Jam di dinding menunjukkan pukul 9.00 p.m. Alia baru sahaja selesai menunaikan solat isyak. Kain telekung ditanggalkan dari tubuh. Ikatan rambutnya di ikat rapi semula. Kain sejadah dan kain telekung di sidai kemas pada penyangkut. Alia terus berjalan berjengket-jengket menghampiri arah balkoni biliknya. Rasa sakit di kaki belum pulih sepenuhnya lagi.
Suasana malam ini terasa nyaman dan tenang sekali. Angin bayu malam menyapa tubuh badannya. kedua belah tangan Alia mula memeluk tubuh sendiri. Matanya ralat melihat pemandangan malam diterangi cahaya lampu jalan.
"Fuhhh...." Satu helaian nafas panjang dilepaskan.
Sejak kebelakangan ini, Lutfi agak sibuk dengan urusan di pejabatnya sehinggakan selalu pulang larut malam. Alia rasa bimbang dan risaukan Lutfi. Asyik sangat bekerja sampaikan tiada waktu rehat yg mencukupi. Pada waktu yg sama, dia turut dibelegu rasa bosan di rumah ini. Setiap hari sunyi dan sepi selalu menemaninya. Tiada peneman untuk berbual dan meluangkan masa bersama.
Pada waktu pagi, mereka berdua berangkat ke tempat kerja masing-masing. Malah, mereka berdua hanya banyak berehat di waktu malam. Tiada masa untuk bertegur sapa dan bertanya khabar. Alia memejam kedua belah kelopak matanya. Menikmati suasana tenang ini sebentar. Dia berharap Lutfi turut berada di sini sekarang.
"Ermm, Satu-satu masalah yg mendatang. Bolehkah abang Qirash selesaikan semua itu sendiri? Ya Allah..lindungilah keluarga Kak Dira dan Abang Qirash dari sebarang bahaya. Tunjukkanlah mereka jalan yg benar.." Nguman Alia sendiri.
Apa yg terjadi tempoh hari masih jernih di dalam fikirannya. Dia tidak menyangka hidup Qirash dan Dira diuji begitu berat sekali. Alia termangu seketika. Teringat kembali kejadian di mana dia menghantar Qirash pulang ke rumah mertuanya.
"Okeyy...kita sudah sampai." Bersuara Fahmi lalu memberhentikan keretanya di depan pintu pagar rumah agam Dato' Tahir.
Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang setengah jam dari rumah Dira. Fahmi melihat jam di tangannya. Tidak lama lagi akan masuk waktu solat asar. Pandangannya mula beralih melihat ke arah Qirash.
Qirash hanya termenung jauh melihat cermin hadapan. Sedikit pun tidak beranjak untuk pulang ke sini semula. Matanya masih sembab dan kemerahan. Terubat sedikit hatinya bila dapat ketemu semula dengan anak-anak.
Manakala, Alia turut melalui perkara yg sama tempat duduk di belakang. Pandangannya tunduk ke bawah sambil tangan kanannya memegang kepala. Entah apa yg bermain di fikirannya sekarang. Fahmi melepaskan satu keluhan. Rasa kasihan pula dia melihat keadaan mereka berdua begini.
"Alia, Kita sudah sampai..." Kejut Fahmi perlahannya lalu menepuk sedikit lutut Alia berlapiskan telefon bimbitnya.
Mahu kejutkan lamunan Qirash sampai ke esok dia tidak menjawab. Hanya Alia dapat menangani semua ini. Fahmi menunggu tindak balas Alia dahulu. Baru mereka fikir apa nak dibuat selepas ini.
"Huh?? Kita dah sampai ke? Ya Allah..sorrylah. Tak sedar pula aku." Kata Alia lalu mengusap kasar wajahnya.
Dia melihat keadaan sekeliling rumah ini. Kelihatan sunyi seperti biasa. Kebiasaan pada waktu begini Dato' Tahir masih belum pulang ke rumah. Mungkin Datin Nafisah dan Qairin ada di rumah sekarang. Begitu juga dengan Hajah Aminah. Sudah lama Alia tidak pulang ke sini kerana sibuk bekerja. Baru sekarang dia dapat melawat Opah dan lainnya.
"Ermm, Macam mana ni? Aku tak boleh lama-lama dekat sini. Aku dah janji dengan Ustaz Zabidi nak berjumpa dengannya semula. Kau nak stay sini juga ke Lia? Ke nak aku hantar kau pulang?" Ujar Fahmi kasihan melihat wajah letih dan lesu Alia.
Alia sanggup mengambil cuti semata-mata mahu menjemput abang iparnya. Sepatutnya dia berehat sahaja dekat rumah. Setiap hari sibuk bekerja sampaikan lupa waktu makan dan rehat. Fahmi rasa geram saja melihat perangai keras kepala Alia. Langsung tidak fikirkan tentang diri sendiri.
"Owhh yeke. Pasal aku..Kau jangan risaulah. Aku dah beritahu Lutfi. Aku..tinggal dekat sinilah dulu. Nanti Lutfi jemput. Arrr, abang Qirash..Kita sudah sampai. Jum turun." Balas Alia lalu menyedarkan Qirash dari lamunannya. Kerap sangat termenung jauh sampaikan tidak sedar mereka berdua sedang berbual.
"Dah sampai ke..Baiklah.. Fahmi. Terima kasih untuk segalanya. Awak dah banyak tolong saya. Sampaikan pulang ke rumah pun awak yg tolong hantarkan. Sekali lagi terima kasih banyak-banyak. Kalau tak ada awak dan ustaz Zabidi. Entah siapalah nak tolong saya kan. Nah, ambil lah. Saya ikhlas." Bersuara Qirash setelah mengusap wajahnya untuk sedar pada dunia yg nyata.
Dia bersalaman dengan Fahmi sambil menyuakan duit sebanyak Rm200. Qirash tidak mampu nak balas kebaikan Fahmi terhadapnya. Dengan sedikit sedekah ini mungkin akan dapat membalas semua itu.
"Allah..Tak apalah Abang.. Saya ikhlas buat semua ini. Simpanlah. Abang lebih perlukannya nanti. Lagi pun, Abang bukan sesiapa. Keluarga kami juga." Ujar Fahmi menolak lembut pelawaan Qirash itu.
Rasa berat hatinya mahu menerima balasan seperti ini. Cukuplah dia cuba menolong apa yg patut kerana Alia turut akan berbuat demikian jika orang yg dia sayang dan kenal terluka seperti ini.
"Sekali lagi terima kasih. Saya berhutang budi dengan awak." Balas Qirash tersentuh dengan kebaikan Fahmi terhadapnya.
Dia tidak menyangka, masih wujud orang yg berhati nurani dan baik akhlaknya seperti Fahmi dan Alia. Mereka sememang datang dari keluarga yg luhur. Orang yang baik akan selalu dipandang tinggi manakala orang yang jahil akan terus dikeji. Qirash rasa malu bila dilayan begini sekali oleh mereka. Ini barulah dinamakan 'keluarga'. Bukan harta dan pangkat yg dipandang.
Alia hanya tersenyum mendengar perbualan mereka berdua di depan. Fahmi memang seorang lelaki yg baik. Malah, terlalu baik dan penyayang orangnya. Selalu mengambil berat terhadap Alia tidak kira waktu. Alia bersyukur masih ada orang yg boleh diharapkan seperti Fahmi. Walaupun Fahmi bukan ahli keluarga kandungnya. Dia sangat sayangkan Mak Senah dan Fahmi.
"Pon..pon.."
Kereta Fahmi meluncur pergi setelah selesai menghantar Qirash dan Alia di sini. Mereka berdua melambaikan tangan ke arah Fahmi. Qirash mengalas kembali beg bajunya yg di pegang oleh Alia. Pandangannya masih melihat suasana sekitar rumah ini. Tidak ubah semasa dia melangkah keluar dahulu. Berat kakinya mahu melangkah masuk semula.
Alia mengikut lemah langkah di belakang Qirash. Beg bagasi Qirash ditarik perlahan. Dia turut merasai perasaan yg bercampur baur untuk ke sini. Entah bagaimana Datin Nafisah akan menerima kehadirannya nanti. Alia pasrah jika dirinya akan menerima nasib setimpal seperti dahulu.
"Fuhh....Kalau boleh abang tak nak pulang ke sini. Tapi, itulah..ke mana lagi abang nak pergikan?" Bersuara Qirash setelah mereka berdua berhenti betul-betul di hadapan pintu rumah ini.
Qirash menghela satu nafas yg panjang. Hatinya masih berbelah-bagi. Tampak raut wajahnya belum bersedia bersemuka dengan Datin Nafisah. Setelah apa yg berlaku sangat meruntun jiwanya. Sukar dia memaafkan kesalahan seberat itu.
"Abang Qirash.. Jangan risau. Alia ada di sini sekali. Ingat pesanan Ustaz Zabidi. Inshallah, segalanya akan dipermudahkan nanti." Kata Alia untuk menyakinkan Qirash.
Pada masa yg sama, dia masih rasa gusar dan tidak yakin dengan diri sendiri. Bukan Qirash sahaja yg rasa seperti ini. Bahkan, dirinya belum diterima oleh Datin Nafisah.
"Okey...Bismillah.."
"Nafisahhh!!!!!!??!!!!"
Belum sempat Qirash membuka pintu rumah ini, mereka berdua tersentak dengan satu tengkingan suara seseorang. Tanga Qirash berhenti dari memulas tombol pintu. Pandangannya melihat ke arah Alia. Begitu juga dengan Alia. Masing-masing terkejut dengan laungan suara tadi.
"Mama...." Bersuara Alia mahu membuka pintu ini untuk melihat apa yg sedang berlaku di dalam.
"Shuu...Alia. Tunggu dulu." Belum sempat Alia membuka pintu ini, Qirash menghalangnya. Dia menyuruh Alia diam sebentar.
"Tapi abang...Mama di dalam. Kalau apa-apa yg berlaku kepada mama nanti macam mana?" Bisik Alia perlahan supaya percakapannya tidak didengari oleh orang di dalam.
Berkerut dahinya hairan melihat tingkah laku abang iparnya seperti ini. Qirash merapatkan telinganya di dinding untuk mendengar perbualan orang di dalam. Mereka berdua tidak tahu siapakah yg sedang memarahi Datin Nafisah.
"Shuu..sabar yeee...." Balas Qirash lalu meletakkan jari tunjuk di mulutnya supaya Alia mendiamkan diri dulu.
Alia hanya mampu menggelengkan kepalanya. Hatinya rasa gusar memikirkan keadaan Datin Nafisah di dalam. Entah siapa yg sedang memarahi dia. Sampai begini sekali suara tengking itu kedengaran sampai luar.
Qirash berterusan mencuri dengar perbualan itu. Hanya sedikit saja merangkap masuk telinganya. Selebih itu, dia tidak pasti apa yg sedang berlaku. Berkerut dahi Qirash kerana tidak percaya apa yg dia dengarkan ini. Walaupun samar-samar tetapi jelas sekali. Pandangannya sayu melihat ke arah Alia. Seolah semua ini berkait rapat dengan Alia.
Alia mahu mendengar sekali tetapi dihalang oleh Qirash. Qirash tidak mahu Alia masuk campur dalam urusan keluarganya ini. Biarlah dia sahaja yg tahu kerja kotor ibu bapanya sendiri.
Setelah beberapa minit mereka berdua berdiri kaku di luar, Tombol pintu itu mula dikuak dari arah dalam. Qirash menjarakkan dirinya ke belakang sedikit. Begitu juga dengan Alia. Masing-masing berlakon baru sampai ke sini.
"Ehh, .... Arr...Qirash dah pulang. Ya Allah..syukur Alhamdulilah. Qirash macam mana? Kamu sihat?" Kata Dato' Tahir terperanjatnya apabila melihat Qirash dan Alia berada di depannya.
Tergagap-gagap dan tampak raut wajahnya sangat terkejut melihat ke arah mereka berdua. Peluh di dahinya mengalir turun melepasi wajah. Tanpa membuang masa lagi, Dato' Tahir menarik Qirash ke dalam pelukannya. Dia cuba mengelak perkara tadi diketahui oleh mereka.
"Assalamualaikum papa..Ya Qirash sihat.. Sihat sangat.." Ujar Qirash tidak membalas langsung pelukan itu.
Amarahnya rasa berbuak apabila melihat Dato' Tahir berlakon baik di depannya. Seolah tiada apa berlaku di dalam tadi. Ternyata orang yg sedang bertengkar dengan mamanya ada Dato' Tahir sendiri. Tidak hairannya dengan perkara yg mereka pertikaikan tadi. Qirash tersenyum sinis melayan papanya sebaik mungkin. Dia perlu bersabar dahulu.
Alia hanya membisu di situ. Satu senyuman diberikan kepada bapa mertuanya ini. Dia tidaklah akrab sangat dengan Dato' Tahir walaupun bapa mertuanya ini sering kali bertanya khabar tentangnya. Alia turut tertanya-tanya apa yg berlaku di dalam tadi. Dia bersangka Dato' Tahir dan Datin Nafisah bertengkar kecil saja.
"Waalaikumsalam. Syukurlah kalau macam tu..Alia sihat? Dah lama papa tak ketemu dengan kamu. Kecil je tubuh anak perempuan papa. Haii, Lutfi tak kasi kamu makan ke haa?" Gurau Dato' Tahir lalu menyuakan tangan untuk Alia bersalam dengannya pula.
Tubuh kecil Alia dipeluk erat sekali. Rasa rindu pula dia melihat menantu kesayangannya ini. Mana tidak sayangnya. Alia adalah aset yg paling penting dalam hidupnya. Dato' Tahir sanggup buat apa saja untuk mendapatkan kepercayaan dari anak adiknya ini.
"Ermm, Tak delah papa. Lia besar ni je lah. Maaflah, dah lama Lia tak pulang ke sini. Papa sihat? Mama mana?" Tanya Alia turut membalas pelukan itu.
Dia rasa senang sangat dilayan begini oleh Dato' Tahir. Setelah sekian lamanya, dia dapat merasai semula pelukan seorang ayah. Satu perasaan rindu terkurung lama di sudut hatinya. Wajah ayahnya sentiasa bermain di minda. Sesungguhnya, dia sangat rindukan arwah. Perasaan rindu yg tiada penghujung.
"Iyela tuu..Papa sihat je. Papa faham kamu berdua busy. Busy tu busy juga. Jangan lupa korang berdua suami isteri yee. Mama...ada je haa dekat dalam. Pegilah masuk, rehat apa dahulu. Nanti kita makan malam bersama. Dah lama kita tak berkumpul satu keluarga." Kata Dato' Tahir seronok melayan kerenah Alia.
Qirash memandang kosong saja ke arah mereka berdua. Sedikit pun dia tiada mood untuk bergurau senda seperti dahulu. Pandangannya kembali melihat ke arah Alia. Sedikit pun tiada riak wajah berlakon pada Alia. Qirash tidak tahu sampai bila Alia mahu dibodohkan oleh tipu daya keluarganya sendiri. Dia mula raaa kasihan terhadap Alia.
"Baiklah kalau macam tu..Lia masuk dalam dulu yee. Arr, Abang Qirash biar Lia bawa beg ni naik atas." Ujar Alia meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.
"Lahh, Terima kasih. Buat susah-susah je." Balas Qirash segannya bila Alia mahu menghantar begnya sampai atas. Satu senyuman mula tercungkil di bibirnya. Rajin sekali Alia menolongnya hari ini.
Setelah Alia berlalu pergi. Dato' Tahir kembali melihat ke arah Qirash. Wajahnya kelihatan series semula. Qirash seakan tahu apa yg menanti nasibnya selepas ini. Jalan hidupnya masih berada di tangan Dato' Tahir. Dia masih tidak boleh lari dari realiti yang sebenar.
"Qirash, ada satu perkara yg papa nak bualkan dengan kamu..Mari kita ke taman." Kata Dato' Tahir selepas selesai memakai kasutnya.
Dia berjalan pergi meninggalkan Qirash masih terpinga di situ. Cukuplah Lutfi bertungkus-lumus mengambil tugas Qirash di pejabatnya. Sekarang, Qirash sudah kembali. Sudah tiba masanya dia mengorak langkah perlahan.
"Cis...dasar gila harta..Sampai ke mampus makan duit haram." Cakap Qirash sendiri.
Dia menggenggam erat kedua belah pergelangan tanganya. Bibirnya diketap kuat. Perasaan marah dan sakit hati mula bermain di pelusuk hati. Mahu sahaja dia menamatkan semua ini tetapi ia perlu bersabar. Dato' Tahir sangat licik orangnya. Dia juga perlu bermain licik dan kotor seperti ini.
"Mama......"
Panggil Alia setelah memasuki ke dalam rumah. Tetapi sahutannya itu tidak dibalas kembali. Kelihatan tiada kelihat Datin Nafisah di ruang tamu ini. Alia mula rasa tidak sedap hati. Dia melangkah perlahan naik ke atas menggunakan tangga. Beg bagasi Qirash turut dibawa bersama.
Alia gagahkan diri membawa beg bagasi yg agak berat itu. Selangkah demi selangkah dia naik ke atas. Sampai sahaja di pertengahan jalan, Alia berhenti sekejap untuk mengumpul tenaga. Rasa semput pernafasannya. Satu keluhan berat dilepaskan. Alia kembali memegang beg bagasi itu untuk meneruskan perjalanannya. Baru sahaja sampai di anak tangga akhir, dia bertembung dengan Datin Nafisah.
"Ehh, Assalamualaikum mama..Mama...Arghh??!!!!!"
Jerit Alia apabila secara sengaja atau tidak Datin Nafisah berlanggar bahu dengannya sehinggakan Alia terjatuh apabila kakinya salah melangkah anak tangga. Mujur sahaja dia sempat berpaut pada pemegang tepi. Kalau tidak entah apa yg berlaku kepadanya bila jatuh tersungkur sampai ke bawah.
"Ehh!!! Ya Allah. Alia??!! Maaflah, mama tak sengaja. Kamu tak apa ke?" Tanya Datin Nafisah tergopohnya apabila melihat Alia sedang menahan sakit pada pergelangan tumit kakinya.
Alia tidak menjawab kembali pertanyaan Datin Nafisah. Dia terus melabuhkan diri di situ sambil memegang kaki. Rasa sakit dan sengal sangat pada bahagian tumit. Alia dapat rasa mungkin kakinya terseliuh.
Pada masa yg itu, Dato' Tahir dan Qirash datang ke sini selepas mendengar jeritan Alia.
"Ya Allah.. Apa yg berlaku ini??!! Nafisah!! Apa yg awak dah buat ni??" Sergah Dato' Tahir lalu berlari anak naik tangga menuju ke arah mereka berdua.
Begitu juga dengan Qirash. Tidak pasti apa yg berlaku di situ. Apa yg mereka nampak Alia sudah menangis sambil memegang kakinya.
"Takk...awak dah salah faham... Saya tak sengaja terlanggar Alia tadi. Saya tak perasan dia di situ. Saya betul-betul tak perasan." Bersuara Datin Nafisah agar suami dan anak lelakinya itu percayakan dirinya.
Tidak mungkin dia sanggup menolak Alia sehingga berlaku begini sekali. Raut wajah takut Datin Nafisah dapat jelaskan segalanya. Datin Nafisah cuba menolong Alia untuk melihat kakinya yg sakit itu.
"Sudahlah!!!! Tak habis-habis nak menyusahkan semua orang??!!! Kalau sehari awak tak cari pasal tak boleh ke haa??!!! Ketepilah. Awak nak keluar sangatkan??? Pergilah. Jangan berani nak pulang ke sini lagi." Jerkah Dato' Tahir geramnya melihat perangai Datin Nafisah begini.
Semakin diberi muka semakin berani nak tunjuk belang. Sampaikan sudah berani mahu cederakan Alia sendiri. Dato' Tahir sudah muak dengan isterinya. Mahu sahaja dia ceraikan Datin Nafisah sekarang tetapi fikirannya masih waras.
Bagai ditusuk sembilu. Tergamam Datin Nafisah sendiri di situ. Sudahlah tadi dimarahi oleh Dato' Tahir tidak hilang lagi sakit hatinya. Sekarang, dituduh bukan-bukan pula di hadapan Qirash dan Alia. Dia bangun dan beralih dari Alia. Pandangannya tunduk rapat ke bawah. Perasaan malu dan sakit hatinya semakin menjadi-jadi.
"Alia...mari kita ke klinik. Qirash minta Pak Nuh hidupkan enjin kereta. Kaki Alia terseliuh ni." Pinta Dato' Tahir setelah memeriksa pergelangan kaki Alia sedikit.
Rasa kasihan dia melihat Alia menangis menahan sakit. Entah macam mana isterinya menolak Alia tadi. Mujur sahaja perkara teruk tidak berlaku. Kalau tidak punah segala harapannya mahu memiliki rezeki di depan mata.
Qirash terus berlari mendapatkan Pak Nuh di luar. Ditinggalkan mereka sebentar di situ. Sedikit pun dia tidak kasihan melihat mamanya dimarahi lagi. Biar ia tahu perbuatannya itu salah. Qirash tidak mahu memberi muka dan melayan kehendak Datin Nafisah seperti dahulu. Sudah tiba masanya dia rasa menyesal atas perbuatan terkutuknya dulu.
"Sayang....Buat apa termenung jauh ni?? Kan abang dah kata rehat. Jangan banyak bergerak. Ketegarnya isteri abang ni." Sapa Lutfi lalu memeluk pinggang Alia erat sekali.
Sejak dari tadi lagi kepulangannya tidak disambut oleh Alia seperti biasa. Lutfi hairan melihat Alia termenung sendiri di balkoni ini. Dia terus merapati dan menegur Alia. Rasa hilang penat lelahnya sebentar apabila melihat Alia.
"Huh?? Abang dah balik? Sorrylah, Lia tak perasan. Nak makan tak? Lia nak panaskan lauk. Ke nak mandi dulu? Lia sediakan air panas." Dua soalan yg sering dituju kepada Lutfi apabila dia penat pulang dari tempat kerja.
Alia mula tersadar dari lamunannya itu. Sukar untuknya hadam dalam masa terdekat ini. Berbagai masalah yg sering tercetus tanpa sedar. Alia sudah terbiasa buat semua itu untuk keselesaan Lutfi. Wajah Lutfi diraut perlahan. Rasa kasihan dia melihat Lutfi bekerja kuat beberapa hari ini. Jambang mula memenuhi ruang wajahnya. Tidak sempat mahu mencukur kemas.
"Abang nak mandi dululah..Nanti kita makan bersama okey? Biar abang buat sendiri jee. Kaki Lia tu tak sembuh lagi. Jangan banyak bergerak sangat. Malam karang abang urut. But, now..tolong abang. Muahh" Ujar Lutfi lalu menghadiahkan satu ciuman di bibir Alia.
Geram saja dia melihat bibir kecil ini meminta untuk dicium olehnya. Setelah itu, Lutfi berlalu pergi mengambil kain tuala untuk mandi. Bukan satu tetapi dua kain tuala sudah berada di tangannya. Kedua belah keningnya diangkat penuh makna sekali. Senyuman meleret diberikan kepada Alia.
"Hai....Lia dah mandilah.. Jangan ngada-ngada.." Kata Alia sangat faham apa yg Lutfi mahu katakan itu. Wajahnya kemerahan menahan malu.
"Lia...please...." Rayu Lutfi mula membuka butang bajunya satu demi satu. Tali pinggang ditarik lalu dilemparkan ke atas katil. Begitu juga bajunya mula ditanggalkan dari tubuh. Tersegah badan Lutfi yg agak tegap di bahu tetapi perutnya sedikit buncit. Tampak bahagia di situ kerana sering menikmati santapan air tangan isteri sendiri.
"Abang??!!! Eeee, kalini je tau." Kata Alia menutup mukanya sambil berjalan menghampiri bilik air.
Dia tidak dapat menolak permintaan suaminya ini. Wajahnya kemerahan menahan malu yg tidak terhingga. Bukan pertama kali mereka berdua begini tetapi perasaan malu sentiasa ada pada seseorang yg bergelar isteri.
"Haa!!! Nak ke mana tu..Tunggu abang." Nyakat Lutfi lalu mengejar Alia sehingga masuk ke dalam tandas.
Mereka berdua banyak meluangkan masa dengan berbual tentang diri masing-masing. Apa yg dilakukan setiap hari miskipun semuanya berkaitan di tempat kerja. Sedikit banyak hubungan mereka semakin rapat dan tiada masalah yg berlaku walaupun belum dikurniakan rezeki anak lagi. Lutfi dan Alia akan terus berusaha dan ikhtiar kepada tuhan.
Teruskan menanti bab seterusnya okey? <3
Share this novel