"Sudah-sudah lah tu menangis sayang. Nanti kita balik kampung yaa. Baru jer Mak tinggalkan 15 minit yg lalu.Takkan dah merindu?"
Bersuara Lutfi apabila melihat Alia tak henti-henti menangis seperti anak kecil yg sudah ditinggalkan oleh ibunya berada di bucu katil sekarang. Ini adalah malam pertama buat mereka berdua tetapi Alia langsung tidak kisah semua itu. Lutfi tidak kisah jika dia belum bersedia menjalankan tanggungjawab itu lagi. Lutfi bukanlah lelaki kejam yg hanya fikirkan dirinya saja. Dia masih perlu menjaga perasaan Alia. Alia terus memandang sinis ke arah Lutfi dan sambung balik tangisannya tadi.
"Allah, Dia pandang sinis jerr kat aku? Teruknya kau Lutfi.. tak reti nak pujuk isteri sendiri ke.. Kena guna tektik lain ni.." Kata isi hatinya.
"Sayang, Abang cuti 3 minggu tau..So, Abang ingat nak pergi honeymoon. Abang nak sayang pilih tempat boleh?" Kata Lutfi sambil berjalan mendekati Alia di sudut katil.
Alia hanya mendiamkan diri dan tidak menjawab langsung pertanyaan Lutfi. Tersedu-sedan dia menahan tangisannya itu. Geram saja dia melihat Lutfi hanya tertawa dan tersenyum riang di hadapannya.
"Haishh, Sudahlah nangis tuu.. Jangan bazirkan air mata Lia boleh tak? See, dah tak comel dah isteri abang ni." Lutfi terus mengesat sisa-sisa air mata di pipi Alia menggunakan ibu jarinya.
"Apa kata kita honeymoon dekat Kampung sayang.. Abg suka sangat ambil udara segar dekat sana. Lagipun, kita boleh tinggal di rumah Liakan? Tak baik dibiarkan rumah tu kosong. Lia setuju tak dengan Abang?"
Lutfi memberi candangan untuk berbulan madu di kampung Alia saja agar ia dapat membuat Alia kembali ceria dan tersenyum seperti biasa. Lutfi tidak suka melihat wajah masam isterinya ini bila lepas menangis. Apa yg Alia suka lakukan. Semua itu juga akan membuatnya rasa bahagia.
"Betul Ke ni Abang? Abang tak tipu Liakan?"
Alia kembali bercakap dengan Lutfi selepas mendengar candangan yg menarik itu. Di buang rajuknya jauh-jauh.
"Selamani Abang pernah tipu Lia kah? Tak kan? Lia setujulah ni kita honeymoon dekat kampung Lia?" Balas Lutfi lalu mencubit lembut pipi gebu Alia.
Geram saja dia melihat pipi bulat Alia. Walaupun bertubuh kecil tetapi wajahnya comel kerana terdapat dua pipi bulat. Bila Alia tersenyum mulalah menampakkan pipi bulatnya ini. Lutfi tidak dapat menahan tanggannya daripada terus menciut pipi Alia hampir setiap hari.
"Auchh, sakitlah...Yeayy. Terima kasih Abang." Kata Alia terus memeluk Lutfi tanpa segannya.
Faham saja suaminya ini apa yg ia mahukan. Rasa bahagia saja sudah mempunyai teman yg faham tentang dirinya sekarang. Mungkin selepas ini Lutfi akan menjadi tempat ia mengadu suka dan duka pula.
"Ehh, dah happy dah. Cepatnya mood sedih tadi hilang. Sudah dibawa angin kot. Ingatkan, malam ni Abang tidur tanpa bantal peluk dah. Hahaha." Ketawa Lutfi dengan kuatnya sambil memerli Alia.
"Eeee, gatalnya. Tak nak kawan. Tidurlah sorang-sorang." Alia kembali memuncungkan mulutnya.
"Alahh, Abang melawak je lah sayang. Dah...Huaa .. mengantuknya. Jum tidur."
Ajak lutfi perlahan untuk memujuk Alia. Di angkat tangannya lalu diletakkan ke atas bahu Alia. Kepalanya kembali ditundukkan ke bawah. Rasa berat saja badannya sekarang.
"Hurmm, ngada-ngadanya. Lia..Lia belum bersedia..."
"Tak apa.. Abang faham." Menyampuk Lutfi sebelum Alia menghabiskan ayatnya tadi.
Lutfi kembali mengangkat kepalanya lalu menatap wajah rasa bersalah isterinya ini. Dia terus mengukirkan senyuman agar Alia tidak rasa bersalah dengan semua ini.
"Maafkan Lia abang.." Itu sahaja jawapan yg mampu Alia ungkapkan. Dia tidak dapat menatap lama wajah Lutfi di depannya.
"Lia tak salah apa-apa pun. Abang tak akan paksa kalau itu buat Alia rasa tidak selesa. Jangan pernah merasa bersalah kalau itu bukan salah Lia." Ujar Lutfi lalu memegang erat pergelangan tangan Alia.
"Jawapan tuu.. Lelaki tempoh hari.." Nguman Alia terkejutnya dengan jawapan lutfi itu.
Riak wajah Alia mula berubah 100%. Fikirannya masih tidak dapat hadam semua ini. Jawapan yg diberi oleh Lutfi sama saja dengan lelaki yg pernah ia ketemu sebelum ini.
"Kenapa ni? Abang salah sebut ke?" Tanya lutfi semula apabila melihat reaksi muka Alia berubah.
"Aehh, tak adalah. Jum tidur. Tadi Abang nak sangatkan tidur." Balas Alia menukarkan topik itu semula.
"Baiklah." Balas Lutfi sedikit ragu-ragu dengan Alia. Dia berharap sangat Alia tidak sembunyikan sesuatu daripadanya.
............................................................................
Di waktu pagi jam 7.00 a.m.
Aku ingin menyediakan sarapan untuk semua orang. Rasa tidak selesa pula untuk bangun dan terus turun sarapan tanpa berbuat apa-apa. Aku sudah meminta keizinan daripada Lutfi tadi. Pada mulanya ia membantah juga kerna aku bukanlah orang gaji di rumah ini. Selepas di pujuk banyak kali akhirnya Lutfi tidak mampu untuk menolak permintaan aku ini.
"Boleh Lia tolong.." Tegur Alia kepada Mak Timah merupakan tukang masak di rumah dalam rumah agam ini.
Diikuti juga Ibu Nini dan Siti iaitu pembantu dari indonesia untuk menolong Mak Timah siapkan sarapan pagi.
"Selamat pagi Puan Alia." Ucap mereka bertiga serentak selepas melihat Alia memasuki ruang dapur ini.
"Err..Selamat pagi..tengah sediakan apa ini? Boleh saya tolong?" Jawab Alia mula rasa tidak selesa setiap pembantu di dalam rumah ini mula memanggilnya gelaran 'Puan'
"Ehh, Puan Alia. Tak payah susah-susah. Saya boleh buatnya sendiri. Lagipun kami bertiga sudah di tugaskan untuk menyediakan semua ini." Ujar Mak Timah lalu menolak bantuan daripada Alia.
"Owhh yeke..Tak apalah Mak Timah. Saya dah beritahu Tuan Lutfi tadi nak tolong Mak Timah sediakan sarapan. Dia sudah izinkan."
Balas Alia mula melipat lengan bajunya ke atas. Mujur saja dia sudah memakai sarung lengan. Jadi tidak susahlah nak melakukan kerja nanti.
"Batul ni Puan? Saya takut nanti Tuan Lutfi marahkan saya kerana bagi Puan sediakan sarapan."
Tanya Mak Timah lagi masih ragu-ragu dengan kenyataan Alia. Mereka bertiga saling memandang wajah masing-masing. Tidak pernah majikan mereka masuk ke ruang dapur untuk sediakan makanan. Ini lain pula dengan kedatangan isteri kepada majikan mereka.
"Janganlah risau Mak Timah, Ibu Nini dan Siti. Tuan Lutfi tak kan marah. Kalau marah nanti..saya marah dia semula. Saya betul-betul ikhlas nak bantu Mak Timah dan yg lainnya di sini. Lagi satu, panggil saya Alia. Tak perlulah nak Puan bagai. Saya muda lagi. Tak biasa dengan semua ini." Beritahu Alia lalu memberikan senyuman kepada mereka bertiga.
Jika aku di layan baik sekali di sini, apa salahnya aku juga mengeratkan hubungan baik dengan para pembantu rumah ini. Pangkat dan darjat bukanlah segalanya. Aku sudah biasa hidup sederhana. Status diri ini tidak akan dapat mengubah jiwa kecil aku di kampung.
"Baiklah, Alia boleh tolong Mak Timah. Mak Timah ingatkan nak sediakan nasi lemak dan karipap goreng. Lia boleh tolong buatkan karipap?"
Mak Timah mememinta Alia untuk menyediakan santapan Karipap goreng. Kelihatan Ibu Nina dan Siti sudah sediakan tepung telah di gaul. Mereka memberika adunan itu kepada Alia.
"Mestilah boleh, lagipun.. Lia selalu buatkan untuk arwah Ayah." Jawab Alia sedikit sedih.
Bila dikenang semula kenangannya bersama arwah ayahnya semestinya semua itu membuat dirinya sebak. Hanya titipan doa dapat mengisi kekosongan di hati ini.
"Hmm, Mesti sedapkan? Alia teruskan buat lagi. Kali ini untuk semua orang, terutamanya untuk suami Alia sendiri." Ujar Mak Timah memberikan sedikit semangat kepada Alia.
Begitu juga dengan Ibu Nini dan Siti. Mereka amat suka layanan baik Alia ini. Jauh beza dengan layanan majikan mereka yg lain. Alia mula bercoleteh cerita dengan mereka semua. Sambil berbual mereka dapat menyediakan sarapan pagi ini dengan gembiranya sekali. Dalam setengah jam kemudian akhirnya semuanya sudah selesai, Alia menghidangkan makanan itu di meja makan. Hari ini cuma ahli keluarga Lutfi saja yg berada di sini. Mak ngah dan Pak Cik Lutfi sudah pulang ke rumah mereka. Tiba-tiba, datang seseorang terus memeluk Alia dari arah belakang.
"Ehh, Mak kauu..." Melatah Alia dengan terkejutnya.
Secara automatik tangan Alia terus menampar orang yg memeluk dirinya sekarang. Rasa terancam dan bahaya jika dibiarkan lama.
"Auchh..Auchh..Sayang..ni abanglahh!!"
"Hahaha.. Haa melatah lagi. Sanggup pukul abang tapi seronok dengar Lia melatah tau." Ketawa Lutfi sepuasnya.
"Ishh, suka buat orang terkejut dia ni." Marah Alia dengan perangai menyakat Lutfi itu.
Alia membiarkan Lutfi mengikuti ke mana saja dia pergi. Sehingga masuk ke ruang dapur untuk mengambil makanan Lutfi masih berada di belakangnya. Alia bergerak ke tepi tetapi di halang oleh Lutfi. Dia mula bergerak ke kanan juga di halang oleh Lutfi. Mak Timah, Ibu Nina dan Siti hanya tersimpul malu menahan ketawa melihat gelagat mereka berdua. Pandangan Alia mula di alihkan ke arah Lutfi. Satu tatapan tajam dia berikan.
"Okey..Sorry sayang.. Abang tak buat lagi ye? Tapi abang tak boleh janjilah.." Pujuk Lutfi semula.
"Hmm, tak buat lagi? Sembang. Duduklah. Sarapan sudah terhidang ni." Balas Alia sudah mengetahui niat sebenar Lutfi sebenarnya.
Bila di lihat wajah Lutfi sudah tersenyum seperti kerang busuk. Dia tidak boleh berpegang janji seperti ini. Alia tidak kisah langsung apa yg Lutfi lakukan terhadapnya. Mungkin dengan cara ini Lutfi ingin menarik perhatian daripadanya.
"Wauu.. sayang yg masak ke semua ini? Isteri abang baru berumur 23 tahun dah boleh buat semua ini. Itulah yg membuatkan Abang sayang sangat-sangat dekat Lia." Puji Lutfi melambung.
Mahu saja dia cium wajah Alia sekarang. Tapi, ramai sangat orang di dalam rumah ini. Mungkin lain kali saja dia bergurau manja dengan Alia.
"Hehehe, Mana adaa. Semua orang pun boleh buatlah semua ni. Lia tolong Mak Timah jaa..Bukan Lia yg buat semua." Balas Alia menyembunyikan sedikit blusher merah di pipinya.
"Selamat pagi semua.." Sapa Dato Tahir dekat Lutfi dan Alia.
Kelihatan Datin Nafisah, Qairin dan Qirash turut berada di sini. Dira pula sedang memimpin tangan Hajah Aminah berjalan. 3 Orang anak Kak Dira mula berlari berkejaran untuk menempah duduk di meja makan ini. Seorang lelaki yg Alia tidak kenali turut berjalan menuju ke arah ini. Matanya tidak lepas dari memandang Alia. Masing-masing sudah melabuhkan diri di meja makan.
"Ehh, papa selamat pagi." Jawab Lutfi malu saja selepas ditegur oleh Dato' Tahir.
"Amboi..bukan main kamu menyakat Alia yaa.. Tak habis-habis lagi ke habit tuu." Tegur Dato' Tahir dengan perangai Lutfi ini.
"Ermm..mana ada. sikit-sikit jelah.."
"Yelah..sikit. Kesian anak perempuan papa ni asyik kena ganggu je dengan Si Lutfi tu. Kalau dia nakal sangat Alia beritahu papa yee." Pesan Dato' Tahir sambil menepuk lembut bahu Alia yg berada di sebelahnya.
"Ermm..baiklah.." Jawab Alia mahu sedikit dengan layanan mesra bapa mentuanya ini.
Datin Nafisah dan Qairin memandang tajam ke arah Alia. Geram mereka melihat lakonan terbaik Alia di depan mereka semua. Rasa mahu termuntah saja bila diri Alia selalu menjadi perhatian di dalam rumah ini. Seperti tiada orang lain yg mereka mahu agungkan.
"Jemputlah makan semua..."
Bersuara Opah seronok melalui suasana gembira seperti ini lagi. Jika masih dipanjangkan umur setiap hari dia mahu melihat kebahagian keluarga. Tiada apa yg lebih gembira bila dapat mengeratkan semula tali persaudaraan yg tertupus sekian lamanya. Mungkin kewujudan Alia di sini akan membawa satu sinar kebahagian yg sebenar.
Mereka semua mula menjamu selera sarapan pagi yg telah disediakan ini. Sungguh laku dan berselera sekali hidangan karipap. Selalunya hidangan ini tidak habis cepat tetapi kali ini Mak Timah sudah mengantikan kepada pinggan kedua pula. Tersenyum Alia sendiri melihat hidangan yg dibuatnya mendapat perhatian.
"Ermmm...sedapnya karipap inti ayam ni..Pandai pula Timah buat." Puji Dato' Tahir tidak habis dari menguyah isi intinya.
Teringat zaman dia bersama arwah Noor menjamu selera hidangan karipap inti ayam buatan arwah Lina semasa Noor di tempatkan di hospital. Sejak dari itulah dia masih tercari masakan seakan sama dengan arwah Lina tetapi tidak dapat. Kali ini, rasa karipap inti ayam ini sama saja dengan buatan Lina.
"Sedap sangat..Macam mana Timah buat semua ini?" Kata Hajah Aminah pula selepas merasai karipap itu sendiri.
"Betul tu Bonda..Sedapnya..lepas ni Timah kena buat lagilah.." Bersuara Datin Nafisah sudah mendapat menu sarapan kegemarannya.
"wau..The best ever i pernah makan.."
Kali pertama Qairin memuji masakan di dalam rumah ini. Terkejut mereka semua selepas mendengar suara Qairin berkata begitu. Lutfi terus tersenyun sinis saja. Tidak sangka masakan isterinya ini dapat menarik perhatian semua orang. Alia hanya menunduk malu kerana Lutfi mula menolak bahunya.
"Siapa yg masak? Rasanya bukan maid dalam rumah ini."
Tetiba saja lelaki itu mula bersuara selepas melihat Alia dan Lutfi memberi tanda isyarat satu sama lain. Dia sudah dapat mengagak masakan ini dibuat oleh Alia sendiri. Mereka yg lain mula memberi perhatian ke arahnya.
"Excuse me, apa maksud kau Qayyum?" Tanya Lutfi semula.
Pandangannya mula menjadi series sedikit. Ada saja sifat tidak puas hati Qayyum dengannya. Qayyum terus memberikan senyuman sinis ke arah Lutfi. Pandangannya mula beralih ke arah Alia pula. Tergugat hatinya melihat perempuan menawan seperti Alia. Tidak semenanya keadaan mula bertukar dingin. Panas hati Lutfi melihat tatapan murahan Qayyum melihat ke arah Alia. Mahu saja dia menumbuk wajah kacukan Qayyum itu. Tidak kisahlah sama ada Qayyum sepupunya. Kalau dia cuba mendekati Alia memang silap besar.
Share this novel