Bab 57

Drama Series 71241

"Okey, semua dah selesai. Bolehlah pegi appointment kejap. Grab pun dah nak sampai ni.." Nguman Alia lalu menanda tangan pada borang untuk keluar sekolah pada waktu sesi pembelajaran kerana ada urusan di hospital.

"Alia pegi naik apa nanti? Napa tak ambil cuti terus harini? Tak perlu susah-susah Alia datang sekolah." Kata Farisa sambil melihat Alia menanda tangan pada kertas itu.

Jam di dinding menunjukkan pukul 11.00 a.m. Separuh hari Alia datang mengajar sebentar di sekolah. Selepas ini, bolehlah dia terus pulang ke rumah. Jadual subjek kelasnya sudah habis untuk hari ini.

"Ermm, Lia naik grab jee. Dah call tadi. Tak pelah. Rasa rugi pula nak miss kelas harini. Nanti tertinggal mata pelajaran diorang. Nah. Urmm..Puan ada tak?" Ujar Alia lalu memberi kertas itu semula pada Farisa.

Selepas itu, dia bertanya tentang Hajah Samsiah. Sudah masuk 2 hari Hajah Samsiah tidak hadir ke sekolah kerana sibuk menyertai lawatan di luar sekolah. Suasana di dalam pejabat agak sunyi tanpa perbualan Hajah Samsiah seperti selalu.

"Umi? Huh..Alia tak tahulah tu. Ada haa dekat dalam bilik tu. Baru je masuk harini. Entahlah..tiber sunyi ann? Selalu kuat m..e...m...b..e..b..e...l jee." Balas Farisa lalu mengeja satu-persatu perkataan itu di sebelah telinga Alia. Takut pula kalau Hajah Samsiah dengar nanti. Teruk dia akan kena nanti.

"Akak ni..tapi sunyikan tanpa suara Puan??.. Tak bolehlah kalau tak dengar suara Puan sehari. Nanti rindu.." Kata Alia pula sambil mengambil failnya di atas meja.

Mereka berdua terus ketawa bila terkenang kerenah dan tingkah laku guru besar mereka itu. Seorang yg periang tetapi tegas. Berbudi bahasa dan bersopan santun. Seorang yg menitik berat tentang keadaan pelajar dan orang-orang di sekelilingnya. Disebabkan itulah penampilan diri Hajah Samsiah disukai ramai orang.

"Ermm!! Ermmm....Amboi..amboi..bisik apa tu haa?" Tegur Hajah Samsiah lalu berjalan ke arah mereka berdua.

Dari jauh dia sudah melihat dan mendengar perbualan antara Alia dan Farisa. Hajah Samsiah sengaja tidak mendekati mereka saja.

"Ehh, Selamat pagi Puan.." Sapa Alia dengan tergopoh sedikit sambil membetulkan semula kedudukannya itu. Asyik berbual dengan Farisa sampai tidak sedar kedatangan guru besar ke sini.

"Puan... Arr...Ada apa-apa yg boleh saya bantu?" Sampuk Farisa pula sambil berlakon sedang menyusun fail di rak almari.

Senyuman kelat diukirkan di wajahnya apabila melihat susuk tubuh Hajah Samsiah di sini. Semasa bekerja saja dia akan menggunakan panggilan "Puan" sebagai tanda hormat. Begitu juga dengan Alia. Hanya di luar saja mereka akan memanggilnya "umi".

"Ermm, selamat pagi. Echa, japgi sediakan meeting untuk harini pukul 2 yee." Bersuara Hajah Samsiah kepada Farisa. Kelihatan wajahnya series sekali.

"Owhh baik..okey..Nanti saya sediakan." Jawab Farisa terus berjalan masuk ke dalam biliknya untuk menyediakan dokumen yg berkaitan.

Sebelum pergi, dia sempat melambai tangan ke arah Alia. Alia hanya membalas dengan senyuman saja. Hajah Samsiah yg melihat sifat mereka berdua turut tercuit di dalam hati. Hubungan mereka berdua semakin erat sejak kebelakangan ini.

Kini, tinggal lah Alia dan Hajah Samsiah saja di situ. Alia mahu berjalan pergi tetapi rasa bersalah pula tidak menegur Hajah Samsiah dulu yg sedang melihat kertas yg ditanda tanganinya tadi.

"Alia pergi dengan siapa?" Tanya Hajah Samsiah masih tidak memandang ke arah Alia.

"Ermm, naik grab Puan. Saya minta diri dulu yee. Rasanya grab dah sampai.." Ujar Alia lalu menundukkan sedikit kepalanya.

Senyuman di bibirnya tidak pernah luntur. Alia mahu berbual lebih dengan Hajah Samsiah tetapi masa tidak mengizinkan. Mungkin lain kali saja dia pergi melawat ke rumah Hajah Samsiah. Alia belum sempat berterima kasih kepada Furqan kerana sudah banyak menolongnya selama ini. Begitu juga dengan Farisa dan Hajah Samsiah sendiri. Alia berhutang budi dengan mereka. Tanpa mereka, siapalah dia sekarang.

"Alia...nanti jangan lupa minta MC yee. Rugi pula kalau harini dikira cuti. Kamu dah datang mengajar tadi. Hati-hati." Pesan Hajah Samsiah sedikit kekok.

Beberapa harini dia selalu mengelak untuk berjumpa dengan Alia. Fikirannya masih belum hadam tentang pergaduhan Lutfi dan Furqan disebabkan oleh Alia. Hajah Samsiah tidak mahu berprasangka bukan-bukan terhadap Alia. Dia belum mengenali Alia lebih dalam lagi. Tidak tahu sifat dan keperibadian Alia yg sebenarnya. Jika masih boleh mengelak, dia akan cuba daripada terus membenci.

"Baiklah..terima kasih sebab selalu ingatkan saya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Balas Alia dengan perasaan penuh senang.

Rasa gembira sangat walaupun sekejap saja dia berbual dengan Hajah Samsiah. Mungkin Hajah Samsiah sedang berada di sekolah dan mereka tidak boleh berbual tentang hal luar. Sebagai seorang guru mereka mestilah ada sifat begitu. Tidak perlu campur-adukkan masalah dengan kerja. Alia mengukirkan senyuman girang sebelum melangkah pergi.

"Waalaikumsalam. Hmm, kenapalah dia tak pernah rasa sedih mahupun bersalah atas apa yg berlaku? Perempuan jenis apa dia ni yee? Sukar aku nak baca." Nguman Hajah Samsiah sendiri.

Kepalanya digelengkan beberapa kali sambil memerhati gerak langkah Alia keluar dari ruang pejabat ini. Serabut fikirannya memikirkan semua ini. Alanglah baik dia bersiap sedia untuk mesyuarat nanti. Belum sempat kaki Hajah Samsiah melangkah pergi dia memijak sekeping gambar yg terjatuh di atas lantai. Tanpa teragak lagi, kepingan gambar itu dicapai.

"Ehh, inikan gambar...Ya Allah! Apa semua ni?? Tak mungkin..adakah semua ini kebetulan saja...tak mungkin!!" Bersuara Hajah Samsiah agak kuat setelah terkejut melihat kepingan gambar itu dengan mata kepalanya sendiri.

Kreak!!

Sebelah tangannya lagi sempat memegang bucu meja kerana tubuhnya sudah hilang pertimbangan. Tubuh Hajah Samsiah mula mengigil tanpa sebab. Pernafasannya terasa sangat semput. Kepala sangat pusing dan sakit.

"Ya Allah. Umi!! Kenapa ni?? Tolong!!" Jerit Farisa takutnya sempat memapah tubuh Hajah Samsiah dari terjatuh ke bawah.

Beberapa pekerja yg lain turut datang menolong mereka berdua setelah mendengar Farisa menjerit meminta tolong tadi. Hajah Samsiah sudah jatuh pengsan. Tangannya masih erat memegang kepingan gambar itu. Farisa sudah menangis di samping Hajah Samsiah. Kepala Hajah Samsiah dirangkup lembut di atas pehanya. Dia sangat takut jika perkara buruk berlaku kepada uminya sekarang. Nombor Hospital terus dihubungi. Masing-masing tidak tahu apa yg berlaku kepada guru besar sehingga jatuh pengsan seperti ini.

................................................................................

Di Restoran Hotel Grand 5 Star.

"Seronok kan shopping harini. Thanks Nafisah lanje kitorang. Banyak pula duit ko yee. Dah masuk ke aluan bulan ni?" Kata Datin Suria sambil menghirup air kopi segar yg melepasi anak tekaknya.

Mereka semua baru habis mandi peluh asyik sangat borong tak ingat dunia tadi di butik mewah dan berjenama luar negara. Hotel grand pula menjadi pilihan untuk mereka bertiga rehat dan bersantai sekejap. Semua ini dibayar secara tunai oleh Datin Nafisah sendiri. Apa salah dia menghabiskan duit untuk biras dan kakak iparnya ini. Bukan orang lain pun dia memboros.

"Ha'ah.. itulah. Banyak masuk ke tu?? Kalau tidak mahu tidak senyum sampai cuping telinga tu haa!!" Kata Khadijah pula iaitu kakak sulung kepada Dato' Tahir dan Dato' Ghani.

Sudah menjadi kebiasaannya keluar bersama ipar-iparnya ini. Hubungan kekeluargaan jangan dipecah-belahkan. Sampai bila-bila pun mereka akan erat dan akhrab seperti selalu.

"Hehehe, janganlah kata macamtulah..malulah i. Yee. Baru masuk haa. Banyak sikit. Itulah yg i belanja uolls!! Selagi ada rezeki. Apa salahnya i lanjekan? Haa, jemput-jemput minum. Harini kita makan menu lobster ye. Khas untuk uolls!! Order lah apa yg uolls nak makan." Ujar Datin Nafisah semangatnya.

Buku menu itu diberikan kepada Datin Suria dan Khadijah. Masing-masing terliur dan rambang mata tidak tahu mahu pesan menu apa. Rezeki sudah terhidang di depan mata. Pinta saja akan dapat nanti. Harga menu ini ibarat cekik darah seakan tidak nampak dan peduli. Dipesan tanpa rasa kesalnya.

Dalam beberapa minit berbual dan menikmati hidangan yg tersedia ada. Mereka bertiga rehat sebentar di sudut sofa restoran itu. Sebentar lagi pencuci mulut pula yg akan terhidang ke sini. Seharian ini saja mereka menghabiskan masa di hotel. Kelihatan Datin Nafisah dan Datin Suria sedang membaca majalah atau lebih kepada melihat iklan barang kemas yg terpapar di dalamnya. Khadijah pula memandang saja telatah birasnya ini. Seakan tiada apa yg berlaku tanpa sedar atau buat-buat tidak tahu.

"Ermm..Beb..Korang ada dengar pasal Dira tak?" Tetiba saja Khadijah bertanya soal Dira kepada mereka berdua.

Air jus lemon itu dihirup lembut melepasi anak tekaknya. Pandangan Khadijah melihat ke arah mereka berdua serentak. Ingin memastikan sekiranya mereka tahu tentang hal ini. Terutamanya Hajah Nafisah iaitu bekas mertua Dira sendiri.

"Ehh, Napa cakap pasal Dira pula ni? Diakan 'bekas' menantu je..Napa dengan dia??" Kata Datin Suria sambil membuat bentuk bekas di jarinya. Dahinya berkerut sedikit kerana hairan apabila kakak iparnya ini bertanya tentang Dira.

Datin Nafisah buat tidak endah saja soalan itu. Air kopi di cawannya di ambil lalu dihirup. Pandangannya terus melihat ke arah lain. Kalau boleh sedikit pun dia tidak mahu berbual pasal ini. Tetiba saja hatinya rasa geram dan marah bila bercakap pasal perempuan itu.

"Taklah...aku dengar..dia kena sihir. Korang tak tahu ke? Aku ingat korang tahu." Ujar Khadijah biasanya.

Dia seakan tidak terkejut bila memberitahu mereka semua ini. Sekurangnya ia tahu perkara yg melibatkan Dira tidak ada kena mengena dengan keluarganya.

"Uhuks!! Uhuks!! Wehh, panasnya air ni..Apahal panas sangat ni!! Habis seluar aku!!" Tersedak Datin Nafisah bila mendengar semua itu. Habis air kopi tertumpah di atas seluarnya.

"Lahh, ko dah kenapa? Kalau yee pun terkejut dengar pasal ni behavelah sikit. Jap aku panggil waiter.." Kata Datin Suria lalu pergi menuju ke arah kaunter. Pelik dia melihat tingkah laku Datin Nafisah sekarang. Mudah sangat terkejut hal yg remeh.

Kini, hanya tinggal mereka berdua saja di situ. Khadijah bangun lalu mengambil tisu untuk menolong Datin Nafisah mencuci seluarnya. Sedikit pun mereka berdua tidak bersuara. Hanya keluhan berat yg keluar dari mulut Datin Nafisah.

"Kau pasti tak tahu pasal tu?? Butik Dira sudah ditutup sepenuhnya." Tanya Khadijah semula usai saja selesai mengelap sisa air kopi itu diseluar Datin Nafisah.

Dia berdiri lalu memandang tepat ke arah anak mata iparnya ini. Mahu satu kepastian tentang apa yg sudah berlaku. Jika semua ini disebabkan oleh Datin Nafisah sendiri. Habislah nama buruk keluarganya nanti. Bukan cara kotor yg perlu digunakan untuk jatuhkan orang lain. Ada akibat besar yg perlu ditangung oleh Dato' Tahir.

Datin Nafisah menelan payah air liurnya melepasi anak tekak. Wajahnya sangat gelisah dan peluh mula menuruni dahinya. Entah apa yg patut ia lakukan sekarang. Perlukah dia memberitahu hal sebenar kepada mereka berdua. Adakah mereka akan cuba menolongnya nanti. Entah!!

.................................................................................

Di bilik Hajah Aminah.

"Sifat dengki manusia tidak akan pernah luntur. Masing-masing tamak harta dunia tanpa rasa jemu. Sanggup berbunuhan dan menjatuhkan darah daging sendiri kerana harta. Siapa sangka, inilah kesalahan dari ibu bapa sendiri semasa mendidik anak-anaknya." Kata Hajah Aminah lalu menanda tangani beberapa dokumen yg diberi oleh Encik Muhklis.

Sudah lama Hajah Aminah ingin berbincang semua ini dengan pentadbir sendiri. Sebelum ia pergi menghadap ilahi. Alangkah baiknya dia membahagikan sama banyak harta ini dahulu sebelum anak-anaknya berebut nanti.

"Hajah, arwah Tan Sri Wahid pernah berpesan kepada saya. Sekiranya arwah mahupun keturunan arwah Muhd Noor masih hidup. Berikan 12% share saham syarikat yg diterajui oleh Dato' Tahir kepadanya. Adakah Hajah bersetuju dengan semua ini?" Tanya Encik Muhklis mahu satu kepastian dahulu dari Hajah Aminah sebelum membuat keputusan.

Perkara begini bukan mudah kerana melibatkan pembahagian harta secara adil. Sebagai pentadbir, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya saja. Memberi candangan yg terbaik kepada kliennya.

"Emm, Kalau boleh...semuanya saya mahu beri kepada cucu saya, Lutfi dan Alia. Tapi, semua sudah tertulis. Buatlah apa yg terbaik untuk semua ini. Asalkan cucu saya, Lutfi dan Alia masih ada hak atas apa yg patut ia miliki selama ini. Saya terlalu sayangkan mereka. Alia memiliki hati yg nulari dan suci. Tuanglah air yg keruh pasti ia kan jernih dalam sekelip mata. Saya sudah pasrah dengan anak menantu saya sendiri. Biarlah tuhan buat kerja-Nya. Bila-bila masa saja saya akan pergi. Kalau boleh..saya nak melihat cucu saya menyatukan mereka semua kembali." Ujar Hajah Aminah sayunya.

"Baiklah..Saya akan tunaikan."Balas Encik Muhklis mengikut segala arahan Hajah Aminah.

Deraian air mata yg tumpah di pipi Hajah Aminah di kesatnya perlahan. Angin sepoi-sepoi bahasa melintasi ruang bilik ini. Hajah Aminah rasa sangat menyesal dan tidak berguna sepanjang mendidik anak-anaknya. Perkara yg paling ia kesali adalah menjaga arwah Muhd Noor sebagai anak angkatnya sendiri. Jika arwah tidak hadir di dalam keluarga ini pasti hura-hara tidak akan berlaku. Perebutan harta dan hasad dengki tidak akan pernah wujud. Semua ini sudah tertulis dan takdir Tuhan. Siapa dia mahu melawan takdir. Pasti ada ashab semua ini berlaku di dalam keluarganya sendiri. Selagi nyawa masih dikandung badan. Tiada apa yg dapat ia ubati perasaan sakit melihat suasana begini.

Sorry gais, lambat update beberapa harini. Sis akan cuba cari masa terluang yee? Tq. Jangan lupa rate n comment okey? <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience