"Esok nak pakai baju warna apa ehh? Kalau pakai mengada-ngada kang kena cop "Diva" lak. Baru jadi cikgu penganti dah melebih..Nak pegi fashion show ke apa? Ehh, merapulah aku ni. Syukur alhamdulilah semua cikgu di situ baik-baik saja." Cakap Alia sendiri sambil tangannya masih ligat memilih baju yg sesuai di pakai esoknya.
Habis satu almari dipunggah kerana tiada satu pun yg menarik di benak hati ini. Sukar mahu mengayakan pakaian baju kurung pada zaman sekarang. Hanya kerja di bawah kerajaan saja dapat merasai nikmat memakai baju kurung. Alia sudah terbiasa memakai begini. Maklumlah, berasal dari kampung dan tidak tahu-menahu tentang fesyen.
"Ermm, A'ah!! Dah jumpa pun. Nak pakai baju kurung nilah.. Baju arwah ayah belikan. Mujur aku kurus lagi. Selalunya bila dah kahwin ni semakin berisi..tapi tak pun." Nguman Alia apabila sudah menjumpai baju kurung biasa berwarna putih dan bercorak bunga halus.
Sudah lama dia tidak memakai baju kurung ini. Kali terakhir menyentuhnya pada hari penyampaian anugerah pelajar terbaik di peringkat pengajian STPM. Pandangan Alia menjadi sayu tanpa sebab. Kenangan demi kenangan terkenang di jiwanya.
"Ermm..Ermmm.. Lia termenung apa sorang-sorang tu? Dah jumpa nak pakai baju apa esok?" Tegur Lutfi setelah perasan Alia sedang termenung sendiri sambil memeluk sepasang baju kurung di dadanya.
Lutfi pasti baju kurung itu sangat bermakna untuk Alia. Helaian demi helaian baju kurung yg berselerak di atas katil di kutip semula oleh Lutfi. Kelihatan Alia sudah mendapat baju apa yg diminatinya itu. Semua baju yg lain mesti dikemas semula di dalam almari.
"Huh? Abang..Maaflah tak perasan. Ehh, tak pe. Biarlah Lia yg kemaskan balik. Sorry ehh buat selerak macam ni." Bersuara Alia kelam-kabutnya apabila melihat susuk tubuh Lutfi sudah muncul di sini.
Sisa air matanya dikesat lembut di kelopak mata. Mujur saja tidak sempat mengalir lagi. Satu senyuman mula terpancul di bibir Lutfi. Melihat gelagat Alia sangat menyentuh jiwanya. Alia masih ada perasaan malu bila berhadapan dengannya walaupun sudah lama mereka berkahwin.
"Lia..Duduklah dulu. Ada benda abang nak cakap sikit dengan Lia." Kata Lutfi terus memegang kedua belah tangan Alia tanpa teragaknya. Badan Alia berpusing lalu tersadung sampaikan kepalanya tersentuh dada Lutfi yg tidak berbaju.
Alia mendonggak sedikit kepalanya melihat ke arah muka Lutfi. Kini, mata mereka bertaut rapat antara satu sama lain. Tanpa membuang masa lagi. Satu kucupan lembut mendarat di bibir mulus Alia. Alia terkedu sampai ke palang. Badannya kaku dan tidak beranjak langsung. Tiada tindak balas atas tindakan Lutfi secara spontan ini. Tangan Lutfi semakin merayap di sekitar leher dan helaian rambut Alia. Babak sensasi mula terpancar antara mereka berdua. Detik ini berlaku dalam beberapa minit tanpa sedar.
"Arr, Sorrylah. Abang tak sengaja.." Kata Lutfi setelah melihat Alia langsung tidak membalas kucupan ini. Hanya dirinya saja yg memainkan peranan. Wajah Lutfi mula merah membahang. Perasaan malu menjalar tanpa sebab.
"Buat apa nak minta maaf? Sepatutnya..Lia yg minta maaf. Lia tak biasa macam ni.. Kalau..Kalau abang nak. Maksud Lia..Kalau abang nak.. Aduh macam mana nak cakap ehh?"
Tergagap-gagap Alia mahu menyusun ayatnya itu. Wajahnya turut merah sampai ke cuping telinga. Pandangannya ditunduk rapat ke bawah. Sebagai seorang isteri semestinya dia malu bila bercakap tentang hal ini. Bibir Lutfi terus mengukirkan senyuman lega. Dia ingatkan Alia akan marah tentang tindakannya tadi. Tetapi, di sebaliknya masing-masing mahukan begitu. Cuma tidak tahu mahu mulakan dari mana.
"Jangan rasa malu. Sebab itulah yg akan mengeratkan lagi hubungan kita. Before that, abang nak cakap sikit dengan Lia. Duduklah dulu.."
Balas Lutfi tenangnya. Tangan Alia di raut lembut untuk menyuruhnya duduk di birai katil. Lutfi turut melabuhkan diri di sebelah Alia. Di tatap wajah Alia yg masih menunggu apa yg mahu ia bincangkan sekarang.
"Ermm, Sebenarnya.. tak ada apa-apa pun yg abang mahu katakan. Cuma, ini soal kita berdua. Kalau Lia ada apa-apa masalah. Luahkan segalanya dekat abang. Abang sedia menjadi pendengar. Tak kiralah hal kecil sekali pun. Jangan pendam sorang-sorang. Lia tak berseorangan lagi. Lia ada abang. Apa-apa berlaku terhadap Lia adalah tangunggjawab abang. Lia tahukan..abang sayang dan cintakan Lia. Maaflah, kalau abang sibuk keje sampai Lia diabaikan. Abang mungkin tak sempurna tapi..Apa yg kurang kita sama-sama sempurnakannya. Okey?" Luah Lutfi sambil menatap dalam anak mata Alia.
Pergelangan tangan kanan Alia digenggam erat. Sebelah lagi tangan Lutfi mengusap lembut wajah Alia. Lutfi benar ikhlas mengatakan semua ini. Anak mata jernihnya bersinar dek kerana menahan butiran jernih daripada mengalir. Suasana mula bertukar sunyi. Mereka mendiamkan diri dalam beberapa minit.
Air mata Alia kembali mengalir di pipinya. Deras tangisannya kali ini walaupun tidak bersuara. Tergamam Lutfi selepas melihat Alia dalam keadaan begini. Lutfi terus menarik Alia dalam dakapannya. Cuba menenangkan keadaan Alia dahulu. Mungkin kata-katanya tadi ada menguris hati Alia.
"Selepas arwah ayah pergi..Lia rasa seolah dunia ini sudah berakhir buat Lia. Lia tak ada sapa-sapa lagi dekat dunia ni. Tempat Lia berkongsi kasih sayang,tempat Lia berkongsi suka dan duka dan tempat Lia menaruh kasih. Lia dah hilang rasa nikmat semua itu. Tuhan dah tarik semua nikmat tu dari hidup Lia. Lia rasa sunyi sangat. Dunia ini seakan kelam. Seperti sudah tiada hari esok. Apa pun yg Lia buat tetap rasa kosong. Lia bukan tak redho dengan kepergian Ayah cuma..Lia belum bersedia lagi kehilangan orang yg bermakna dan satu-satunya Ayah yg Lia miliki di dunia ini. Maafkan Lia, abang. Lia tak mampu nak buang perasaan ini. Lia juga sayangkan abang. Abang hadir di saat Lia keseorangan. Abang yg beri sinar semula buat Lia. Beri satu harapan di mana masih ada orang bersama Lia. Terima kasih abang..untuk segalanya. Kalau bukan tak kerana abang..mungkin Lia tak akan merasai keadaan senang begini. Imipian Lia mungkin akan terkubur. Semuanya atas jasa baik abang. Terima kasih.."
Baru sekarang Lutfi tahu apa isi hati Alia selama ini. Betapa Alia sayang dan kasih buat arwah ayahnya. Disaat kehilangan itu datang, segalanya sudah berubah jalan hidupnya. Orang yg tampak gagah dan kuat di luar tetapi siapa yg tahu apa yg dirasai di sudut hati. Satu senyuman boleh tutup beribu kedukaan.
Air mata jantan Lutfi tumpah jua akhirnya. Mendengar satu luahan yg dia sendiri tidak pernah lalui apa itu 'kehilangan orang yg tersayang'. Alia sudah lama menderita atas kepergian satu-satunya seorang ayah yg ia miliki. Kasih yg sudah terkubur dan tertimbus. Berharap masih ada kasih untuk dirinya menumpang semula.
"Lia..Pandang abang. Jangan nangis lagi Lia. Jangan bazirkan air mata Lia lagi. Selagi nyawa abang dikandung badan. Abang akan terus berada di samping Lia. Lia ada abangkan? Lia boleh kongsi semua itu dengan abang sekarang. Demi arwah ayah. Abang sudah berjanji akan terus menjaga dan lindungi Lia sampai bila-bila. Abang cintakan Lia sepenuh jiwa ini. Lia tak perlu takut lagi. Lia ada abang."
Lutfi mengesat lembut sisa air mata yg masih mengalir di wajah Alia. Sedaya upaya Lutfi memujuk Alia supaya tidak bersedih lagi. Semua itu boleh digantikan dengan sebuah kebahagian yg Alia sendiri tidak dapat gambarkan. Seberat manapun diuji pasti tuhan akan gantikan dengan satu nikmat yg tidak terhingga nilainya.
Aku tiada kata balas untuk Lutfi kembali. Satu senyuman mula terukir di wajah ini. Satu perasaan tenang mula dirasai bila dapat berkongsi semua ini dengan Lutfi. Sudah terang lagi bersuluh, Lutfi adalah pilihan yg tepat oleh arwah ayah. Lutfi bukan seperti ahli keluarganya yg lain. Tidak sekali digambarkan oleh Dira. Jika benar, Lurfi seperti yg dikatakan oleh mulut orang lain. Dia tidak akan berjanji kosong seperti ini. Aku tidak mahu ditipu oleh mulut manis semata-mata. Berpegang pada janji dan tidak pernah tunaikan. Aku pasti Lutfi jujur mengatakan semua ini dari sudut hatinya yg dalam. Demi hubungan aku dan dia. Kami akan terus bertahan sampai akhirnya miskipun banyak halangan yg datang.
................................................................................
Di sekolah.
"Nah, salinan photostat untuk latihan bahasa melayu tahun 5 dan 6. Good luck mulakan kelas harini." Bersuara Farisa lalu meletakkan salinan photostat itu di hadapan Alia.
Farisa merupakan kerani sementara di sekolah ini kerana menggantikan seorang staf cuti bersalin. Selepas mendapat tawaran daripada Hajah Samsiah sendiri, dia tidak boleh menolaknya. Alangkah baiknya, dia menolong apa yg patut sebelum mendapat tawaran menjadi pensyarah di universiti tidak lama lagi. Farisa tersenyum sendiri selepas melihat wajah Alia yg sedikit gusar untuk memulakan kelasnya hari ini. Mengajar di rendah atas bukan perkara yg menenangkan kerana murid-murid sangat series seperti di peringkat sekolah menengah.
"Jangan risaulah. Budak-budak tu confirm suka punya. Diorang bukannya nak makan awak pun. Just be yourself. Alah, mula-mula je nervous. Bila dah selesa. Huh! Dah macam ajar adik-adik tau. Nanti akan ada pemantau yee. Cikgu Nuha. Dia akan tolong awak." Jelas Farisa untuk menyakinkan Alia sedikit.
Alia selalu sangat gemuruh dan takut dalam apa jua keadaan. Sekarang, ia perlu tempuhi semua ini sendiri kerana inilah impiannya sejak dari dulu lagi. Farisa adalah orang yg paling seronok bila dapat tahu Alia lulus temu duga itu. Disebabkan oleh egonya yg tinggi. Dia tidak menunjuk semua itu di depan Alia. Biarlah semua itu rahsia di sebalik wajahnya yg garang bak harimau.
"Ermm, baiklah. Saya akan cuba." Jawab Alia lalu mengukirkan senyuman girang. Perasaan gementar itu terus hilang bila dapat kata semangat dari Farisa.
Farisa hanya menganggukkan kepalanya. Itulah, yg dia mahukan dari Alia. Perempuan yg selalu membawa aura kesenangan bagi semua orang. Pelik tapi benar.
"Arr, Nak panggil apa ehh..Arr Miss. Saya nak ucapkan terima kasih. Sebelum ni kan Miss sudah banyak bantu saya. Kalau bukan tidak disebabkan Miss. Tentu saya tak merasai detik seperti ini. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak. Arr, ada apa-apa yg boleh saya balas? Katakan apa saja. Asalkan saya boleh balas semua itu." Uajr Alia sebelum Farisa melangkah pergi. Dia betul maksudkan semua ini. Farisa sudah banyak membantunya mencapai tahap ini. Tanpa bantuan Farisa mungkin dia tidak akan berjaya.
"Ermm..panggil je la Echa. Tak perlulah Miss..Miss bagai ni. Pelik pula orang dengar nanti. Kan saya kata hari itu saja panggil begitu. Hmm, peliklah awak ni Alia. Saya suka. Haa, apa kata awak lanja saya MCD lagi. Boleh?" Balas Farisa lalu menjatuhkan fail di kepala Alia.
Kalau tidak kenakan orang bukan Farisa lah namanya. Selepas ini, mungkin mereka berdua boleh menjadi kawan seperti yg dikatakan oleh Furqan sendiri. Farisa terus berjalan meninggalkan Alia yg mengurut kepalanya sedikit.
"Adeh, Ganas betul kak Echa ni. selalu pukul aku. Macam Furqan lak perangai. Nama pun adik-beradik. Ehh, Furqan. lama tak dengar cita. Dia pegi mana yee? Ermm, nantilah aku tanya abang. Okey..Bismillah. Semoga segalanya dipermudahkan."
Semua kertas latihan itu dipegang rapi sekali. Beg tangannya di galas ke tepi. Satu senyuman manis terukir di bibir seperti biasa. Alia mula mengorak langkah dengan penuh perasaan teruja untuk memulakan kelasnya hari ini. Dari jauh, Aisy memandang saja tingkah laku Alia. Perempuan yg telah membuatnya jatuh cinta dalam diam. Siapa saja tidak tergoda dengan sikap baik perempuan seperti Alia. Aisy pasti ramai lelaki sedang menunggunya dalam diam. Kalau mereka tidak berjodoh, kenapa mereka bertemu kembali? Mungkin ini adalah aturan-Nya.
..................................................................................
"Pak Nuh, Lambat lagi ke nak sampai?" Tanya Datin Nafisah kepada pemandunya.
Sudah masuk sejam perjalanan mereka tetapi masih tidak tiba ke destinasi lagi. Bergoyang-goyang tubuh Datin Nafisah apabila kereta ini memasuki lorong hutan yg agak gelap dan penuh semak-samun. Dia menelan payah air liur kerana persekitaran sini semuanya hutan penuh dengan lalang. Seperti tiada penduduk lain di sini. Meremang bulu romanya bila keadaan sunyi sepi mula menyapa dirinya yg duduk berkeseorangan di belakang.
"Saya rasa sebentar lagi Datin. Saya ikut seperti alamat yg tertera pada waze ini saja." Ujar Pak Nuh masih was-was apa yg dikatakannya itu.
Dia turut rasa tidak sedap hati untuk memasuki kawasan begini. Sudahlah dia membawa tuannya sahaja. Kalau apa-apa yg berlaku nanti semuanya di bawah tangungjawabnya sendiri. Pak Nuh mengelap lelehan peluh yg menuruni dahinya. Walaupun sudah memasang penghawa dingin tetapi rasa panas datang entah dari mana.
"Haa, betul la tu. Itulah alamat yg diberi oleh Pak Sakawi. Maybe, ini kot jalan ke rumahnya. Nama pun bomoh. Tak kanlah nak duduk bandar pula ann?" Balas Datin Nafisah yakin sekali walaupun ini kali pertama dia buat kerja seperti ini.
Kawannya sendiri yg menyarankan Bomoh Pak Sawaki kerana semuanya akan berkesan bila meminta pertolongan daripadanya. Satu senyuman sinis mula terpancar di wajah Datin Nafisah. Satu kepingan gambar dibawa keluar dari beg tangannya.
Terlihat seorang perempuan bertudung litup cukup sifat dari atas hingga ke bawah tersenyum manis. Di samping itu juga, terdapat segumpal gulungan rambut berada di dalam plastik. Cukup semua barang yg diperlukan supaya rancangan ini menjadi nanti.
"Well, selepas ini, hidup kau akan musnah dalam sekelip mata. Tunggu dan lihat saja. Balasan orang bodoh seperti kau. Hahaha."
Share this novel