungkin tidak akan merana seperti ini. Semuanya salah Dira!

"Ehh, diamlah!! Memekak je tahu. Aku balik nak rehat bukannya nak dengar kau membebel. Tak guna..apa yg aku buat semua tak kena. Tunggulah aku mati baru semua puaskan?!!!" Jerkah Qirash terus melempar beg pejabatnya ke atas lantai. Rambutnya diusap kasar sekali.

Kelihatan dirinya yg tidak terurus dengan baik. Anak matanya sembab dan sedikit kemerahan. Satu tatapan bengis diberikan kepada Datin Nafisah sebelum Qirash mengorak langkah naik ke atas.

Tergamam Datin Nafisah dengan tingkah laku Qirash seperti itu. Tiada apa yg mampu ia bahaskan kembali. Dirinya sudah mati akal dengan semua ini. Itu bukan sifat sebenar Qirash. Silap hari bulan berlaku pertumpahan darah nanti.

"Apakah keputusan aku buat itu benar? Qirash tak akan terkena sekalikan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience