"Huarghh, mengantuknya. Rasa nervous lah pula harini. Arghh!! Tak ready lagi nak jadi tenaga pengajar...Siapalah aku tiber nak jadi cikgu pulaa.."
Nguman Alia sendiri sambil tangannya sibuk mengosok baju kurung moden kosong berwarna biru tua dipadankan dengan selendang satin berwarna biru muda. Seawal jam 5.00 a.m. Alia sudah bangun menyediakan segala persiapan untuk dirinya dan juga Lutfi. Buat pertama kalinya dia akan melaporkan diri sebagai guru penganti di sekolah rendah. Alia begitu teruja kerana telah lulus temu duga itu dan ditawarkan sebagai cikgu pendidikan bahasa melayu di sekolah Hajah Samsiah. Usaha gigihnya tidak sia-sia selama ini. Akhirnya habuan ini terbalas jua.
Dari kejauhan, Lutfi hanya memandang kerenah Alia di sudut bilik tidur ini. Bibirnya mula mengunturkan senyuman menampakkan gigi. Suami mana tidak gembira bila melihat orang yg dia sayang rasa bahagia seperti ini. Alia layak maha berhak dapat apa yg dia inginkan. Kalau boleh, apa yg ada di dunia ini, Lutfi mahu berikan kepada Alia. Seorang isteri yg baik dan seorang anak yg solehah.
"Sayang..awalnya bangun. Tak sabar ke nak masuk first keje? Yeayy..Isteri abang ni dah jadi cikgu. Macam mana? Ada rasa berdebar tak?"
Sapa Lutfi sambil tangannya mengambil kain tuala di penyangkut untuk masuk mandi dahulu. Di tatap wajah mulus Alia yg terkejut sedikit selepas di tegur begini. Lutfi terus megangkat kedua belah tangannya sebagai tanda 'maaf'.
"Allah!! Terkejut saya abang ni. Lia ganggu abang tido ke? Maaflah yee...Takut nanti tak sempat pula nak iron. Itulah yg Lia bangun awal.." Ujar Alia rasa bersalahnya.
Disebabkan dia bangun awal, Lutfi turut terjaga sekali. Sebelum ini, Jam 6.00 a.m. baru Lutfi bangun untuk pergi ke tempat kerja.
"Sokay sayang..Apa salahnya abang bangun awal harini. Nanti kita solat sama-sama. Bersiap sama-sama dan buat breakfast sama-sama tau. Kalau tiap hari macam ni pun okeylah. Asalkan Lia bersama abang."
Satu pelukan terus diberikan kepada Alia. Pandangan Lutfi mula beralih melihat baju kemeja lengan panjang berwarna biru muda sudah digosok dan disangkut rapi bersama baju yg lainnya. Boleh dikatakan segala keperluan Lutfi lengkap disediakan oleh Alia. Siapa lagi yg buat semua ini kalau tidak bukan Alia Qisyara saja. Lutfi merapatkan pelukan ini sedikit. Tiada apa yg lebih sempurna bila mereka berdua saling melengkapi antara satu sama lain. Apa pun yg berlaku, mereka akan tetap bersama.
"Ermm, abang..Nak pegi mandikan tadi? Napa peluk Lia ni? Kan malam-malam Lia dah jadi bantal peluk abang? Tak bosan ke" Tanya Alia hairannya dengan kerenah Lutfi begini.
Sejak mereka kembali ke rumah ini, Lutfi selalu meluahkan rasa cintanya. Seolah, mereka berdua baru saja mendirikan rumah tangga. Mungkin, Lutfi masih rasa bersalah pada waktu yg lepas. Disebabkan itulah, dia tidak mahu melepaskan peluang mereka berdua bersama. Takut jikalau waktu itu berulang kembali. Teka Alia sendiri.
"Huh? Tak ohsan punlah. Abang suka lagi ada. Okeylah..abang mandi dulu yee. Nanti kita solat sama-sama. My sweetheart!!" Balas Lutfi terus melepaskan satu cubitan ke dua belah pipi Alia.
Dia mula mengorak langkah besar meninggalkan Alia sebelum harimau mengaum nanti. Seronok dia bergurau senda dengan Alia. Hanya Alia saja yg senang melayan segala tabiat buruknya ini. Disebabkan itulah, tiada siapa yg boleh gantikan tempat Alia di dalam lubuk hatinya.
"Ishhh, abang ni!!! Siaplah nanti. Sempat lagi dia nak gurau..."
Muncung mulut Alia menahan kebas di kedua belah pipinya selepas dicubit oleh Lutfi. Satu jelingan maut mula terpancar di anak matanya. Kalau tidak mengusik sehari memang tidak sah. Alia hanya mampu menahan amarahnya apabila mendengar sayup suara ketawa Lutfi di dalam tandas.
Satu helaian nafas dihembus perlahan. Bibirnya mula mengukirkan senyuman. Tidak tahu kenapa Lutfi begitu ceria hari demi hari. Hatinya turut merasai benda yg sama. Mungkin hubungan mereka berdua akan bertambah utuh lagi jika keduanya saling mempercayai dan berkongsi segalanya.
"Aku berharap...mimpi itu hanyalah mimpi dan gangguan syaitannirojjim...Aku tidak akan bercakap perkara yg akan menyakiti hati dan perasaan Alia. Walau apa pun yg berlaku. Aku tidak akan kecewakan perempuan baik seperti Alia. Dia adalah isteriku yg satu. Aku bersumpah atas nama ayah untuk menjaga Alia seperti yg telah dijanjikan."
Nguman Lutfi terus mengusap kasar wajahnya di bawah pancuran air. Mimpi ngeri yg hadir itu telah menyedari dirinya. Sejauh mana dia berpegang kepada janjinya selama ini. Sejauh mana dia berbohong dan memperdaya hati seorang anak yatim piatu yg tidak berdosa. Balasan tuhan akan terbalas pada bila-bila masa. Miskipun di dunia dan di akhirat kelak. Lutfi tidak mahu terjerat di lembah neraka kerana dosanya yg tidak diampunkan nanti.
"Layakkah aku menjadi seorang suami yg baik untuk Alia? Adakah..Alia akan tinggalkan aku?"
................................................................................
"Fuhh, bismillah...Ya Allah..permudahkan segalanya. Takutnya rasa..."
Alia mengorak langkah berat memasuki pintu pagar sekolah. Kelihatan ramai pelajar sudah memenuhi ruang dewan bagi menyempurnakan perhimpunan pada hari Isnin. Sudah menjadi kewajiban bagi setiap pelajar untuk berkumpul di situ. Mata Alia mula melilar di sekeliling sekolah ini. Tidak tahu ke mana dia ingin tuju. Tempat pertama yg harus ia pergi semestinya ke pejabat bagi melaporkan diri dahulu.
"Cik..Maafkan saya. Cik siapa yee? Ada urusan apa datang ke sekolah?" Tegur salah seorang pegawai keselamatan sekolah ini terhadap Alia.
Sejak dari tadi dia melihat Alia seperti tidak tahu mana ingin di tuju. Perwatakkan Alia juga seperti seorang pelajar universiti kerana ketinggiannya yg agak rendah dan kurus.
"Owhh, maafkan saya masuk secara tiba-tiba je ke sini. Saya Alia. cikgu penganti baru di sini. Boleh saya tahu di mana pejabat? Saya perlu laporkan diri dulu." Jelas Alia dengan segan pilunya. Seperti tidak layak saja di mengelarkan dirinya sebagai seorang guru.
Nasib badan mendapat tawaran untuk menjadi tenaga pengajar sementara waktu dan tertakhluk pada kontrak. Bagi memegang gelaran 'cikgu' masih tidak layak untuknya. Mendapat gelaran itu perlulah belajar tinggi dan mendapat GSTT dulu.
"Lah..Cikgu baru ke ni? Ingatkan student mana tersesat di sini tadi. Selamat datang Cikgu. Mari..saya tunjukkan bilik pejabat. Silakan, ikut saya yee cikgu." Ujar pegawal keselamatan itu ramahnya kepada Alia.
Senyuman di bibirnya sentiasa terukir senang menyambut tetamu yg datang bertandang ke sekolah. Seolah mereka sudah lama bekerja di dalam bidang ini. Alia turut membalas dengan senyuman manis. Hilang sebentar keresahannya bila berjumpa dengan orang yg sanggup menolongnya pada ketika ini.
"Baiklah..terima kasih Encik..."
"Panggil je Pak Cik Sham. Semua cikgu di sini panggil benda yg sama pada saya. maklumlah..dah 5 tahun saya berkhidmat di sini." Balas Pak Cik Sham ramah sekali.
Mereka berdua mula berbual kosong sambil berjalan menuju ke pejabat di tingkat satu. Sedikit banyak Alia mula rasa selesa berada di sini. Sudah ramai guru yg lain menegurnya. Alia melabuhkan diri di kerusi sebaris dengan guru-guru lain di sekolah ini. Perasaan gugup dan gementar mula dirasainya apabila diberitahu akan memperkenalkan diri di hadapan semua pelajar nanti. Bukan seperti apa yg dibayangkannya. Kedatangannya ke sini disambut baik sekali oleh mereka semua.
"Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini. Saya ingin memperkenalkan dua orang guru penganti sementara di sekolah ini bagi subjek bahasa melayu dan juga pendidikan kemahiran hidup. Di sini, saya menjemput dan mengalukan kedatangan Puan Alia dan Encik Maten di sekolah ini. Dipersilakan."
Ucap Hajah Samsiah selaku guru besar di sekolah rendah ini. Semua guru dan para pelajar mula bertepuk tangan dan bersorak untuk mereka berdua. Alia mula bangun perlahan dari kerusinya. Perasaan takut dan malu dibuang jauh sekali. Dia perlu berani dan gagahi tempuh dunia baru sekarang. Inilah, apa yg di idamkannya selama ini.
"Awak..perkenalkan diri dulu.." Tegur seorang cikgu lelaki di samping Alia. Satu senyuman manis mula terukir di wajahnya.
"Aisy? Ya Allah.. Kecilnya dunia ni..." Nguman Alia masih terkejut dengan apa yg dilihatnya.
Ternyata Cikgu penganti lelaki itu adalah 'Aisy'. Lelaki yg menegurnya di waktu temu duga. Baru sekarang Alia tahu nama penuhnya adalah Aisy Maten. Disangkanya adalah seseorang yg tidak dikenali. Dapatlah mereka berkawan nanti.
"Assalamualaikum semua..Guru besar, barisan penolong dan panitia, guru-guru dan para pelajar yg dikasihi sekalian. Saya, Puan Alia. Saya adalah guru ganti bagi subjek bahasa melayu. Terima kasih."
Ucap Alia biasanya walaupun terdengar sedikit nadi suaranya yg gementar. Kepalanya ditundukkan ke bawah tanda hormat kepada guru lama di sekolah ini. Para pelajar lelaki bertepuk tangan dan mula riuh rendah. Sudah menjadi kebiasaan mereka bila melihat cikgu muda dan cantik seperti Alia. Asyik hadap cikgu yg sudah berumur saja di sini. Semestinya mereka suka bila mendapat cikgu muda lagi.
Alia berundur ke belakang sedikit untuk memberi Aisy bagi ucapan pula. Penampilan Aisy sangat berbeza kali ini. Dirinya yg hanya mengenakan baju kemeja berlengan pendek tetapi masih lengkap memakai tali leher. Rambutnya kemas disisir tepi dan mengenakan kaca mata. Alia hampir tidak kenal siapakah dia. Tetapi senyuman menampakkan lesung pipit itu sudah membuktikan siapakah dia sebenarnya.
"Ermm, bismillah..Assalamualaikum semuanya..Yg dihormati guru besar, para penolong dan panitia, para pendidik dan para pelajar yg dikasihi sekalian. Nama saya Aisy Maten. Semua boleh panggil Cikgu Maten sahaja. Saya merupakan guru ganti bagi subjek pendidikan kemahiran hidup. Tidak sabar pula nak mulakan hari ini. Sila beri tunjuk ajar kepada saya. Terima Kasih." Ucap Aisy selambernya.
Seolah dia sudah biasa memberi ucapan seperti ini. Gaya dan nadi suaranya penuh semangat sekali. Satu tepukan gemuruh mula kedengaran. Para pelajar perempuan mula bersorak seronok bila mendapati subjek susah seperti kemahiran hidup diganti oleh seorang cikgu lelaki yg hensem dan bergaya orangnya.
Aisy menunjukkan ibu jari 'good' kepada Alia. Bukan Alia seorang saja yg diminati di sini tetapi dia juga mempunyai daya tarikan yg sama. Alia hanya mampu mengelengkan kepadanya bila melihat reaksi Aisy. Bukan orang biasa lelaki ini. Teka Alia.
Hajah Samsiah senang melihat kedua orang guru ganti seperti Alia dan Aisy. Mereka berdua pasti akan menjadi perhatian dan pesaing yg menarik di sini. Sekolah ini akan kembali ceria seperti biasa bila datangnya guru kuat semangat seperti mereka berdua.
..................................................................................
Di rumah ibu bapa Dira.
"Ting tong.."
"Ting..tong.."
"Ting.....tong...ting...tong.."
"Assalamualaikum Abah...Mak...Ini Qirash. Dira ada di dalam?"
Tanya Qirash gelabahnya apabila sudah masuk dua hari panggilan telefon Dira tidak dijawab langsung. Bahkan, Dira tidak menjejaki ke butiknya lagi. Hanya dikhabarkan Dira sibuk saja dalam sebulan ini. Hati Qirash tidak boleh duduk senang selagi dia tidak melihat Dira di depan matanya sendiri.
Anak-anak mereka berada dengannya sekarang disebabkan Qirash baru saja pulang dari bercuti membawa mereka bertiga. Kali terakhir Qirash berjumpa dengan Dira adalah semasa Dira menghantar mereka semua ke KLIA untuk bercuti di Langkawi. Qirash cuba mengajak Dira pergi sekali tetapi mentah saja Dira menolak pelawaannya itu. Hubungan mereka masih goyah lagi. Berbaik hanyalah di depan anak-anak sahaja.
"Kamu nak apa lagi Qirash? Mana cucu-cucu aku? Haii...kamu dah lupa ke siapa yg lebih berhak jagakan mereka?" Bersuara Syeikh Bukhari lantangnya iaitu bapa kepada Dira.
Butan pagar automatik itu ditekan untuk membukanya. Hanya tatapan bengis diberikan kepada lelaki seperti Qirash sejak hubungannya runtuh dengan Dira. Sukar hati Syeikh Bukhari mahu terima kenyataan ini lagi. Dia sangkakan Qirash mampu menjaga hati dan perasaan anak perempuannya itu tetapi hanya luka yg dalam didapatinya.
"Ada Abah...Saya mahu pulangkan. Sebentar.." Tergagap-gagap suara Qirash apabila bapa mertuanya ini bertanya tentang cucunya.
Segera Qirash membuka pintu untuk Aidil dan Anas keluar dahulu. Dipeluk erat dan dicium dua orang anaknya itu. Kasih dan sayangnya kepada mereka tidak pernah pudar. Setiap hari dan masa kerenah anak-anaknya sentiasa bermain di dalam fikiran. Terlalu berat mahu lepaskan ketiga mereka pergi dari hidupnya. Tetapi siapakah dia mahu melawan takdir ini.
"Awina sayang..Nanti papa bermain lagi dengan wina tau. Jaga diri baik-baik sayang princess papa ni. Anas..anak manja papa dan Aidil..my hero. Jaga adik-adik yee. Papa tahu Aidil boleh tolong mama bila papa tak de. Papa sayang korang bertiga sampai hujung nyawa papa." Pesan Qirash sebelum melepaskan mereka pergi lagi.
Ditahan air matanya daripada mengalir di depan anak-anak yg tidak berdosa ini. Dia perlu kuat di hadapan mereka. Walaupun hubungannya dengan Dira belum baik lagi tetapi masa dan waktu dengan anak-anak sama cukup keduanya beri. Demi masa depan anak mereka bersama.
"Bila papa nak datang lagi? Papa sudah tak duduk sekali dengan kitorang semua? Kalau papa sayangkan kitorang semua..papa tak akan pergi lagi.. Papa tak sayangkan mama?" Tanya Anas tanpa berkelip anak kecil matanya itu.
"Zuppp!!!"
Bagaikan ditusuk sembilu. Anak kecil yg masih tidak tahu apa-apa seperti Anas seolah faham apa yg berlaku antara hubungannya dengan Dira. Qirash terus terdiam seribu bahasa. Tidak tahu bagaimana dia ingin membalas pertanyaan Anas kembali. Butiran jernih mula terkumpul di kelopak mata.
"Anas..papakan sibuk keje. Nanti papa datanglah main dengan kita lagi. Tak baik cakap macam tu tau. Papa kuat keje cari duit dekat kite. Macam mama juga. Dah.. Jum masuk. Papa jaga diri baik-baik yee? Papa jangan risau. Aidil boleh jagakan adik-adik. Aidilkan anak sulung." Bersuara Aidil untuk menjawab pertanyaan Anas terhadap papa mereka.
Biarlah urusan orang dewasa diselesaikan sendiri. Mereka sebagai anak-anak hanya mampu menyokong apa yg baik sahaja. Itulah, apa yg telah Dira ajarkan kepada Aidil. Dia akan meningkatkan remaja tidak lama lagi. Dia akan faham situasi apa yg dilalui oleh kedua ibu bapanya ini. Sebagai anak sulung, itulah peranannya untuk melindungi adik-beradiknya yg lain.
"Cucu-cucu Wan..mari masuk. Aidil bawa Awina sekali yee?" Tegur Syeikh Bukhari apabila situasi ini bertukar hiba.
Baru sekarang Qirash rasa perasaan anak-anaknya bila hubungan suami isteri retak. Anak-anak yg akan menjadi mangsa keadaan. Tipulah, kalau anak-anak tidak faham apa yg berlaku kepada ibu bapa mereka. Semua ini sudah jelas di depan mata sendiri. Biarlah jadi pengajaran buat Qirash dan Dira. Keputusan yg mereka buat ini salah sama sekali.
"Abah...Dira ada?"
Panggil Qirash sebelum bapa mertuanya melangkah pergi. Pintu pagar itu sudah ditutupi rapi setelah cucu-cucunya melangkah masuk ke dalam. Air mata dikesat kasar di pipinya. Qirash tidak dapat menahan kesedihan ini lagi. Apa yg ia mahu lakukan sekarang adalah berjumpa dengan Dira. Hanya Dira yg dapat menenangkan jiwa dan raganya.
"Baru sekarang kamu nak bertanya tentang Dira? Sebelum ini, ada kamu kisah tentangnya? Sudahlah Qirash..Jangan lukakan hati anak aku lagi. Anak perempuan aku bukan tempat kau nak menumpang kesenangan. Jangan ingat aku tak tahu keluarga kamu seperti mana. Lupakan saja hasrat kamu mahu kembali kepada Dira. Aku tak akan izinkan. Langkah mayat aku dulu."
Ujar Syeikh Bukhari tegasnya sebelum melangkah pergi meninggalkan Qirash sendiri. Sedikit pun dia tidak melihat ke arah Qirash selepas berkata begini. Rasa pilu hati ini tidak mudah terubat dengan sendiri. Selagi keluarga Dato' Tahir tidak mengaku kesalahan mereka terhadap Dira. Selagi itulah keluarga mereka ini akan terus bermasam muka dan bermusuh sampai ke sudah. Masing-masing makan hati.
"Tidak..Abah..tolong abah...Qirash merayu. Jangan buat macam ni..Qirash sayangkan Dira..Qirash mahu kembali bersama Dira. Ampunkan Qirash. Qirash berjanji tak akan lukakan hati Dira lagi...Maafkkan segala dosa Qirash.."
Meraung Qirash seperti orang hilang siuman di depan pagar rumah agam ini. Nasib saja pagar ini jauh dari rumah. Anak-anaknya tidak mungkin akan dengar semua ini. Qirash tidak peduli semua itu asalkan bapa mertuanya ini masih ada rasa belas ehsan terhadapnya. Dia perlu menyakinkan mereka dahulu sebelum memiliki Dira semula.
"Dira..please jawab..please...jangan siksa jiwa saya lagi.."
Telefon bimbit terus dicapai untuk menefon Dira. Berkali-kali Qirash mencuba tetapi semuanya sia-sia saja. Dira langsung tidak menjawab panggilan itu. Air mata mula berjujuran keluar. Qirash sudah mati akal. Fikirannya serabut lalui hidup dengan jiwa yg kosong. Tiada sesiapa yg faham apa yg dirasainya selama ini. Semuanya sudah berakhir buatnya.
Share this novel