"Hari demi hari berlalu seperti biasa. Tiada apa yg berubah miskipun sudah masuk 6 bulan aku mendirikan rumah tangga bersama Lutfi. Bukan mudah nak penuhi keinginan dan impian kita. Selagi kita mencari kesempurnaan,selagi itulah kita tidak dapat mencapai kebahagian. Mulut selalu berkata, aku gembira. Tetapi, hakikatnya hati ini selalu sedih. Panjangkanlah usiaku. Kuatkanlah diriku. Andai kata aku yg pergi dulu. Izinkanku bahagiakan dirimu. Izinkanku menjadi pendamping dunia akhiratmu. Kerna engkau terlalu sempurna buatku. Usah kau kawatir aku tiada kerana kebahagian boleh dicari. Aku hanyalah datang dan pergi. Itulah suratan cinta yg abadi." - Alia Qisyara
"Jemput minum akak. Akak sihat? Maaflah, dah lama kita tak jumpa. Susah-susah akak datang ke sini."
Pelawa Alia sambil menghidangkan minuman dan kuih-muih buatannya kepada Dira. Dira sudah memaklumkan kepadanya semalam untuk datang ke sini. Tiada apa yg lebih gembira bila dapat berjumpa dengan birasnya. Dapat juga dia berbual kosong dan melepaskan rindu.
"Ermm, sihat jee. Sokaylah. Akak pun busy dekat butik tu. Tak sempat nak datang lawat Lia dekat rumah baru ni. Lutfi mana? Keje je? Hai minggu cuti pun masuk pejabat lagi ke..Kesian Lia sorang-sorang dekat rumah."
Ujar Dira sedikit hairan apabila melihat tiada susuk tubuh Lutfi di sini. Dia hanya berpra sangka Lutfi masuk kerja kerana bekas suaminya juga seperti itu. Langsung tiada waktu rehat walaupun di masa cuti.
"Eemm, harini dia kata nak pegi main golf dengan kawan. Nanti pulanglah tu. 2 hari lepas..Opah datang ke sini."
Beritahu Alia kepada Dira biasanya. Sibuk saja tangannya melayan Awina yg masih berusia 2 tahun. Aidil dan Anas sedang bermain di halaman rumahnya. Seronok dapat permainan baru dari Mak usu mereka. Boleh dikatakan anak-anak Dira sudah mula rapat dengannya. Bahkan mereka suka belajar mengaji dengan Alia di rumah Dato' Tahir.
"Ehh, yeke..Datang dengan siapa? Jangan kata Papa datang sekali ke sini..Dua orang tu sekali ke?" Tanya Dira.
"Papa tak datang cuma..Opah, mama dan kak Qai."
Tergamam Dira selepas Alia memberitahu bekas ibu mertua dan adik iparnya itu datang bertandang ke sini. Tiada angin, tiada ribut tetiba saja menjejak kaki ke rumah baru Lutfi dan Alia. Sebelum ini, bukan main menentang Lutfi dan Alia berpindah keluar. Mesti ada sebab dan niat tertentu kedatangan mereka ke sini.
"Alia. Mama dan Qai ugut Lia lagi ke? Diorang datang sini buat apa? Jangan kata..minta duit? Betulkan."
Teka Dira sudah tidak duduk senang di sofa itu. Di tatap tajam anak mata Alia. Jika benar bekas ibu mertua dan adik iparnya itu datang ke sini dengan niat begitu, Dira tidak akan duduk diam. Alia pula yg akan jadi mangsa seterusnya. Sekarang, mereka akan mempergunakan Alia kerana dirinya bukan ahli keluarga itu lagi. Alia akan menjadi 'bank' untuk memuaskan kehendak dan kesenangan hidup mereka.
Alia hanya mengeleng kepala tanda 'tidak'. Kalau benar sekali pun sangkaan Dira, dia terpaksa juga buat semua itu demi hubungannya dengan Lutfi. Tiada apa yg boleh ia lakukan untuk menpertahankan rumah tangganya. Mungkin dengan cara itu, mereka semua akan terima dirinya dalam keluarga ini.
"Lia, jangan sembunyikan apa-apa dari akak. Kalau diorang ada ugut or pukul Lia lagi..beritahu akak. Akak tahu nak buat apa dekat orang macam tu."
Kali ini, Dira bertegas sedikit dengan Alia. Perempuan seperti Alia mudah dipergunakan kerana sifatnya yg baik dan lemah-lembut. Terlalu mudah percayakan mereka walaupun mereka pernah mencederakan dirinya. Lambat-laung Alia akan masuk perangkap samar itu. Dira sudah serik dengan lakonan keluarga Dato' Tahir. Seperti kacang melupakan kulit!
"Buat sementara ni. Tak ada apa-apa lagilah. Lagi pun, mereka tetap keluarga Lia. Akak pun berfikir begitu jugakan? Macam mana dengan abang Qirash. Dia busy ke harini?"
Alia faham sangat jika Dira masih marahkan Datin Nafisah dan Qairin. Seperti mana pun sifat mereka. Mereka tetap keluarga mertuanya. Alia masih hormat dan menganggap mereka seperti ibu dan kakak kandungnya sendiri. Dira mesti memberi layanan begitu kepada mereka juga sebelum ini. Jangan disebabkan amarah, Dira tidak mahu berbaik semula dengan mereka.
"Jangan ubah topik boleh tak Lia? Dah kenapa tanya pasal Qirash pula ni? Akak dah cerai dengan dia. Dah masuk seminggu lebih kitorang tak duduk sebumbung. Ehh, Lutfi tak beritahu Lia ke?"
Mainan Awina di tangan Alia terus jatuh ke bawah apabila mendapat tahu yg Qirash dan Dira sudah berpisah. Terkejut ini bukan seperti biasa tetapi sampai ke palang. Suasana sepi dan suram menyapa dirinya tanpa sedar. Putaran jam seakan berhenti berdetik untuk dirinya. Alia memandang sayu ke arah Dira. Bukan ini yg dia mahu dengarkan.
Sebelum ini, kejadian di mana Alia dan Dira berbual sehingga larut malam.
"Alia..pelase. Jangan beritahu sesiapa tentang perkara tadi. Biasalah. Hal kecik tetapi diperbesarkan. Siapa je kan tak bergaduh selepas berkahwinkan?.."
Bersuara Dira apabila rasa tenang sedikit. Dia meneguk habis air kosong pemberian Alia. Tetiba saja pekena air kosong pun rasa segar. Hilang sebentar masalah yg berligar di dalam fikirannya.
"Akak...dan Abang Qirash nak bercerai?" Tanya Alia tanpa memandang ke arah Dira.
Pandangannya jatuh menghadap gelora air kolam yg bergerak mengikut jari-jemarinya. Rasa dingin dan sejuk saja sentuhan ini. Embun pagi turut menerpa di sekitar isi kulitnya. Satu ketenangan yg sukar dicari.
"Ermm, Soalan apakah itu? Perlu ke akak jawab soalan Lia?"
Dira mula menarik tangan Alia keluar dari kolam. Jika dibiarkan lama di situ pasti akan kesejukan nanti. Kini, Alia menghadap dirinya secara berhadapan. Dua bayangan susuk tubuh badan mula terbentuk dek kerana cahaya bulan menerangi di malam hari.
"Kenapa sampai nak berpisah? Mesti ada jalan penyelesaian yg lainkan? Sebelum ni, akak dan abang tak pernah ada masalah. Kenapa kak?"
Alia memegang erat pergelangan tangan Dira. Matanya menatap dalam anak mata Dira. Mengharap satu jawapan 'tidak' darinya. Air mata mula tumpah di pipi Alia. Jika Dira pergi dari sini, siapa yg mahu bersamanya. Mempertahankan dirinya daripada dipukul oleh ibu mertua dan kakak iparnya itu. Alia tidak kuat tanpa Dira.
"Lia..jangan nangis. Jangan fikir lagi. Ini masalah akak. Biar akak cuba selesaikan. Look, setiap perkahwinan ada manis dan peritnya. Jatuh dan bangun. gembira dan duka. Hubungan akak dan abang Qirash sudah tidak dapat diselematkan lagi. Kami tidak sehaluan. Lia tahukan berlakunya satu perpisah disebabkan apa? Bagi masalah akak..inilah jalan penyelesaiannya. Walaupun sakit..kita kena hadapinya juga. Akak dah cuba pertahankan tapi akak tak kuat. Maka, berpisahlah jalan yg terbaik."
Butiran jernih kembali mengalir di wajah Dira. Dira tidak dapat menahan tangisan ini di hadapan Alia lagi. Apa yg dikatakannya benar sekali. Sampai bila dia mahu rahsiakan semua ini daripada semua orang. Perit dan duka dilalui sendiri. Berat mata memandang, berat juga bahu memikul. Mereka terus berpelukan antara satu sama lain. Meluahkan perasaan yg ditanggung selama ini.
Alia berharap Dira masih boleh selesaikan masalah ini dengan cara yg baik. Perpisahan bukanlah jalan yg benar. Miskipun ramai mengatakan saat sebuah pertemuan, berawal dengan kebaikan. Maka akhirilah sebuah pertemuan dengan perpisahan yg paling terindah.
"Pasangan yg tiada masalah tetapi disembunyikan. Tampak bahagia di luar tetapi perit tiada siapa yg tahu. Kalau benar Kak Dira sudah berpisah dengan abang Qirash. Apa pula pengakhiran buat aku dan Lutfi? Mampukah hubungan kami bertahan sehingga hujung nyawa? Ya Allah..berilah kekuatan untukku lalui semua ini. Panjangkanlah usia perkahwinan kami miskipun banyak ujian yg akan datang nanti kerna..aku mencintainya sepenuh jiwa ragaku."
Alia melihat dirinya di hadapan cermin. Rupa dan susuk tubuh ini tidak ubah seperti dahulu. Walaupun keadaan sudah banyak berubah tetapi perasaannya tetap sama. Satu helaian nafas berat dilepaskan. Perkara itu sudah pun berlaku. Tiada apa yg ia boleh lakukan untuk menyelamatkan hubungan Dira dan Qirash. Mereka sudah berpisah kerana itulah jalan terbaik demi kebahagian masing-masing. Tidak guna bersama kalau terus menyiksa jiwa sendiri.
Alia terus mencapai gincu merah muda untuk disapu ke bibirnya. Wajah pucat seperti mayat hidup bila tidak memakai sesuatu di muka ini. Dira mengajaknya keluar untuk mengambil angin. Alia sudah meminta izin kepada Lutfi. Lutfi turut mahu ketemunya di luar nanti. Hilang sebentar keresahan di lubuk hatinya. Mungkin dia selalu berfikir bukan-bukan sejak beberapa hari ini.
"Arghh...aduh..sakitnya. Kenapa sakit sangat ni..Aku dah makan ubat tadi..Tolonglah jangan sakit lagi.."
Nagdu Alia kerana mula terasa sakit pada bahagian perutnya. Agak lama sakit ini tiada tetapi sekarang ia muncul kembali tanpa Alia mengalami kesan sampingan yg lain seperti mual dan muntah. Alia cuba bangun dari meja solek itu dahulu. Dia perlu menelan kembali beberapa papan ubat supaya sakit ini hilang.
"Klang Pang Pang..!!!"
Kedengaran bunyi seperti barang jatuh di tingkat atas. Tergamam Dira sebentar di atas sofa. Dia menunggu Alia bersiap dahulu untuk mereka keluar nanti. Telefon bimbit ditangannya terus diletakkan ke tepi.
"Aidil..tengok adik-adik kejap. Mama nak tengok Mak usu dekat atas jap." Kata Dira sudah rasa tidak sedap hati.
"Okey mama." Balas Aidil mula mengambil Awina yg sedang duduk di atas sofa.
Dira mengorak langkah laju ke tingkat atas. Selepas barang jatuh tadi, dia tidak mendengar apa pun tindak balas seterusnya. Dia perlu melihat apa yg telah berlaku di atas. Takut pula jika Alia dalam kesusahan.
"Tok..tok..tok..Lia.. Lia okey ke di dalam? Akak dengar barang jatuh tadi.."
Dira mengetuk dahulu pintu bilik Alia. Mungkin barang itu terjatuh tanpa sengaja. Dira tidak mahu menerjah masuk tanpa sebab. Dalam beberapa minit, masih tiada sahutan kembali. Hati Dira mula tidak duduk senang. Dia terus mengulas kasar pintu bilik Alia.
"Alia!!!!"
................................................................................
Royal Golf Club.
"Kenapa kau ajak aku main golf ni. Dah terbiat ke apa?"
Bersuara Lutfi setelah melepaskan satu pukul tepat anak bola menuju ke sasarannya. Senyuman sinis mula terpancar di bibirnya kerana bangga dapat menjaringkan skor. Sudah lama dia tidak menceburi bidang ini kerana kesibukkan bekerja. Dia mula melabuhkan diri di kerusi. Kini, giliran Qayyum pula mengambil alih dan menunjukkan kehebatannya bermain permainan orang bangsawan.
"Haii, dah tak boleh ke nak jumpa sepupu sendiri? Bukan apa, aku dengar kau dah pindah ke rumah baru?.."
"Pang!!"
Satu pukulan kuat dilepaskan sehingga boleh itu berada jauh ke hadapan. Sengaja Qayyum memukul kuat dan terlepas sasarannya. Dia kembali menyuruh Lutfi mengambil alih pula. Qayyum masih menanti apakah jawapan Lutfi kali ini. Sama ada mahu berkongsi alamat rumah dengannya ataupun tidak.
"Emm, perlu ke aku gitau semua orang. My privacy. So, macam mana bisnus syarikat ayah kau? Aku dengar dah masuk job baru dengan Tan sri Anderson."
"Pang..."
"Opss..Miss pulaa..."
Ujar Lutfi meleretnya apabila pukulan itu pergi ke arah lain. Jauh sekali kena pada sasarannya. Bucu kayu golf itu kelihatan bengkok sedikit. Lutfi kembali memilih kayu golf yg baru di begnya. Sedikit pun dia tidak melihat ke arah Qayyum. Lelaki ini mahu berkias dengannya. Begitu juga dengan Lutfi akan bermain rentak dengan Qayyum juga.
"Em...Did, emily tell you? that girl. Dasar mulut becok."
Qayyum terus memijak kuat bola golf yg terjatuh ke bawah kakinya. Segalanya Emily bercerita kepada Lutfi. Dalam diam ubi berisi perempuan seperti Emily. Langsung tidak boleh berpegang pada janji. Dia sudah dapat apa yg ia mahukan, sekarang Emily sudah lupa daratan. Qayyum akan ajar perempuan seperti itu nanti.
"Kenapa kau nak marah? Bukannya dia buat salah apa pun. Alah, chill la. Hal kecil. Bukan aku tak tahu dah banyak duit syarikat bapa kau gilap darinya. Kau patut berterima kasih dekat Emily tu. Apa kata kau melamarnya. Sesuai apa korang berdua.."
Lutfi memandang ke arah Qayyum apabila berkata begitu. Senyuman sinis mula terukir di wajahnya. Sudah banyak perkara Lutfi tahu dalam diam. Emily memang tidak boleh simpan rahsia. Terlalu mudah mahu cungkil rahsia Emily bila menggunakan kelemahannya. Kata-kata Cinta Lutfi boleh mencairkan hati perempuan seperti Emily. Gadis murahan yg tagihkan cinta abadinya.
"Tak guna kau..."
"Debuk!!"
Belum sempat Qayyum melepaskan pukulan ke wajah Lutfi. Datang Furqan dahulu menumbuk kuat wajah Lutfi sehingga tubuhnya jatuh terduduk ke bawah. Situasi mula bertukar bising dan riuh-rendah di situ. Beberapa orang yg bermain golf di situ turut melihat ke arah mereka bertiga.
"Kau dah kenapa Aan tumbuk aku? Apa yg aku dah buat sampai kau bertindak macam ni?? Ehh sial lah!!!"
Herdik Lutfi mula bangun dari duduknya. Dia mengelap darah yg mula terpancar keluar di sisi bibirnya. Kuat tumbukan Furqan kali ini. Kepalanya rasa berpinar sedikit. Tetiba saja Furqan bertindak melulu tanpa menyoal dahulu. Nasib saja dia boleh bersabar lagi. Kalau tidak mesti sudah berlaku pergaduhan besar di sini. Sekali Qayyum terlibat sekali.
Terkejut Qayyum dengan apa yg sedang berlaku di hadapannya sekarang. Belum sempat dia bertindak tetapi Furqan sudah bertindak dahulu. Rasa puas melihat bibir Lutfi berdarah seperti itu. Dia memang layak kena kerana mulut jahanamnya seperti Emily.
"Kau tanya aku kenapa? Ehh, kau sedar tak apa yg kau dah buat dekat Alia? Bodoh apa ada telefon tapi tak pandai nak guna. Lebih baik kau campak je lah telefon kau tu dalam tasek dekat sana!!"
Ujar Furqan masih tidak dapat menahan amarahnya ini. Mahu saja dia memukul Lutfi lebih teruk lagi. Baru ia perasan Qayyum turut berada di sini. Entah kenapa Lutfi ketemu dengan Qayyum pula. Mesti sesuatu sedang diperbincangkan oleh mereka berdua. Arghh! Dia tidak mahu ambil tahu semua itu. Urusannya dengan Lutfi belum habis lagi.
"Apa maksud kau ni?? Pasal aku tak jemput Alia tempoh haritu? Ehh, benda dah lepaslah. Aku dah minta maaf dekat Alia. Kitorang tak berbalah pun pasal tu. Yg kau melebih sangat ni dah kenapa? Sekarang ni, Aku suaminya atau kau???!!!"
Satu pandangan tajam terus diberikan kepada Furqan. Memang Furqan sahabat baiknya tetapi kalau begini sekali Furqan masuk campur urusan rumah tangganya, itu sudah melebih. Furqan tidak layak menyuruhnya membuat keputusan.
"Memang dia isteri kau. Kalau kau sebagai suaminya kau tak akan biarkan dia masuk wad sekarang!!. Dah banyak kali Dira call kau..Aku call kau!! Kenapa kau tak angkat?? Kalau Dira tak datang rumah kau tadi..Apa yg berlaku kepada Alia?? Ada kau ambil tahu semua ni Lutfi?? Sekarang salah aku atau kau?"
Beritahu Furqan sebelum Lutfi berprasangka tidak baik kepadanya. Dia hanya mahu sedarkan Lutfi saja. Apa yg Lutfi buat sekarang, akan menyakiti hati semua orang termaksudlah Alia sendiri. Kalau benar Lutfi sayangkan Alia. Dia tidak akan layan Alia seperti ini.
Tergamam Qayyum dengan apa yg dia dengar. Fikirannya mula terpikirkan tentang Alia. Apa yg sudah berlaku kepada Alia tanpa ia sedar. Mereka bertiga hanya diamkan diri beberapa minit. Sukar untuk mencerna dengan akal fikiran sendiri.
"Apa?? Kenapa dengan Alia.."
Share this novel