Bab 34

Drama Series 71241

"Itulah Umi ni..Orang suruh rest tak nak. Sibuk keje je memanjang. Dah tua ni apa kata lepak je dekat rumah. Aan boleh kasi bonus tiap bulan dekat umi."

Berleter Furqan panjang lebarnya dekat Hajah Samsiah. Sudah tiga hari uminya ini jatuh sakit kerana penat bekerja siang dan malam tanpa rehat. Bukan mudah menjadi seorang guru besar. Berat tanggungjawab yg perlu dia pikul sampaikan lupa tentang kesihatannya. Nasib saja hujung minggu ini Furqan rasa tergerak hati mahu pulang sebentar ke rumah Hajah Samsiah. Segera dia membawa uminya untuk pemeriksaan doktor pakar di Hospital. Jika dibiarkan lama nanti lagi teruk keadaannya.

"Marah nampak anak umi ni..Alah, biasalah ni. Demam urat. Nanti sembuhlah. Salah Aan juga tak pulang tengok umi..Tak tahu ke Umi ni rindukan dia?"

Ujar Hajah Samsiah sambil memeluk erat pergelangan tangan anak lelakinya ini. Sejak kematian suaminya Furqan yg mengalas semua tanggungjawab ini. Menyara kehidupan adik-adiknya di peringkat sarjana muda. Hajah Samsiah beruntung dan bersyukur dikurniakan seorang anak lelaki yg baik seperti Furqan. Selalu risau tentang keadaanya. Terlalu awal dia mahu berhenti kerja dan bersara. Hajah Samsiah masih fikirkan tentang masa depan anak-anaknya yg lain. Mereka perlukan duit yg banyak untuk sambung belajar sehingga berjaya kejar impian masing-masing. Selepas itu, barulah dia boleh bersara dari dunia perguruan dengan tenangnya.

"Ermm, macamlah Aan ni je anak umi. Dah..duduk sini kejap. Aan nak pegi letak slip ubat ni dekat kaunter. Jangan gatal nak jalan pergi mana-mana."

Balas Furqan lalu menolong Hajah Samsiah untuk duduk dahulu di kerusi tempat menunggu pesakit luar. Sempat dia berpesan agar uminya ini tidak perlu pergi ke mana-mana sampai dia kembali ke sini semula. Bukan dia tidak kenal dengan sifat ramah Hajah Samsiah. Ada saja mahu tegur dan bertanya khabar pesakit di sini. Suka sangat ambil tahu pasal orang sampaikan diri sendiri tak terjaga.

"Eleh..Ikut sukalah umilah..kaki umi buka kaki Aan."

"Haa melawan. Cepuk kang. Tunggu tau."

"Yeee...."

Furqan terus beredar dari situ. Semakin di layan perangai manja uminya sampai bila pun tak selesai semua ini. Hajah Samsiah mula ketawa kecil kerana seronok melihat Furqan memarahi dirinya. Bukan selalu mahu bermanja dengan anak terunanya ini. Para pesakit yg menunggu di situ mula tersenyum melihat telatah anak dan ibu seperti mereka berdua. Boleh tampak hubungan mereka berdua amat akrab sekali. Seolah seperti pasangan kekasih sahaja. Wajah dan rupa Hajah Samsiah tidaklah terlalu berkedut dan masih cantik seperti awet muda. Furqan tidak kisah melayan uminya seperti kekasih hati kerna itulah syurganya.

"Kata-kata Dr Henry tadi masih bermain di kotak fikiran aku. Sakitku semakin melarat? Adakah ubat yg aku ambil tidak berkesan? Aku perlu membuat pembedahan jika tidak mahu melalui stage seterusnya..Ya..Allah. Apa yg perlu aku lakukan sekarang..."

Nguman Munirah sendiri. Fikirannya sangat serabut. Hatinya sedih mendengar berita ini. Air mata mula terkumpul di kelopak matanya. Mahu saja dia menangis sepuasnya tetapi dia perlu tabah. Mencari satu kekuatan untuk menutupi semua ini. Mahu tidak mahu dia perlu lalui semua ini kerana inilah realiti hidupnya sekarang. Kaki ini melangkah pergi membawa sejuta kedukaan. Jika hati ini sentiasa utuh, jadi tiada alasan dia perlu jatuh.

Tiba-tiba.

"Debuk!!"

Alia bertembung dengan seorang lelaki tanpa dia sedar. Matanya asyik fokus terhadap benda lain dan kakinya bergerak tanpa henti. Nasib badannya sempat dipaut oleh lelaki itu kalau tidak mesti tubuhnya sudah jatuh terduduk di lantai. Pantas tangannya memaut kuat baju di dada lelaki itu. Itu adalah tindakan refleknya tanpa sedar. Kini, mata mereka bertaut antara satu sama lain.

"En..maafkan saya...saya tak sengaja..."

Bersuara Alia setelah sedar apa yg berlaku tadi. Dia membetulkan kembali kedudukannya. Rasa malu dan bersalah mula menjalar di lubuk hatinya. Apa yg berlaku tadi sangat memalukan.

"Ehh, tak apa salah saya juga tak nampak awak lalu tadi. Arrr..Ni Aliakan? Isteri Lutfi?"

Tanya lelaki itu apabila perasan wajah Alia seperti pernah dilihat sebelum ini. Dia sangat kenal dengan rupa isteri sahabatnya itu. Mereka berdua belum kenal antara satu sama lain. Lelaki itu mula memandang ke arah Alia dari atas sehingga bawah. Terpikir juga apa yg Alia buat di sini tanpa diteman oleh sesiapa pun.

"Arrr...ye..ye..Saya Alia. Isteri Lutfi..Maaf tanya. En Siapa ya? Seperti kita pernah bertemu sebelum ini.."

Jawab Alia turut memandang lama wajah lelaki di hadapannya ini. Fikirannya mula berpikir sesuatu. Dia seakan kenal dengan rupa dan suara lelaki ini. Lelaki ini juga berkata tentang Lutfi. Pasti dia adalah sahabat handal Lutfi. Teka Alia sendiri.

"Owhh, lupa nak kenalkan diri pula..Saya Furqan. Rakan baik suami Puan Alia. Lutfi. Ermm, tak ingatkah wajah hensem ni? Kita meet dekat belakang tempat letak kereta semasa majlis perkahwinan Puan Alia dan Lutfi..time tu Puan Alia....ingat tak?"

Kata Furqan sambil membetulkan sedikit rambutnya di depan Alia. Dia mahu sangat Alia cam wajahnya yg sudah berjambang sedikit itu. Furqan bagi sedikit petunjuk agar Alia kembali teringat tentang kejadian sewaktu itu. Dia tahu Alia sedang sembunyikan sesuatu daripada semua orang termaksudlah Lutfi sendiri. Mahu juga dia mengorek rahsia Alia dalam diam.

"Ya Allah..Awakk!! Awak ke lelaki tu.. Awak kawan Lutfi?"

Ujar Alia sedikit terperanjat apa yg berlaku dalam sekelip mata ini. Dia menekup mulutnya agar orang yg lalu lalang di sini tidak berpikir bukan-bukan terhadap mereka berdua. Ton suaranya agak kuat tadi. Alia mula menelan payah air liurnya. Bukan pertemuan begini dia mahukan. Tambah, orang di depannya ini pula rakan baik Lutfi. Pasti dia akan memberitahu Lutfi nanti.

"Heii..Mohd Furqan Alias. Puas umi tunggu sorang-sorang dekat depan tu. Kamu ke mana haa?"

Sapa Hajah Samsiah lalu menjatuh satu pukulan di kepala Furqan. Puas dia menunggu Furqan tetapi tidak muncul kelibat anak lekakinya ini. Lama benar dia mengambil ubat di kaunter.

"Aduh..Sakitlah umi..Aan tinggal sekejap pun tak boleh tunggu ke?"

Balas Furqan sambil mengosok kepalanya sedikit. Tumbukan itu sangat berbisa sekali. Sudah biasa dia kena seperti ini kerana sifat tegas Hajah Samsiah jangan dibuat main. Guru mana saja di Malaysia ini tidak garang. Alia hanya tersenyum manis apabila melihat Furqan dimarahi oleh ibunya. Tersentuh dia melihat telatah dua beranak ini. Apakah daya, dia tidak pernah merasai semua ini sejak dari kecil lagi. Hanya mampu melihat kebahagia orang lain di samping ibu tersayang mereka.

"Banyak cantik muka kamu sekejap..dah setenjah jam tahu!! Owhh, sempat lagi ehh kamu dating dengan awek? Uishh, cantiklah Aan..Siapa ni? Tak nak kenalkan dekat umi ke?"

Tetiba saja Hajah Samsiah menolak sedikit dada Furqan ke tepi setelah melihat ada seorang perempuan tersenyum manis ke arah mereka berdua. Segera dia berjalan mendekati Alia. Tangan Alia terus dipegang olehnya. Tergamam Alia buat sejenak waktu. Begitu juga dengan Furqan agak terkejut melihat uminya bertindak sampai begini sekali. Furqan mula menampar kepalanya.

"Umi..apa ni umi..kalau ye pun nak rasa timbang menantu..janganlah gelojah sangat. Ni..ini Alia. Isteri Lutfi."

Beritahu Furqan sedikit gagap ton suaranya itu. Dia mula mengaru lehernya yg tidak terasa gatal. Perasaan malu mula menjalar di sekitar badannya. Sampai begini sekali uminya mahukan seorang manantu. Nasib badannya Alia yg disangkakannya.

"Owhh..Yeke? Ya Allah. Ingatkan calon menantu Umi tadi. Tapi tak apalah..Ishh, cantiklah Alia ni. Pandai Lutfi pilih. Alia..Aunty ni Hajah Samsiah tau. ibu Furqan. Alia panggil je umi yee..Dah lama umi nak berjumpa dengan Alia dan Lutfi. Maaflah,umi tak sempat nak pegi majlis perkahwinan kamu berdua.."

Kata Hajah Samsiah semangatnya akhirnya ketemu juga dengan isteri Lutfi. Sudah lama dia mahu berjumpa dengan mereka berdua. Hajah Samsiah terus manarik Alia ke dalam dakapannya. Di cium dan dipeluk Alia seperti anaknya sendiri. Alia hanya mampu tersenyum kelat saja. Tidak tahu dia mahu membalas apa lagi. Rasa selesa sangat bila berada di dalam pelukan Hajah Samsiah. Furqan hanya mampu melihat telatah uminya ini. Suka sangat buat jejak kasih tidak bertempat. Tidak kiranya dengan sesiapa pun. Pasti dia akan melayan seperti anaknya sendiri.

"Alia..buat apa di sini? Sorang je ke? Mana Lutfi?"

Tanya Hajah Samsiah setelah dia meleraikan pelukan itu. Dia mula mencari kelibat Lutfi tetapi tidak kelihatan. Hanya Alia seorang saja berada di sini. Pandangannya mula melihat tubuh kecil Alia dari atas sehingga bawah. Pelbagai tanda tanya mula bermain di fikirannya. Ayu saja Alia mengenakan baju kurung biru bercorak bunga dan tudung bawal lepas bawah dadanya. Beg sandang digalas melepasi dadanya. Senyuman di bibir Alia tidak pernah luntur. Tersentuh Hajah Samsiah melihat kecantikan semula jadi milik Alia. Kalaulah Alia menantunya pasti dia akan beri layanan lebih dari seorang anak.

"Arr..saya seorang saja ke sini. Sebenarnya.."

................................................................................

Aku melangkah berat untuk memasuki ke dalam rumah agam ini semula. Perasaanku mula bercampur baur. Hatinya begitu tenang sepanjang berjumpa dengan Umi dan Furqan. Meluangkan masa sebentar bersama mereka cukup merawat perasaan sakit ini. Hilang segala keresahan aku sepanjang hari. Kini, aku harus kembali ke dunia sebenar. Aku tidak boleh lari dari dunia ini. Aku sudah menjadi milik Lutfi. Aku mempunyai seorang suami. Aku perlu jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yg mithali. Aku juga mempunyai keluarga besar di sini. Walaupun diri ini masih dipinggirkan, dibenci dan dicaci. Mereka masih keluarga aku. Dekat mana lagi aku mahu mengasih kasih ini. Mungkin inilah takdir hidupku sekarang.

"Assalamualaikum.."

Ucap Alia seraya itu melangkah masuk ke dalam rumah. Pagi tadi dia sudah meminta izin daripada Lutfi untuk berjumpa dengan Fahmi. Alia terpaksa mereka cerita agar Lutfi tidak tahu dia pergi ke mana. Dia berharap sangat Furqan dapat berpegang pada janji tadi untuk merahsiakan semua ini daripada pengetahuan Lutfi. Alia belum bersedia mahu memberitahu semua orang tentang kesihatannya. Biarlah dia cuba selesaikan sendiri. Dirinya yg tanggung sakit dan bukannya mereka.

"Lia..Lia pergi mana ni lama sangat. Orang ramai sudah lama tunggu Lia. Jum..nanti semua ini terpaksa ditangguhkan pula."

Tegur Lutfi setelah melihat Alia baru saja pulang. Dia segera menarik tangan Alia lalu berjalan menuju ke ruang tamu. Terkedu Alia sebentar dengan tindakan Lutfi seperti ini. Sedikit pun Lutfi tidak memberi senyuman ke arahnya malah wajah suaminya ini nampak tegang sahaja. Pasti sesuatu sedang berlaku sekarang di sini. Alia hanya mengikuti langkah Lutfi dari arah belakang. Dia memandang sayu keadaan Lutfi yg begitu resah dan gelisah sekali.

"Papa..kita boleh mulakan sekarang.. Alia sudah ada.."

Bersuara Lutfi ke arah semua ahli keluarganya itu. Termaksudlah seorang lelaki bersut kemas mula mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Tergamam Alia melihat semua orang sedang berkumpul di sini. Semua mata terus memandang ke arahnya. Dia masih tidak tahu apa yg sedang berlaku. Lutfi menyuruh Alia duduk di sebelah Dira. Selepas itu, dia melabuhkan diri di sebelah Alia. Datin Nafisah dan Qairin hanya memandang sinis ke arah Alia. Selalu di layan bak raja di sini. Qirash pula duduk di sebelah Dato' Tahir. Hajah Aminah duduk seorang diri di sofa tidak jauh dari Alia. Dia terus memberi senyuman kepada cucunya yg baru pulang ini. Masing-masing sedia mendengar satu keputusan dari pihak mahkamah ini.

"Puan Nur Alia Qisyara Binti Mohd Noor. Benar itu nama Puan sendiri?"

Tanya lelaki bersut biru itu ke arah Alia. Dia memandang tepat ke arah anak mata Alia yg berlapiskan spek matanya itu. Surat di tangannya mula diteliti semula. Sebelum dia meneruskan semua itu dia perlukan kebenaran dari Alia dahulu kerana semua ini milik Alia. Hanya Alia layak mendengarnya berbanding semua orang di sini. Mereka hanyalah keluarga di pihak suaminya saja. Tidak lebih dari semua itu.

Aku hanya menundukkan kepala ke bawah. Tidak faham apa yg berlaku sekarang ini. Kenapa lelaki itu menyebut nama aku di depan semua orang. Apa kena mengena aku dengan semua ini. Aku mula mengenggam kuat baju kurungku sendiri. Badanku mengigil tanpa sebab. Aku takut untuk melalui semua ini sendiri.

"Sayang...Lia ok? Tak mengapa..abang ada di sini. Jangan takut yee.."

Bisik Lutfi perlahan di telinga Alia. Dia mula menggenggam erat pergelangan tangan Alia. Lutfi memberi sedikit semangat dan satu kepercayaan terhadap Alia. Dia faham jika Alia tidak biasa dengan semua ini. Tambah pula dirinya yg sedang menjadi tumpuan sekarang. Alia terus mengganggukkan kepala. Rasa tenang sedikit selepas Lutfi berkata begitu. Dia memberikan satu senyuman kepada Lutfi. Lutfi turut membalas senyuman itu dengan menepuk lembut bahu Alia.

Dira juga membuat perkara yg sama untuk Alia. Dia bukan berseorangan di sini. Semua orang akan berada di sampingnya di kala susah dan senang. Alia tidak perlu takut untuk lalui situasi seperti ini. Qirash hanya memandang sayu ke arah Dira. Hubungan mereka berdua masih lagi dingin dan dalam tempoh penceraian. Sedikit nasihat mungkin akan diberikan kepada kedua belah pihak jika mereka masih mahu bersama. Selapas tiada kata sehaluan lagi barulah mereka boleh berpisah secara baik di depan pihak mahkamah. Datin Nafisah dan Qairin mula rasa bengang setelah melihat Alia berlakon takut di depan mereka semua. Mereka berdua tidak sabar mahu tahu harta faraid Alia. Pasti bernilai harganya kalau tidak kenapa sampai begini sekali dirahsiakan. Alia pula anak tunggal. Sebahagian harta itu pasti akan menjadi miliknya. Untung besar keluarga ini nanti.

"Maafkan saya, saya lupa nak kenalkan diri. Saya Encik Mukhlis. Saya pentadbir yg dilantik oleh Dato' Tahir bagi memudahkan pembahagian harta faraid dan harta pusaka arwah Mohd Noor kepada waris yg dikenal pasti dan terdekat dengan Si mati. Sekali lagi, saya bertanya. Puan Nur Alia Qisyara Binti Mohd Noor. Adakah itu nama Puan?"

Kata lelaki bersut biru tua itu sekali lagi terhadap Alia. Encik Muhklis masih memandang ke arah Alia. Berharap sangat semua ini dapat diselesaikan hari ini juga. Pengurusan harta faraid dan pusaka amat berat sekali bagi kes ini disebabkan Alia tidak keluarga. Hanya dirinya saja ahli keluarga terdekat arwah ayahnya. Mereka yg lain di sini tidak layak mendapat semua ini. Tetapi, semua ini boleh berubah dalam sekelip mata jika Alia membuat keputusan penyerahan semua ini kepada pemilik baru.

Tergamam Alia apabila mendengar pentadbir datang bagi menyelesaikan pembahagian harta faraid dan pusaka milik arwahnya. Jadi, selama ini mereka yg lain di sini sudah tahu. Dira pernah berkata tentang semua ini dua hari yg lepas. Alia masih tidak dapat hadam lagi semua itu. Kenapa Lutfi tidak pernah memberitahunya tentang semua ini. Malah ahli keluarganya yg lain sudah tahu lebih awal darinya. Pengurusan ini juga dibuat oleh bapa mertuanya sendiri. Berharta sangatkah arwah ayahnya sampaikan begini sekali kes ini dibawakan ke sini. Berat hatinya mahu teruskan semua ini. Sepatutnya dirinya saja yg tahu dan bukannya mereka semua. Mereka langsung tiada ikatan keluarga denganya. Sejak ayahnya hidup mereka langsung tidak bertandang ke rumah malah bila sudah tiada ramai saja mahu menadah. Kaya sangatkah dirinya ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience