"Ketang..ketang..ketang.."
Kedengaran bunyi bising seseorang sedang menumbuk lesung batu di dapur. Bunyi itu bising sekali membuatkan Lutfi tidak duduk senang menonton televisyen di ruang tamu. Sekali sekala pandangannya di alihkan ke arah dapur dan kembali menonton tv semula. Entah siapa yg sedang memasak di dapur. Alia ataupun Mak Senah mungkin. Lutfi mula terpikir kenapa begitu sekali orang itu menumbuk lesung batu. Kalau boleh biar jiran ataupun rumah sekitar sini boleh mendengarnya yg rumah ini sedang memasak. Tanpa membuang masa lagi Lutfi terus bangun dan berjalan menuju ke arah dapur.
"Ehh, sayang ke yg tumbuk lesung batu tu..Amboi bukan main kuat bunyinya..Macam ajak gaduh dengan jiran je ni?? Hee, masak pe tu?"
Nyakat Lutfi setelah melihat Alia yg sedang menumbuk cili hidup di dalam lesung batu itu. Terhibur Lutfi melihat aura isterinya ini masih marahkan hal semalam. Pelbagai cara Lutfi lakukan untuk memgambil hati Alia semula. Alia menghentikan tumbukan itu lalu memandang tepat ke arah Lutfi. Senyumannya mula mati apabila satu pandangan tajam Alia berikan kepadanya. Mak senah tersenyum saja melihat gelagat mereka berdua. Kalau tidak gaduh sehari memang tidak sah.
"Ermm..gurau je sayang..sambung tumbuk semula. Ehh, kenapa tak beritahu ada motosikal? Masih boleh guna ke ni?"
Lutfi mula berdalih sambil mengurut lembut lehernya. Rasa seram sejuk dengan pandangan Alia begitu. Lutfi mula berjalan mendekati motosikal jenama Honda bulat yg masih elok parking di ruangan dapur ini. Motosikal ini ditutupi oleh kain cadar lama.
"Itu motosikal arwah ayah Alia. Sudah lama rasanya motosikal itu tidak disentuh. Setahu Mak Senah arwah ayah dah lama tak naik kan Alia?"
Ujar Mak senah setelah melihat Lutfi berkenan untuk tahu lebih lanjut tentang milik siapakah motosikal ini. Alia hanya menganggukkan kepalanya saja. Bila lihat semula motosikal itu, segala kenangan bersama arwah mula bermain di fikirannya. Hati ini mudah terasa sebak dan tersentuh segalanya berkaitan kehidupan arwah. Lutfi memandang sayu saja wajah Alia yg sudah berubah ketika itu. Betapa sayang dan hormatnya Alia dekat arwah ayahnya.
"Boleh abang cuba hidupkan motosikal ni?" Pinta Lutfi lembutnya sebelum menyentuh motosikal itu. Takut pula jika Alia marah nanti.
"Ermm..Itu pun kalau hiduplah..setahu Lia dah lama arwah ayah tak sentuh."
Jawab Alia lalu memandang hairan ke arah Lutfi. Entah kenapa suaminya ini berminat sangat dengan motosikal itu. Padahal Alia tidak pernah melihat Lutfi membonceng motosikal sebelum ini.
"Okey...Saya cuba yee.."
Tanpa membuang masa lagi Lutfi mula menarik turun cadar lama yg masih beralas di atas motosikal ini. Lutfi mula mengukirkan senyuman riang. Terpegun seketika dirinya kerana kondisi motosikal ini masih baik dan terjaga rapi lagi. Tidak sangka Arwah bapa mentuanya masih simpan motosikal era dahulu kala. Belum pernah Lutfi melihat jenama motosikal honda bulat seperti ini di zaman sekarang. Kalau ada pun mesti enjin dan rupa luarnya di ubah suai. Tungkat motosikal ini diangkat lalu Lutfi menolaknya untuk melihat enjin di luar rumah saja. Alia memandang ke arah Mak Senah tanpa bersuara. Mak Senah turut mengangkat bahunya kerana tidak tahu apa yg Lutfi mahu lakukan terhadap motosikal itu.
Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 p.m. Di luar rumah kelihatan Lutfi masih sibuk membaiki motosikal honda bulat itu. Sudah masuk 2 jam dia menghabiskan masa hari ini untuk melihat masalah yg terdapat pada motosikal itu. Basah lencun baju Lutfi dengan lelehan peluh di sekitar dahinya. Nasib saja dia membawa kotak peralatan di dalam bonet kereta. Tidaklah susah-susah dia mencari alatan untuk membaiki. Dari jauh Alia memandang saja telatah Lutfi berbuat demikian. Gigih benar suaminya ini ingin menghidupkan semula motosikal itu. Padahal motosikal itu sudah lama tidak disentuh langsung. Bibirnya mula menguturkan senyuman gembira. Rasa tersentuh sangat melihat gelagat Lutfi setiap hari. Tidak sanggup dia ingin bermasam muka dengan Lutfi lebih lama lagi. Suaminya ini betul-betul lelaki idamanya.
"Ok Lutfi..tunjuk skill kau sikit. Dah lama aku tak sentuh bab-bab ni..Rasanya motosikal ini elok lagi. Cuba tukar minyak hitam dulu. Mesti boleh hidup punya..."
Berleter Lutfi sendiri cuba mencari jalan penyelesaiannya dulu. Dia sudah tidak kisah minyak hitam terkena pada bajunya malah sekitar tangan dan wajahnya juga dipenuhi warna hitam. Asalkan motosikal ini dapat dihidupkan semula. Mesti Alia akan sukakannya nanti. Dapatlah dia membawa Alia pergi jejalan sekitar kampung ini lagi.
"Abang..sudahlah tu. Tak payah susah-susah buat semua ni. Dah lama arwah ayah tak sentuh motosikal ni. Habis kotor baju abang..muka tu. Meh sini, biar Lia lapkan peluh di muka abang."
Tegur Alia setelah datang menghampiri Lutfi. Dia menghulurkan segelas air kosong kepada Lutfi. Mesti suaminya ini dahaga. Tangan Alia mula merayap di sekitar wajah Lutfi. Alia membersihkan kotoran itu dengan kain tuala kecil.
"Ermm..sweetnya isteri abang ni. Sayang juga ehh Lia dekat abang. Janji dengan abang boleh?"
Tangan Lutfi mula merayap di sekitar pinggang Alia. Rasa mahu gigit saja hidung mancung milik Alia. Comel sangat isterinya ini. Di rumah sendiri pun masih nak pakai tudung. Mungkin Alia sudah terbiasa begini. Lutfi tidak pernah menyoal semua itu.
"Haa, nak suruh janji apa pula ni? Beritahu dulu. Kalau tak Lia tak nak janji. Nanti benda pelik yg abang minta.."
"Hee, mana adalah. Kali ni tak peliklah. Ok. Kalau abang dapat hidupkan semula motosikal ni..Lia kena teman abang ride satu kampung ni tau. Then, lepas tu kita dinner sama-sama dekat restoran di tepi pantai. Tidak lama lagikan kita dah nak pulang ke bandar. Abang nak luangkan masa bersama Lia di sini. Janji?"
Ujar Lutfi dengan yakin apa yg dikatanya itu. Setelah kejadian semalam berlaku, Alia sudah tidak mahu keluar dari rumah. Dia lebih suka duduk di rumah saja kerana tidak mahu perkara sama berulang kembali. Biarlah apa yg orang kampung akan sangkakan asalkan dia tidak pernah berbuat demikian. Manusia terlalu suka menilai daripada mengetahui perkara sebenar. Kadang-kadang kita perlu mengalah walaupun itu bukan salah kita sendiri.
Aku mula mengendurkan pandangan ke bawah. Bukan aku tidak suka dengan pelawaan suamiku ini tapi, aku sudah penat menghadap tomahan tidak bernas orang kampung. Perasaan sakit ini tidak mungkin akan hilang dalam jangka masa terdekat. Terlalu sakit sangat bila dikenang semula. Walaupun Lutfi tidak merasai apa pun tapi aku sangat terkesan dengan semua itu. Ini melibatkan maruah arwah ayah dan ibu. Aku takut akan bertindak seperti semalam jika mereka melibatkan maruah arwah ayah dan ibu semula. Aku takut untuk menghadap semua ini lagi.
"Lia masih takut?"
"Kalau Lia takut..abang tak akan paksa. Abang faham bukan mudah kita nak terima pandangan baik orang kampung ni kan? Apa yg Lia rasa itu juga apa yg abang rasakan. Lia isteri abang. Mana mungkin abang akan biarkan Lia rasa sakit ini sendiri. Jangan rasa takut lagi. Abang ada Lia. Kita tempuhi semua ini bersama ye? Jangan risau pasal tomahan orang kampung. Abang pasti mereka tidak akan bersangka buruk lagi dekat keluarga kita."
"Dah..jangan masam macam ni. Dah tak comel lah.."
Pujuk Lutfi setelah melihat Alia mendiamkan diri seperti ini. Kasihan Alia menempuhi semua ini seorang diri. Kini, dia tidak lagi sendirian. Lutfi akan sentiasa berada bersamanya. Menempuhi pahit manis kehidupan yg akan datang. Walaupun sukar, Lutfi tidak akan membiarkan Alia hidup seperti dahulu lagi. Alia berhak hidup lebih baik sekarang. Sentiasa berada di sampingnya selalu.
Aku terus memeluk pinggang Lutfi. Setiap bibit biacaranya sangat selesa sekali. Jika benar Lutfi sanggup berkongsi kasih ini bersamaku. Aku sanggup berkorban segalanya demi cinta tulus Lutfi ini. Aku perlu kuat kerna sakit ini akan terus terasa bila aku lemah. Demi Qiyyan Lutfi, Cinta Alia hanya untukmu yang satu.
Dari jauh Mak Senah terus mengesat air mata yg sudah pun mengalir di wajahnya. Melihat Lutfi menerima baik perjalanan hidup Alia selama ini sudah cukup membuat hatinya terasa tenang sekali. Dia tidak perlu risau lagi tentang Alia. Mungkin Mak Senah perlu melepaskan Alia hidup bersama Lutfi. Mak Senah yakin Lutfi dapat menjaga Alia dengan baik sekali sebagai penganti arwah Mohd Noor.
...............................................................................
"Macam mana dengan pembahagian harta pusaka milik arwah Noor? Semuanya milik Alia?"
Tanya Dato' Ghani kepada abang sulungnya itu. Hampir masuk 2 bulan kematian Muhd Noor. Semestinya pembahagian faraid telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Dato' Tahir membetulkan kedudukannya dahulu. Soalan yg dituju oleh adiknya ini amat memberangsangkan. Siapa saja tidak mahu tahu tentang bahagian harta Muhd Noor. Walaupun hidup dalam kesederhaan tetapi kekayaan milik arwah tiada sesiapa yg tahu kecuali anak bongsunya, Lutfi.
"Well, Kita tunggu pihak mahkamah keluarkan faraid dulu. Kau tahukan Alia akan dapat setengah pembahagian harta itu disebabkan dia anak kandung perempuan tunggal. Kita mungkin tidak akan mendapat apa-apa hak disebabkan arwah hanyalah anak angkat. Terserlah kepada keputusan mahkamah sajalah.."
Ujar Dato' Tahir tidak berminat untuk berbual lebih tentang hal ini. Siapa dia mahu tahu tentang keperibadian milik arwah. Bila dapat tahu Alia mendapat haknya itu sudah cukup buat Dato' Tahir. Mungkin Alia akan rasa hidup lebih senang selepas ini. Tidak perlulah dia bersusah payah bekerja lagi. Lutfi juga mampu menjaganya dengan baik.
"Aku bukan apa abang. Apa tujuan kau kahwini Lutfi dengan anak arwah? Bukankah selama ini kau tidak suka dengan arwah?"
"Zuppp!!"
Soalan yg dituju oleh Dato' Ghani benar menusuk jiwa dan raganya. Adiknya ini pandai saja meneka walaupun tidak perlu memberitahu apa pun. Senyuman sinis mula terpancar di wajah Dato' Tahir. Perlulah dia memberitahu apa tujuannya selama ini? Rasanya tidak perlu dia membuka mulut lagi. Masa masih panjang. Banyak perkara boleh berlaku dalam masa terdekat ini.
..............................................................................
"Ermm..Dah pagi ke?? Aduh sakitnya kepala aku.."
Cakap Emily sendiri setelah membuka sedikit kelopak matanya. Cahaya matahari mula terpancar masuk memenuhi ruang biliknya. Tangan Emily mula memicit kepalanya. Rasa pusing bukan seperti selalu. Mungkin malam tadi dia terlebih minum lagi. Badannya terasa berat sedikit di bahagian perut. Seolah ada sesuatu sedang memegang di situ. Emily meneliti setiap inci badannya. Langsung tidak mempunyai seutas benang. Fikirannya mula berfikir benda lain. Tanpa membuang masa lagi, Emily menolak sedikit kain selimut itu dan mendapat tangan Qayyum berada di pinggangnya. Pandangan Emily terus beralih ke bahagian tepi. Ya, Qayyum sedang nyenyak tidur di sebelahnya.
"Arghhh!!!"
"Boy..boy!!! Boy..bangunlah!!! Apa yg u dah buat ni??!!!"
Herdik Emily setelah melihat Qayyum masih tidak mahu bangun dari tidur itu. Tergamam Emily melihat diri Qayyum tanpa seutas benang juga. Jadi, mereka berdua sudah terlanjur kali ini. Emily mula mengetap kuat bibirnya. Bukan ini dia mahukan terjadi. Qayyum sudah melampau kerana sanggup mengambil kesempatan ke atas dirinya tengah mabuk semalam.
"Em..bukan salah aku je ok? Kau yg goda aku semalam..kau dah lupa ke?"
Bersuara Qayyum sambil membetulkan kedudukannya sedikit. Rasa semak telinga ini mendengar bebelan Emily pepagi buta. Baru sekarang dia rasa menyesal. Semalam tidak pulak dia menolak aksi hangat mereka di ranjang. Sama-sama menikmati persetubuhan itu. Senyuman gembira mula terpancar di wajah Qayyum. Dia sudah dapat menyentuh setiap inci tubuh Emily. Sebelum ini, hanya Lutfi yg merasai semua itu. Diri Emily tidak ubah seperti seorang pelacur kelas atasan. Sentiasa menunggu layanan yg top saja.
"Kali ini saja u dapat semua ini.. I hanya milik Luke. U kena ingat Qayyum. I dah banyak bantu syarikat bapa u. Now, u pay it with helping me to get Luke back!!"
Ugut Emily sambil meyarungkan baju ke tubuhnya semula. Bergetah badannya rasa ketika itu. Mungkin campuran peluh mereka berdua. Dia mula rasa jijik dengan diri sendiri. Emily rasa menyesal sangat menyerah tubuhnya kepada Qayyum. Sekarang, dia sudah tidak suci lagi. Apa yg Lutfi akan rasa jika dapat tahu semua ini.
"Wait Em..kau nak pegi mana ni? Awal lagilah..apa kata kita buat round 3 pula? Semalam kuat u tahan sampai round 2 ye. Wau..aku tak tahulah berapa round kau layan si Lutfi tu.."
"Tak kan dengan aku.. kau tak boleh layan? I'm Promise..aku akan dapatkan Luke semula dekat kau..Agree?"
Qayyum memerli padat ke arah Emily sebelum memberi satu candangan yg mengarut ke arahnya. Mata Qayyum masih liar melihat ke arah bentuk tubuh Emily. Sangat mengiurkan dirinya ketika itu. Merah padam wajah Emily menahan amarah. Mahu saja dia menampar wajah Qayyum ketika itu. Seperti ini sekali lelaki ini menganggap maruah dirinya terlalu murah. Tanpa membuang masa lagi Emily terus menunjuk jari tengah ke arah Qayyum. Puas hatinya melihat lelaki hanya pemuas nafsu seperti Qayyum layak di layan begitu.
"Cis...nak jual mahal konon padahal kau dah jual diri kau tu dekat lelaki tak guna macam Lutfi?!!"
"Kau ingat senang-senang Lutfi nak tinggalkan isteri bak bidadari syurga demi kau? Ehh, kau dengar tak tu pompuan?!! Sial lah.."
"Aku akan pastikan kau layan aku Emily..Aku tak akan biarkan Lutfi memiliki segalanya.."
Kata Qayyum dengan penuh amarahnya. Rasa bercabar sangat selepas di layan seperti sampah oleh Emily. Sedangkan Lutfi turut berbuat perkara sama kepadanya tidak pula Emily marah. Mungkin Lutfi memiliki segalanya semua perempuan akan pandang. Kebanyakan perempuan di dunia ini hanya gilakan duit dan pangkat. Sudah terang lagi bersuluh orang seperti Emily.
Share this novel