Sudah seminggu Ayah pergi meninggalkan aku seorang diri. Dalam seminggu ini juga aku murung, terkurung dalam bilik dan menangis sepuas hati. Nangislah sepuas hati Lia, selagi air mata darah tidak keluar. ngadu hati aku sendiri. "Lia" hanya ayah memanggilku dengan panggilan manja itu. Aku rindu dengar suara ayah. Walaupun aku hanyut dengan perasaan sedih berbelegu diriku ini. Aku masih ingat kepada Tuhan. tempat aku mengadu dan meminta pertolongan sekarang hanyalah kepada-Nya.
"Tokk.tokk. tokk."
Kedengaran bilik aku diketuk dari arah luar oleh Mak senah.
"Alia, mari makan nak.. Mak Senah ada masak makanan kegemaran Alia ni. Tak baik biar perut kosong begitu saja. Mak Senah tahu Alia masih sedih atas pemergian arwah ayah, kita mesti redho nak atas kehendak-Nya." Bersuara Mak Senah dengan nada sedih untuk memujuk Alia makan. Sudah seminggu Alia kurang menjamah makanan. kalau makan pun hanya dua suap nasi saja ke dalam mulut. Alasannya , "Maaf ,Lia tiada selera nak makan". Lia berfikir sejenak lalu bangun membuka pintu bilik itu juga.
"Alia.."
Mak Senah terus memeluk tubuh kecil Alia yang semakin lama semakin kurus akibat tidak menjamah makanan. Mak Senah berasa sangat bersalah terhadap arwah Mohd Noor kerana tidak menjaga Alia seperti yg dijanjinya. Mohd Noor pernah berpesan kepada Mak Senah .
"Senah kalau apa-apa berlaku kepada aku, engkau boleh tolong jagakan Alia untuk aku? " Mak Senah agak hairan dengan pertanyaan Mohd Noor ini kepadanya.
"Noor, aku dah anggap arwah Lina (ibu Alia) dah macam adik - beradik kandung aku sendiri. Aku sayangkan Alia, Aku janji dekat kau Noor, selagi aku bernyawa aku akan jagakan Alia dengan penuh kasih sayang." Mohd Noor hanya tersenyum gembira selepas mendengar jawapan dari Mak Senah. dia merasa sedikit tenang kerana mempunyai jiran sebaik Mak Senah.
Sekarang , Mak Senah faham pertanyaan Mohd Noor kepadanya. Alia merasa sedikit lemas dengan pelukan erat Mak Senah terus mendehem perlahan.
"Hermm hmm"
Mak Senah terus melepaskan pelukannya dan mengesat air mata dipipinya itu.
"Alia mari makan nak, Mak Senah sudah masakan lauk kegemaran Alia tau. Kata Mak Senah sambil memberikan senyuman gembira kepada Alia. Alia sayang sangat-sangat dekat Mak Senah . Dia sudah menganggap Mak Senah sebagai ibunya selamani. Dia bersyukur sangat kerana masih disayangi oleh orang lain sebagai penganti Ayahnya.
Usai sahaja menjamah makanan, walaupun hanya sedikit secupak nasi dihadam, Mak senah bersyukur Alia tidak mendera badannya lagi. Mak Senah tidak sanggup melihat keadaan sedih Alia selepas kepergian ayahnya itu. Mak Senah akan cuba untuk memahami hati kecil Alia.
"Alia, malam ni, Alia tidur di rumah Mak senah yaa? senang sikit Mak senah dan Fahmi nak tengokkan kamu nanti. Mak senah takut apa-apa akan berlaku kepada kamu nak, kamu tu perempuan. Sampuk Mak senah selepas melihat Alia berjalan pergi dari meja makan. Alia mematikan pergerakannya sebentar. Dia terus menatap dalam wajah Mak Senah. Alia yg mendengar kata-kata Mak senah terus menjawab dengan lembut.
"Mak senah, sebelum ni pun Lia dah biasa hidup sendiri . Walaupun Lia kehilangan Ayah, Lia tetap ada Allah swt yg akan menjaga Lia nanti, Inshallah dengan izinnya. Mak senah jangan risau yaa? Lia dah besar , Lia akan teruskan hidup macam wanita di luar sana. k lah , Lia nak pergi melawat kubur arwah Ayah dahulu. Assalamualaikum." Ujar Alia sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Mak senah.
Mak senah tidak dapat berbuat apa-apa dengan kata hikmat yg keluar dari mulut Alia. Alia seorang wanita yg berani menempuh keperitan di dalam kehidupannya sendiri. Sekuat dan segagah Alia, dia juga mempunyai hati lembut seorang wanita. Kerana kepergian ayahnya, Alia menanamkan semangat untuk terus berjuang dalam hidupnya tanpa menaruh simpati dari orang lain. Walaupun sudah bergelar anak yatim piatu itu bukan penghalang untuknya mengorak langkah ke hadapan. Tangan Alia terus mencapai surah yassin dan pergi melawat ayahnya dengan perasaan gembira. Kegembiraan ini tidaklah sama seperti dahulu, tetapi dengan cara inilah Alia dapat mencari kegembiraan bersama ayahnya semula. Dengan disedekahkan doa seorang anak kepada ibu bapa yg sudah pergi meninggalkannya.
Selepas selesai saja membaca surah Yassin Dan doa kepada kedua orang tuaku, Aku mengambil masa berapa minit untuk bercakap dengan mereka . Aku tahu, mereka tidak akan dapat mendengar suara ini lagi tetapi aku sangat rindu untuk bercerita kepada ayah selalu. Jari-jemari aku lembut menyentuh tanah yg masih lembab dan kemerahan pada pusara ayah. Di sebelah pula, pusara ibu sudah siap dikemas oleh aku tadi.
"Ayah... Ibu.. Lia datang ni. datang melawat ayah dan Ibu.. Lia rindu sangat dekat ayah dan Ibu.. Lia tak tahu yahh..buuu.. Lia tak tahu nak buat apa tanpa ayah dan ibu.. Lia tidak kuat. Lia lemah sangat tanpa semangat dari ayah.. ibuu.. Lia nak ikut jejak langkah ayah .. Ibu.. tolong Lia yaa?" Alia terus menangis seorang diri di situ. Terasa syahdu perasaan yang dia ingin luahkan ini. Akhirnya dapat juga dia luahkan segalanya. Tangisan ini tidak boleh berhenti daripada mengalir lagi. Alia tidak kuat tanpa semangat dari ayahnya lagi.
"Cik, Nur Alia Qisyara Bt Mohd Noor."
Alia tersentap selepas mendengar namanya dipanggil dengan nama penuhnya sekali. Dia terus berpaling muka ke arah orang yang memanggil namanya itu. Pandangan Alia mula menjadi kosong sahaja.
"Kenapa .. dia senyumm.. ke arah aku.. siapa dia?..adakah aku pernah tersempak dengannya sebelum ini?.. Adakah aku kenal dia? .."
Share this novel