"Hello? Miss Alia? Are you okay?" Tegur Lutfi lalu memetik jari ke wajah Alia. Alia pun terus tersedar dari lamunan terkejutnya itu. Entah apa dia berfikir sampai terkejut tengok muka Lutfi di hadapannya ini.
"Ha Ha Ha. kalau yaa pun janganlah terkejut sampai ternganga macam tu. Nasib comel." Gelak Lutfi selepas melihat telatah Alia menahan terkejutnya tadi sambil memuji kecantikkan milik Alia juga.
"Hmmm. Not funny at all. Encik ni tahu menyakat ja kan? macam lah tak ada kerja lain." Bersuara aku sambil menghirup air minuman yang diberi oleh Lutfi tanpa segan pilu. Orang sudah beria nak belanja buat apa nak malu. Tidak kena dengan gaya nak segan tanpa bertempat.
Di dalam hati aku.. ' Ya Allah. Dia dengar Kerr apa yg aku cakap tadi.. harap-harap dia tak ulas balik soalan tadi. malunya aku'.
"Cik Alia belum jawab pertanyaan saya kan? Dah lupa ker?" Ujar Lutfi sengaja berbuat demikian untuk menyakat Alia lagi. Lutfi hanya ingin membuat Alia sedikit tenang selepas kematian ayahnya itu. Selepas mendengar Lutfi berkata demikian, Alia terus tersedak semasa meminum minuman tadi. Terbatuk- batuk Alia dibuatnya.
"Ehhh . maaflah Awak, saya tak sengaja nak buat awak terkejut lagi. Maaf ya.." Tambah Lutfi lagi tidak tahu nak buat macam mana lagi. Sudahlah bukan mahramnya. Lagi rasa berdosa kalau dia mengurut belakang Alia sekarang.
Alia yg melihat raut wajah Lutfi yang kelihatan begitu gelebah sekali selepas melihatnya begini. 'Semacam jaa mamat ni takut. hahaha padan muka.' kata hati Alia jahat sekali. Sudah lama dia tidak kenakan orang. Tambah pula dengan orang yg dia tidak kenal seperti Lutfi
Mereka berdua hanya mendiamkan diri beberapa minit. Alia terus memandang kosong ke arah air laut yg sedang pasang sekarang. Melihat ombak yg beralun itu terasa membawa dirinya sekali ke tengah laut. Pandangan Alia mula menjadi redup sedikit. Fikirannya terus terpikir tentang masa depannya selepas ini. Sudahlah kehilangan seorang ibu pada ketika masih bayi lagi, Sekarang..kehilangan seorang ayah pula. Kini, hanya tinggal dirinya seorang diri saja. Begitu mudah mendapat title "Anak yatim piatu". Dia masih bersyukur kerna Tuhan adalah sebaik perancang semua jalan hidupnya ini.
"Awak okay? Bersuara Lutfi mahu kepastian. Tak pasal-pasal dia terlepas nanti disebabkan perangai menyakatnya ini. Lutfi dapat rasakan yg Alia masih sedih dengan semua ini. Melihat anak mata Alia turut membuat dirinya rasa sakit.
"Ermm.. ermmm. Tak apalah . Saya okay." Ujar aku sambil terbatuk perlahan. Entah kenapa mamat ini tidak faham apa yg aku lalui sekarang ini. Masih lagi fikirkan apa yg terjadi tadi. Tapi, dapat juga aku lupakan sebentar kesedihan ini.
"Hmmm. alhamdulilah, awak okay . takut saya dibuatnya. Kalau kita guna saya dan awak boleh? lagi pun susahlah nak selalu sebut "Cik Alia" ni." kata Lutfi kepada Alia sambil tersenyum manis ke arahnya. Tersentuh dia melihat keperibadian Alia ini. Sangat sopan dan baik orang.
"Errr. bolehlah. Lagi pun saya taklah tua sangat sampai awak nak berCik - Cik dengan saya." Balas Alia tanpa memandang ke arah Lutfi. Walaupun mereka duduk dalam jarak 1 meter sekarang, pandangan mata mesti kena jaga juga.
Lutfi tahu Alia baru berumur 22 tahun Dan 2 minggu lagi Alia akan berumur 23 tahun. Dalam masa dua minggu tu juga Alia akan menjadi isterinya yang sah. Lutfi menghela satu lepasan nafas panjang. Tidak tahu macam mana dia ingin memulakan percakapan ini dengan Alia.
"Sebenarnya, saya nak beritahu awak something. Pasal arwah ayah awak."
Alia mula terkejut selepas mendengar ayahnya disebut terus memandang ke arah Lutfi.
"Kenapa? Kenapa dengan ayah? Tanya Alia dengan nada sedikit tegas. Pandangan tajam mula diberikan kepada Lutfi. Lutfi menelan payah air liurnya ini. Takut dia melihat pandangan milik Alia sekarang.
"Maaflah kalau buat awak risau. Ini..ini surat yang ayah awak nak saya sampaikan kepada awak." Kata Lutfi sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Alia. Alia terus mengambil surat itu pada tangan Lutfi. Hatinya mula rasa tidak duduk senang dengan semua ini.
"Surat apa ni?" Tanya Alia kepada Lutfi dengan hairannya.
"Saya hanya sampaikan kepada awak Lia, saya pun tak tahu apa isi kandungannya."
Ehh , kejap . dia panggil aku Lia? siapa dia kepada ayah. dia hanya sekadar rakan kongsi.. atau sebaliknya. Aku hanya memandang kosong surat yg diberi Lutfi itu. Tambah pula Lutfi sangat pelik orangnya. Sudahlah aku tidak mengenalinya langsung dan sekarang, dia memberi aku sepucuk surat dari ayahku sendiri.
"Okaylah, kalau tak ada apa-apa nak dipertanyakan lagi, mari saya hantar awak pulang. Jauh juga dari sini nak sampai ke rumah awak." Bersuara Lutfi selepas melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 6.15 p.m.
Alia hanya mengangguk tanda setuju saja. Malas dia nak berjalan kaki lagi. Semasa di dalam kereta mereka tidak bercakap apa-apa dalam berapa minit. Masing-masing masih kekok dengan situasi seperti ini.
"1. Dia rakan kongsi ayah? 2. Dia panggil aku "Lia" macam ayah memanggil aku? 3. Ayah begitu rapat dengannya sehingga beri amanah kepadanya untuk memberi surat ini kepada aku? 4. Dia tahu alamat rumah aku sedangkan dia tidak pernah jejak kaki ke sana? 5. Apa hubungan dia dengan Ayah?" Bermonolog Alia sendiri di dalam benak hatinya. Begitu banyak tanda tanya dalam fikiran Alia sekarang. Ya lahh. budak sejarah. selalu mengkaji selagi tak dapat faktanya. Aku akan mencari bukti semua ini sampai ke lubang cacing.
"Ermm.. kita dah sampai." kata Lutfi selepas melihat Alia kusyuk dengan lamunannya di luar kereta. Sedangkan perjalanan sudah sampai pun dia tak sedar.
"Ehhh, hmm maaflah." ujar Alia sambil tersenyum kosong ke arah Lutfi. Malu saja dia selalu ditegur oleh Lutfi seperti ini. Mengalahkan seorang isteri pula.
Hati Lutfi sedikit tergugat selepas melihat senyuman manis Alia. Dia hanya memandang ke arah lain untuk sembunyikan perasaannya kepada Alia. Boleh pecah degupan jantung ini kalau setiap kali melihat Alia. Alia pun melangkah keluar dari kereta BMW 610i couple milik Lutfi.
"kaya gila dia ni, hmm mesti dari keluarga berada ni. kata suara hati Alia.
"Okaylah terima kasih . kata putus Alia pendek saja kepada Lutfi. Rasanya tidak perlu dia bercakap lebih lagi kerana mereka bukanlah kenal antara satu sama lain pun.
Lutfi terasa sedikit kecewa tetapi dia gembira berada di samping Alia hari ini . Belum sempat Lutfi memecut BMWnya itu Alia terus memanggilnya.
"Encik Lutfi!!"
"Ehh jap-jap..nak tanya sikit boleh?" Kata Alia sambil tersenyum kerang busuk ke arah Lutfi.
"Haa.. APA?" Terkeluar sedikit suara garau milik Lutfi. Dia masih tertunggu-tunggu apa yg akan Alia katakan itu.
"Haha.. umur Awak berapa aehh?" Tanya Alia ingin kepastian. Dia hanya menganggap Lutfi sebaya dengannya saja. Rupa paras Lutfi seperti masih muda lagi. Dengan badan kurung kering miliknya itu. Alia hanya mengagak sahaja semua itu.
"Ermm. 30 tahun. kenapa?" jawab Lutfi tanpa segan pilu dekat Alia. Lutfi mengangkat sedikit keningnya kepada Alia yg sudah ternganga luas setelah mendengar tentang umurnya itu.
"Erkkk...Mak aii...Tuanya lahai dia ni. muka still young. biarr betull? Awek muda erkkk??!!" Terkejut Alia dibuatnya. Rasa kelakar pula apabila mendapat tahu tentang umur Lutfi. Jauh benar jika hendak dibandingkan dengan umurnya ini.
"Ehh tak ada apa .Terima Kasih sekali lagi. Pandu kete elok-elok.." Ujar Alia sambil menghadiahkan senyum kelat ke arah Lutfi. Takut saja dia melihat senyuman nakal di wajah Lutfi itu. Seperti mahu terkam ke arahnya saja sekarang.
"Hmm, apa-apa sajalah untuk awak bakal isteriku." Balas Lutfi terus meluncur laju pergi dari sini. Lutfi sempat mengenjit matanya ke arah Alia. Puas hatinya berkata begitu kepada Alia.
APA?? bakal isteri. Apa maksud dia tuu? Eeeeiiiii!! Dah angau ka apa?? aku ni masih muda lagi kott . masih student . wehhh biar betul encik tadi. Dia dah kategori pakcik kot!! Nak pengsan aku dibuatnya. Lebih baik aku masuk berehat. Naik demam Aku dibuatnya selepas mendengar kata-kata Lutfi tadi. Rasa seram sejuk saja badan ini. Fuhh!!
Share this novel