Bab 61

Drama Series 71241

"Kring!!!!"

"Bangun!! Terima kasih cikgu." ujar para pelajar di dalam kelas Alia.

Kedengaran loceng waktu rehat rendah atas sudah berbunyi. Para pelajar bertungkus-lumus menyiapkan latihan yg diberi dan ada yg sudah mengemas alatan belajar kerna mahu beredar pergi menjamu selera di kantin. Alia duduk termenung seketika di meja guru. Harini, dirinya rasa tidak bersemangat seperti selalu. Hanya bercakap perkara penting sahaja. Tiada lagak gurau-senda dengan pelajarnya.

Terlihat pandangan kosong dan senyuman kelat apabila pelajar di dalam kelas ini menganjurkan soalan terhadapnya. Buku teks pendidikan bahasa melayu tahun 5 ditutup perlahan. Alia rasa bersalah sangat mencampur adukkan masalahnya dengan etika waktu mengajar hari ini. Fikirannya banyak terpikir perkara lain dan selalu terpesong jauh.

"Ya Allah...kenapa aku tak boleh terima kenyataan ini.. Mungkin bukan tiba waktunya lagi aku mahu memiliki zuriat.. Atau, apa mungkin..aku tidak boleh mengandung?" Nguman Alia sendiri.

Pen ditangannya digenggam erat. Rasa sakit sangat bila mengenang perkara begini. Tangannya memegang kepala. Menahan tangisan daripada mengalir di pipi. Sebagai seorang perempuan dan seorang isteri. Semestinya ia mahu memiliki anak. Tambah pula, Lutfi selalu menanti kehadiran cahaya matanya sendiri. Umurnya kian mencecah usia. Siapa saja tidak mahu ada anak pada waktu sekarang. Alia rasa tidak berguna sekejap.

"Cikgu...cikgu okey?" Tegur salah seorang pelajar lelaki yg masih berada di dalam kelas ini.

Sejak dari tadi, dia melihat sahaja tingkah laku Alia yg sedang ditimpa masalah. Memendam seorang diri dan tiada sesiapa yg tahu. Di depan pelajar tersenyum riang seolah tiada apa yg berlaku tetapi kenyataannya sakit ditanggung sendiri.

"Ehh, Adyan.. Awak tak keluar rehat lagi ke? Dah pukul berapa ni? Nanti tak sempat makan." Kata ada sedikit terkejut dengan teguran Adyan terhadapnya.

Alia tidak sedar masih ada seorang anak muridnya di dalam kelas ini. Dia cuba berlakon seolah tiada apa yg berlaku tadi. Satu senyuman kelat diberikan kepada Adyan. Entah sampai bila Adyan melihatnya tadi.

"Errr...Saya...Saya puasa cikgu. Puasa sunat. Cikgu pula napa tak keluar lagi? Kan dah habis waktu ni?" Soal Adyan semula setelah Alia bertanya begitu.

Dia cuba berdalih dari perkara sebenar. Adyan terus meletakkan dagunya di atas meja. Pandangannya masih melihat ke arah Alia. Mejanya betul-betul bertentangan dengan meja guru walaupun kedudukannya di belakang sekali.

Adyan adalah seorang pelajar yg bermasalah. Selalu saja tidak siapkan kerja sekolah, malah merupakan pelajar yg paling tercorot di dalam kelas ini. Walaupun begitu, dia tidak pernah ponteng sekolah. Datang diawal pagi dan selalu pulang mengikut waktu habis sekolah.

Alia hanya mampu tersenyum senang setelah melihat Adyan berminat mahu berbual dengannya. Sebelum ini, hanya Alia sahaja bersuara tetapi Adyan tidak pernah menjawab. Sepatah ditanya dan sepatah dijawabnya. Alia tahu, Adyan mesti ada masalah juga. Tidak ramai kawan mahu bergaul pelajar yg dianggap bermasalah seperti dia.

"Hmm, Kenapa? Tak boleh ke cikgu nak duduk lama sikit dalam kelas ni? Rajin Adyan. Tiap hari Adyan puasa sunat. Cikgu pun tak mampu nak buat begitu. Betul ke Adyan puasa ni? Habis tu botol air tepi tu...siapa yg punya?" Ujar Alia lalu mengangkat kedua belah keningnya terhadap Adyan.

Pandai sekali Adyan mahu menipu kerana bersangka cikgu yg lain tidak pernah kisah terhadapnya. Padahal Alia sering mencuri lihat ke arah Adyan seperti pelajar yg lain juga. Sama berat dia melayan anak muridnya. Alia terus bangun dan berjalan pergi ke arah Adyan. Seronok dia melihat reaksi Adyan yg terkejut beruk itu.

"Huh!! Kalau saya punya pun kenapa? Keluarlah cikgu. Saya nak tido." Balas Adyan geramnya apabila Alia dapat membaca aksi pembohongannya itu.

Adyan meletakkan kepalanya di atas meja tanpa mempedulikan Alia yg datang dekat ke arahnya. Rasa panas hati ini apabila diganggup oleh guru semasa dia mahu berehat. Adyan memejam matanya rapat sekali. Tidak mempeduli Cikgu Alia yg sedang memerhati dirinya.

"Okey...maaflah cikgu ganggu Adyan nak tidur. Tapi, Adyan belum makan lagi. Nanti kosong pula perut tu. Kang kejap lagi ada kelas lain. Macam mana nak beri tumpuan.. Napa ni? Adyan terlupa bawa duit saku ke?" Tanya Alia lalu menarik kerusi kosong di sebelah Adyan.

Dia melabuhkan diri sekejap di situ. Jam di tangannya di lihat sebentar. Sekejap lagi akan tamat waktu rehat rendah atas. Satu suapan makanan pun belum dijamah oleh Adyan. Adyan masih tidak mempedulikan Alia di sebelahnya. Pertanyaan tadi dijawab sepi saja.

Alia terus mengambil telefonnya lalu menghantar mesej kepada Cikgu Nuha untuk membeli makanan untuknya. Selepas itu, dia kembali melihat ke arah Adyan. Sayu pandangan Alia melihat seorang pelajar yg tidak pernah berkongsi masalahnya dengan orang lain. Baru berumur 11 tahun tapi sudah tahu memendamkan perasaan sendiri. Bukan dia sahaja yg lalui semua ini tetapi keadaan orang lain lebih teruk darinya.

Alia sedar, tidak semua orang merasai hidup mewah dan mampu dari awal. Begitulah nasib dia selama ini. Dibesarkan dalam keadaan yg bersederhana. Bahkan, sampai sekarang, Alia tidak pernah sombong dan takhbur dengan apa yg dimilikinya.

"Adyan...kalau ada masalah..kongsilah dengan cikgu. Mana tahu cikgu boleh tolong. Cikgu tak akan paksa Adyan. Kalau Adyan rasa mahu luah segala yg terpendam di lubuk hati Adyan tu. Cikgu sentiasa ada. Apa gunanya jadi cikgu kalau tak pernah ambil tahu pasal pelajarnya kan? Adyan seorang pelajar yg baik dan cemerlang tau. Adyan mesti nak banggakan ibu bapa Adyan. Cikgu tahu, Adyan pandai dan bijak orangnya. Cikgu boleh tolong Adyan..kalau itu yg Adyan mahukan." Kata Alia cuba berbual sebentar dengan Adyan.

Walaupun Adyan tidak membalasnya tetapi dia tahu, Adyan setia mendengar setiap bibit bicaranya itu. Adyan cuma perlukan sedikit masa untuk sesuaikan diri dengan dia sahaja. Maklumlah, Alia hanyalah seorang guru penganti di sekolah ini. Tidak lama lagi, kontraknya akan tamat. Apa salahnya dia cuba menolong Adyan keluar dari masalah ini dulu.

"Kring!!"

Loceng waktu rehat berbunyi menandakan sudah tamat rehat untuk rendah atas. Pada masa yg sama Cikgu Nuha datang ke kelas ini kerana Alia tiada di dalam bilik guru.

"Cikgu Alia ooo cikgu Alia...Buat apa... di sini?" Sergah Cikgu Nuha apabila memasuki kelas ini.

Meleret sahaja ayat hujungnya apabila melihat Alia sedang menyuruh dia diam sebentar. Cikgu Nuha mengangkat kedua belah tangannya tanpa bersuara kembali. Kelihatan di tangannya sedang memegang bungkusan roti dan air kotak seperti yg Alia selalu makan.

Alia terus bangun dan pergi ke arah Cikgu Nuha. Di biarkan sebentar Adyan masih diam membisu di situ. Alia pasti Adyan tidak akan melayannya apabila cikgu Nuha turut berada di situ.

"Ehh, napa tu? Dia buat masalah lagi ke?" Bersuara Cikgu Nuha perlahan kerana tidak mahu Adyan mendengarnya. Mereka berbual jauh sedikit di luar pintu kelas.

"Takdelah. Saja je saya berbual kejap dengan dia. Dah beli ke makanan untuk saya?" Kata Alia biasanya kerana tidak mahu Cikgu Nuha naik angin lagi.

Cikgu Nuha agak garang orangnya tetapi sangat penyayang. Dalam sifat garangnya terselit juga sifat belas ehsan terhadap pelajar. Semua guru di sekolah ini sangat kenal dengan Adyan. Masing-masing tidak tahu mahu menolongnya kerana Adyan kurang bercakap.

"Ni..dah beli. Sampai hati cikgu tak nak rehat sekali. Saya rehat dengan puak buaya darat tu je." Ujar Cikgu Nuha muncung mulutnya apabila Alia tidak temannya harini seperti selalu. Bungkusan itu diberikan kepada Alia.

"Puak...buaya darat? Siapa pula kali ni? Sorrylah..Saya tak de selera nak makan." Tercuit hati Alia dengan tingkah laku Cikgu Nuha. Comel saja bila dia merajuk.

"Alah...siapa lagi kalau bukan..."

"Hai Cikgu berdua. Buat apa di sini? Ehh, Cikgu Alia. Dah lupa ke janji semalam nak masuk kelas saya?"

Belum sempat Cikgu Nuha berseloroh lagi, datang Cikgu Maten menegur mereka berdua. Dia lebih fokus menegur ke arah Alia. Tersenyuman manis bibirnya mengukirkan senyuman terhadap Alia.

"Ehh, sibuk je. Ke mana orang pegi. Mesti dia akan ada." Mencebik Cikgu Nuha apabila melihat susuk tubuh Cikgu Maten di sini.

"Ya Allah, hampir terlupa saya. Err..kejap yee. Saya nak ambil barang kejap." Ujar Alia lalu pergi mengemas segala barangannya di atas meja dahulu.

Ditinggalkan Cikgu Nuha dan Cikgu Maten berbual kosong di situ. Sesudahnya Alia mengambil barangan. Dia berjalan mendekati Adyan yg sudah terlelap di meja belajar. Mudah sahaja Adyan tidur miskipun perutnya sedang kosong. Alia tersenyum sayu melihat salah seorang anak muridnya melalui saat susah seperti ini. Tidak ubah seperti dirinya di waktu bangku sekolah dahulu.

"Adyan...Nanti jangan lupa makan tau. Cikgu juga ada bekalkan sedikit wang saku untuk Adyan. Belajarlah rajin-rajin. Adyan pasti akan merasai kesenangan suatu hari nanti. Inshallah. Percayalah, tuhan sentiasa ada bersama Adyan." Nasihat Alia perlahanya lalu meletakkan plastik yg mengandungi 3 bungkus roti dan dua air kotak susu di dalam beg Adyan.

Dia juga menyelit sekeping not duit Rm20 di sebalik bungkusan roti itu. Mungkin Adyan perlukannya nanti. Alia mengusap lembut kepala Adyan. Entah kenapa dia rasa sedih melihat keadaan Adyan begini. Mesti Adyan sudah banyak melalui saat liku-liku kehidupan. Alia berlalu pergi dengan hati yg berat. Ditinggalkan Adyan sendirian di dalam kelas. Tidak lama lagi para pelajar yg lain akan masuk juga kerana waktu rehat sudah lama tamat.

"Saya tak minta hidup seperti ini cikgu...Kalaulah ibu bapa saya bukan seorang penagih dadah..Mesti kehidupan saya bahagia seperti orang lainkan?" Nguman Adyan sendiri. Akhirnya, menitis air mata tanpa sedar.

Tiada sesiapa faham apa yg dirasainya. Hidup sendiri sebatang kara. Tiada ahli keluarga kedua belah ibu bapanya yg kisah apa yg berlaku pada anak yg tidak berdosa ini. Adyan sudah banyak menanggung derita. Disebabkan itu, dia terbiasa hidup begini walaupun tidak mengisi perut sehari. Adyan tersentuh dengan kebaikan Cikgu Alia terhadapnya. Belum pernah dia jumpa orang sebaik Cikgu Alia.

"Sorry lambat sikit..Marilah. Kelas cikgu kan sekejap lagi." Tegur Alia terhadap mereka berdua. Seronok berbual rancak dari tadi lagi.

"Ohh..ye lah. Saya pula yg lupa. Okey..Jum." Ajak Aisy sambil mengaru kepalanya yg tidak terasa gatal. Rasa malu pula ditegur begitu oleh Alia.

"Ermm...ermmm.....berdua jeke. Tak nak ke ajak tunggul kayu di sini? Maklumlah..orang tak sudi nak ajak. Sokay. Better saya mereput je dalam bilik guru tu..." Sampuk Cikgu Nuha lalu membuat wajah sedih.

Dia agak cemburu dengan hubungan akrab Alia dan Aisy. Siapa dia mahu bergaul rapat dengan orang lebih muda seperti mereka berdua. Tidak lama lagi usianya akan mencecah 30 an. Jodoh masih belum berkunjungan lagi.

"Alahh..Napa cakap macam tu pula Cikgu Nuha? Mestilah cikgu kena ikut sekali. Takkan lah saya nak biarkan Cikgu Nuha bosan sengsorang dalam bilik guru tu. Kan Cikgu Maten?" Pujuk Alia sambil menarik pergelangan tangan Cikgu Nuha.

Mereka berdua berjalan mendahului Cikgu Maten menuju ke bengkel kemahiran hidup dulu. Alia tidak mahu anak-anak murid Aisy bersangka bukan-bukan terhadapnya nanti. Lebih baik dia mengajak Cikgu Nuha yg garang menemani sekali.

"Ehhh, Aku belum kata apa-apa lagi dia sudah buat keputusan dulu...Haishhh..terlepaslah peluang nak berdua jee. Apalah nasib aku..Alia..Alia." Nguman Aisy kecewanya lalu berjalan di belakang mereka berdua sahaja.

Dia terlepas peluang mahu bersama Alia buat sejenak waktu. Mungkin Aisy akan cuba di luar pula. Mana tahu hubungan mereka akan lebih akrab lagi. Sedikit banyak, Alia sudah mula rapat dengannya. Itu sudah memadai daripada tiada perkembangan langsung.

................................................................................

Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 p.m. Sebentar lagi akan ada mesyuarat bersepadu antara share saham syarikat Dato' Tahir dan syarikat Anderson Sdn Bhd milik Emily. Lutfi termenung seketika di luar balkoni syarikat papanya ini. Sudah lama dia tidak bertandang ke sini.

Helaian nafas dilepaskan perlahan. Entah kenapa hatinya rasa sangat resah. Perasaan kecewa mula menjalar di benak hatinya. Detik yg sudah lama ia menanti dikhabarkan dengan satu perasaan hiba.

Lutfi tidak salahkan Alia tetapi dia sangat menginginkan cahaya mata. Tidak lama lagi tarikh hari lahirnya akan tiba. Tiada hadiah yg dia mahukan di dunia ini. Hanya satu hadiah yg ia berhajat dapat dipenuhi iaitu seorang 'anak'. Dari jauh Furqan melihat tingkah laku Lutfi dalam diam. Sahabatnya ini selalu termenung sendiri. Apa pula yg bermain di dalam mindanya. Teka Furqan.

"Woii...pikir apa lagi tu?" Tegur Furqan lalu menepuk sedikit bahu Lutfi.

Furqan menyerahkan fail yg Lutfi mahukan tadi. Terlihat share saham syarikatnya akan ditawarkan juga nanti. Mahu tidak mahu, Lutfi terpaksa menyerahkannya juga kerana ia melibatkan nama baik syarikat Dato' Tahir sendiri.

"Takdelah..cuma stress sikit. Biasalahkan..banyak keje kena pikir." Kata Lutfi biasanya.

Dia menyarung blazer ke tubuhnya semula. Tali leher diketatkan sikit pada koler baju. Etika pemakaian haruslah kemas bila berada di sidang bilik mesyuarat nanti. Tidak kisahlah dengan siapa pun mereka mahu ketemu.

"I see..Jangan risaulah. Aku sure yg syarikat kau tak akan terjejas nanti. Bersemangat sikit. Sedih ja aku tengok muka kau ni. Asal? Alia tu buat hal lagi ke?" Furqan cuba serkap jarang antara Lutfi.

Sengaja dia menbangkitkan nama Alia. Sahabatnya ini sukar mahu berkongsi cerita. Selalu saja ada alasan yg dibuatnya. Kadang-kadang Furqan naik menyampah dengan sikap ego Lutfi. Seolah tiada sesiapa yg kisah terhadapnya. Apa fungsi seorang kawan kalau tidak membantu.

"Ermm.. Tak delah. Aku dengan dia ok je..cuma itulah. Dia buat pregnancy test semalam. Ehh, Asal aku kongsi dengan kau doo..Ishhh dah la..." Berdalih Lutfi setelah terlanjur kata begitu terhadap Furqan.

Dia terlepas cakap tentang masalah apa yg sedang bermain di dalam fikirannya. Lutfi terus berjalan menuju ke arah pantri. Rasa kering pula anak tekaknya. Dibiarkan saja Furqan tersenyum seperti kerang busuk sambil mengikuti jejak langkahnya. Entah apa yg seronok sangat bila mendengar semua itu.

"Wehhh, series ahh? So apa keputusan tu? 2 jalur ke wehh?" Soal Furqan semangatnya. Tetiba saja dia sangat teruja bila mendengar semua ini.

"Apa yg dua jalurnya? Negatif! Yang kau seronok sangat ni dah kenapa?" Ujar Lutfi bengang sekali. Rentak suaranya sedikit keras bila berkata begitu.

Dia mengambil gelas lalu menuang air kosong ke dalamnya. Setelah itu, dengan satu tegukan air melepasi anak tekak. Rasa tenang sebentar. Keadaan bertukar kekok buat mereka berdua di situ.

"Sorrylah..aku tak tahu..Mungkin bukan rezeki korang lagi. Banyak bersabar dan terus ikhtiar. Inshallah, tidak lama lagi korang berdua akan merasai juga saat itu." Kata Furqan cuba menyakinkan Lutfi.

Dia rasa bersalah buat Lutfi lagi tertekan dengan semua ini. Pada masa yg sama, Furqan tidak mahu Luffi akan meletakkan salah pada Alia seorang saja. Mereka berdua harus yakin dengan rezeki milik tuhan. Selagi keduanya masih berusaha, perkara ini tidak akan menjadi tekanan.

"Aku okeylah.. dah lah malas pikir. Kejap lagikan ada meeting. Itu lebih penting. Jum. Dah lewat ni.." Balas Lutfi lalu mengelap sisa lelehan peluh di dahinya.

Tidak berguna dia memikirkan perkara yg mustahil itu akan terjadi. Lebih baik dia fokus terhadap masa depan syarikatnya sahaja. Ada juga perkembangan dari tiada langsung.

Lutfi pergi dahulu meninggalkan Furqan yg masih membisu di situ. Furqan terkedu dengan kata-kata Lutfi. Miskipun, mereka tiada rezeki lagi mahu memiliki zuriat. Apa salahnya Lutfi bersangka baik dalam semua ini. Sukar mahu sedapkan hati Lutfi kerana dia tidak berada di tapak kasut Lutfi sendiri. Bahkan, Furqan tidak mendirikan rumah tangga lagi.

"Okey.. I like this. Make sure masukkan sekali yee dalam meeting nanti. Thank you.." Bersuara salah seorang perempuan sambil berjalan laju menuju ke sesuatu tempat.

Dia melihat jam di tangannya sudah lewat sekali. Tergopoh-gapah dia berlari anak untuk kejar masa yg masih tersisa. Pada masa yg sama Lutfi berjalan menuju ke arah berkaitan juga. Tidak semenanya mereka berdua berlanggar antara satu sama lain.

"Arghh!!!!"

Jerit perempuan itu lalu memeluk erat tubuh Lutfi. Nasib dia tidak tersadung jatuh ke lantai kerana memakai kasut bertumit tinggi. Lutfi turut menyambut kemas pinggang perempuan yg sedang memeluk tubuhnya. Siapakah perempuan bertudung kemas ini. Lutfi seakan kenal dengan bau wangian perfume milik perempuan ini. Berlakulah satu drama tidak disengajakan oleh mereka berdua.

"Ehhh, I'm so sorry. I tak sengaja... U okey??... Luke??!!!" Bersuara Emily setelah membetulkan dirinya sebentar.

Tergamam dia melihat lelaki yg menyambut tubuhnya itu adalah Lutfi sendiri. Tudungnya yg sedikit terangkat di betulkan semula. Emily senyum tersimpul malu di situ apabila mata Lutfi tidak berkelip semasa memandang ke arahnya.

Pada waktu itu juga, Dato' Tahir dan Mr Anderson melihat mereka berdua. Masing-masing rasa bahagia dan seronok apabila melihat anak mereka sudah berbaik semula. Indahnya waktu pertemuan yg tidak diduga ini. Dapat menyatukan hati yg sudah lama tiada.

Teruskan menanti bab seterusnya okey? Tq. <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience