Bab 51

Drama Series 71241

"Kring!!!!!!"

"Okey kelas, Masa cikgu sudah tamat. Sila kumpulkan kembali kertas soalan yg cikgu beri pada minggu lepas. Letak atas meja sini yee." Bersuara Alia bagi menamatkan kelasnya pada hari ini.

Jam di tangannya menunjukkan pukul 10.30 a.m menandakan telah masuknya waktu rehat bagi murid-murid rendah atas.

"Baik Cikgu!!" Jawab serentak semua pelajar di dalam kelas Pintar ini. Masing-masing sibuk mengemas untuk keluar makan di katin nanti.

"Cikgu Alia..Nah. Semua kertas jawapan itu." Sapa Zira merupakan penolong ketua kelas.

"Okey..Terima kasih. Arr, nanti Zira datang ke bilik guru kejap boleh? Cikgu nak beri kertas soalan baru. Lepas rehatlah. Zira pegi makan dulu." Ujar Alia sambil mengemas semua alatan tulisnya ke dalam kotak pensel semula.

"Okey. Nanti Zira datang." Balas Zira sambil menunjukkan tanda 'ok' kepada Alia.

Alia hanya membalas kembali dengan satu senyuman manis. Antara banyak pelajar di dalam kelas ini. Zira lah pelajar yg paling aktif bertanya soalan. Disebabkan itulah Alia suka berbual rapat dengannya seperti adik dan kakak.

Kelihatan semua pelajar sudah lama keluar berehat. Kini, tinggal lah Alia dan cikgu Nuha yg masih menulis sesuatu pada lampiran penilaian tugas Alia pada hari ini. Alia hanya mampu menunggu dengan penuh sabar. Terketar-ketar tangannya mengambil kertas yg diberi oleh Cikgu Nuha.

"Okey, Bagus cara cikgu mengajar hari ini. Saya dah nampak perubahan cikgu berkomunikasi baik dengan murid-murid. Nampaknya, lepas ni cikgu dah boleh ajar merekalah tanpa saya. Jum, turun makan. Berkeroncong perut saya." Ujar Cikgu Nuha gembira saja seperti biasa.

Melihat keperibadian cara Alia mengajar anak-anak muridnya ini sudah memadai. Seorang yang sopan dan berbudi bicara dengan baik. Sedikit pun tiada perasaan negatif sepanjang dia mengajar. Alia memang mempunyai sifat kesabaran seorang guru.

"Alhamdulilah..Terima kasih cikgu. Saya tak akan sampai tahap macam ni kalau tidak bukan pertolongan dari cikgu juga. Jum, kita makan." Luah Alia dengan rasa tenangnya.

Akhirnya penilaian ini berakhir dengan baik sekali. Bukan mudah mengajar bila dilihat dan dinilai oleh seorang guru. Malah, salah dan silapnya sentiasa ditegur baik oleh Cikgu Nuha tanpa rasa jemu.

"Yee do. Aku pun tak tahu yg kau boleh baiki. Nanti meh la lepak rumah aku. kau bolehlah tengok moto aku tu sikit." Kata Cikgu Idris lalu menepuk bahu Cikgu Maten.

"Hahaha, boleh la sikit-sikit kalau bab moto ni. Aku datang ke sekolah pun naik moto jee. Ok, rojer. Hantar alamat nanti." Balas Cikgu Maten turut ketawa tidak ingat dunia.

Dari jauh, Cikgu Maten dan Cikgu Idris berjalan melalui koridor kelas ini. Rancak mereka berdua berbual seolah sudah lama kenal antara satu sama lain. Cikgu Idris merupakan guru penilaian bagi Cikgu Maten. Buat sementara waktu ini Cikgu Maten mengantikan tempatnya di bengkel memandangkan dia akan menjadi tenaga pengajar bagi pendidikan kesihan pula. Fokus utamanya adalah pelajar yg mahu wakil sekolah dalam bidang sukan.

Sedang asyik berborak sakan, Cikgu Maten tidak perasan Alia dan Cikgu Nuha turut berjalan keluar dari dalam kelas.

"Tiba-tiba.."

"Debukk!!"

"Ehhhh!!!"

Berlaku satu agenda panas apabila tubuh badan Alia dirangkul kemas oleh Cikgu Maten. Cikgu Maten sempat memaut pinggangnya kerana Alia mahu tergelincir jatuh ke lantai. Mata mereka bertaut rapat antara satu sama lain. Alia boleh mendengar pernafasan laju keluar dari rongga hidung Cikgu Maten. Habis kertas di dalam fail Alia bertaburan jatuh ke lantai. Tergamam Cikgu Idris dan Cikgu Nuha melihat aksi ini di depan mata mereka berdua. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain.

"Ya Allah.." Mengucap Alia banyak kali lalu meloloskan dirinya dari Cikgu Maten.

Alia membetulkan kembali baju dan tudungnya yg terangkat sedikit tadi. Pandangannya terus beralih ke arah lain. Wajahnya merah sampai ke palang. Perasaan malu mula bermain di dalam fikirannya. Apa yg berlaku tadi sangat memalukan bagi seorang wanita yg sudah memegang status isteri orang.

"Maaflah..Maaf. Saya tak sengaja. Saya tak nampak cikgu tadi. Allah, saya betul-betul tak perasaan. Maafkan saya." Berkali-kali Cikgu Maten memohon maaf terhadap Alia.

Kedua belah tangannya diangkat menandakan dia benar tidak sengaja tadi. Peluh di dahinya mengalir banyak sekali. Entah kenapa dia benar rasa bersalah bila bertindak begitu terhadap Alia. Semuanya berlaku tanpa sedar. Bahu Cikgu Idris dicuit oleh Cikgu Maten. Reaksi wajah Cikgu Maten sedang meminta pertolongan darinya.

"Owhh, Arr betul tu Cikgu Alia. Bukan salah Cikgu Maten jee. Salah saya juga. Kami asyik berborak kosong sampaikan tak perasan cikgu keluar dari kelas tadi. Kami minta maaf." Bersuara Cikgu Idris untuk menolong Cikgu Maten.

Tanpa disuruh, mereka berdua mula mengutip kembali kertas Alia yg bertaburan di atas lantai. Sebagai seorang lelaki, mereka perlu mengalah dan mengaku salah silap mereka sendiri. Sememangnya ini salah mereka berdua.

"Cikgu okey?" Tanya Cikgu Nuha sambil memegang kedua belah lengan Alia.

Alia hanya menganggguk lemah kepalanya tanda baik-baik saja. Cikgu Nuha faham jika Alia rasa takut dengan keadaan begini. Sudahlah berlaku di dalam kawasan sekolah. Takut juga akan dijatuhkan fitnah oleh para pelajar dan guru yg lain nanti. Cikgu Nuha mengusap lembut bahu Alia. Memberitahunya semua ini dalam keadaan baik. Kebetulan tiada sesiapa yg melalui kawasan ini tadi.

"Ermm, lain kali. Jalan tengok kira kanan dulu yee. Jangan asyik nak borak je. Haishh, habis waktu rehat nanti kang..." Ujar Cikgu Nuha tegasnya. Satu jelingan maut diberikan kepada mereka berdua.

Fail Alia yg berada di tangan Cikgu Maten dirampas kasar sekali. Cikgu Nuha mula menarik tangan Alia mengikuti langkahnya. Ditinggalkan mereka berdua kaku di situ.

"Haishhhh, apa aku dah buat doo...Malunya aku. Punahlah harapan aku nak takle Cikgu Alia.." Kata Cikgu Maten terus mengusap kasar wajahnya.

Segalanya telah hancur bila berlaku begini. Perkara yg ia tidak mahu terjadi pada wanita yg ia minati. Cikgu Maten masih rasa bersalah terhadap Alia. Entah macam mana dia mahu hadap Alia di dalam bilik guru nanti. Sudahlah mereka berdua duduk secara berhadapan.

"Ehh, takle Cikgu Alia? Kau biar betul doo? Gila la ko ni..Aku rasa dia macam dah kahwinlah..Kalau cikgu Nuha tu bolehlah. Dia masih bujang lagi. Cuma, tua sedikitlah dari ko." Ujar Cikgu Idris sambil merangkul bahu Cikgu Maten.

Rasa terhibur dengan apa yg dia dengar ini. Ternyata, cikgu Maten ada niat yg lain datang menjadi tenaga pengajar di sini rupanya. Nasib dirinya sudah berkahwin. Tidaklah disangka bukan-bukan dan lelaki miang.

"Dah berkahwin?? Tak kanlah...tidak. Aku tak percaya."

................................................................................

Di Restoran Pak Mat Western.

"Sayang...Macam mana dekat sekolah harini? Okey?" Tanya Lutfi sambil menyuap chicken chop ke dalam mulutnya.

Seraya mengambil Alia pulang tadi mereka berdua terus singgah untuk makan petang bersama. Selalunya, mereka berdua akan membawa bekal sendiri. Tetapi, pagi tadi mereka berdua lambat bangun. Terpaksalah mengisi perut dengan makanan ringan sedikit di tempat kerja masing-masing.

"Huh? Arr, okey je. Lia dah lepas tau penilaian. Lepas ni, Lia dah boleh ajar semua pelajar tu sendiri." Jawab Alia biasanya.

Tiba-tiba saja Lutfi bertanya tentang dirinya. Rasa tidak berselera pula mahu teruskan makan bihun sup daging ini. Fikirannya masih berputar tentang kejadian di mana bertembung dengan Aisy. Satu keluhan berat dilepaskan perlahan. Alia kembali mengukirkan senyuman kepada Lutfi. Sepatutnya, dia teringat kepada Lutfi dan bukannya orang lain.

"Wauu, tahniah sayang. Baguslah tu. Sayang dah tunjuk skill jadi seorang cikgu. Yee kan Cikgu Alia?Abang bangga dengan sayang." Ujar Lutfi terus memegang erat pergelangan tangan Alia.

Senyuman di bibirnya tidak pernah pudar bila bersama Alia. Semakin hari cinta dan sayang ini sentiasa penuh di jiwanya. Inilah, perasaan yg ia nantikan selama ini. Berkongsi segalanya dengan Alia. Secara Ikhlas dan bukannya paksaan.

"Ermm. Terima kasih. Macam mana dengan abang? Ok tak dekat pejabat tu? Banyak tak kejenye. Malam karang tido lewat lagi. Patutlah kita berdua asyik bangun lambat jee selalu." Alia memuncungkan sedikit bibirnya.

Setia menjadi peneman Lutfi sampai larut malam. Tidak gamak dia membiarkan Lutfi berjaga sendiri. Apa yg patut dia akan menolong Lutfi siapkan kerjanya yg banyak tertangguh.

"Hehehe, selalu ke sayang? Macam tak je. Ermm, harini..dah tak de. keje abang dah selesai. Terima kasihlah dekat Furqan. Dia sudah banyak tolong abang. Abang beruntung tau ada sahabat sebaik dia. Susah dan senang bersama abang. A'ah..dia ada kirim salam dekat sayang tau. Ada satu pesanan buat sayang..'Budak polos yg selalu buat masalah'. Hahaha." Ketawa Lutfi terbahaknya apabila menyampaikan pesanan itu kepada Alia.

Pada mulanya, dia tidak mahu memberitahu Alia tetapi Furqan sudah banyak membantu mereka. Apa salahnya jika hubungan mereka lebih akrab lagi. Furqan sangat bermakna buat Lutfi. Begitu juga dengan Alia. Keduanya sangat penting di dalam hidupnya. Terasa bodoh bergaduh dengan Furqan tanpa ada arah tujuan. Nasib hubungan mereka berdua kembali akrab semula. Itulah, ertinya 'Satu Kemaafan' bagi kedua belah pihak."

"Eee, jahatnya dia tu. Selalu kata dekat Lia. Tapikan..Baguslah abang dah berbaik dengannya. Kan Lia dah kata..Tak baik bermasam muka lama-lama. 'Sahabat' ni dah macam satu keluarga tau. Susah senang bersama. Kekurangan itu akan menjadi kelebihan bila keduanya bersatu. Syukurlah semuanya sudah dipermudahkan. Lia bangga dengan abang. Boleh tampak perubahan abang setiap hari. Haii, semakin sayanglah Lia dekat abang tahu!! Pandainya abang curi hati Lia. Ishh!! Janganlah pandang Lia macam tu.." Luah Alia terus menutup wajahnya apabila Lutfi memandang tepat ke arah anak matanya bila berkata begitu.

Orang kata bila bercakap mesti ada 'Eye contact'. Barulah perbualan itu akan lebih nyaman dan bermakna. Merah wajah Alia menahan malu tetapi mahu.

"Pandai isteri abang berkata-kata. Mana tak sayangnya kalau selalu macam ni kan. Napa Lia comel sangat! Eee, geram abang tengok. Janganlah tutup muka tu."

Mereka berdua mula bergelut. Kedua belah tangan Alia dikuak lembut oleh Lutfi. Lutfi cuba melihat wajah Alia kembali. Nasib mereka berdua duduk secara bersebelahan saja. Bolehlah Lutfi berbuat demikian kepadanya. Satu helaian ketawa mula kedengaran. Masing-masing melayan kerenah seperti orang baru bercinta.

"Sial punya pompuan!!! Arghh!! Bencinya aku!! Sekarang, kau boleh rasa apa itu nikmat bahagia..Kau tunggulah..bila kau ditinggalkan nanti..baru kau tahu langit itu tinggi atau rendah..Baru kau tahu perasaan seorang perampas!!!" Nguman Emily geramnya bila melihat agenda romantik antara Lutfi dan Alia di Restoran itu.

Perasaan cemburu dan sakit hati sentiasa menemaninya sekarang. Sepatutnya, dia yg merasai saat bahagia itu bersama Lutfi dan bukannya Alia. Alia adalah seorang perampas yang tidak sedar diri. Menumpang kasih daripada kebahagian orang lain.

"Siallllll!!!"

Emily terus menyepak kuat kereta di sebelahnya kerana masih sakit hati melihat semua ini di depan matanya sendiri. Terasa kasar saja pernafasan yg melepasi rongga hidung ini. Kakinya dihentak kuat sebelum pergi dari situ. Tidak berguna dia menunggu lebih lama lagi. Dia perlu mencari jalan lain semula.

.................................................................................

"Sang kekek anaknya manju biru,
Terbang tinggi melihat gunung,
Aku tahu asal usulmu, menjelma kembali tanpa menunggu"

Mantera itu dibaca selama 3X kali selama 3X malam beturut-turut. Acara pemujaan ini dilakukan oleh Pak Sakawi sendiri di dalam rumahnya. Tepat jam 2.00 a.m. upacara ini dimulakan dengan pemujaan jin. Terkumar-kamir bibir Pak Sakawi mengatakan sesuatu sambil kepalanya bergoyang ke kiri dan ke kanan berulang kali.

"Tiba-tiba"

Angin laju datang entah dari mana. Dari arah barat dan timur ia datang berulang kembali. 3 ulas buah limau mula dihiris oleh Pak Sakawi. Diperah air limau itu ke dalam darah yg telah disediakan di dalam bekas. Bibirnya masih terkumar kamit membaca sesuatu yg tidak boleh ditangkap oleh akal fikiran.

"Datanglah kau..Aku menyeru segala keturunanmu..Pergilah kepada orang yg aku katakan ini..Sekarang, dia milik kau...." Ujar Pak Sakawi sambil tangannya memasukkan gumpalan rambut itu di dalam belas yg berisi air limau bercampur darah.

Selepas itu, Serpihan paku turut dimasukkan sekali di dalamnya. Pak Sakawi mengambil sekeping gambar yg diberi oleh Datin Nafisah kepadanya. Terketar-ketar tangannya memegang gambar itu sambil dilayurkan pada asap api. Mantera sentiasa dibaca di bibirnya. Berulang kali ia mengulangi perbuatannya itu sampai upacara ini sudah.

"Pergilah!!!! Dia kini Milik Kauuuu!!!!!!!"

"Zupppppp!!!!!"

Di rumah Syeikh Bukhari.

"Assalamualaikum..warahmataullah...Assalamualaikum..warahmataullah..."

Adira baru selesai menunaikan solat tahajud kerana terjaga pada waktu begini. Jam di dindingnya menunjukkan pukul 3.30 a.m. Selalu ia terjaga pada waktu begini tanpa sebabnya. Mungkin terlalu penat bekerja setiap hari tanpa berehat langsung. Badannya menjadi lemah sejak dua menjak ini. Selalu rasa cepat penat dan mengantuk. Dira mengeliat sedikit usai saja menghabiskan bacaan doanya itu.

"Kreakkk....."

Belum sempat Dira bangun. Kedengaran bunyi sesuatu dari arah balkoninya. Pandangan Dira mula dialih melihat ke arah balkoni itu. Dibatalkan sekejap niatnya mahu bangun dan melipat kain sejadah.

"Kreakkkk....crrtttttt..."

"Tok....tok........tok....."

Bunyi itu semakin kuat kedengarannya. Dira sudah tidak duduk senang di dalam biliknya itu. Dicapai tasbih dan al-quran yg berada di atas meja. Terkumat kamit bibirnya berzikir kepada tuhan. Dira seakan kenal dengan bunyi itu. Seolah cakaran kuku panjang pada cermin. Ketukan demi ketukan berulang kali dilakukan. Seperti mahu meminta izin memasuki ke dalam biliknya. Tidak semenanya air mata mula tumpah di pipi Dira.

" Ya Allah Ya tuhanku..DenganMu aku bersujud..dan denganMu aku meminta pertolongan...Lindungilah aku Ya Allah...." Bersuara Dira kuatnya apabila pintu balkoni itu sudah terbuka luas.

"Hahahahahahaha..kihkihkihkihkih"

Angin laju mula memasuki ruang biliknya. Berlaku riuh rendah dengan helaian ketawa suara perempuan. Habis segala barangan di dalam biliknya bertaburan di serata tempat. Dira mengesot dan bersandar rapat ke arah dinding. Senaskah Al-Quran masih dipeluk erat di dadanya. Hanya nama tuhan yg mampu Dira laungkan pada waktu genting seperti ini. Dia sendiri tidak tahu apa yg berlaku ke atas dirinya.

"Allahuakhbar!!!!"

Amaran : Ini hanya rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena antara yg masih hidup dan mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience