"Ermm..."
Aku mula mengerakkan badan sedikit. Rasa sakit dan lenguh saja pergelangan pinggang ini. Bukan itu saja, aku juga dapat rasakan pergelangan tangan aku disentuh oleh seseorang. Berat sekali mata ini mahu dibuka semula. Kepala aku tidak berhenti dari berdeyut. Aku tidak dapat berbuat apa-apa langsung. Setiap kali bergerak pasti akan rasa sengal yg teramat sangat. Sekali lagi, aku dapat rasa sentuhan tajam pada nadi lengan aku. Seraya itu mataku mula menunjukkan tindak balas yg dratis.
"Encik ini siapa?? Apa yg encik cuba buat ni??"
Bersuara Alia setelah membuka mata sepenuhnya. Pantas saja tangan Alia merentap kuat lengan seorang lelaki cuba mengambil sampel darah miliknya. Tergamam lelaki itu masih memandang series ke arah anak mata Alia. Mereka berdua terus bertetangan mata antara satu sama lain.
"Bawa bertenang Miss. Aku, Henry. Aku Doktor yg merawat kau sekarang."
Kata lelaki itu yg mengenalkan dirinya sebagai Doktor Henry kepada Alia. Dr Henry cuba menurunkan kembali tangan Alia ke bawah tetapi Alia tetap tidak mahu lepaskan pergelangan tangannya.
"Miss, please..Jangan rumitkan lagi keadaan. Biar aku selesaikan ambil darah ini dulu. Kau perlu buat ujian darah. Sejak bila kau sembunyikan sakit ini..."
Tambah Dr Henry lagi cuba memujuk Alia untuk bertenang dahulu. Wajahnya tegang sekali semasa merawat Alia tadi. Sudah lama dia berkhidmat sebagai doktor peribadi terhadap keluarga Dato' Tahir. Pertama kali dia merawat perempuan sakit seperti Alia. Pandangan tajam mula diberikan kepada Alia.
"Saya tak sakit.. Doktor tak perlu nak buat ujian darah."
Balas Alia tegas saja setiap bibit bicaranya itu. Pantas saja tangan Alia menarik keluar jarum yg masih tersisa di pergelangan nadinya.
"Shit!! Apa yg kau cuba buat ni??!! Kau dah gila ke apa haa??!!"
"Saya tak gila!! Saya dah kata saya tak sakit..Tak perlu nak buat ujian darah bagai.."
"Erghh..Keras kepalalah kau ni??!! At least biarlah aku jalankan tugas ni dulu. Now, tell me..kau sakit apa sebenarnya? macam mana aku nak bagi ubat kalau kau tak beritahu aku??"
Marah Dr Henry setelah melihat Alia degil tidak mahu diambil sampel darahnya. Rasa macam nak hempuk saja kepala Alia sekarang. Entah bagaimanalah Lutfi berkahwin orang seperti Alia. Pergelutan ini tidak akan habis sampai bila-bila selagi Alia tidak beritahu perkara yg sebenarnya.
Aku hanya mendiamkan diri buat sejanak waktu. Tidak pasti apa yg aku mahu lakukan sekarang. Jika sampel darah ini diambil pasti Dr Henry akan dapat tahu tentang penyakit aku. Bukan itu saja, Semua ahli keluarga Lutfi turut mengetahuinya nanti. Apa yg perlu aku lakukan sekarang. Aku perlu berfikir secara rasional. Perkara ini perlu dirahsiakan juga.
"Kalau saya beritahu, Dr henry kena janji. Jangan beritahu kepada orang lain.."
Kata Alia dalam nada sayu supaya Dr Henry dapat penuhi permintaannya ini. Ini saja yg dia minta. Alia menatap lama anak mata Dr Henry. Berharap sangat lelaki ini ada belas kasihan terhadapnya.
"Damn it..apa yg kau cuba rahsiakan ni haa?? Kau dah gila ke apa mahu apa terjebak sekali..Yelah..Aku janji. But, kalau apa-apa yg berlaku aku tak mahu terlibat lagi dalam hal ini. Silap hari bulan Dato' Tahir saman aku pula"
Balas Dr Henry geramnya kerana terpaksa mengikuti kemahuan Alia. Pada masa yg sama, dia tersentuh dan cair melihat wajah manis Alia di depannya. Sangat jelas sekali Alia seorang perempuan biasa saja tapi sedap mata memandang. Dr Henry mengeluh banyak kali. Entah kenapa dia buat keputusan bodoh seperti ini untuk menolong Alia. Apa kena mengena hubungannya dengan Alia pun tidak tahu.
Tiba-Tiba..
"Sayang...sayang..Ya Allah..Alhamdulilah..awak dah sedar.."
Bersuara Lutfi setelah membuka pintu bilik Alia. Dia menghela nafas lega selepas melihat Alia sudah sedar dari pengsan tadi. Lutfi dimaklumlah oleh Mak Timah tentang Alia setelah dia dan beberapa orang gaji dalam rumah ini melihat Alia pitam di ruang halaman belakang. Mujurlah ada beberapa orang pembantu lelaki di sini. Merekalah yg memapah Alia ke dalam bilik. Setelah itu, Datin Nafisah sendiri yg menefon Dr Henry supaya datang ke mari untuk melihat keadaan Alia.
"Sayang...Sayang tak apa-apakan? Ada luka di mana-mana tak??"
Tanya Lutfi gelabahnya mula memeriksa setiap inci tubuh Alia. Dia tidak dapat mencari luka di tubuh Alia. Kedua belah tangan Lutfi terus diletakkan di wajah Alia pula. Dia menatap dalam anak mata orang yg dia sayang. Terlihat pusat lesu saja wajah milik Alia. Lutfi mula rasa bersalah meninggalkan Alia sendiri. Dia patut tahu yg Alia tak sihat sejak dari semalam lagi pasti semua ini tidak akan berlaku.
"Napa abang nangis?? Jangan risau..Lia ok jee.."
Jawab Alia terus mengesat sisa air mata yg sudah mengalir di pipi Lutfi. Tersentuh dia melihat Lutfi benar-benar ambil berat tentangnya. Sampai begini sekali Lutfi risau jika berlaku sesuatu terhadapnya. Alia mula mengukirkan senyuman manis kepada Lutfi. Tidak mahu suaminya ini terlalu risau tentang dirinya.
"Betul ni?? Lia tak tipu abang? Henry..how is she? My wife sakit apa?"
Soal Lutfi semula lalu bangun dan menatap kembali diri Henry yg sedang berfikir sesuatu. Fikirannya masih serabut memikirkan tentang janji itu dengan Alia. Berkerut dahi Henry dengan pertanyaan Lutfi terhadapnya. Perlukah dia memberitahu perkara sebenar kepada Lutfi? Apa yg akan berlaku kepada Alia nanti. Kenapa Alia mahu sembunyikan semua ini?Pelbagai tanda tanya mula bermain di kotak pemikiran Henry. Pandangannya mula diarah ke arah Alia. Alia mula mengeleng perlahan. Berharap sangat Henry berpegang pada janjinya.
"She..she okey..Cuma, keracunan makanan. Nanti aku beri ubat demam, sakit perut, muntah dan vitamin. Dia perlukan rehat yg cukup. Dalam sehari dua ini beri makan bubur dulu. Kalau perut tu dah ok baru boleh makan seperti biasa"
Jawab Henry sedikit kekok dengan jawapannya itu. Satu kebohongan terpaksa diwujudkan demi menepati janjinya terhadap perempuan seperti Alia. Dia mengeluarkan beberapa papan ubat dari dalam begnya itu. Hanya satu ubat yg diminta oleh Alia tidak dapat ditunaikan. Ubat itu hanya terdapat di hospital sahaja. Itupun, kena dapat dari doktor baru boleh kelulusannya.
"Okey..Thanks bro."
"No hal..dah kerja aku."
Dr Henry memberi satu tatapan tajam ke arah Alia sebelum melangkah keluar dari bilik ini. Urusan ini belum selesai lagi. Alia perlu berjumpa dengannya nanti. Lutfi terus bersalaman dengan Dr Henry. Lutfi meminta diri sebentar untuk menghantar Dr Henry ke depan dahulu. Kini,tinggallah Alia sendiri di dalam kamarnya. Alia mula menanggal tudung di kepalanya dahulu. Rasa panas membahang badannya hari ini. Belum sempat Alia betulkan kedudukannya, datang Datin Nafisah dan Qairin masuk ke dalam biliknya.
"Heii pompuan..kau ni kuat berlakonkan? Setakat keracunan makanan sampai pengsan ni dah tahap mengada."
Herdik Qairin sambil tangannya merentap kuat helaian rambut Alia. Sudah lama dia bersabar dengan kerenah mengada Alia di sini. Semakin di layan semakin menjadi.
"Apa ni kak..Lia tak berlakonlah. Lepaslah..sakit..."
Jawab Alia cuba meleraikan tangan Qairin dari merentap kuat rambutnya itu. Rasa mahu tercabut saja helaian rambut ini. Apa salahnya sampai Qairin datang menerjah begini sekali.
"Amboi kau..Sudah pandai melawab ehh. Sakit sikit sampai nak jatuh pengsan bagai. Kau ada mengadu apa-apa tak dekat anak aku?"
Kali ini Datin Nafisah pula datang menerpa ke arah Alia. Dia menguis kasar dagu Alia untuk menatap wajahnya. Hatinya rasa tidak senang jikalau Alia sudah membuka mulut tentang hal tadi terhadap Lutfi. Silap hari bulan, dia pula yg Lutfi bencikan nanti.
"Tak mama..Lia tak beritahu apa-apa dekat abang..Tolong jangan buat Lia macam ni. Kak.."
Ujar Alia sudah tidak tahan dengan semua ini lagi. Air mata mula menitis jatuh ke pipinya. Sakitnya belum sembuh lagi ditambah pula dengan ugutan ibu mentua dan kakar iparnya ini. Alia sudah tidak berdaya melawan kembali. Lemah saja pandangan dia berikan kepada mereka berdua.
"Huh!! baru kena macam ni dah nangis. Lap air mata kau sekarang. Kalau anak aku tanya nanti siap kau!!. Jum Qairin kita keluar. Tak berguna kita ugut dia lagi. Tampak sangat lemah."
Kata Datin Nafisah lalu menolak kuat dagu Alia. Rasa jijik sangat bila memegang lama tubuh miskin perempuan ini. Senyuman sinis diberikan kepada Alia sebelum ia berlalu dari situ. Sebelum ini, bolehlah Alia melawan bila di depan semua orang tapi sekarang tiada sesiapa yg mahu membelanya lagi.
"Heii anak pungut. Kau dengar sini baik-baik ehh. Kalau kau berani buka mulut. Nahas kau aku kerjakan. Sedarlah diri tu sikit. Kau tu menumpang je dalam rumah ni. Kalau bukan babak aku tak kutip kau mesti dah merempatkan??!! Budak hingusan.."
Tempik Qairin kuatnya di sebelah telinga Alia. Dia menekan kuat kepala Alia di atas katil. Selepas itu, dibiarkan saja Alia menangis semahunya. Mereka berdua ketawa kuat sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Puas hati melihat perempuan lemah seperti Alia dilayan begitu. Alia memang layak di layan seperti orang gaji di dalam rumah ini. Tidak tempat istimewa sepertinya di sini.
"Apa salah aku Ya Allah..begitu sekali aku diugut..dihina oleh ibu mentua dan kakak iparku sendiri. Apa salah aku sehingga dibenci begini sekali. Ayah..ibu..Lia takut.."
Nguman Alia masih menangis semahunya di situ. Dia mula bangun sedikit untuk membersihkan diri dahulu. Jam di dinding menunjukkan pukul 2.30 p.m. Solat Zohor belum didirikan lagi. Dalam keadaan yg masih lemah dan tidak berdaya. Alia kuatkan diri untuk buat perkara wajib. Kain tuala mula dicapai di tepi rak bajunya. Alia mengesat kasar sisa air mata yg masih tersisa lagi. Tidak berguna dia mahu bersedih lama. Perkara tadi tetap akan berulang lagi. Mereka tidak mudah mahu menerimanya di sini. Alia perlu kuatkan diri tempuh semua ini. Terhuyung-hayang badannya semasa berjalan menuju ke arah tandas.
"Sayang..sayang nak ke mana tuu?? Nak mandi?? Biar abang tolong yee??"
Tegur Lutfi setelah melangkah masuk ke dalam bilik ini semula. Dia berjalan mendekati Alia dahulu. Kasihan dia melihat Alia bersusah payah bangun walaupun masih dalam keadaan yg tidak sihat lagi.
"Tak apa..Lia boleh buat sendiri."
Jawab Alia dalam seraknya. Dia tidak dapat menyembunyikan sakit tekak ini kerana seharian belum menjamah santapan mahupun air sejak pagi tadi. Datin Nafisah melarangnya makan sebelum menyiapkan cucian baju itu.
"Please..jangan macam ni..biar abang tolong mandikan Lia. Lia belum sihat lagi. Duduk sini dahulu. Abang panaskan air. Badan Lia sejuk je ni."
Pujuk Lutfi lembutnya lalu menyuruh Alia duduk dahulu di kerusi meja solek. Segera dia berjalan masuk ke dalam tandas untuk panaskan air dahulu. Tangan baju kemejanya dilipat melepasi paras siku. Seluar jeannya turut dilipat ke atas betis. Dia mengambil alih kerja ini pula. Selalunya, Alia yg akan sediakan mandian untuknya tapi kali ini dia perlu menjaga Alia sehingga sihat. Lutfi sanggup mengambil cuti lagi demi Alia.
"Kenapa abang buat semua ni? Kenapa abang terima Lia? Abang selalu menerima kekurangan dalam diri Lia ini. Tapi, kenapa keluarga abang masih belum terima Lia? Teruk sangatkah hidup kampungan orang seperti Lia? Hina sangatkah orang miskin seperti Lia?"
Butiran jernih mula bertakung di kelopak mata Alia. Rasa hiba hati ini bila mengenang kembali nasibnya sekarang. Belum pernah orang membencinya seperti ini sekali. Sekuat Alia ada titik lemahnya juga. Jika sakit ini menyerang, Alia tidak berdaya mahu membalas kembali. Badannya turut menjadi lemah. Hanya kekuatan dari Lutfi dia cuba bangkit semula. Melihat suaminya ini tidak pernah mengeluh malah menerima baik hidupnya sudah memadai. Tidak lama lagi mereka akan berpindah ke rumah baru. Mungkin jalan hidupnya akan lebih terang dan tenang.
"Arrrrr? Buka mulut? Bubur nak mendarat ni??shufffff..."
Kata Lutfi sambil bermain dengan sudu untuk menyuap ke bibir Alia. Sengaja dia berbuat demikian supaya boleh melihat gelak ketawa Alia semula.
"Abang..Lia bukan anak kecil lah..Meh sini. Lia makan sendiri."
Ujar Alia sudah tersenyum riang dengan gelagat Lutfi melayannya. Hari ini, Lutfi tidak jemu melayan segala kehendaknya. Dari mandi sampailah memakaikan pakaian kepadanya. Merah padam wajah Alia menahan malu seharian ini. Kalau melawan, pasti Alia akan dicuit olehnya.
"Aippp..Tak boleh. Duduk dendiam di situ. Buka mulut cepat. Hari ini, Lia tak boleh buat apa pun. Nak apa bagitau abang."
"Alah abang ni..ok. Arrr.."
"Arrr nak apa?"
"Arrrr..cepatlah!!"
"Yelah..Arrr nak apa?"
"Ehh, Syed Muhd Qiyyan Lutfi!! Tadi kata nak suapkan. Nak suap ke tidak ni??"
Marah Alia sudah mencekak pinggangnya. Tadi bukan main semangat Lutfi berbuat demikian. Sekarang, dia buat tidak faham pula dengan semua ini. Satu tatapan tajam mula diberikan kepada Lutfi.
"Heee, tahu pun marah. Tadi bukan main masam je muka. Ok. Cepat buka mulut. Lepas ni jangan nangis lagi ehh. Wajah Lia mudah terlihat kesan menangis. Kalau sakit mana-mana beritahu abang. Biar abang letakkan minyak."
Ujar Lutfi lalu menyuapkan bubur itu kepada Alia. Senyuman di bibirnya tidak jemu dari menguntur ke arah Alia. Dia faham sangat jika Alia masih mahu rahsiakan semua ini. Apa yg dia mahu Alia tahu, ia sangat menitik beratkan kesihatan Alia. Berat hatinya mahu tinggalkan Alia sendiri lagi di sini. Lutfi mula berfikir dua kali untuk berpindah keluar. Jika Alia tinggal di rumah baru nanti, siapa mahu jagakan Alia sepanjang dia bekerja. Dia akan berbincang kemudian hal itu dengan Alia.
"Kalau Lia tak nangis, bagaimana mahu hilangkan rasa sakit di hati ini? Mungkin dengan cara menangis Lia dapat hilangkan segala derita ini. Tidak salahkan Lia menangis?"
Nguman Alia sendiri. Kalaulah Lutfi dapat mendengar semua ini. Mungkin akan hilangkan segala kesakitan pada dirinya. Tidak semudah itu. Berat mulut ini mahu berkata-kata. "Jika hati boleh berkata-kata, pasti mulut akan diam seribu bahasa."
Share this novel