Bab 53

Drama Series 71241

"Along, cukuplah..kalau kau datang ke sini hanya sebab share saham tu. Maaf, aku tak dapat nak tolong. Aku ni hanyalah usahawan kecil. Kalau aku labur untuk syarikat kau. Apa yg aku dapat? Silap hari bulan..aku yg akan muflis. Ini sajalah pendapatan yg aku ada demi masa depan Alia. Aku minta maaf sangat. Aku tak dapat nak tolong kau." Kata Muhd Noor dengan rendah diri.

Topi di kepalanya di tanggalkan. Lelehan peluh yg mengalir tanpa henti di lap perlahan dengan sapu tangan. Mendengar rayuan Dato' Tahir setiap masa sangat merunsingnya jiwanya. Berbelah bagi dia mahu menolong abangnya ini. Pada masa yg sama, ia turut memikirkan akibat yg akan datang nanti.

"Noor, aku tak minta banyak dekat kau.. Alah..share 10% dah cukup. Bukan apa..Aku tak tahu nak minta tolong dekat sesiapa lagi kalau bukan tidak kau sorang je. Kau tahukan Angah (Dato' Ghani) tu tak de apa-apa. Dia pun harapkan aku je bantu. Tolong Noor. Takkanlah kau tak nak tolong aku. Sebelum ni pun kan aku dah banyak tolong kau.. dan Lina." Pujuk rayu Dato' Tahir masih diteruskan agar Muhd Noor akan membantunya lagi.

Hanya ini saja peluang yg ia ada memandangkan tiada sesiapa lagi yg akan membantunya. Dato' Tahir mengikuti ke mana sahaja langkah Muhd Noor berjalan. Melihat hasil kebun tanaman sayurnya yg kian meningkat maju. Terkedu Dato' Tahir melihat hasil titik peluh adiknya ini. Semakin luas tanah yg diterokai. Boleh dikatakan hampir keseluruhan mempunyai 7 hektar.

"Benda dah lepas Along.. Arwah Lina dah lama tak de. Cukuplah..jangan merayu lagi. Tak cukup ke selama ni aku dah banyak tolong kau. Kau nak mengungkit kembali apa yg kau dah tolong aku dan arwah? Tak cukup ke haa papa dah halau aku? Mama siksa dan hina arwah? Sedikit pun dia tak beri wang ringgit dekat aku. Sebatang kara aku melangkah keluar dari rumah agam tu. Ada sesiapa kisah? Aku tahu asal usul aku. Aku hanyalah anak bela. Tak ada hak nak rasa hidup mewah macam korang semua. Sudah Along. Aku bukan nak marah dan benci kau. Aku tetap anggap kau abang aku. Hanya kau yg datang cari aku semula. Tolong aku di waktu susah dan senang. Nantilah aku pikirkan.." Ujar Muhd Noor sayu bila dikaitkan dengan arwah isterinya itu.

Susah dan senang mereka tiada sesiapa yg tahu. Bersusah payah hidup di dunia ini tanpa kenal sesiapa pun. Mencari rezeki siang dan malam. Ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Hanya arwah yg sanggup susah senang bersamanya. Hujan panas tanpa mengeluh. Berjaja di serata tempat tanpa rasa malu. Tiada sesiapa yg sanggup lalui hidup seperti tetapi tidak buat arwah isterinya, Alina Medina.

"Sekarang Noor...aku perlukan sekarang. Benda ni dah tak boleh nak tangguh lagi. Please..kita selesaikan sekarang juga. Aku sudah bawa borang yg perlu kau isi. Nanti, kau just beri aku salinan geran tanah ini. itu je. Selebihnya aku akan selesaikan sendiri." Balas Dato' Tahir tidak endah apa yg diperkatakan Muhd Noor tentang masa silamnya itu.

Perkara sudah lepas, tidak berguna ia mengingati kembali. Dato' Tahir terus mendesak Muhd Noor untuk mendapatkan sedikit saham dari perniagannya ini. Ini saja peluang yg ia ada untuk menyelamatkan syarikatnya itu daripada jatuh muflis. Dato' Tahir belum bersedia mahu hidup dalam gelombang kemiskinan.

"Sekarang ni..semua keputusan tu dekat tangan kau ke aku? Aku kena pikir dulu sebelum bertindak. Terserlah dekat kau nak tunggu atau tidak. Kau tak berhak nak desak aku. Sudahlah. Lebih baik aku pulang. Anak aku dah tunggu aku untuk makan tengah hari bersamanya." Muhd Noor cuba menahan amarahnya daripada tersembur di depan Dato' Tahir.

Cukuplah dengan paksaan dan desakan yg tiada hasil seperti ini. Dia bukannya orang bodoh yg akan mendengar kata arahan daripada orang lain. Semua usaha ini hasil dari titik peluhnya sendiri. Tiada sesiapa yg berhak menentukan keputusan yg perlu ia lakukan. Muhd Noor terus berjalan menghampiri motosikalnya. Topi keledar kemas di pakai di kepala. Enjin motosikal itu mula dihidupkan.

"Noor, aku tahu..aku tak berhak nak desak kau tapi..tolonglah. Aku merayu kali ini je aku minta pertolongan kau. Lepas ni aku dah tak minta apa-apa lagi. Kali ni jaa..Aku janji. Aku dah tak kacau hidup kau dan Alia." Kata Dato' Tahir sambil memegang lengan Muhd Noor.

Wajahnya sudah terlihat kehampaan dan kesedihan. Tidak tahu apa yg perlu ia lakukan lagi jika Muhd Noor tidak membantunya. Lambat-laung, namanya akan jatuh tersungkur di bawah. Dato' Tahir tidak mahu semua itu berlaku. Demi maruah keluarganya ia sanggup buat apa saja. Tidak kisah jika perlu bersujud dan mencium kaki Muhd Noor sekali pun.

"Along, kau tak pernah jejak kaki kat rumah aku malah..kau tak pernah anggap Alia sebagai anak buah kau. Dari ia kecil sampai besar panjang seperti sekarang. Tidak lama lagi..umurnya akan masuk angka 23 tahun. Aku sayangkan Alia lebih dari segalanya. Aku sanggup gadaikan segalanya miskipun nyawa aku sendiri hanya untuk melindungi Alia. Dialah satu-satunya anak syurga peninggalan arwah Lina buat aku. Along...Kau anggap aku apa di mata kau Along? Jangan kata semuanya sebab duit. Aku benci semua tu. Lupakan jelah niat kau tu. Jangan berani ambil kesempatan ke atas aku." Balas Muhd Noor terus memulas tombol motosikalnya dan bergegas pergi tanpa menunggu jawapan balas dari Dato' Tahir.

Perasaan sakit dan kecewa tidak pudar di benak hatinya. Muhd Noor tidak berdendam tetapi perasaan sakit ini sudah meninggalkan luka dan kesan yg mendalam. Dibenci dan dihina oleh keluarga sendiri. Muhd Noor jadi tertanya-tanya kenapa keluarga Tan Sri Wahid mengambil ia sebagai anak angkat sedangkan mereka tidak pernah kisah tentangnya. Setiap orang ada kebaikkannya tersendiri. Dia masih rasa bersyukur kerana dapat merasai kasih sayang sebuah keluarga.

"Arghhh!!!!"

"Pap!!"

"Tak guna kau Noor!! Dasar budak lupa diri..Bapa aku dah kutip kau..kau tak pernah rasa bersyukur. Aku..tak akan biarkan kau rasa semua kesenangan ini lagi. Kau tunggu pembalasan sekarang juga.." Nguman Dato' Tahir apabila melepaskan satu tumbukan pada keretanya.

Turun naik pernafasannya di dada kerana menahan satu amarah yg tidak terhingga. Satu pandangan tajam diberikan kepada Muhd Noor yg sedang menunggang motosikalnya mahu pulang ke rumah. Segera Dato' Tahir memasuki perut keretanya. Enjin kereta mula dihidupnya. Keretanya terus mengikuti motosikal Muhd Noor dari arah belakang.

"Sekarang...Lina akan tunggu kau di sana. Biar Alia pula rasa...apa itu erti kehilangan..."

"Tok..tok..tok.."

"Dato', Maaf menganggu. Mr Anderson sudah datang.." Beritahu Syikin iaitu kerani di sini.

"Owhhh, yaa...yaa baiklah..Jumpa di bilik mesyuarat." Ujar Dato' Tahir setelah tersedar dari lamunannya.

Entah kenapa memori lama itu diputarkan semula di dalam fikirannya. Lelehan peluh di dahinya dilap dengan sapu tangan. Walaupun penghawa dingin sudah dipasang tetapi haba panas tetap dirasainya. Dato' Tahir mula membetulkan tali leher di koler baju. Blazernya di capai lalu disarungkan ke badan semula. Ada perkara yg lebih penting harus ia lakukan. Satu pertemuan ini akan membawa satu keajaiban nanti.

...................................................................................

Di rumah agam Dato' Tahir.

"Sayang...Dah siap bubur tu?" Tanya Lutfi sambil memeluk pinggang Alia.

Kalau boleh sehari dia tidak mahu berengang dengan Alia. Ke mana sahaja langkah Alia, ia akan mengikuti rapat. Senyuman di bibirnya sentiasa tersenyum manis terhadap Alia. Melihat kegigihan isterinya ini melayan keluarganya tanpa rasa jemu.

Alia sanggup masak bubur dari rumah lalu di bawa ke sini untuk Datin Nafisah dan Qirash. Mereka berdua tidak sihat beberapa hari ini. Seawal pagi, Lutfi dan Alia sudah bertandang ke sini. Pada waktu malam nanti mereka terpaksa pulang kerana keesokkan hari keduanya akan masuk bekerja seperti biasa.

"Huh? Sudah.. Satu untuk abang Qirash dan satu untuk mama. Abang. Janganlah peluk-peluk macam ni. Malunya Lia nanti. Dekat rumah kita tak apalah.." Kata Alia segannya sambil menarik pergelangan tangan Lutfi untuk melepaskan pinggangnya. Pantang ditinggalkan sebentar pasti kerenah manja Lutfi akan datang semula.

"Huhuhu, biarlah. Alah, bukan berdosa pun. Peluk isteri abang juga. Nak kiss?" Pinta Lutfi sambil memuncungkan bibirnya ke arah Alia.

Matanya dipejam rapat agar Alia tidak rasa malu membalas ciuman itu. Dia akan terus begini kalau Alia tidak mahu memberinya satu ciuman.

"Eeee, ngada-ngadalah orang tua ni. Dah jatuh tabiat ehh sekarang. Sudahlah. Lia nak bawa bubur untuk mama. Mama mesti tak sarapan lagi. Abang bawalah bubur satu lagi untuk abang Qirash. Ketepi!" Marah Alia tidak mengendahkan perlakuan Lutfi seperti ini.

Dia terus membawa dulang yg berisi semangkuk bubur dan air suam kepada ibu mertuanya itu. Berapa papan ubat juga disediakan olehnya.

"Eleh, orang tua konon. Orang tua ni lah yg selalu Lia nak naik dukung tahu. Orang tua yg sado. Tak sedar lagi ke?" Perli seranah Lutfi lalu mengambil dulang satu lagi untuk dibawa kepada Qirash.

Dia berjalan melepasi Alia sambil menjelirkan lidahnya. Kali ini, dia pula yg mahu rajuk dengan Alia. Selalunya Alia yg merajuk dan dialah pengalah tanpa sebab. Lelaki perlu mengalah kerana perempuan selalu betul.

"Eleh, majuk le tu.. Abang tunggulah Lia. Kita naik sama-sama ehh? Abang!! Sayang....baby...alah baby manja kita..hahaha." Pujuk Alia semula terus mengejar langkah Lutfi.

Gelak-ketawanya tidak dapat dikawal. Rasa kelakar pula melihat suaminya ini merajuk. Kecomelannya tidak boleh dibandingkan. Dari jauh, Hajah Aminah tersenyum melihat kerenah kedua orang cucunya itu. Tiada apa yg boleh ia ungkaplan selain perasaan 'bahagia' dan 'tenang'. Seolah tiada masalah yg datang menganggu terhadap hubungan mereka berdua. Saling menyayangi dan menerima kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain.

"Mama dah ok sikit harini? Ada rasa sakit-sakit belakang lagi tak?" Tanya Alia sambil tangannya mengurut lembut kaki Datin Nafisah.

Berselera sungguh aku melihat mama sedang menikmati santapan bubur yg dimasak oleh aku sendiri. Beginilah rasanya bila menjaga ibu yg sedang jatuh sakit. Berikanlah kesembuhan kepada mama Ya Allah.

"Hmm, bolehlah. dah kurang sakit belakang ni. Mujur Alia balik ke sini tau. Mama bosanlah duduk sorang-sorang. Bukan sesiapa pun nak layan mama." Ujar Datin Nafisah sedihnya.

Dia berharap Alia dapat duduk di sini lebih lama lagi. Setiap sentuhan Alia pada kakinya rasa selesa berbanding pembantu rumah di sini. Masakan bubur Alia juga rasa enak dan menepati cita rasanya. Melayannya bak permaisuri tanpa mengeluh. Cukup segala pakej yg dimiliki oleh Alia.

"Eemm, maaflah mama. Lia dah masuk keje. Malam nanti Lia dan abang kena balik semula. Minggu cuti Lia balik tengok mama tau." Kata Alia mula rasa bersalah bila melihat keadaan ibu mertuanya seperti ini.

Tiada peneman untuk berborak dan menjaganya di waktu begini. Semuanya sibuk buat hal sendiri. Nama saja keluarga besar tetapi tiada sesiapa yg kisah antara satu sama lain. Rumah agam pun boleh bertukar sunyi dan sepi.

"Alah..ermm, tak apalah..mama faham. Alia. Mama nak minta tolong sikit boleh? Sikit jee. Tak banyak pun." Balas Datin Nafisah terus memegang pergelangan tangan Alia. Wajahnya mengukirkan senyuman penuh makna.

"Apadia?"

Di bilik Qirash, Lutfi sedang menyuap perlahan bubur ke arahnya. Memujuk Qirash untuk mengisi perut dahulu kerana Qirash tidak ada selera makan sejak semalam. Wajahnya kelihatan cekung dan sembab saja. Termenung jauh menghadap arah balkoni tanpa berkelip sedikit pun. Ditangannya memegang bingkai gambar Dira dan anak-anak mereka. Deraian air mata mengalir tanpa henti.

"Abang...makan sedikit. Sampai bila abang nak jadi macam ni? Siksa diri abang. Cukuplah risaukan orang lain. Sayang diri abang pula. Benda sudah berlaku. Semua ini mesti ada sebab kenapa kak Dira bertindak begitu. Lupakan semua ini. Mulakan hidup baru." Pujuk Lutfi terus mengusap bahu Qirash.

Memberi kekuatan kepada Qirash semula. Orang yg ia kenal sangat kuat dalam apa jua keadaan. Kerana cinta yg ditolak dirinya menanggung sebuah derita yg tiada penghujung. Sakit Lutfi melihat abangnya begini.

"Sayang diri aku? hergh..Kau boleh bercakap sebab kau tak duduk dekat tempat aku sekarang. Lupakan Dira? Separuh mati aku sayangkan Dira!! Kami ada anak-anak bersama!! Kau tahu tak kenapa hidup aku jadi porak-peranda macam ni? Ini semua berpunca dari keluarga kita sendiri!! Keluarga yg gilakan harta!! Makan Rasuah!! Makan harta anak yatim piatu!! Kau tahu tak rumah tangga aku dan Dira tak akan runtuh kalau papa tak makan duit dia. Hasil titik peluhnya sendiri... Ya, memang aku buta selama ni. aku buta. Aku pergunakan Dira demi kepentingan keluarga kita sendiri. Aku bersalah Luke..aku yg bersalah. Aku terlalu sayangkan keluarga kita sampaikan aku lupa..aku juga ada keluarga sendiri... Sekarang..semuanya sudah terlambat. Dira bencikan aku..pisahkan aku dengan anak-anak..Tidak berguna aku hidup sebatang kara macam ni lagi..Aku tak kuat.." Luah Qirash terus melepaskan genggaman tangannya pada koler baju Lutfi.

Tersedu-sedan tangisannya didengari dalam bilik ini. Qirash mula menampar kepalanya tanpa sebab. Berulang kali dia mengulangi tindakannya itu. Perasaan sakit yg ditanggung ini sangat perit. Jiwanya sudah musnah dalam sekelip mata.

"Abang..sudah..berhenti. Jangan sakiti diri abang lagi..Luke akan selesaikan semua ini. Luke akan tolong abang dapatkan kak Dira kembali.. Luke janji." Ujar Lutfi sambil memeluk kuat tubuh Qirash dari terus menyakiti dirinya.

Alia yg mendengar suara orang sedang bertengkar tadi sudah datang ke sini. Terkejut dia melihat dengan mata kepalanya sendiri apa yg berlalu ke atas Qirash. Lutfi sedang menenangkan keadaannya yg terganggu oleh perasan dan jiwa yg tidak tenteram. Pada masa yg sama Alia dapat melihat sesuatu di luar jangka. Perasaan yg sama ia hadir semasa ia berada di dalam bilik Datin Nafisah. Bulu romanya meremang lagi.

"Adakah...semua ini disebabkan oleh sihir pemisah?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience