" kau buta ke..tak nampak kereta aku yang besar gedabak ni.. " marah Shila. Eliza kaku. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Membantu atau membiarkan. Hatinya masih sakit dengan kisah lalu.
" Kenapa asal aku jumpa kau mesti keadaan macam ni.. kau memang ditakdirkan mati ditangan aku ke apa" marah Firash. Bunga bangun menahan kesakitan.
" tolong alih motor saya" pintanya. Matanya menangkap wajah satu satunya sahabatnya.
" Jad.. bila balik" dia menghampiri gadis itu namun gadis itu melarikan diri darinya. Sedih menjengah hatinya.
" tu motor kau.. " ujar Firash
" ni la betina garik tu.. dia la yang ganggu Rayqal.. " cerita shila
" kau salah faham Shila.. " Bunga cuba mempertahankan dirinya walaupun rasa sakit akibat kemalangan itu perit terasa
" awak masih berhubung dengan Eqal.. Saya tak sangka awak sebusuk ini Bunga" marah Eliza
" Jad.. biar saya explain.. saya dengan Eqal..." kata katanya dipintas Shila
" kau dengan Eqal apa.. Eqal sekarang dah tak pedulikan aku lagi.. semuanya sebab kau.. " marah Shila.
" Bunga... dengar sini.. kalau jadi apa apa pada perkahwinan dorang.. Jad takkan maafkan Bunga.. sampai mati" Gadis itu beredar lalu masuk ke dalam kereta. Bunga sebak.
" awak tak pernah nak dengar penjelasan saya jad" bisik hatinya
" hoi cik kak... pintu tu.. awak nak buat macam mana" soal Firash.
" Ni kad saya.. awak hantar bengkel nanti saya bayar walaupun itu kecuaian awak" balas Bunga sebelum berjalan terhencut hencut kearah motornya. Jaket yang disarungnya terkoyak dan menampakkan luka dibahunya. Darah menitis ke bumi satu persatu. Eliza tidak sanggup melihat keadaan gadis itu namun disebabkan amarahnya dibiarkan gadis itu menanggung sendirian.
" Adooiii... kena masuk wad dah kau.. duit lagi" ujarnya sendiri lalu duduk di bahu jalan menghadap motornya. Di terkup wajahnya. Dia menangis semahunya. Terasa seakan bala bertimpa timpa. Belum hilang sedih dikampung kini dia dia hilang satu satunya sahabatnya malah dimalukan dihadapan orang ramai dengan keadaan menahan kesakitan.
" Ya Allah.. apa lagi yang nak jadi hari ni.. beri aku petunjuk Ya Allah agar aku bersedia" rintihnya. Dia menunduk menghadap ke bumi. Tiga manusia itu hanya memerhati gadis itu didalam kereta. Eliza menyeka airmatanya perlahan lahan. Sebak dia melihat keadaan sahabatnya
" derita apa yang kau tanggung sahabat" bisik hatinya. Firash tidak senang duduk. Risau mula menjengah. Dari langkah dan duduk gadis itu dia tahu gadis itu perlukan bantuan tapi disebabkan dia seorang selebriti harus menjaga namanya.
Adam memeriksa kereta Shila yang rosak.
" Teruk kena hentam ni" ujar Adam.
" tu la.. tapi aku lagi risau tu" ujar Firash lalu bibirnya dimuncung kearah gadis yang bersandar ditiang lampu.
" weh.. kau boleh biar je dia macam tu.. kejap.. tu Bunga kan" soal Adam. Firash mengangguk.
" Wei Firash.. kau boleh biar dia macam tu.. " Adam berlari mendapatkan gadis itu.
" Bunga.. bunga.. " ditepuk pipi gadis itu lembut namun tiada jawapan. Badan itu terkulai layu.
" Firash... " tempik Adam. Mereka memandang Adam yang memangku Bunga yang sudah terkulai. Eliza terkejut lalu mendapatkan sahabatnya itu.
" Bunga.. bunga.. bangunnn... Bunga... bangun.. " tangis gadis itu berderai. Rasa bersalah mula bersarang dihatinya.
" kita bawa dia ke hospital" pinta Adam.
" I ikut.. " pinta Eliza.
" Shila tunggu towing sampai.. tak pe kejap lagi Eqal datang.. abang tolong urus please.. " rayu Shila.
".Adam amik kereta" Firash memangku gadis itu.
" darah... Bunga.. bangun.. jangan takutkan Jad.. Bunga.. kita tak selesai lagi tentang kita.. Bunga bangunn.. " panggil gadis itu. Firash meletakkan gadis itu didalam kereta dan dipangku gadis itu. Risaunya semakin jelas. Eliza duduk dihadapan dan kereta itu dipandu Adam ke hospital.
" kau jangan mati.. kau kena bangun.. " bisik hatinya. Ditatap wajah kecil itu.
" Cik Bunga dah sedar.. saya panggilkan doktor ya" ujar jururawat itu. Bunga hanya tersenyum. Diperhatikan tangannya yang bersimen. kakinya juga berbalut. Dia mengingati kejadian kemalangan itu.
" Kau dah bangun.. aku ingatkan kau nak tidur terus" dia menoleh. Seorang lelaki berada dikerusi di satu sudut hampir dengannya. Dia memandang pemuda itu dan cuba mencari tahu siapakah gerangan pemuda itu.
" kau tak ingat aku ke.. otak kau ada masalah untuk refresh siapa aku" sinis Firash
" sorry.. siapa ek" soal Bunga. Firash bengang. Masakan pelakon terkenal tanah air tidak dikenali gadis itu
" aku Firash Idlan.. aktor.. "
" oh mamat poyo... kau buat apa dekat sini" soal Bunga. Firash geram digelar poyo.
" buat apa lagi nak tengok kau hidup lagi ke tak.. " sinisnya lagi.
" aku hidup lagi.. dah tengok kan.. so sila.. " ditunjuk pintu keluar.
" kau tak memang tak reti nak bersyukur ke.. aku dah hantar kau dekat sini pun dah besar rahmat tau" marah Firash
" oh ye.. terima kasih encik poyo.. ok dah.. boleh sila lah" dia menghalau pemuda itu.
" aku nak bincang pasal ganti rugi kereta aku" ujar Firash
" aku dah cakapkan hari tu.. aku akan bayar.. apa lagi masalahnya" nadanya tinggi seoktaf.
" ya aku tahu.. tapi ini kereta aku yang hantar kau ke sini" ujar pemuda itu
" kereta mana pula.. banyak mana kereta kau ada ni" soal Bunga
" yang kau langgar tu kereta adik aku.. kereta aku penuh kesan darah kau.. jenuh aku dobi kereta aku.. " ujar Firash tanpa perasaan.
" Firash.. apa kau ni.. orang tengah sakit ni.. Bunga.. macam mana hari ni. " soal Adam yang baru masuk ke dalam bilik itu. Bungkusan yang dibawanya diletakkan diatas meja.
" Bunga ok.. Adam dari mana" soal Bunga lembut. Firash masih belum berpuas hati bersilang tangan memeluk tubuhnya.
" dari bengkel.. tengok motor Bunga.. " ujar pemuda itu
" Adam hantar motor Bunga... terima kasih.. banyak yang nak kena ganti tu.. " nadanya rendah. Otaknya kini ligat memimikirkan tentang duit untuk dilunaskn hutangnya.
" eh takpe.. Firash akan settlekan sebab itu salah dia.. bil hospital pun Firash tanggung" ujar Adam.
" kenapa pula aku" Firash tidak berpuas hati
" kau kena settle semua..memang terbukti salah kau... ada cctv dekat situ dan ada saksi.. " ujar Adam.
" kawasan tu tak boleh park.. kau buka pintu tak tengok belakang main buka je.. " jelas Adam. Firash berdehem berkali kali apabila ternyata itu kesalahannya yang juga hampir meragut nyawa gadis itu.
" kau kena settle baik baik... or nama kau bad" ujar Adam. Firash diam.
" ni Adam ada bawakan bubur untuk Bunga.. Makan ya" ujar Adam. Firash hanya melihat keletah dua manusia itu.
" Hai cik Bunga.. macam mana hari ni.. dah seharian tidur.. cukup rehat nampaknya" seloroh doktor berbangsa cina itu
" saya ok.. sihat" ujar Bunga
" ada rasa pening..loya.. " soal doktor itu lagi. Bunga hanya menggeleng. Firash mendengar penerangan doktor itu dengan teliti.
" Tulang bahu cik Bunga dan tulang selangka kiri retak.. so dia ambil masa untuk recovery..kita akan follow up untuk terapi lah.. takut nanti jari masalah pula nanti.. Tumit cik Bunga terkehel kami dah buat minor surgery untuk cantumkan..tapi buat masa ni.. Cik bunga kena kurangkan pergerakan takut nanti lagi worse.. yang lain tak ada apa... luka kecil saja" ujar doktor itu
" lama tak masa untuk saya sembuh" soal Bunga.
" sebulan or dua.. tengok pada Cik Bunga sendiri.. kalau banyak bergerak makin lambat untuk pulih" ujar Doktor itu. Bunga bersandar pada katilnya. Resah. Dia tidak dapat menyiapkan tempahan yang di terimanya. Dia tidak dapat memberi wang buat sementara ini kepada keluarganya. Dia kelihatan sugul. Firash hanya memerhati riak gadis itu. Dia mula bersimpati.
" long.. bagitahu mak aku minta maaf.. dalam dua bulan ni aku tak dapat bagi duit sebab aku takde tempahan.. " dalihnya
" takpe ngah.. duit yang kau bagi kat aku pun ada lagi" ujar Melati
" long aku minta maaf tau.. aku bukan taknak bagi.. aku memang takde tempahan.. duit yang aku ada pun cukup cukup untuk aku bayar sewa bilik" ujarnya
" kau jangan risau la ngah.. kami ok.. kau tu jaga diri.. ada apa apa bagitahu kami" ujar Melati.
" mak macam mana.. apak ada pukul mak" soalnya
" lepas kau balik tu apak mengamuk.. macam biasalah mak tempat dia lepas geram" ujar Melati.
" kalau aku tak balik hari tu takkan jadi macam tu kan" airmatanya mula mengalir. Tanpa disedari perbualannya didengari Firash yang berdiri dipintu. Keletahnya diperhati pemuda itu.
Share this novel