Bab 55

Drama Series 71241

Di bengkel kereta.

"Aduh, Alia..Alia..kalau yee pun kau tak perlu nak susahkan diri beri aku dan mak duit untuk bulan ni..Sepatutnya, aku yg bekerja untuk keluarga kita dan bukannya kau.." Cakap Fahmi sendiri sambil memegang sampul surat duit yg mengandungi Rm 3,000 di dalamnya.

Fahmi rasa sangat bersalah dan tidak berguna kerana belum mampu bekerja dan mempunyai duit simpanan yg banyak. Dia masih lagi pelajar sepenuh masa dalam jurusan jurutera minyak dan gas. Tidak lama lagi akan tamat tempoh praktikalnya dalam bidang itu. Selepas ini, bolehlah dia memohon kerja untuk meringankan beban Mak Senah dan Alia. Mereka berdua sudah banyak menolongnya di kala susah dan senang.

Sebelum ini pun, arwah Muhd Noor yg membantunya sambung belajar di peringkat universiti. Disebabkan itulah, Fahmi akan melindungi Alia seperti nyawanya sendiri. Banyak jasa dan pengorbanan arwah ayah Alia terhadapnya. Fikiran Fahmi mula terpikirkan Alia. Entah apa perempuan polos itu buat sekarang.

"Nantilah aku pikir nak tolong kau macam mana..Apa kata kau pergi dulu tengok keadaan bekas kak ipar kau tu. Mungkin bermula darinya. Maybe, dia juga mangsa keadaan tanpa sedar..Kita tak tahu Alia siapa punya keje semua ni. Ni dah kira hasad dengki tahu tak. Ishh, risaulah aku.." Kata Fahmi sangat series bila berbual soal ini dengan Alia.

Digaru kepalanya yg tidak terasa gatal. Pandangan Fahmi melihat keadaan di sekelilingnya sekejap. Entah apa yg perlu ia lakukan sekarang untuk membantu Alia. Dia bukanlah orang berilmu dalam bab ini. Mereka perlu rujuk orang yg lebih arif dan peka lagi.

"Ermm, itulah masalahnya juga. Aku takut Kak Dira tak nak jumpa aku lagi. Call dan mesej pun tak pernah jawab. Benci sangat ke dia dekat aku.. Hmm, Kau tak perlulah risukan aku. Aku boleh jaga diri. Lagipun, aku ni 'six sense'. Kalau aku terkena dah lama tahu." Ujar Alia cuba yakin dengan apa yg ia katakan.

Air liur yg di telan terasa pahit melintasi alur tekaknya. Tetiba saja bulu romanya meremang bila bercakap tentang semua ini. Alia cuba gagahkan diri dan tidak mahu rasa lemah lagi.

"Yeye je kuat.. Habis tu selama ni..Sapa yg asyik nangis bila menjelang waktu senja? Kuatlah sangat..Dah, cepat makan. Kang laki kau bising pula nanti pinjam kau lama-lama." Balas Fahmi terus mencebik mukanya apabila melihat wajah sombong Alia tentang kelebihannya itu.

Dia antara manusia yg beruntung kerana dianugerahkan satu kelebihan yg tidak dapat pada orang lain. Pada mulanya, arwah Muhd Noor mahu menutupi hijab Alia yg terbuka tetapi dibatalkan saja niatnya agar Alia dapat menggunakan kelebihan ini membantu orang lain di dalam kesusahan nanti. Sekarang, semua ini sangat berguna untuk dirinya sendiri.

"Eleh, biarlah..Benda lama pun nak ungkit balik! Haa ,nak makanlah ni. Lapar!! Japgi nak bungkus juga. Untuk suami aku. Malas nak masak." Kata Alia lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Satu jelingan diberikan kepada Fahmi. Kalau sehari tidak bergaduh tidak sah untuk mereka berdua. Bergaduh manja orang kata. Sekejap saja bermasam muka. Selepas itu, kembali bertegur sapa.

Fahmi hanya tersenyum melihat telatah Alia seperti ini. Manja seperti biasa. Tiada apa yg berubah pada dirinya. Banyak ujian yg dilalui Alia tanpa sedar. Fahmi dapat melihat anak mata redup Alia menyembunyikan satu perasaan yg orang lain tidak tahu. Sampai bila dia mahu sembunyikan semua kebenaran itu pada semua orang. Satu kebenaran yg tidak dapat diungkapkan dengan kata.

"Terima kasih untuk harini..Opss, hampir terlupa. Nah..ambil lah. Gaji aku untuk bulan ni..Taklah banyak sangat. Cukuplah untuk kau baiki kete tu dan beri dekat mak sikit." Kata Alia lalu menyuakan sambul kertas kepada Fahmi.

Tangannya penuh dengan bekal yg diberikan Mak Senah kepadanya. Tahan untuk 2 bulan pula semua bekalan ikan pekasam dan kering ini. Semua ini makanan kegemaran Lutfi juga. Pasti dia akan menyukainya nanti. Jika mahu beli saja tidak akan sama seperti buatan Mak Senah.

"Lah, Apa ni Alia? Cukuplah duit aku. Lagipun bukan teruk sangat rosaknya. Mak pun cukup je duitnya. Kau tak perlulah bersusah payah bagi. Ni kan duit hasil keje kau sendiri. Simpanlah. Pakai untuk kegunaan kau sendiri." Ujar Fahmi masih tidak mahu menerima pemberian Alia terhadapnya.

Bukan ini yg ia pinta dari Alia. Cukuplah dia berjumpa dan melawat Alia seperti yg disuruh oleh Mak Senah. Melihat perkembangan Alia berjaya seperti ini sudah cukup buatnya dan Mak. Biarlah Alia terus bahagia sampai bila-bila.

"Janganlah tolak..Aku lagi rasa bersalah nanti. Ambil lah. Nilai yg aku bagi ni belum tentu cukup untuk balas apa yg kau dan Mak dah lakukan terhadap aku selama ni. Aku buat semua ni untuk keluarga kita juga Fahmi. Aku hanya ada kau dan Mak jee sebagai keluarga aku." Balas Alia lalu mengukirkan senyuman kepada Fahmi.

Sudah lama ia memendamkan hasrat ini untuk membalas kebaikkan Mak Senah dan Fahmi. Satu-satunya keluarga yg sentiasa ada di waktu susah dan senangnya. Menjaga dan mengambil berat tentangnya tanpa rasa jemu dan bosan. Alia tidak mampu menghadiahkan dengan sesuatu yg mahal. Cukuplah setiap bulan gaji dan duit simpanannya dikongsi dengan mereka berdua. Itulah niatnya bila mula bekerja seperti sekarang.

"Alia..Alia..Mulianya hati kau.." Nguman Fahmi terus menyimpan sampul surat itu di dalam poket bajunya semula.

Dia masih menunggu kereta kancil miliknya dibaiki semula. Selepas ini, bolehlah dia memandu seperti biasa. Tidaklah lagi risau tentang keadaan hujan panas bila menunggang motosikal.

Dari kejauhan seorang lelaki dan perempuan bergelut antara satu sama lain di tempat letak kereta. Pada mulanya, Fahmi tidak tertarik dengan mereka berdua tetapi selepas melihat seseorang yg ia amat kenali Fahmi terus berjalan untuk melihat dengan lebih dekat lagi.

"U ni...Kejaplah!! I belum habis cakap lagi. Luke!!" Tengking Emily geramnya selepas Lutfi merentap kuat tangannya.

Hanya dengusan kasar yg keluar dari mulut Emily selepas dilayan kasar begini oleh lelaki yg ia amat sayangi dan kasihi. Emily masih tidak percaya Lutfi sudah membencinya dan sering kali mengelak disaat mereka berdua bertemu.

"Enough Em!!! Enough.. I tak nak dengar apa-apa lagi. Kita dah tak ada apa-apa lagi hubungan. U ni tak faham bahasa ke haa?!! Dah pekak ke bodoh? I dah kahwin. I ada isteri. Why u ni terkinja-kinja sangat nak kan i? Dah tak de orang lain lagi ke nak puaskan nafsu serakah u tu? Jijik tahu tak?" Hinaan demi hinaan keluar dari mulut Lutfi terhadap Emily.

Sudah lama dia bersabar dan mendiamkan diri dari tersembur semua ini di depan Emily. Semakin dibiar, semakin menjadi dan teruk Emily terhegehkan dirinya. Lutfi sangat penat melayan semua ini. Silap hari bulan , hubungannya dengan Alia pula yg akan jadi masalah nanti. Sebelum terlambat, biar Lutfi bertindak dahulu.

"What?? How dare you say that to me !! Ehh, I'm like this because useless men like you who like to take advantage of me. Now, are you disgusted with me? Fuck!! U dengar sini ehh, Kat dunia ni..dalam banyak-banyak lelaki yg i kenal. U lah lelaki yg paling tak guna masih hidup sampai sekarang. U gunakan i atas nama islam supaya u dapat apa u mahukan. I yg jijik atau u sial??!!! Arghh!!! I hate u...I hate u!!!!" Meraung Emily seperti orang gila sambil memukul dada Lutfi.

Berjujuran butiran jernih yg mengalir di wajahnya kerana menahan sakit yg tidak terhingga selepas dicaci dan dihina oleh Lutfi sendiri. Sampai begini sekali Lutfi membenci dirinya. Selama ini, Emily sanggup menunggu Lutfi dengan penuh sabar kerana janji-janji manis yg keluar dari mulutnya. Tetapi sekarang, hanya cacian berbaur jijik berpalit padanya.

"Em!! Enough okey? Enough..Fine!! I'm sorry. So sorry. I tak patut janji kosong dengan u. Semua salah i. I ngaku..i tak pernah tunaikan semua janji tu dengan u. Kita tak ada jodoh. Jodoh di tangan tuhan Em..dan..jodoh i dengan Alia. Semuanya dah takdir i dengan Alia. I tak mampu nak lawan takdir. U tahukan kita dah lama berkawan? Please, kalau u sayangkan i..hormat i. Then, terima yg i dah jadi milik orang lain. U kena buka hati u untuk orang lain. Kita dah tak ada apa-apa lagi..Tolonglah faham.." Ujar Lutfi sambil memegang kedua belah tangan Emily daripada terus memukulnya.

Tidak gamak dia melihat Emily menangis seperti ini. Pasti hatinya sudah lama terluka dengan janji kosong itu. Sedaya-upaya Lutfi memujuk hati dan perasaan Emily semula. Dia bukanlah lelaki kejam yg sanggup pergunakan perempuan atas kehendaknya sendiri. Emily sudah salah faham dengan semua itu.

Secara tiba-tiba, Emily terus memeluk erat pinggang Lutfi. Dia masih menangis teresaknya di dalam pelukan itu. Berharap sangat hatinya dipujuk semula oleh Lutfi. Walaupun sakit dan marah tetapi dia masih ada naluri seorang perempuan. Hatinya lemah dan tak berdaya menerima semua ini. Emily terlalu sayang Lutfi untuk melepaskannya pergi.

Fahmi terkedu dan kaku di tepi sebalik tiang bangunan tidak jauh dari situ. Sukar menerima apa yg ia lihat dan dengar dengan mata kepalanya sendiri. Hanya Alia berlegar di dalam fikirannya sekarang. Bila Alia dapat tahu semua ini apa pula hati dan perasaannya nanti. Tangan kirinya digenggam erat. Fahmi rasa sangat kecewa terhadap Lutfi.

.................................................................................

Di depan rumah Syeikh Bukhari.

"Fuhhh, Bismillah. Ya Allah, permudahkan urusan aku... Harap Kak Dira ada di rumah.." Nguman Alia setelah sampai di depan pintu pagar rumah ibu bapa Dira.

Dia sanggup datang sendiri ke sini menaiki grab car kerana Lutfi agak sibuk beberapa hari ini di pejabat. Alia baru saja pulang dari sekolah terus datang ke sini setelah diberi alamat oleh Qirash beberapa hari yg lalu. Dengan selafaz bismillah Alia beranikan diri menekan butang loceng di tepi pagar itu.

"Ting...tong..."

"Ting...tong.."

"Ting....tong...."

Tiga kali Alia menekannya tetapi masih tiada sesiapa yg datang membuka pintu pagar ini. Sudahlah panas terik pada waktu sekarang. Dia setia menanti di situ sehingganya ada seorang makcik datang kepadanya.

"Arrr, maafkan saya Nyonya, Pak ngak beri izin untuk orang luar masuk." Kata Pembantu rumah itu kerana membahasakan Alia sebagai 'Puan' dalam bahasa indonesia. Dia hanya menurut arahan saja tuannya di dalam untuk menyampaikan pesanan kepada Alia.

"Yeke..Ermm, boleh beritahu tuan kamu kata Saya Alia. bekas biras anaknya, Dira. Ada satu urusan saya ke sini." Ujar Alia cuba menyusun ayatnya supaya bapa Dira mengizinkannya berjumpa dengan Dira.

Sampai bila dia mahu menangguhkan lagi semua ini. Demi hubungan Dira dan Qirash, Alia sanggup buat apa saja asalkan mereka berdua tidak merana seperti sekarang. Masing-masing menyiksa perasaan dan jiwa yg masih hidup kerana hasad dengki orang lain.

"Sebentar iya Nyonya. Saya beritahu Pak duluan." Balas Pembantu rumah itu lalu berjalan masuk semula ke dalam rumah.

Dalam beberapa minit menunggu, akhirnya pintu pagar itu dibuka secara automatik. Tanpa membuang masa lagi, Alia melangkah masuk dan berjalan ke arah pintu utama rumah ini. Kelihatan, seorang lelaki yg sudah berumur menunggu Alia di situ. Mungkin itu adalah bapa Dira. Teka Alia.

"Apa maksud kedatangan kamu ke sini? Bukankah Dira sudah tidak ada kena mengena lagi dengan keluarga itu?" Tanya Syeikh Bukhari dengan suara yg agak lantang.

Sedikit pun tiada senyuman yg terhasil di wajahnya. Syeikh Bukhari kenal Alia kerana ia pernah hadir di waktu kenduri sanding Alia dan Lutfi. Ini adalah pertemuan mereka berdua di sini.

"Arr, maafkan saya menganggu Encik pada waktu begini. Sebenarnya.."

"Mak Usu!!!"

Belum sempat Alia habis bercakap datang Aidil dan Anas di sebalik tubuh Syeikh Bukhari. Jeritan mereka berdua bergema di sekitar rumah ini. Tanpa membuang masa lagi, Mereka berdua terus menerpa dan memeluk tubuh Alia. Melepaskan rindu yg sudah lama terkubur.

Tergamam Alia tidak bersuara kembali. Hanya pelukan erat dia membalas kepada mereka berdua. Sesungguhnya, dia sangat rindukan anak-anak buahnya ini. Ingin mendengar gelak ketawa mereka semula.

"Mak Usu..Napa tak datang lawat kitorang..Kitorang rindukan Mak Usu dan dan Pak Usu..." Bersuara Aidil sudah menangis teresak.

"Betul tu..Tiap-tiap hari kitorang tunggu Mak Usu dan Pak Usu. Napa tak datang?" Tanya Anas pula sambil mengelap sisa air mata yg masih mengalir di wajahnya.

"Shu...shuu..Dah jangan nangis lagi sayang..Mak Usu dah datang. Mak Usu rindukan Aidil, Anas dan Wina. Pak Usu pun sama juga. Maaflah, Pak Usu sibuk sikit. Sebagai tanda maaf, Nah. Mak Usu belikan hadiah baru buat Aidil, Anas dan Wina." Pujuk Alia lembutnya ke arah mereka berdua.

Tangannya tidak henti dari mengesat sisa air mata di wajah Aidil dan Anas. Tanpa sedar, ia turut menangis sekali. Saat yg paling ia nantikan untuk bertemu dengan mereka semula.

"Yeay!! Mainan baru. Terima kasih Mak Usu!!" Jawab mereka serentak lalu mengambil beg mainan yg dibeli oleh Alia. Gelak ketawa mereka mula kelihatan setelah dipujuk kembali. Alia juga tersenyum riang melihat telatah anak-anak buahnya ini. Terawat rindunya kepada mereka.

"Masuklah..Kita berbual di dalam. Aidil, Anas..pegi masuk bilik yee..tengokkan adik." Bersuara Syeikh Bukhari setelah melihat suasana hiba ini di depan mata kepalanya sendiri.

Dia terus membuang egonya dan menjemput Alia masuk ke dalam untuk berbual lebih tentang apa hasratnya datang ke sini. Syeikh Bukhari pasti Alia adalah seorang perempuan yg baik kerana ia dapat melihat disaat Alia melayan anak-anak Dira.

"Maaf bertanya, Kak Dira ada?" Tanya Alia setelah melabuhkan diri di atas sofa.

Pandangannya melilau kerana masih mencari kelibat Dira. Kedatangannya ke sini untuk bertemu dan melihat keadaan Dira. Ia berharap sangat Dira dalam keadaan baik-baik saja.

"Ermm, Dia ada dalam bilik. Tengah rehat. Jemput minum. Apa tujuan kamu ke sini. Tadi kata ada satu urusan?" Soal Syeikh Bukhari semula. Air teh o panas diteguk perlahan melepasi anak tekaknya.

Dia tidak peduli apa yg Alia tengah cari sekarang. Walaupun dia menganggap Alia perempuan yg baik tidak semestinya ia menerima kedatangan Alia ke sini. Alia masih lagi memantu di dalam keluarga Dato' Tahir. syeikh Bukhari hanya anggap Alia sama saja seperti mereka semua.

"Tengah rehat? Maksud Encik..Kak Dira sakit ke? Boleh saya tengok keadaan dia?" Pinta Alia lemah nadi suaranya itu. Terkedu dengan apa yg ia dengar tadi.

Firasatnya mungkin betul kali ini. Dira turut terkena dengan sihir pemisah ini dan bukannya Qirash saja. Alia mula mengucap panjang dan meraut wajahnya. Dia masih tidak tahu siapa dalang di sebalik semua ini.

"Tak boleh. Selagi kamu tak beritahu apa tujuan kamu ke sini? Jangan pandai-pandai nak buat keputusan." Tegas suara Syeikh Bukhari kali ini. Ditatap dalam wajah Alia yg sedang kegusaran. Seolah sedang memendam sesuatu.

"Baiklah..kalau itu yg Encik nak tahu. Sebenarnya, tujuan saya ke sini untuk melihat keadaan Kak Dira. Adakah dia sedang sakit? Bukan sakit biasa yg saya maksudkan. Sakit terkena buatan orang." Beritahu Alia dengan jelasnya.

Di turut memandang ke arah wajah Syeikh Bukhari tanpa berkelip sedikit pun. Biarlah apa yg akan orang anggapnya selepas ini. Asalkan semua ini dapat diselesaikan juga nanti.

"Kamu!! Apa maksud kamu!!!" Lantang suara Syeikh Bukhari menahan amarahnya. Jarinya tepat ditunding ke arah Alia. Dia pasti Alia lah penyebab semua ini.

"Tiba-tiba"

"Arghhhhh!!!??!!??!!!!!"

Kedengaran suara Dira sedang menjerit kuat di tingkat atas. Terkejut mereka berdua serentak. Tanpa membuang masa lagi Syeikh Bukhari berlari naik ke anak tangga untuk melihat keadaan anaknya. Alia masih lagi kaku di situ. Dipejam matanya rapat sekali. Terkumat-kamit dia berzikir kepada tuhan meminta satu kekuatan. Jeritan itu bukan jeritan biasa. Sudah lama dia tidak melalui saat seperti ini. Aidil dan Anas terus datang memeluk tubuhnya. Mereka berdua menangis lagi. Pembantu rumah itu turut datang sambil mendukung Awina. Alia buntu. Tidak tahu apa yg patut ia buat sekarang.

"Mak Usu..mama tak apa-apakan? Kenapa mama sakit? Papa mana Mak Usu? Kenapa papa tak datang tengok kitorang?" Pelbagai soalan Aidil dituju kepada Alia.

Anak kecil yg masih tidak tahu apa yg berlaku kepada kedua orang tuanya. Menangung rasa rindu tidak mendapat kasih sayang Dira dan Qirash. Alia menahan tangisannya daripada mengalir di depan mereka. Di usap lembut wajah Aidil dan Anas. Pandangan pula memandang Awina sedang menangis di dalam pangkuan pembantu rumah ini.

Di atas.

"Ya Allah!!! Sabar Dira. Bawa mengucap!! Ingat tuhan!!" Herdik Syeikh Bukhari lalu memeluk kuat tubuh Dira yg sedang meronta-ronta untuk dilepaskan.

Walaupun kedua belah tangannya sudah diikat di tepi katil tetapi Dira masih kuat meronta untuk melepaskan diri. Bukan itu saja, kedua belah kakinya dan mulut turut diikat sekali. Kalau ada peluang, Dira pasti akan mencederakan dirinya tanpa sedar.

Begitulah keadaannya sekarang. Sudah banyak ustaz dan Para perubatan dipanggil untuk sembuhkan keadaan Dira tetapi tiada sesiapa yg dapat tangganinya. Semuanya tahu Dira sudah terkena sihir pemisah tetapi tidak dapat menangkap pelaku sebenarnya. Hanya tahu angkara orang terdekat saja.

"Sabar Sayang...Papa akan selesaikannya semua ini. Bawa bersabar Dira..Kuatkan diri...." Bisik Syeikh Bukhari di sebelah telinga Dira.

Keadaannya sudah menjadi tenang semula. Tercunggap-cunggap pernafasan Dira. Deraian air mata sentiasa mengalir di wajahnya seolah mengerti apa yg papanya ini katanya cuma dia tidak dapat tunjukkan semua itu lagi. Hanya siksaan dia lalui setiap hari. Seolah terjerat nyawa di hujung tanduk.

"Allahuakhbar..berikanlah aku petunjuk Ya Allah Ya tuhanku..Bantulah hambu yg lemah ini.." Nguman Alia sudah jatuh terduduk di atas lantai di tepi pintu.

Tergamam dengan apa dia lihat sendiri. Keadaan Dira jauh lebih teruk dari Qirash. Keadaan di sini sungguh hiba dan hening. Alia menekup kuat kedua belah telinganya. Pelbagai sahutan mula didengari di telinga Alia. Seseorang sedang meminta tolong dari jauh. Alia pasti itu adalah Dira. Terperangkap dalam kegelapan.

................................................................................

Di rumah Pak Sakawi.

"Nah, saya dah bayar selebihnya. Pak Sakawi jangan memacam ehh. Perjanjian kita kenakan perempuan tu saja dan bukannya melibatkan keluarga saya. Terutamanya anak lelaki saya tu. Dah tak betul saya tengok." Kata Datin Nafisah lalu memberi satu sampul kepada Pak Sakawi.

Awal-awal pagi lagi ia sudah bertandang ke sini kerana tidak mahu datang pada waktu malam seperti dulu. Cukuplah dengan apa ia lalui selama ini. Mengerikan seumur hidupnya ditakutkan begitu.

"Satu...dua...tiga..Enam...dua belas. Okey. cukup Rm 12,000 tunai. Terima kasih. Tentang tu jangan risau. Anak kamu akan baik sahaja selepas ini. Pada permulaan saja dia akan sakit kerana terkena tempias. Jika wujud perasaan kasih pada isterinya selagi itulah dia akan rasa sakit dan membenci di hatinya semakin kuat. Selepas ni, dia akan lupakan perempuan itu." Beritahu Pak Sakawi jelasnya terhadap Datin Nafisah.

Seronok dia mendapat bayaran tambahan daripada Datin Nafisah. Tidak sia-sia dia membuat kerja kotor seperti ini asalkan duit sentiasa masuk dan para pelanggannya akan berpuas hati.

"Ermmm. oklah kalau macam tu..Janji lepas ni. Saya tak nak keluarga saya kena apa-apa gangguan yee? Bawa saka Pak Sakawi tu jauh-jauh sikit. Saya dah up lebih tu. Jangan lupa budi saya yee. Okaylah. Kalau dah selesai. Saya minta diri dulu. Semekom." Ujar Datin Nafisah sambil mengibaskan dirinya dengan kipas. Rasa bahang pula berbual lama dengan Pak Sakawi di pondok buruknya ini.

Kali ini, dia datang berdua dengan pembantunya kerana takut berlaku seperti dahulu. Tengah-tengah malamlah nak tayar pancit pun. Hishh!!

"Kejap. Ada satu hal aku nak katakan. Aku tak suka perempuan yg hijab terbuka tu. Dia mungkin akan menganggu urusanku nanti." Kata Pak Sakawi lalu mematikan langkah Datin Nafisah. Seraya itu, Datin Nafisah terus memarlingkan wajahnya kembali.

"Perempuan hijab terbuka? Apa maksud Pak?"

Okey, saya lanjee panjang sikit bab kali ini. Esok 28. Birthday saya. Agak2 boleh dapat wish tak? >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience