Entah kenapa aku mula tidak rasa gembira walaupun sekarang kami dalam perjalanan pulang ke kampung. Keadaan aku dan dia dingin saja sejak dari tadi lagi. Salah akukah menegur sifatnya yg terlalu mudah mencetus kemarahan? Aku tidak mahu dia berbalah dengan keluarganya sendiri disebabkan mahu pertahankan diriku ini. Sakit sangat bila terpaksa menjadi orang tengah dalam masalah yg telah sekian ada. Bukan ini yg aku mahukan akan terjadi. Jika perlu akan sendiri akan mengundur diri.
"Abang..."
"Ermm.."
"Abang....."
"Ermm..."
"Abang dengar tak Lia panggil ni? Asyik nak 'Ermm'..'Ermm' je. Sokaylah kalau tak nak berbaik lagi."
Tetiba saja mood aku juga tidak baik sekarang ini. Melihat Lutfi melepaskan tempias ke arah aku turut membuat diri ini terasa hati. Aku tidak bermaksud mahu tambahkan bebannya lagi. Cuma, aku juga mempunyai hati dan perasaan. Biarlah rajuk ini masih diteruskan lagi. Aku memarling ke arah luar tingkap. Jauh sekali pandangan aku pergi kali ini. Membawa diri jauh dari memikirkan tentang Lutfi.
Lutfi terus memberhentikan keretanya di seberang jalan. Rasa serabut pula fikiran ini kalau dibiarkan terlalu lama hubungannya dengan Alia dingin seperti ini. Satu helaian nafas mula dihembus panjang. Lutfi mula menatap wajah Alia. Rasa bersalah dia buat Alia menangung kesedihan atas perbuatannya ini.
"Ermm...Lia. Look, abang minta maaf tau. Abang bukan nak libatkan Lia, marah-marahkan Lia. Cuma, abang tak sukalah family abang rendahkan Lia. Lia juga ada perasaan macam orang lain. It's okay, kalau diorang tak nak terima Lia lagi. At least, hormat keputusan abang. Abang sayangkan Lia. Lia isteri abang."
Ujar Lutfi lalu memegang erat pergelangan tangan Alia. Dia benar maksudkan apa yg dikatakan itu. Kasih dan sayangnya sudah tiada batas terhadap Alia. Biarlah orang lain tidak terima semua ini tapi dirinya tetap menerima Alia seadanya. Tidak pernah Lutfi merasai terlalu cinta seseorang seperti Alia. Dia mahu berkongsi kasih dan melindungi Alia selamanya.
"Kalau Lia yg menjadi penyebab semua ini. Lia minta maaf sangat. Lia tak mahu keluarga abang jadi seperti ini. Lia tahu abang marah tapi janganlah sampai putuskan tali persaudaraan keluarga abang. Lia sudah tiada keluarga abang. Lia tidak kenal sesiapa pun ahli keluarga Lia yg lain. Jadi, tolong..kalau benar keluarga papa mahu terima arwah ayah semula. Jangan putuskan lagi ikatan ini."
Balas Alia dengan sayunya. Kelopak matanya mula bergenang sedikit. Dia cuba menahan sebak ini sebaik mungkin. Biar perkara tadi berlalu seolah tiada apa yg berlaku. Alia tidak mahu mengenang kembali benda yg lepas.
"Okey..tapi abang akan cuba sayang. Demi Alia. abang akan cuba."
"Terima kasih."
Lutfi tidak dapat menolak apa yg dikatakan oleh Alia. Ada benar juga apa yg diujarnya itu. Sampai bila keluarganya mahu berbalah antara satu sama lain. Sifat iri hati, pentingkan diri dan tamak harta tidak lekang dari keluarganya. Disebabkan itulah Lutfi sendiri buat keputusan mahu hidup serba kekurangan seperti Alia. Dia mahu rasa kehidupan Alia seperti mana selama ini. Melihat senyuman girang mekar di bibir Alia amat menyentuh lubuk hatinya.
................................................................................
"Qai..boy!! How dare u guys tak beritahu i yg Si budak kampung tu jodoh family korang dekat Luke??!!!"
Aku menengking ke arah Qairin dan Qayyum apabila sampai depan meja di Chatime cafe. Aku tidak dapat menahan amarah ini lagi. Biar tersembur terus kepada mereka berdua. Aku cukup sabar menanti Lutfi selama ini. Aku telah serah segalanya kepada Lutfi. Segala jiwa dan raganya malah maruah diriku turut ditebuk oleh lelaki itu. Separuh mati aku percayakan Lutfi. Tapi, ini yg aku dapat sekarang? Lutfi pernah berjanji mahu berkahwin dengan aku. Sampai sekarang dia tidak pernah melamar aku. And now, dia sudah berkahwin dengan jodoh pilihan keluarganya sendiri.
"Oh god...Em. Yang u nak bengang sangat ni kenapa? Chill la benda boleh discuss kot."
Bersuara Qairin lalu menyedut minumannya dulu. Nasib saja orang tidak ramai di sini. Kalau tidak buat malu bila jadi perhatian orang ramai. Qairin terus menarik kerusi di sebelahnya untuk Emily duduk dahulu. Bagi hilang sedikit segala kemarahan dan kegusaran di hatinya.
"Heyy..yang kau ni nak marah sangat pehal? Bf kau tu baru kahwin tau. Dia tak ke mana pun lah.."
Sampuk Qayyum setelah melihat Emily menghempas kuat beg tangannya di atas meja. Hampir tertumpah minumannya ke bawah. Perempuan ini benar gilakan Lutfi. Seperti tiada lelaki lain saja dia mahu mengatal. Emily mempunyai rupa paras cukup cantik. Ramai lelaki di luar sana tergoda dengan wajah kacukan mat salleh sepertinya. Memiliki ukuran 38' 25' 30' cukup mengiurkan di mata lelaki. Lebih cantik kalau dari dalaman lagi. Bibir Qayyum mula mengukirkan senyuman nakal.
"Sudah alang-alang Emily tengah single ni..kalau aku dapat memang best..." Nguman Qayyum masih tidak lepas pandang ke arah susuk tubuh Emily.
"Hoii, kau dah jatuh tebiat ke Boy senyum sendiri macam ni?" Tegur Qairin lalu menampar sedikit pipi Qayyum.
Sepupunya ini kalau tidak tertarik dengan bekas adiknya memang tak sah. Ada saja niatnya mahu ambil kesempatan dekat perempuan. Qairin sudah masak dengan perangai Qayyum. Nasib saja Qayyum memiliki rupa paras yg diminati oleh para gadis di luar sana. Asalkan duit poket berkepok bolehlah dia mengambil kesempatan. Anak ikan pun tak mengapa asalkan sedap.
"Hahaha, tak delah..Kesian aku tengok Si Em ni lah. Kau ni letak tinggi sangat harapan yg Lutfi tu betul-betul series dengan hubungan kau. See now.. Dia dah jadi milik orang lain. Jauh benar dengan kau."
Berdalih Qayyum sambil mengaru sedikit kepalanya yang tidak rasa gatal. Lirik pandangannya mula melihat ke arah lain. Malas dia masuk campur dalam masalah perempuan ini. Lebih baik dia cari jalan macam mana mahu pikat hati Alia. Sejak merasa masakan enak Alia sudah membuatnya jatuh hati. Tambah pula, kalau Alia menjadi miliknya. Bak kata 'menggaut laba dengan siku'.
"Sanggup u kata kat i macam tu boy. Sampai hati u. I bukan terhegeh dekat Luke but i'm really love him so much..I tak pernah sayang dekat lelaki lain lebih dari i sayang dekat Luke sendiri. U guys kena tolong i dapatkan Luke kembali!! I tak kisah kalau jadi isteri kedua sekali pun. I tak nak tengok Luke berkongsi kasih dengan perempuan kampung tu. Jijik!!"
Kata Emily sudah hilang sabar kali ini. Mengeletar badannya menahan amarah. Rambut panjang perang kuning miliknya di angkat sedikit. Rasa panas saja berada lama di meja ini. Walaupun dia hanya memakai baju tanpa lengan serta menampakkan lurah dada sedikit. Emily sudah tidak kisah dirinya selalu menjadi tatapan umum. Selalunya Lutfi sangat suka dirinya berpenampilan begini.
"Wow..are u sure Em? Sampai macam ni sekali ke?" Tanya Qairin sedikit berkerut dahinya. Tidak sangka Emily betul series dalam pertahankan hubungannya dengan Lutfi.
"Wait..wait..wait..Kau betul nak kan Lutfi semula?"
Soal Qayyum mula berminat dengan semua ini.
"Yes!! I'm Sure..but u guys mesti tolong i. Jangan terburu-buru. Kita rancang dulu"
Aku akan pastikan kau merana Alia. Ini Emily Farisha laa. Silap orang kau cari pasal. Berani kau rampas Lutfi dari aku. Kau akan dapat akibatnya nanti. Aku tak akan beri kau peluang untuk rasa apa itu erti sebuah kebahagiaan yg sebenar.
...............................................................................
Kejadian di meja makan tempoh hari...
"Excuse me, apa maksud kau Qayyum?" Tanya Lutfi semula.
"Ermm..tak delah. Sedap karipap ni. Siapa yg masak? I'm sure bukan maid dalam rumah ni. Cause, pelik kan tetiba je rasa lain daripada yg lain."
Balas Qayyum tidak dapat mengalihkan pandangan daripada melihat ke arah Alia. Perempuan ini memang benar menarik perhatiannya saja. Tambah pula melihat senyuman manis terukir di bibir Alia. Tergugat iman Qayyum pada waktu begini.
Aku mula mengalihkan pandangan ke arah lain. Kenapa lelaki itu tidak lepas pandang ke arah aku. Aku ada berbuat salahkah dengannya sekarang? Senyuman di bibirku terus mati begitu saja. Aku mula menelan payah air liur. Kenapa karipap buatanku ini terus dipersoalkan. Terlalu pelikkah aku menyediakan santapan pada waktu pagi ini.
"Tak perlulah nak pelik sangat. Kalau semua nak tahu, Alia yg buatkan sarapan pada hari ini. Karipap ayam itu resepi milik Alia sendiri."
"Pandai isteri abang masakkan?"
Beritahu Lutfi sambil memegang erat pergelangan tangan Alia. Bibirnya terus mengukirkan senyuman manja kepada Alia. Rasa bangga sangat berkata begini kepada mereka semua. Alia memang pilihan terbaik untuk dirinya. Sudah cukup lengkap ciri-ciri seorang isteri yang mithali. Alia hanya tersenyum malu selepas di puji Lutfi begini. Pandai saja Lutfi mengambil hatinya. Rasa seronok saja dipuji oleh suami sendiri.
"Mashallah..patutlah aku pernah rasa. Sedap sangat. Rupanya anak kamu yg buat semua ini Lina..Noor.. Diri Alia tidak tumpah dari mewarisi sifat kamu berdua. Selagi nafasku masih panjang, Aku akan menjaga Alia seperti anak aku sendiri. Seperti mana kasih sayang dicurahkan kepadanya begitulah aku akab berikan. Inshallah, Alia akan hidup lebih senang selepas ini."
Nguman Dato' Tahir sendiri. Rasa sebak mula menguasainya. Melihat diri Alia sekarang, terkenang semua kenangan dia bersama arwah Mohd Noor. Alia memang seorang anak yg baik.
"Ya Allah..Ya tuhanku..Engkau ampunkanlah dosa lalu hambamu ini.. Melihat anak yg tidak berdosa ini sungguh menginsafkan diriku. Aku tidak berpeluang melihat anak angkatku buat kali terakhir..malah menantuku sendiri aku tidak menerimanya. Sekarang, engkau sudah hantar seorang cucu yg sangat baik dan mulia hatinya. Datangnya juga dari keturunan yg baik dan tinggi darjat mereka di sisi-Mu. Berilah aku kesempatan untuk membuat Alia bahagia semula..Hilangkanlah kesepian di lubuk hatinya.."
Berdoa Hajah Aminah mula mengelap sedikit sisa air mata yg sudah bergenang di kelopak matanya. Perasan sebak dan hiba sudah mengusai jiwa dan raganya.
"Sedap Alia masak. Nanti kongsi resepi dengan akak tau!!" Puji Dira senangnya mendengar Alia yg buatkan semua ini. Sedikit banyak Alia dapat menarik perhatian mereka semua.
"Ermm, betul tu..nanti bolehlah Kak Dira kamu ni cuba masak untuk suaminya pula."
Sampuk Qirash yg sedang memegang anak kecil mereka. Sengaja dia mahu menyakat isteri kesayangannya ini. Mereka berdua terus bergaduh manja di situ. Tidak sah kalau dua orang suami isteri ini bergaduh sehari.
"Owhh, patutlah sedap..Rupanya bidadari syurga yg buatkan. Tq"
Ujar Qayyum sambil menunjukkan jari "Good" ke arah Alia. Dia langsung tidak mempedulikan Lutfi yg sudah mati kutu di sebelah Alia. Pasti lelaki itu sedang menahan amarah sebaik mungkin. Bibir Qayyum hanya mengukirkan senyuman sinis ke arah Lutfi. mulutnya masih menikmati karipap ayam ranggup yg baru di hidangkan ini.
Pantas saja tangan Alia memegang lengan Lutfi. Dia faham Lutfi pasti akan naik angin bila-bila masa saja nanti. Alia tidak mahu berlaku bertengkaran di meja makan ini lagi. Habis hilang segala nikmat rezeki di depan mereka semua.
Tiba-tiba..
"What's??? Puihh!!! Werkk!!..Ehh, asal tak beritahu yg budak kampung tu buat semua ini. Eeeww.. Loya tekak aku!!" Sergah Qairin setelah dapat tahu karipap ini buatan Alia.
Dia meludah kembali sisa karipap yg masih berada di dalam mulutnya ke dalam pinggan. Qairin langsung tidak mempeduli apa semua orang akan katakan kepadanya nanti asalkan tekaknya ini tiada lagi rasa karipap ayam itu. Dia tidak boleh terima sebarang masakan atau apa-apa saja hasil dari budak kampung seperti Alia. Rasa jijik sangat dengan semua ini.
Datin Nafisah hanya meletakkan kembali karipap yg masih berada di tangannya di dalam pinggan semula. Tetiba saja moodnya sudah melayang jauh selepas mengetahui semua ini. Dia terus meneguk segelas air kosong untuk hilangkan rasa karipap ayam di tekaknya.
"Ehh, kurang ajarnya mulut kau!! Berani kau hina isteri aku Qairin??!! Apa bezanya kampung dan bandar?? Susah-susah Alia sediakan semua ni..senang-senang kau ludah dan buang semua tu?? Mana pergi adab kau ni?? Depan rezeki kot."
Tengking Lutfi sambil menunding jari ke arah Qairin. Dirinya sudah bangun dari duduk yg selesa tadi. Hampir terjatuh Alia dibuatnya apabila Lutfi tiba-tiba bertindak begini semasa tangannya masih kemas memegang lengan Lutfi.
Aku cuba memujuk Lutfi kembali. Aku tidak mahu peperangan mulut ini terus tercetus. Biarlah mereka mahu menghina aku tetapi aku tidak mahu mereka berbalah kerana diri aku. Tipulah kalau hati ini tidak terguris dengan tindakan kak Qairin itu. Jijik sangatkah aku sampai dia bertindak begitu sekali. Aku tahu mana asal-usulku ini. Maaflah, jika diri ini terlalu jijik di sini. Jangan menangis Alia. Engkau kena kuat demi Lutfi.
"Ehh, suka hati akulah..Ada kacau dengan kau ke?? Tak kan? Ehh, pompuan..for your information..dalam rumah ni ada rules tau. Kau baru je masuk semalam dua ke sini sudah memandai sediakan semua ini. Wahh, besar betul kepala kau ehh. Sekarang ni..aku tak de adab ke kau yg tak beradab dari awal lagi?"
"Pap!!"
"Sudah!! Nur Qairin Laura!!"
Herdik Dato' Tahir kuatnya sehingga bergema meja makan ini setelah dia menepuk sedikit. Semua orang di situ mula tergamam dan terkedu buat sejenak waktu. Qirash mula bangun untuk membawa anak kecilnya yg sudah pun menangis. Begitu juga Dira mula menyuruh 2 orang anaknya yg lain untuk pergi mengikut rentak papanya. Lutfi terus mengusap kasar wajahnya. Malu saja dia melawan kembali tetapi selepas papanya ini mengeluarkan kuasanya lebih baik dia diamkan diri saja. Alia sudah pun menjatuhkan pandangan ke bawah. Mengigil badannya menahan rasa takut ini. Tidak pernah seumur hidupnya di marah seperti ini sekali. Dia cuba menahan rasa sebak ini di depan semua orang.
Qayyum mula meminta diri dahulu. Malas dia mahu masuk campur dalam urusan keluarga Pak longnya ini. Tidak habis asyik nak bertekak saja. Rasa bingit anak telinganya. Pada masa yg sama dia turut rasa kasihan melihat Alia lalui situasi seperti ini. Kalaulah Alia menjadi miliknya pasti perkara begini tidak akan berlaku. Ini semua salah Lutfi sendiri. Dia yg perlu tanggung rasa sakit di benak hati Alia.
"Pergi masuk bilik kamu sekarang!! Jangan berani kamu nak keluar rumah hari ini. Aku tak izinkan. Jangan sampai aku rampas semua barang kamu Qairin.."
Kata Dato' Tahir dengan tegasnya terhadap Qairin. Pertama kali dia membahasakan dirinya aku dengan Qairin. Disebabkan sifat lemah-lembutnya sebelum ini perangai Qairin semakin melampau. Dia tidak mahu beri muka lagi dekat anak perempuannya itu. Ini baru sahaja amaran, tidak lagi naik tangan ke wajahnya. Dato' Tahir cukup sabar menahan amarah ini akhirnya tercetus jua.
"Erghh...Fine.."
Qairin hanya mencebik wajahnya terus berlalu pergi dari sini. Dia menghentak kaki kuat sekali semasa melangkah pergi. Rasa amarah dan geram akan Alia mula menguasai hatinya. Semua salah perempuan kampung itu sifat papanya kembali berubah seperti ini. Dia tidak akan membiarkan Alia hidup senang di sini. Datin Nafisah terus mengikuti langkah anaknya. Rasa sakit hati melihat suaminya ini memarahi Qairin tanpa sebab yg kukuh. Anak pungut di kampung itu tidak dimarahinya pula. Dasar pilih kasih!
Hajah Aminah hanya mampu menahan sebaknya melihat situasi ini berlaku lagi. Setiap hari ada saja pertelingkahan dalam keluarga ini. Tidak gamak dia melihat Alia yg terkena tempiasnya. Jika kedatangan Alia ke sini lebih merumitkan keadaan lagi, mereka terpaksa melepaskannya pergi semula. Dia tidak sanggup melihat Alia menangung derita lagi.
Lutfi mula meleraikan pergelangan tangan Alia di tangannya. Wajahnya kemerahan menahan amarah yg masih tidak habis tercetus ini. Segera dia berjalan keluar rumah. Mahu melepaskan mood angin sebentar. Dia perlu menjarakkan diri dengan Alia dahulu. Lutfi tidak mahu Alia pula menjadi tempat ia melepas geram dan amarah nanti.
"Salahkah aku cuba memujuk hatinya Ya Allah..Hati ini siapa yg mahu pujuk..Jika aku tahu semua ini akan berlaku..aku tidak akan berbuat semua ini lagi. Aku akan ikut apa jua kata orang di dalam rumah ini asalkan mereka tidak akan bertikam lidah lagi. Aku takut Ya Allah..aku masih takut.."
Sampai bila aku harus rasa bersalah?
Share this novel