Bab 25

Drama Series 71241

"Ayun..Lia Ayun... Yeayy!! Dah lama tak main buaian. Tolak lagi awak!! Napa slow sangat tu?? Kata Sado.."

Bersuara Alia dengan gembiranya apabila tali buaian ini bergerak mengikut alunan angin pantai. Terasa nyaman dan segar sekali. Sudah lama dia tidak bermain dan melepak seperti ini. Bila di kenang kembali semua ini, hanya pada zaman remajanya banyak menghabiskan masa di sini. Semua rakan dan sahabat handalnya di kampung ini membawa haluan masing-masing. Kini, dia sudah berkahwin. Tiada apa yg lebih gembira mendapat teman hingga hujung nyawa.

"Amboii...bukan main seronok lagi ehh? Jap nak kumpul tenaga. Sedia ehh, nanti jatuh karang.. Hiyaa!!!" kata Lutfi lalu menolak kuat buaian itu ke hadapan.

"Arghh!! awak!! Kuat sangat ni..tapi bestlah!! Hahaha"

Gelak ketawa Alia mula kedengaran memenuhi ruang tepi pantai itu. Dirinya mudah terhibur dengan semua ini. Bukan selalu dia mahu jadi seperti kanak-kanak ribena. Biarlah Lutfi melihat gelagat sebenar dirinya ini. Ada kala garang dan ada kalanya riang. Bibir Lutfi mula mengukirkan senyuman. Entah kenapa dia rasa sangat tersentuh melihat Alia seperti ini. Hilang segara keresahan di hatinya. Alia seorang perempuan yg mulia. Jika hendak dibandingkan dengannya jauh sekali perbezaan ini. Demi Alia, dia sanggup berubah ke jalan yg lebih baik.

"Lia...Jum, abang dahagalah. Kita makan aiskrim nak tak?"

Bersuara Lutfi setelah penat melayan kerenah manja Alia. Peluh di dahi mula jatuh ke bawah. Rasa panas sangat cuaca hari ini. Habis baju t-shirtnya basah di sekitar leher baju. Sekali sekala berjemur dengan isteri tercinta. Kata honeymoon kenalah guna masa yg ada sekarang.

"Jum!!"

Mereka berdua berjalan menuju ke sebuah kedai runcit tidak jauh dari situ. lutfi mahu memimpin tangan Alia tetapi mentah-mentah saja pelawaannya itu ditolak. Alia cuma tidak mahu orang kampung ini bercakap bukan-bukan terhadapnya dan Lutfi. Cukuplah pagi tadi dia telah diserang bertubi oleh makcik bawang di kampung ini. Bebuih mulut kalau mahu berlawan dengan mereka.

"Ermm..abang masuklah ke dalam. Lia tunggu di luar saja." Bersuara Alia lalu memberikan senyuman kepada Lutfi. Dia tidak mahu Lutfi berfikir bukan-bukan pula nanti.

"Okey..sayang nak aiskrim apa? Biar abang belikan."

Ujar Lutfi biasanya. Mungkin Alia tidak berminat mahu membeli makanan di sini. Maklumlah, ini kampung halamannya. Tambah pula mereka berdua sedang bergembira di sini. Pasti ramai orang kampung bergossip kosong tentang mereka.

"Belilah apa pun. Lia tak kisah." Balas Alia pendek sekali. Matanya mula melilar melihat keadaan sekeliling. Takut pula orang kampung mula mencuri perhatihan ke arah mereka sekarang.

"Okey..."

Lutfi pergi memasuki kedai runcit itu dulu. Kini, tinggal lah Alia sendiri di luar kedai. Agak lama dia menunggu di luar sehinggalah datang dua orang makcik di hadapan kedai ini. Mereka terus memberi senyuman kepada Alia. Alia hanya membalas dengan senyuman kelat saja. Dia sudah tahu apa yg terlintas di fikiran mereka sekarang. Pasti ada saja benda yg tidak kena di mata mereka.

"Hai Alia..datang sorang jeke ke sini? Mana laki kamu?"

"Ha'ah Alia..Hai tak kan kot laki kamu tu tak suka berjalan sekitar kampung ni? Maklumlah orang bandarkan?? Mana sesuai nak jalan-jalan dekat kampung kita ni.."

"Betul tu..betul.."

Alia menahan panas saja telinganya selepas mendengar pelbagai ulasan yg tidak bernas keluar dari mulut dua orang mak cik ini. Sudah tiada kerja lain yg mereka perlu lakukan sekarang. Suka sangat menjatuh fitnah dalam diam. Alia menghela nafas panjang sebelum menjawab semua itu. Di buang jauh amarahnya dari tersembur ke arah mereka berdua.

"Ermm..ermm..amboi sedap mengata Mak Kiah dan Cik Sumi ni. Macamlah tiada keje lain nak buatkan?? Datang ke sini nak membawang ke beli barang? Nanti suami di rumah kelaparan pula. Laki saya pula yg dicarinya."

Perli Alia semula ke arah mereka berdua. Dalam kampung ini hanya Mak Kiah dan Cik Sumi saja kaki kepok. Selalu membawa mulut ke orang lain. Perkara yg tidak betul selalu disampaikan oleh mereka berdua. Hampir segelintir yg percaya semua itu. Ada juga yg cuba menegur sikap mereka ini akhirnya dipulau terus oleh orang lain. Boleh dikatakan mereka berdua orang terpengaruh di sini. Alia tidak mahu menberi muka lagi. Biarlah apa nak jadi selepas ini asalkan mereka tidak bercakap buruk tentang Lutfi.

"Sudah pandai melawan ehh kamu sekarang Alia. Wah, sejak bernikah dengan orang bandar ni buruknya perangai kamu. Berubah sudah anak arwah Noor ni. Arwah bapanya bukan main baik sifatnya. Huh...mai dekat anak jauh dari simpang."

"Ha'ah betul tu Kiah. Tak tahu pula bila berkahwin dengan orang bandar ni perangai boleh berubah. Maklumlah laki dia ni orang kaya. Bolehlah dia kikis harta si suaminya itu. Aku dengar suami kamu tua sangat orangnya. Bolehlah lepas kamu dah kikis harta tu nanti kahwin baru. "

Pelbagai hinaan mula tercungkil di bibir mereka berdua. Merah padam wajah Alia menahan amarah di situ. Sampai begini sekali Mak Kiah dan Cik Sumi tidak menyukai dirinya. Apa yg dia katakan tadi benar apa. Bukan dia mahu berkias pun tetapi ayatnya masih ada hormatnya. Sekarang ini, mereka berdua pula yg mula cari pasal dahulu. Mahu saja Alia menyumbat cili ke dalam mulut mereka berdua. Biadap sangat!

"Ermm..berapa bang??" Tanya Lutfi setelah meletak dua kon aiskrim vanila beserta janjan dan beberapa biji coklat di atas meja kaunter itu.

"Semuanya 7.50 sen." Jawab tukang kedai itu setelah siap mengira semua ini.

"Okey..baki simpan yee." Ujar Lutfi setelah mengeluarkan duit Rm10 dari dompet duitnya itu. Dia sudah biasa sedekah jika nilai itu tidak terlalu tinggi.

"Ya Allah..betul ni? Terima kasih. Semoga murah rezeki selalu ye..Kamu ni menantu arwah Pak cik Noorkan? Bila pulang ke sini? Saya Johari. Panggil je abang Jo. Alia selalu datang ke sini beli barang runcit sedikit."

Soal Johari setelah melihat kembali wajah Lutfi sedikit. Baru dia teringat tentang suami Alia. Lutfi seorang lelaki yg baik. Mereka tidak kenal antara satu sama lain pun tetapi ringan tangan saja Lutfi bersedekah kepadanya.

"Lah yeke..Baru je pulang semalam. Hari ini keluar jalan-jalan sekitar kampung ni sekejap. Dalam 2 atau 3 hari ini kami berada di sini. Maklumlah..Alia masih rindukan kampung halamannya."

Beritahu Lutfi sudah biasa berbual dengan orang yg ramah dengannya. Sedikit banyak bolehlah dia tahu apa yg Alia suka lakukan di kampung ini. Sedang mereka berdua asyik berbual kosong kedengaran suara orang bertengkar dari arah luar.

"Mak Kiah..Cik Sumi..Dah tak de keje lain nak buat ke? Asyik nak mengata orang je. Cukup-cukuplah jaga tepi kain orang tu. Daripada membawang apa kata pergi baca Quran tak pun berzikir. Takut dapat azab mulut nanti."

Kata Alia sudah hilang sabar dengan mereka berdua. Mahu saja dia mengambil cili yg berada di rak sebelahnya ini lalu disumbat ke dalam mulut mereka. Biar rasa azab di dunia dahulu baru tahu peritnya di akhirat nanti.

"Ehh, Alia sedapnya mulut kamu mengata kami. Amboi..amboi dah banyak amalan sangatkah kamu tu..Silap hari bulan kamu yg akan mati dulu. Mati ni tak kenal usia tau."

"Ha'ah betul sangat tu! Sedap mulut je nak ceramah dekat orang. Macamlah dia tu tinggi sangat ilmu agama. Ingat ehh kamu tu belajar setakat Stpm saja tak perlulah nak bagi orang nasihat bagai. Cermin diri kamu tu sikit. Sudahlah menumpang kekayaan orang. Ehh, arwah bapa ko tu tak tinggal harta sedikit pun ke dekat kamu haa?!! Pandai arwah Noor sediakan semuanya dekat kau. Kalau nak harapkan kau sampai ke tua hidup dalam lombong kemiskinan"

Tanpa bertikam lidah lagi, Alia terus mengambil segenggam cili di dalam raga lalu berjalan mendekati Cik Sumi. Alia menarik kasar tudung Cik Sumi untuk menyumbat cili itu ke dalam mulutnya. Terlalu lama dia menahan sabar ini dari tercetus. Pantang Alia mendengar orang menghina arwah ayahnya. Biarlah dirinya dihina sekali pun tetapi bukan arwah ayahnya.

"Ehhh, Kamu dah gila ke apa ni Alia??!!"

"Lepaskan akulah budak!! Kamu nak buat apa ni??"

"Haa, makan cili ni!! Baru tahu rasanya pedas atau tak! Sedapnya mulut Cik Sumi mengata saya. Lepas ni giliran Mak Kiah pula!!"

Marah Alia sudah hilang arah. Dia masih memaksa Cik Sumi untuk membuka mulutnya itu. Darah Alia sudah meniarap kali ini. Dia sudah tidak peduli apa yg akan terjadi asalkan mulut mereka berdua ini boleh ditutup.

"Ehh, Lia..Kenapa ni?? Ya Allah..lepaskan dia.."

Bersuara Lutfi setelah melangkah keluar dari dalam kedai. Dia mencengkam kuat lengan Alia untuk melepaskan mak cik itu. Johari juga keluar untuk meleraikan pergaduhan ini. Orang yg lalu sekitar sini mula menyaksikan agenda panas di depan mata mereka sendiri.

"Lia sudah!! Apa ni?? Kenapa sampai bertindak begini sekali?"

Marah Lutfi setelah berjaya menarik Alia menjauhi dua orang mak cik itu. Dia tidak menyangka Alia sanggup bertindak begini sekali. Dia sangkakan Alia adalah seorang perempuan yg sabar orangnya. Malah, sekarang jauh sekali sifat sebenar Alia.

"Saya tak akan bertindak begini kalau mereka tak mulakan dulu. Mereka boleh hina saya tapi jangan sesekali hina arwah ayah saya!!"

Balas Alia mula merentap kasar tangannya dari dipegang kuat oleh Lutfi. Sanggup Lutfi memarahinya kembali. Salahkah dia menegakkan perkara yg betul. Alia mula berlari meninggalkan mereka semua di situ. Dia tidak tahu mahu pergi ke mana. Mungkin Mak Senah adalah tempat dia mengadu sekarang. Alia tidak mahu bersemuka dengan Lutfi lagi.

"Sumi, kau tak apa-apa? Alia tu sudah gila gamaknya. Sanggup dia nak cederakan kau." Kata Mak Kiah sambil membetulkan kembali tudung Cik Sumi. Sudah tidak betul dirinya itu dikerjakan oleh Alia tadi.

"Aku okey..Ehh kamu..Kamu ni suami Aliakan? Macam mana kamu jaga isteri kamu tu haa? Kalau ada masalah mental pergi hospital. Bukan lepas macam ni begitu saja. Kalau orang lain tak ada tadi..sudah mati aku gamaknya dekat tangan dia tadi. Macam manalah arwah Noor besarkan budak keras kepala macam tu. Patutlah arwah Lina pergi dulu. Mungkin dia juga penat ada anak seperti Alia."

Perli Cik Sumi tanpa berlapis dekat Lutfi. Rasa bahang saja telinga Lutfi setelah mendengar semua ini keluar dari mulut mereka sendiri. Walaupun arwah bapa mentua dan ibu mentuanya itu sudah tiada tetapi dia faham apa yg dirasai oleh Alia. Pasti hatinya sangat kecewa dan sakit sekarang. Lutfi mula rasa bersalah melayan Alia seperti itu tadi. Sepatutnya dia memdengar di kedua belah pihak bukannya memarahi Alia seperti itu.

"Wau..pedas juga ehh mulut makcik berdua. Saya berdoa sangat umur makcik berdua panjang. Takut-takut nanti tak sempat minta maaf dekat isteri saya. Kalaulah minta maaf sekali pun belum tentu dia akan maafkan. Kalau saya, sampai mati saya tak akan maafkan.Tahu tak? banyak penghuni neraka adalah wanita. Kenapa? Sebab mulut mereka selalu menabur fitnah dalam diam. Saya bukanlah ustaz nak berceramah lebih. Setahu saya makcik berdua ni sudah mencecah usia. Pasti kuat ilmu agamanya. Setahu sayalah. Kalau benar alhamdulilah. Saya minta maaflah atas perbuatan isteri saya tadi dekat makcik. Sebagai tanda maaf saya bayar semua barang makcik nak beli dekat kedai ini. Abang Johari,nanti kira semua yee..Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."

Nasihat Lutfi sedikit banyak dekat mereka berdua. Satu pandangan sinis Lutfi melontarkan ke arah mereka sebelum pergi dari situ. Orang kampung seperti mereka tidak boleh tandingi orang sepertinya. Mahu saja Lutfi mengugut mereka tetapi bila fikirkan semula tentang Alia dia boleh bersabar lagi. Selagi Alia tidak dicederakan dia boleh menahan sabar ini. Sesiapa saja yg berani menyentuh Alia pasti akan menerima akibatnya nanti.

"Dasar Sampah..."

Nguman Lutfi mula berjalan pulang ke rumah dahulu. Rasa geram sangat mood honeymoonnya ini diganggu oleh dua orang makcik tadi. Dia perlu mencari jalan untuk meminta maaf semula dengan Alia. Tidak mungkin dia mahu membiarkan Alia sedih seperti tadi. Melihat butiran jernih yg gugur di wajah Alia amat melukai isi hatinya.

"Elehh..berduit sikit bolehlah berasuah macam ni.."

"Tak apa Kiah, asalkan kita boleh borong sakan nanti. Biar dia menyesal belanja kita. Huh!!"

Mereka berdua terus memasuki ruang kedai runcit itu dengan riangnya. Dilupakan sebentar tentang peristiwa tadi.

"Haishh..apa nak jadilah Mak Kiah dan Cik Sumi ni..Kesian Alia..Nasib kamu dapat seorang suami yg baik Alia..Abang pasti dia boleh bahagiakan kamu."

Cakap Johari sendiri. Dia turut melangkah masuk ke dalam kedainya semula. Entah apa dua orang makcik ini mahu borongkan. Suka sangat mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain.

"Saya benci awak!! Sampai hati awak marahkan saya semula..Bukan salah saya...saya cuma mahu pertahankan maruah arwah ayah.."

Aku menangis semahunya di dalam bilik arwah ayah. Sakit sangat hati ini rasa. Aku bukan sengaja mahu mencetuskan pertelingkahan tadi. Sampai bila aku mahu biarkan maruah arwah Ayah dihina. Ada saja sifat tidak puas hati kalangan manusia terhadap keluarga kecil aku ini. Aku sendiri tidak faham kenapa semua orang suka mengambil tahu apa yg aku lakukan. Aku juga manusia biasa. Aku tidak mahu menjadi perhatian pada semua orang. Bukan simpati yg aku tagihkan cuma hormat atas kematian arwah ayah dan ibuku. Mereka berdua baik peribadinya.

"Assalamualaikum Lia..Buka pintu ni..maafkan Abang Lia. Abang sudah salah faham tadi. Abang minta maafkan sangat. Jangan menangis lagi Lia. Abang tak suka tengok butiran jernih itu mengalir di wajah Lia. Mari keluar. Kita makan aiskrim bersama..Nanti aiskrim ni cair.."

Pujuk Lutfi lembutnya sambil menyandarkan tubuhnya di tepi pintu bilik arwah bapa mentuanya ini. Dia tahu Alia sangat suka meluangkan masa di dalam bilik ini. Pasti banyak kenangan dia bersama arwah. Lutfi memandang sayu dua kon aiskrim di tangannya. Tidak lama lagi pasti akan cair aiskrim ini. Jika perkara tadi tidak berlaku tentu mereka berdua seronok menikmati honeymoon ini. Nasi sudah pun menjadi bubur. Lutfi sanggup mengambil cuti lagi jika Alia masih mahu tinggal di sini lama sedikit. Dia akan setia menunggu di sini sehinggalah Alia keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience