Selepas semuanya mempunyai kata sepakat. Aku hanya mampu menghela nafas perlahan-lahan. Perkahwinan ini ibarat kata setujuan sebelah pihak sahaja. Ya, hanya pihak Lutfi sahaja ingin mengadakan majlis di bandar dan segala resepsi perkahwinan semuanya akan dilakukan oleh keluarganya sendiri. Di sini, di kampung halamanku, hanya akan berlangsungnya pernikahan kami tidak lama lagi. Kenapa aku tidak mempunyai perasaan seperti bakal pengantin yg lain ? Aku merasakan satu perasaan kosong saja. Tiada apa perasaan yg dapat aku rasakan untuk perkahwinan ini. Perlukah aku teruskan semua ini? Mungkin aku akan mengecewakan hati Lutfi nanti. Lutfi sangat tenang dan gembira bila aku menerima lamaran ini. Kini, kami sudah mengikat tali pertunangan. Tinggal beberapa hari sebelum aku bergelar isterinya yg sah. Tidak lama lagi aku akan menjadi milik Lutfi. Mata aku melihat pemandangan sawah padi di depan aku sekarang. Terasa udaranya segar dan nyaman sekali. Ingin saja aku menjadi angin boleh terbang ke sana ke sini tanpa batasnya.
"Ermmmm!!!"
Setelah mendengar suara seseorang sedang mendengus kuat di belakang aku. Aku terus memarlingkan kepala menghadap ke arah itu.
"Ehhh ehhh Arghhhh...."
Belum sempat Lutfi menarik tangan Alia, kedua-dua mereka sudah jatuh terduduk di dalam sawah padi. Di situlah bermulanya sebuah drama melayu. Alia sempat melihat ke arah anak Mata Lutfi tetiba saja degupan jantungnya berdegup kencang. Seolah telah wujudnya satu perasaan cinta di dalam hatinya ini. Lutfi hanya memberikan senyuman manis ke arah Alia. Lutfi tidak boleh lepas menatap lama wajah orang yg sudah mencuri hatinya dalam diam. Dia berharap sangat Alia mempunyai perasaan yg sama terhadapnya. Alia mula tersedar dari lamunannya segera menjarakkan dirinya daripada Lutfi sedikit.
"Alahhh!!!" Semua ini awak punya pasal tahu!! Habis Kotor baju saya! Ishhh. Tak tahu nak tegur orang baik-baik ke? kalau ye pun.. kata lah Assalamualaikum, hai , hello ke. ni tak 'ERMMM' dia bagi." Membebel Alia panjang lebarnya terhadap Lutfi.
Sekali lagi, tak pasal-pasal Lutfi kena pasang telinga mendengar bebelan Alia terhadapnya. Kalau boleh mahu saja dia mengambil lumpur ini dan disapu di dalam telinganya. Mungkin boleh kurangkan sedikit pendengaran ini.
"Awak!! awak ni kan selalu membebel je. nanti dah jadi isteri saya takkan awak nak membebel lagi dekat saya? tak kesian ke dekat bakal suami awak ni? ingat baju awak je ke kotor? habis baju saya ni? masih putih suci? saya dah la datang jauh-jauh semata-mata nak lihat bakal isteri saya. Apa yg dia buat? sudah ready atau belum? tapi, ini saya dapat?? Hmmm, Nak balik lah kalau macam tuuu. Merajuk Lutfi selepas Alia selalu menyalahkan dirinya ini. Padahal Lutfi hanya tinggal berdekatan sini sahaja. Demi Alia, Lutfi sanggup menyewa rumah supaya selalu berada di sini untuk mendekati Alia.
Mereka hanya mendiamkan diri beberapa minit di dalam sawah padi tersebut. Masing-masing tidak mahu mengalah dengan semua ini. Mata Alia hanya memandang ke bawah sahaja. Berkerut dahinya menahan sesuatu. Nampaknya kali ini taktik Lutfi tidak menjadi lagi. Sebagai lelaki, seharusnya dia mengalah dengan semua ini.
"Ya Allah kuatnya ego bakal isteri aku ni. Fuhhh, bersabarlah wahai sang suami, berusaha lagi memujuk isterimu ini." kata isi hati Lutfi.
"OK. No conversation? Up to you. saya gerak dulu yaa? Assalamualaikum sayang" Lutfi pun segera bangun dari sawah padi itu tanpa mempedulikan Alia yg masih terperap di situ. Dia mahu melihat sejauh mana ego Alia dapat bertahan dengan semua ini.
Alia menelan pahit air liurnya apabila melihat Lutfi mahu tinggalkannya sendiri di sini. Dua langkah perjalanan Lutfi pergi dari situ, Alia pun memanggilnya.
"Awak! Hmmm.. B.ool.ehh. to.longg ..saayya.?" berat sungguh setiap perkataan yg hendak keluar dari mulut Alia. Seperti ada seketul emas yg terperangkap dalam mulutnya itu.
"Ermm. Tolong apa?" Lutfi masih tidak menoleh pandangannya ke arah Alia.
"Tolong!!! A..dd.aa L..in..tah.. atas ka..ki saya!! Tolong! nanti dia gigit! Aarghhh!!". Menjerit Alia sekuat hati di situ. Dia sudah tidak tahan lagi dengan semua ini. Mengigil badannya menahan ketakutan.
"Lah!! ingatkan nak pujuk saya ke apa tadi. Lain jadinya pula sekarang erkk? Kalau ye pun janganlah menjerit!! nanti org dengar tahu. Apa pula mereka fikir nanti. Bawa bersabar lah. Ishh!! Marah Lutfi dekat Alia selepas mendengar Alia menjerit sekuat hatinya kerana takutkan lintah itu.
Lutfi masih memandang keadaan sekeliling dahulu. Takut pula dia dengan orang kampung nanti. Apa pula yg mereka akan fikirkan selepas melihat dia dan Alia berdua-duaan di sini.
"Tolonglah cepat!! Nanti saya jerit lagi kang!!" Ujar Alia sudah tidak tahan dengan perangai Lutfi yg selalu lambatkan kerjanya ini. Lutfi sengaja mahu kenakan dia lagi.
"Okay! Okay! Calm down honey! give me a second.."
"Eeeee. Haa dah keluar pon!! yes! wuhooo."
"Akulah hero Malaya. first time buang Lintah dekat bakal isteriku! Ehhehee" Nguman Lutfi sendiri. Dia ketawa dengan riang sekali sambil tangannya masih memegang lintah itu.
"Hoiii tebiat ke apa haa? Buang jauh-jauh sikit. Nanti dia datang lagi!" Arah Alia dekat Lutfi. Meremang bulu badannya melihat Lutfi seronok bermain dengan lintah itu. Pelik benar perangai bakal suaminya ini.
"Haa biarlah! Biar lekat banyak-banyak dekat awak haa. tak adanya saya nak tolong lagi.." Balas Lutfi dekat Alia. Dia menjelirkan lidah ke arah Alia saja yg masih menahan amarahnya itu.
Tambah Lutfi lagi..
"Bukan reti nak berterima Kasih. Orang dah tolong tu.. Kira Alhamdulilah dah. kalau ye pun tadi, saya dah lama pergi tinggalkan awak sorang diri dekat sini. Nasib sayang tahu!" Kali ini, giliran Lutfi pula membebel ke arah Alia sambil tangannya sibuk menolong Alia bangun dari sawah padi itu.
"Dia nii..marah-marah pun masih nak tolong aku? Adakah ini memang perangai kau yg sebenar Lutfi.? kenapa kau begitu caring pasal aku? Nguman Alia sendiri. Dia melihat saja Lutfi menolongnya tanpa membantah sedikit pun.
"Jom balik. Dah bergetah badan saya dibuatnya. Semua salah awak lah ni. Nak jalan atau nak saya kendongkan?? Senyum sini Lutfi ke arah Alia. Sengaja dia berkata begitu sambil memandang ke arah Alia dari atas sehingga ke bawah.
"Ishhh gatalnya dia ni! kita baru bertunang OK? "Bertunang" . kalau lepas kahwin pun jangan harap awak boleh kendong saya!! Marah Alia dekat Lutfi terus pergi meninggalkan dirinya di belakang.
"Elehhh. malulah tu.. hahahaha. heiii saya dah nampak blushed warna merah dekat pipi awak tu. Hahaha. Sakat Lutfi tak henti-henti dekat Alia. Tercuit hatinya melihat Alia menghentak kakinya meninggalkan dirinya di belakang.
Tiba sahaja di rumah,
"Ya Allah, apa yg korang buat ni sampai Kotor habis. Alia? Lutfi? pergi membaja sawah ke apa? Tanya mak Senah dekat mereka berdua selepas melihat kotor sekali baju Alia dan Lutfi.
Alia hanya membisu saja. Malas dia mahu menjawab pertanyaan Mak Senah. Hatinya masih panas dengan Lutfi lagi.
"Ya mak! baru lepas membaja tadi. Sampaikan orang tu kena gigit dengan lintah. Hahaha." Ketawa Lutfi sekuat hati. Geli hatinya rasa melihat Alia cuba membuang kesan lumpur yg sudah terkena pada wajahnya itu.
Aku memandang tajam ke arah susuk tubuh yg sedang asyik ketawakan aku sejak dari tadi lagi. Aku cuba menahan sabar ini sebaik mungkin. Jika hendak dibandingkan umurnya dengan aku, aku jauh lebih matang lagi. Nasiblah aku dapat suami seperti ini.
"Huhuhu . kelakarnya!! haa gelak lah. gelak . jangan harap saya beri baju persalinan dekat awak! Alia terus pergi dari situ. Begitu geram Alia dengan perangai menyakat Lutfi ini. Sudahlah tua bangka. Tak habis asyik nak bergurau senda saja.
"Udah lah Lutfi. Nanti kamu tak dapat baju persalinan baru tahu. Mak tak nak bertanggungjawab." Ujar Mak Senah lalu teruskan kerja menyapu laman rumahnya semula. Di biarkan saja Lutfi dan Alia bergaduh manja seperti ini.
"Ehh ehh. Alaaa. Lia? awak series ker ni? janganlah biar saya kesejukan macam ni.."
"Biarlah! teruskan menyakat saya! Ada saja kisah?"
"Awak!!" Panggil Lutfi manjanya terus mengekori ke mana sahaja Alia pergi.
"Aduhai, ada- ada sajalah anak, menantu aku ni. Bahagianya mak dapat tengok kamu bahagia Alia ." kata mak senah seorang diri di situ.
Mak Senah sudah lama tidak melihat Alia banyak bercakap seperti ini. Mak Senah rasa bersyukur sangat, mungkin dengan hadirnya Lutfi di dalam hidup Alia akan menceriakan kembali hidupnya. Mak Senah dan Fahmi saja tidak mampu nak kembalikan senyuman dan gelak ketawa kecil itu.
"Awakkk!! tunggulah, awak nak ke mana?" Tanya Lutfi selepas penat mengekori Alia sampai ke dalam rumah. Rasa bersalah dengan pakaiannya yg kotor ini masuk ke dalam rumah orang.
"huiii huiii. orang nak pergi Mandilah! Yg Encik Lutfi ikut saya sampai ke bilik ni dah kenapa? Ehh ehh.. jarak sikit dengan saya. Awak ada niat ker nak apa-apa kan saya ni? Balas Alia sedikit terkejut selepas melihat Lutfi berada dekat dengannya. Badannya mula rasa seram sejuk saja sekarang.
*Ya... memang ada niat pun.. Nak makan awak sekarang juga. Hahaha." kata Lutfi lalu memberikan senyuman sinis ibarat perogol bersiri terhadap Alia .
"Ya Allah, lagi aku dilayan semakin menjadi-jadi dia ni. hurmm ." Mengeluh Alia dengan perangai Lutfi ini, mengalahkan budak kecil saja.
Mahu tidak mahu dia terpaksa mengalah juga akhirnya. Alia sudah masak sedikit perangai Lutfi terhadapnya. Dia tahu Lutfi sengaja mahu menyakatnya supaya dia akan melayan juga Lutfi. Lutfi sengaja mahu perhatian daripadanya saja.
"Ni haaa, pakaian ganti sekali tuala Mandi. Awak.. pergi lah mandi dahulu.. Just guna bilik air sahaja. jangan memandai sentuh barang di dalam bilik saya! OK!" Ujar Alia lalu memberikan baju dan seluar ganti milik Fahmi kepada Lutfi. Saiz badan mereka lebih kurang saja tetapi Lutfi hanya sedikit tinggi daripada Fahmi.
"Ye lah boss. Nanti pun saya akan sentuh juga. Sayang juga awak dekat saya yerr. Muahh sikit? Kata Lutfi sambil menunjukkan pipinya untuk dicium oleh Alia.
"Astagfirulallahalazim. Ngada-ngadanya!! Dah cepatlah Mandi!! Dah berbau tuu.." Balas Alia sambil menolak tubuh Lutfi pergi masuk ke dalam tandas.
"Iyelahh sayang. Muahhh." Sempat lagi Lutfi membuat bentuk "love" dekat Alia sebelum masuk ke dalam tandas.
"Haishh!!. apalah nasib aku dapat suami macam ni. sabarlah Alia. Lama-kelamaan engkau akan tahu juga siapa Lutfi sebenarnya. But, i love when u need my attention."
Share this novel