Kejadian di mana Emily dan Alia berbual di laman tempoh hari.
"Apadia? Cakaplah.."
Aku memandang tepat ke arah anak mata Emily. Menunggu apa yg akan ia ujarkan sekarang. Semakin diberi muka semakin berani Emily mencari pasal tidak bertempat. Aku rasa macam nak tarik-tarik je rambut panjangnya itu. Perempuan gedik!
"Ehh, berminat ke? Lah..ingatkan tak nak dengar. Well, sejauh mana u dan Luke kenal antara satu sama lain ehh? I mean, sedalam mana cinta korang berdua? Jangan kata diluar je nampak happy tapi di dalam..who know right? Tak payahlah nak paksa diri u cintakan lelaki yg tak pernah cintakan u." Ujar Emily sinisnya ke arah Alia.
Dikibas rambutnya ke belakang sedikit. Melihat reaksi wajah Alia tekejut beruk seperti ini amat mengasikkan hatinya. Emily seakan dapat menangkap apa yg tersirat di dalam jiwa Alia.
"Sudahlah...buang masa saya je bercakap dengan awak. Tak payahlah sibuk nak masuk campur urusan rumah tangga orang. Baik jaga tepi kain sendiri. Ehh, lupa. kain sendiri pun tak cukup. Ada hati nak tahu isi hati perasaan orang.." Kata Alia sambil memandang atas bawah ke arah Emily.
Rasanya aku tidak perlu berlembut dengan perempuan seperti Emily. Jika Emily boleh berlakon baik di depan semua orang, apa salahnya aku juga berbuat demikian. Sampai bila semua orang mahu pijak kepala aku. Aku juga ada maruah diri.
Alia menggorak langkahnya tanpa menghiraukan Emily yg sudah terpinga dan wajahnya bertukar merah membahang. Ayat sinis dan berkias Alia sangat menyakitkan hatinya. Emily terus bangun dan merentap kuat pergelangan tangan Alia.
"Heh perempuan!! Wah, Mulut kau.., nampak je bertudung litup tapi mulut puaka!! I cili kang. Ehh, i tak tahulah macam mana Luke tergilakan u ni..Sudahlah tak ada apa-apa. Anak pungut dari kampung pula tu. Setakat ada rupa jee tak berbaloi lah. Ada hati nak paksa orang cintakan u. Cermin diri tu sikit." Cemuh Emily lalu melepaskan tangan Alia.
Puas hati dia berkata begitu terhadap Alia. Ditunding jarinya di kepala Alia beberapa kali. Jika hendak dibandingkan, Alia tidak setanding dengannya langsung.
"Wahh, daebak!! Drama apa pula kalini. Ishh, kalau mama ada sekali ni best wuu..Berani juga budak kampung tu melawan ehh?"
Dari jauh, Qairin asyik melihat drama antara Emily dan Alia timbulkan. Masing-masing tidak mahu mengalah dalam pertelingkahan mulut. Dia mengeluarkan telefon lalu merakam detik ini. Mungkin akan mendatangkan hasil nanti.
"Maafkan saya, Apa kurangnya awak yee? Sekurangnya saya tak jual diri dekat lelaki yg bukan milik saya sepenuhnya lagi." Bidas Alia kembali sambil mengukirkan senyuman ke arah Emily.
Selepas itu, senyuman di bibir aku terus mati. Satu keluhan berat dilepaskan. Aku tidak sepatutnya bercakap begitu kepada Emily. Miskipun, itu adalah kisah silam tetapi ia sangat memalukan bagi seorang wanita sepertinya.
"What?? Apa maksud u? So, u nak kata I jual diri dekat Luke ke? Ye memang!! I dan Luke dah lama jalin hubungan macam tu. Bukan i yg minta tapi Luke sendiri yg mahukan. I sebagai kekasih kesayangannya mestilah kena bagi. That why.. Luke cintakan i dan bukannya u. U je berangan setinggi gunung percayakan Luke mentah-mentah. U tak rasa malu ke? Sanggup kongsi Luke dengan i?" Kata Emily dengan satu perasaan bangga.
Dia tidak perlu pendam lagi kerana agak lama ia bersabar dengan perempuan perampas seperti Alia. Lebih baik Alia dapat tahu lebih dalam tentang hubungannya dengan Lutfi. Tiada rahsia dan kebohongan untuk semua ini lagi.
Alia hanya tersenyum mendengar luahkan Emily terhadapnya. Sedikit pun tiada rasa kecewa dan sakit dengan kenyataan ini. Digaru dahinya yg tidak terasa gatal.
"Ehh, U dah kenapa? Jatuh tebiat ke haa? U tak rasa marah ke apa yg i beritahu?" Sergah Emily lalu menolak sedikit bahu Alia. Merah bahang wajahnya menahan amarah selepas melihat reaksi Alia begini. Langsung tidak ada rasa kesal dan sakit hati.
"Ermm, bukan saya yg patut rasa malu. Buat apa nak marah? Sebab...bukan saya yg jual diri dekat lelaki bukan mahram. Setiap orang ada masa silam tersendiri. Antara awak dan Lutfi biarlah urusan tuhan saja. Siapa saya nak judge keduanya? Tapi, saya percaya Lutfi dah insaf dan bertaubat. Sebab, sepanjang kami mendirikan rumah tangga, dia adalah seorang suami yg baik buat saya. Lelaki yg sudah menghalalkan saya tanpa menyentuh saya tatkala kami bukan mahram lagi. Kalaulah, awak percaya jodoh awak dan Lutfi? Kenapa dia tidak menghalal awak saja dan bukannya saya. Maaflah, Satu je saya nak cakap. Ramai lagi lelaki yg jauh lebih baik di luar sana. Lelaki yg akan hormat awak sebagai seorang wanita. Buat apa nak berebut yg sudah berpunyakan? Tak balik modal pun." Ujar Alia dengan nada lemah lembutnya bagi menjawab pertanyaan Emily.
Setelah itu, Alia terus berjalan meninggalkan Emily yg sudah terdiam seribu bahasa. Tidak berguna lagi mereka berdua bertekak kerana seorang lelaki. Selagi boleh pertahankan perkara benar, Alia tidak akan berdiam diri dan membisu dihina oleh Emily.
"Shit.. Siapa perempuan ni? Berani dia ceramahkan aku balik? Eeee, Sial laa.." Nguman Emily lalu melepaskan amarahnya sendiri di situ.
Dia seakan mati kata untuk membahas kembali. Emily tidak menyangka Alia bukan perempuan yg mudah percaya dan diperdaya oleh mulut orang lain. Disebalik rupa dan percakapan yg lembut terselit satu kekuatan di dalam dirinya.
"Hmm, Hai...." Tegur Qairin kepada Alia selepas perasan Alia berjalan melepasinya yg sedang asyik mengigit buah apel hijau.
Nasib dia sempat menyembunyikan rakaman di telefon bimbitnya itu. Kalau tidak pasti mereka berdua pula yg akan berbalah nanti. Alia tidak meghiraukan teguran dari Qairin. Dia terus berjalan naik ke atas semula. Terlihat wajahnya sangat series tanpa sedikit pun senyuman.
"Marah ke tu....Fuh, Nasib baik tak kantoi...tapi ann. Untuk apa aku simpan yee? Delete jee lah. Dia tu pura-pura baik ke or memang dah baik? kalau betul..Mulianya hati budak ni....." Cakap Qairin sendiri masih teragak-agak untuk memadam kembali rakaman yg ia ambil tadi.
Pada masa yg sama, ia tersentuh mendengar kata-kata yg keluar dari mulut Alia terhadap Emily tadi. Kalau Qairin berada di tempat Alia pasti Emily sudah makan penampar. Tetapi disebaliknya, Alia membalas semua itu dengan teguran saja. Hati Qairin mula berbelah bagi. Dia sudah salah anggap tentang diri Alia selama ini.
...................................................................................
"Okey..keje harini dah selesai. Esok, pegi sekolah hantar keje ni then pegi Hospital kejap..Ermm, dah lama tak pegi check up ni. Nak beritahu abang ke tak ehh?" Kata Alia lalu mengemas buku-buku sekolah pelajarnya yg dibawa pulang ke rumah.
Dia mengeliat ke kiri dan ke kanan untuk merenggangkan urat-urat badannya. Rasa letih dan mengantuk sangat sejak beberapa hari ini. Keruh tenaga tanpa menghiraukan keadaan kesihatannya sendiri.
"Aippp...Dah siap ke semak semua buku-buku tu?" Sapa Lutfi lalu memeluk erat pinggang Alia. Bauan wangi helaian rambut Alia dicium sedalamnya. Inilah ramuan boleh menghilangkan tekanan di tempat kerja. Bertengek dekat isteri sendiri.
"Ehh, abang..Baru je siap haa. Jum, masuk tido. Lia pun dah ngantuk ni." Ajak Alia lalu memandang ke arah Lutfi.
Dicubit dan ditampar lembut kedua belah pipi Lutfi. Nasibnya berbadan pendek, terpaksa mendonggak tinggi melihat muka Lutfi. Diraut lembut anak-anak rambut di dahi Lutfi. Wajahnya terus mengukirkan senyuman tatkala melihat bibir Lutfi sudah dimuncungkan. Manja tidak bertempat.
"Sayang masuklah tido dulu. Abang ada keje sikit lagi. Lusa ada meeting. Nak kiss dulu boleh tak?" Ujar Lutfi masih tidak mahu melepaskan tangannya di pinggang Alia. Selagi tidak mendapat ciuman itu dia tidak akan lepaskan Alia.
"Amboi...macam tu pula. Ok..Muahh!!.. Lia nak tanya abang sikit boleh?" Tanya Alia setelah melepaskan satu ciuman di pipi Lutfi.
Kemudian, perlahan-lahan kedua belah tangan Lutfi dilepaskan pada pinggangnya. Alia berjalan menuju ke meja untuk mengambil buku-buku pelajarnya. Sedikit demi sedikit buku itu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
"Arr, Apa? Tanyalah..." Tergagap-gagap Lutfi menyoal Alia semula. Melihat reaksi dan tingkah laku Alia memandangnya tadi penuh dengan makna. Seakan ada sesuatu yg ingin dia bincangkan. Lutfi meraut lehernya sedikit. Seperti ada sesuatu yg tidak kena dengan Alia.
"Pasal....Kak Dira. Lia dah pegi ke sana. Dan kak Dira tengah dirawat sekarang. Encik Syeikh kata. Dia terkena sihir. Abang rasa...Abang Qirash terkena benda yg sama tak? Ke abang dah tahu." Tanya Alia lalu memandang ke arah Lutfi kembali. Wajahnya kelihatan series dalam hal ini.
"Apaa? Sihir? Tak..abang tak tahu. Kenapa Lia pergi ke sana tak beritahu abang dulu? Ya Allah..ingatkan Lia nak tanya apa tadi. Macam..macam mana keadaan Kak Dira? Teruk ke?" Pelbagai soalan dituju kepada Alia kembali.
Lutfi menghembuskan nafas lega. Dia ingatkan Alia sudah tahu tentang dia terserempak dengan Emily tempoh hari. Habislah dia malam ini. Semua itu berlaku di luar jangkanya sendiri. Kalau boleh, perkara itu tidak akan berlaku lagi. Lutfi tidak mahu hubungan mereka akan renggang semula.
"Agak teruk...tapi Encik Syeikh dah hantar pegi berubat. Apa kata kita bawa abang Qirash sekali. Boleh? Lia pun tak tahulah macam mana semua ini berlaku kepada mereka berdua. Siapa yg dengki ni..tak pahamlah Lia." Kata Alia lalu berjalan mendekati arah balkoni.
Udara malam dihirup segar melepasi rongga hidungnya. Serabut sangat fikiran ini bila memikirkan semua yg berlaku dalam sekelip mata. Pelbagai masalah yg timbul dalam keluarga Lutfi. Masing-masing ada kerenah dan cara tersendiri. Alia sukar memahami kehendak mereka semua.
"Ermm, kalaulah benar apa yg Lia katakan. Minggu cuti ni kita bawa Abang Qirash berubat. Demi kebahagian dia dan Kak Dira dapat dikecapi semula. Lia jangan risau ehh. Jangan banyak fikir sangat. Lepas ni, apa pun yg Lia buat. Bincang dengan abang dulu yee. Abang tak nak Lia serabut sorang-sorang." Ujar Lutfi lalu menghampiri Alia.
Lutfi menatap dalam wajah Alia yg masih berkerut dahinya memikirkan masalah ini. Pergelangan tangan Alia digenggam erat. Satu senyuman mula terukir di bibirnya. Alia seorang yg menitik beratkan keadaan orang sekelilingnya. Seorang perempuan yg baik dan berakhlak mulia. Belum pernah, dia ketemu perempuan sebaik Alia di dunia ini.
"Jadi, Adakah benar, abang sayang dan cintakan Lia? Sepenuh jiwa dan raga abang?" Tetiba saja soalan begini dituju kepada Lutfi. Alia tidak memandang ke arah Lutfi langsung. Pandangannya masih melihat suasana malam di sekitar taman perumah mereka.
"Apa..apa maksud Lia? Mestilah abang sayang dan cintakan Lia. Hanya Lia saja yg bertahta di hati abang. Napa Lia tanya abang macam ni? Lia tak percayakan abang?" Tergamam Lutfi buat sejenak waktu.
Tidak pernah Alia bertanya begini terhadapnya. Lutfi menelan payah air liur melepasi anak tekak. Soalan dan kelakuan Alia malam ini sangat pelik.
"Sebab Lia percayakan Abanglah..Lia tanya macam tu. Terima kasih tak pernah jemu sayang dan cintakan Lia. Huaa..Mengantuklah. Lia masuk tidur dulu yee. Good Night abang..jangan berjaga lama sangat. Lia tunggu." Balas Alia terus bertukar mood gembira kembali.
Dipeluk erat tubuh Lutfi sebelum melepaskannya. Satu senyuman menampakkan gigi terukir di bibirnya. Alia berjalan melangkah masuk ke dalam bilik semula. Ditinggalkan Lutfi yg masih terkedu dan kaku di balkoni. Tangan Lutfi terus meraut kasar wajahnya. Tidak tahu kenapa hatinya mula rasa gelisah. Takut jikalau Alia berprasangka bukan-bukan terhadapnya lagi.
"Adakah...Alia sudah tahu tentang hubungan aku dan Emily?"
Share this novel