"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.."
Mata Alia tidak berkelip daripada menonton drama Tanah Kubur bersiri yg sedang disiarkan di saluran astro oasis 106 (HD). Snek dan janjan sudah berada di tangannya. Cuti hujung minggu tiada aktiviti apa yg perlu ia lakukan memandangkan sesi kemas rumah sudah siap di awal pagi tadi. Beginilah nasibnya bila menjadi suri rumah sepenuh masa. Menunggukan masa yg ada untuk bersantai.
"Yang..oo..yang.."
Kedengaran suara Lutfi sedang memanggil gelaran manjanya dari tingkat atas. Alia mula mengeliat perlahan. Malas rasanya mahu bangun dari pembaringannya di atas sofa. Baru ia teringat suaminya turut berada di rumah hari ini. Sudah menjadi kebiasaan Lutfi akan bangun lewat jika hari cuti. Alia pula akan menonton rancangan kegemarannya. Selepas subuh, dia tidak akan tidur kembali. Lebih baik terus laksanakan kerja rumah seperti biasa. Tidaklah penat bila masuk waktu tengah hari nanti. Mereka berdua belum merancang mahu mengambil orang gaji.
"Yee, saya dekat bawah ni..Napaaaa....Lipas besar terbang lagi ke..Hehehe" Ujar Alia sambil memerli sedikit terhadap Lutfi.
Sebelum ini, mereka berdua sibuk mengemas rumah ini. Tetiba saja Lutfi menjerit lalu menerpa ke arahnya. Alia ingatkan apa yg sudah terjadi. Alangkah terkejut, bila melihat hanya seekor lipas sedang merayap di sebalik dinding dalam bilik mereka. Lutfi sudah pun bersembunyi di belakang Alia. Meminta satu pertolongan daripadanya. Dia bukannya takut tetapi geli bila serangga itu mendepakan sayapnya. Bukan dipanggil lipas lagi tetapi jadi ba**. Alia hanya mampu menahan ketawanya melihat geligat Lutfi seperti itu. Dapatlah selepas ini dia kenakan Lutfi cukup-cukup. Badan saja besar tetapi penakut!
"Bukan!! Mehlah kejap. Ada something nak tunjuk dekat sayang ni..."
"Ishh, adalah tu nak ngada-ngada...tak boleh ke sehari tak ngusik saya?"
"Haa, mengata suami...abang boleh dengar tau...Cepatlah!!"
"Yelah!!! kejap."
Alia mula bangun dari pembaringan. Ikatan rambutnya disanggul ke atas. Rasa rimas pula menyimpan rambut panjang mengurai. Dia terpikir juga mahu memotong rambut ini nanti kerana setiap hari ada saja guguran helaian rambutnya. Langkah berat diambil berjalan menuju ke anak tangga. Pada mulanya saja rasa teruja duduk rumah dua tingkat tetapi sekarang rasa hampeh. Penat jalan berulang-alik naik tangga!
"Haa, ada apa En suami? Bukan nak turun sarapan + makan tengah hari terus..."
Sapa Alia setelah menguak pintu bilik utama mereka berdua. terlihat kosong dan sepi saja suasana di dalam bilik itu. Dia mula mencari susuk tubuh Lutfi tetapi tidak kelihatan.
"Abang...janganlah memain. Abang dekat mana?" Tanya Alia tetapi soalannya turut dijawab sepi.
Langkah Alia mula berhenti di bucu katil selepas perasan akan satu dokumen di situ. Segera tangannya mencari dokumen itu untuk melihat isi kandungannya. Alia terus tergamam. Tidak tahu apa yg dirasanya sekarang.
"Heii...dah jumpa ke? Alah..baru nak buat surprise. Tetiba je rasa nak buang air kejap. Camne..Suka tak?"
Tegur Lutfi setelah keluar dari tandas. Bibirnya terus mengukirkan satu senyuman terhadap Alia. Sudah tentu Alia akan suka kejutan ini. Satu impiannya yg belum dikecapi.
"Abang buat semua ni? Tapi, Liakan hanya lulusan STPM saja..malah Lia tak ada ijazah pendidikan. Layakkah Lia untuk temu duga menjadi guru sementara ni??"Kata Alia dengan nada yg sedih.
Melihat Lutfi bersusah payah mendaftarnya maksud ke IPTA untuk temu duga guru sementara ini sangat bermakna sekali. Dia mendapat lulusan temu duga itu tanpa pengetahuannya sendiri. Sekarang, dia hanya perlu jalani temu duga untuk layak masuk menjadi guru sementara selama 6 bulan di sekolah rendah sebagai cikgu sejarah ataupun bahasa melayu. Sejauh ini Lutfi tahu tentang minat dan impiannya. Air mata mula terkumpul di kelopak matanya. Tetiba saja hati ini rasa sebak.
"Alah, janganlah nangis. It doesn't matter if you are a stpm graduate or a degree. See now..Lia dah lulus ke temu dugakan? Lusa dah kena pergi. Jangan risau or bimbang. Abang akan bantu Lia nanti. Abang dah beritahu Umi Furqan. Umi akan tolong Lia juga. Lia dah lupa ke Umi Furqan guru besar? Tak de hal lah. Janji, Lia dapat buat apa yg Lia suka selepas ni. Lia tak pernah meminta tapi abang suka penuhi segala impian Lia. Tak begitu bakal cikgu Alia Qisyara?"
Nasihat Lutfi sedikit banyak untuk memberi semangat kepada Alia. Dialah lelaki yg paling teruja dan seronok apabila mendapat tahu Alia lulus ke temu duga cikgu penganti. Tidak sia-sia dia mendaftar Alia masuk ke laman web kerja kosong. Sekarang, semua itu akan menjadi realiti tidak lama lagi.
"Ermm, terima kasih abang. Abang dah banyak tolong Lia selama ni. Lia sayang abang.."
Balas Alia terus memeluk pinggang Lutfi. Rasa nyaman saja berbuat begini kepada Lutfi yg tidak memakai baju dan hanya mengenakan seluar pendek saja. Perasan muda betul suaminya ini. Sudahlah rambut beruban sedikit.
"Love u too my sweetheart! Amboi. Happylah tu!! Nak morning kiss boleh?"
Pinta Lutfi sambil tangannya turut membalas pelukan Alia. Mulutnya dimuncungkan sedikit agar Alia membalas ciumannya nanti. Alia mula mendongak kepala memandang Lutfi. Berkerut dahinya melihat Lutfi berbuat demikian. Gatal!
"Dah gosok gigi belum?" Tanya Alia mahu tak mahu saja cium Lutfi.
"Opps, terlupa. Alah, nantilah. Tak rasa nikmat nanti..Cepatlah."
"Pengotor!! Eee..pegi mandi teruslah. Tak nak layan!!" Meronta Alia meminta Lutfi melepaskannya.
"Haa, tak boleh lari. Lia dah ada dalam dakapan abang. Nak juga!!"
"Hahaha"
Mereka berdua terus bergelut di situ. Helaian ketawa mula kedengaran memenuhi ruang bilik ini. Setiap hari merasai detik gembira seperti ini sangat menyenangkan. Belaian dan kasih sayang mereka berdua tidak pernah luntur. Bukan mudah kita lupakan perkara yg lepas tetapi hidup mesti diteruskan juga. Lupakan sejenak masalah dan mula mengorak langkah demi orang yg tersayang. Ini barulah permulaan jalan hidup bagi mereka berdua. Banyak halangan akan tiba nanti.
...............................................................................
"Abang, tak rasa keterlaluan ke kita pakai macam ni? Nanti apa pula Umi dan Furqan kata.."
Tanya Alia setelah keluar dari perut kereta. Dia mengenakan dress putih bercorak bunga dipadankan dengan selendang merah muda melepasi dada. Pelik sangat memakai begini datang makan malam di rumah Hajah Samsiah. Alia ingatkan mahu memakai baju kurung sahaja kerana tidak biasa memakai begini. Siapa dia mahu berfesyen sangat. Sudahlah datang dari kampung saja. Semua pakaian baru ini pemberian daripada Lutfi. Gemar benar Lutfi menghadiahkan gaun dekatnya.
"Napa? Biasa je. Dinner freekan? hehehe..U look so pretty honey. Don't worry. Come on."
Ujar Lutfi sambil memimpin tangan Alia. Tergoda dia melihat isterinya ini cantik seperti biasa. Tiada apa yg kurang di dalam diri Alia. Sedap mata memandang selalu. Mereka berdua terus berjalan mendekati pintu masuk rumah Hajah Samsiah.
"Ding dong.."
Butang loceng ditekan pada pintu masuk itu.
"Yow...datang juga pengantin tak berapa nak baru ni. Welcome..welcome. Ingatkan tak jadi datang tadi. Baru nak bungkus masakan semua tu."
Kata Furqan setelah membuka pintu rumah uminya ini. Dia menyambut baik mereka berdua datang ke sini. Lawak seranah tidak pernah luntur dalam dirinya. Disebabkan itulah dia sekepala perangai seperti Lutfi.
"Assalamualaikum..Maseh jemput kami. Hensem ko malam ni yee. Dah lama tak tengok ko macam ni.."
Ucap Lutfi sambil matanya tidak berkelip melihat diri Furqan yg mengenakan baju melayu beserta kain pelikat dan berkopiah. Kali terakhir dia melihat Furqan seperti ini adalah masa mereka di kolej.
"Waalaikumsalam. Hek eleh. Itu pon aku kena jadi imam je tadi tau. kalau tak jadi dah lama aku pakai boxer je depan kau. Yg korang berdua pakai ala-ala nak pegi grand dinner ni pehal? Aku tak de beritahu tema pula. Kita makan maggi berjemaah je nanti."
Ujar Furqan biasa saja berbual seperti ini dengan Lutfi. Dia tidak kisah jika Alia turut mendengar apa yg mereka berdua bualkan. Alia mula pandang ke arah lain. Tidak senonoh betul Furqan bersembang seperti ini di hadapannya. Lutfi sudah pun mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal itu. Teruk benar kelakuan Furqan kali ini.
"Debuk!!"
"Adoiii"
Furqan mula mengurut kepalanya kerana rasa sengal setelah satu pukulan maut menghingap di situ. Dia memandang ke tepi dan terlihat wajah seram Hajah Samsiah. Satu senyuman kelat mula terukir di bibirnya.
"Banyak kau punya makan maggi. Dah tetamu datang bukannya nak jemput masuk. Duduk berbual kosong kat sini dah kenapa? Loyak buruk betul!!"
Marah Hajah Samsiah sudah mengcekak pinganggnya. Tingkah laku Furqan tidak ubah seperti dulu saja. Suka sangat kenakan orang. Bila lah anak terunanya ini mahu berkahwin tak tahu. Dapatlah ubah sikit perangai tak senonoh itu.
Alia dan Lutfi hanya mampu menahan ketawa mereka apabila melihat Furqan dimarahi begini. Baru ia tahu mahu bergurau senda sangat tadi. Kang dah mendapat habuannya.
"Luke, Alia. Sampai juga anak-anak umi ni. Meh la masuk. Maaflah Aan teruk layan korang berdua. Ade ke patut umi masak maggi je nak jamu kamu berduakan? Takde-takde. Banyak tau Umi masak."
Jemput Hajah Samsiah dekat mereka berdua. Lutfi terus bersalaman dengan Hajah Samsiah manakala Alia membalas pelukan dan ciuman dari Hajah Samsiah terhadapnya. Tanpa membuang masa lagi mereka semua terus duduk di meja makan. Banyak hidangan yg telah dihidangkan di situ. Kelihatan dua orang adik perempuan Furqan turut berada bersama. Cuti semester mungkin. Mereka memberi senyuman kepada Alia. Terpegun mereka melihat kecantikan isteri kawan abangnya ini.
"Kak Alia umur berapa? Macam muda lagi dari kak Farisa kan?" Tanya Mimi merupakan adik bongsu Furqan.
Mimi baru berumur 18 tahun. Petah saja Mimi berbual dengan Alia sejak dari tadi lagi. Seakan mereka berdua sudah lama kenal antara satu sama lain. Farisa hanya diam di sebelah Furqan. Dia seakan tidak berminat mahu tahu siapakah Alia. Farisa anak nombor dua selepas Furqan. Mereka mempunyai seorang lagi adik lelaki nombor tiga iaitu Firdaus yg masih sambung belajar di maktab tentera udara. Dia tidak dapat berkumpul bersama di sini.
"Ermm, akak umur 23. Kak Farisa umur berapa?" Soal Alia kembali sambil tangannya meletakkan lauk-pauk ke dalam pinggan Lutfi.
Senyuman di bibirnya tidak pernah luntur dari tersenyum ke arah mereka semua. Walaupun rasa segan sedikit tetapi dia tetap cuba bergaul dengan semua orang di sini. Layanan mesra dan baik saja keluarga Furqan terhadapnya.
"27."
Balas Farisa pendek saja soalan yg tuju kepadanya itu. Sedikit pun senyuman tidak terukir di wajahnya. Dia tidak menyangka Alia begitu muda sekali. Patutlah Lutfi mudah terpikat dekat perempuan sepertinya. Farisa sedikit kecewa apabila mendapati Lutfi sudah berkahwin. Sudah lama dia memendamkan perasaannya terhadap Lutfi. Kini, semua itu hanya tinggal kenangan pahit.
"Ermm, Alia. Luke kata Alia dapat temu duga cikgu sementarakan? Wah. Tahniah yee..Inshallah. Ada rezeki dapatlah tu."
Bersuara Hajah Samsiah setelah melihat keadaan di meja makan ini agak diam. Tingkah laku anak perempuannya itu buruk sekali. Mesti Farisa masih tidak dapat lupakan perkara yg lepas. Bukan mudah mahu berubah hati.
"Arr, ya. Terima kasih umi. Alia pun baru tahu je pagi tadi. Diam-diam Lutfi daftarkan."
Beritahu Alia sedikit kekok di depan semua orang. Dirinya pula yg menjadi perhatian di depan meja makan. Lutfi terus membuat bibit muka comel ke arah Alia. Seronok dia melihat Alia malu seperti ini.
"Ohh, Iyeke..Wah, bagus Luke ni ye. Untung Alia jadi isterinya. Bagus Lutfi. Nanti Farisa boleh tolong Alia prepare before hari interview. Farisa baru je habis study. Bakal pensyarah tu."
"Pruff!!!"
Hampir tersedak Farisa apabila Hajah Samsiah berkata begitu. Furqan mula memberi air minuman kepada adiknya. Gelojoh makan tak kena tempat. Pelik dia melihat tingkah laku Farisa sejak pulang ke sini. Selalunya dia akan ringan mulut tetapi sekarang banyak mendiamkan diri saja. Betul patah hati ni.
Farisa memandang ke arah uminya dan kemudian pandangannya melihat ke arah Alia. Terlihat satu senyuman manis mula terukir di wajah perempuan duduk secara berhadapannya ini. Sudah kenapa pula dia perlu menolong Alia. Mereka tidak kenal sama lain malah Alia baru saja makan malam di sini. Betul 'first class' layanan diberi kepadanya.
"Minta tolong ye Echa. Maybe, Echa dan Alia boleh berkawan nanti. Dah lama rasanya Abang Luke tak nampak Echa. Wah, dah nak jadi pensyarah. Cepat sungguh masa berlalu."
Kata Lutfi untuk menyokong jawapan Hajah Samsiah. 'Echa'. Panggil yg selalu Lutfi memanggil kepada Farisa selepas keluarganya. Senyuman di bibir Farisa mula bermekar semula selepas Lutfi berkata begitu. Hatinya mula berdegup kencang. Tersentuh dia mendengar bibit bicara Lutfi terhadapnya.
Alia hanya memandang hairan ke arah Farisa. 100% sifatnya sudah berubah bila Lutfi berkata begitu. Terkenal betul Lutfi sampaikan semua orang kecewa bila tahu dia sudah berkahwin. Alia tidak tahu pula Lutfi femes seperti ini. Rupanya tidaklah hensem sangat. Mungkin bergaya dan mulut manis. Entah! Dia sendiri pun tergugat bila lelaki begini pikat. 'naluri seorang perempuan'.
"Haa, eloklah tu Echa. Ko duduk rumah pun tanam anggur ja. Lebih baik kau tolong Alia. Ada faedahnya juga."
Furqan mula mencelah lalu menolak sedikit tubuh Farisa di sebelahnya. Tidak berkelip mata Farisa melihat lama ke arah Lutfi. Takut pula apa yg Alia akan rasa nanti. Tidak tentu pasal akan berlaku satu pergaduhan antara Alia dan Lutfi disebabkan oleh adiknya. Farisa menarik mukanya semula. Mahu tidak mahu dia terpaksa menolong Alia juga.
"Betul tu!! kalau kak Alia lulus nanti bolehlah minta dekat sekolah umi kan. Kan sekolah umi ada kekosongan." Sokong mimi sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Ha'a, baru umi teringat. Thanks sayang ingatkan umi. Nanti umi akan beritahu pihak IPD. Inshallah. rezeki ada. dapatlah tu. Umi tahu Alia ni pandai orangnya. Jangan siakan peluang ni tau. Bersusah payah Luke daftarkan Alia."
Hajah Samsiah cuba menolong apa yg terbaik untuk Alia lalui temu duga itu nanti. Mereka tidak perlu menggunakan kable untuk menyerap masuk Alia. Percaya dengan rezeki tuhan, semuanya akan dipermudahkan segalanya.
Alia hanya mampu mengangguk perlahan. Hatinya rasa tersentuh bila semua orang di sini sangat mengambil berat terhadapnya. Memahami dan terima dirinya dengan baik sekali. Jauh sangat bila hendak dibandingkan dengan layanan keluarga Lutfi terhadapnya. Mungkin suatu hari nanti mereka akan terima dia ke dalam keluarga itu. Alia tidak akan berhenti berdoa. Semoga hati mereka akan terbuka menerima dirinya yg banyak kekurangan ini.
Share this novel