15

Romance Completed 109150

" Wei kau tak tengok berita ke" soal Adam
" berita apa.. sensasi ke" soal Firash
" Bunga.. kena tahan polis sebab bergaduh" cerita Adam. Firash terkedu. Dipandang sahabatnya cuba menerima berita itu.
" ni.. kau tengok ni" Di beri note pad yang tertera berita mengenai gadis itu.
" aku nak pergi dekat dia" ujar Firash
" wei shooting tak habis lagi ni" ujar Adam
" dia lebih penting dari shooting.. kau tolong settle.. aku nak jumpa dia" Firash bersiap dalam keadaan kelam kabut
" tapi kalau produser marah" soal Adam
" Dam.. dia isteri aku tanggung jawab aku.." ujar Firash lalu beredar meninggalkan set penggambaran. Firash memandu laju menuju ke bengkel namun sayang bengkel tertutup rapat seakan tiada penghuni. Dia menelefon pejabatnya bertanyakan akan kehadiran gadis itu tetapi gadis itu masih dalam tempoh bercuti.
" mana kau pergi Bunga" risaunya. Dia menanti dipintu. Resah dan gelisah bercampur baur. Dari jauh kelihatan sebuah kereta menuju ke bengkel. Firash berdiri tetap apabila melihat isterinya turun dari kereta satu satunya musuh baginya, Rayqal.
" Kau buat apa dekat sini" soal Bunga. Rayqal menghampiri gadis itu.
" aku nak jumpa kau" ujar Firash.
" kita ada urusan ke.. ada buat appoiment" soal Bunga lalu membuka pintu bengkelnya.
" kau boleh balik.. aku ada urusan dengan dia" pinta Firash. Langkah Rayqal terhenti apabila dia dihalang pemuda itu.
" Eqal masuk lah.. jangan pedulikan dia" ujar Bunga. Rayqal masuk ke bengkel.
" kau dengar tak aku ada benda nak cakap dengan kau" marah Firash
" apa dia cakap lah.. kalau hal tak penting lain kali je lah ye" ujar Bunga lalu dia mula berbual dengan Rayqal. Firash membara. Dia menghampiri gadis itu lalu ditarik tangan gadis itu kuat.
" kau nak apa.. sakit la.." Bunga meronta minta dilepaskan
" wei.. agak agak la.. kau dah sakit kan dia" ujar Rayqal
" kau diam.. ini urusan aku dengan dia.. kau boleh berambus" Marah Firash. Dia menoleh kearah Bunga yang berdiri dibelakangnya yang cuba melepaskan genggaman tangannya. Bunga mencubit lengan pemuda itu.
" haisshh.. kau diam" suruhnya.
Bunga terdiam.
" aku pun ada urusan dengan dia.. " ujar Rayqal.
" apa urusan kau dengan dia" soal Firash
" itu hal aku dengan dia kau tak perlu masuk campur" sinis Rayqal.
" aku berhak dan perlu tahu " ujar Firash
" kau siapa nak sibuk hal Bunga" soal Rayqal. Badan Firash bergoyang goyang kerana Bunga cuba melepaskan genggaman tangannya. Lagi sekali pemuda itu menoleh kearahnya. Kali ini renungannya tajam. Bunga membungkam. Takut akan lirikan mata itu.
" aku ada hak keatas dia.. setiap apa yang dia lakulan aku wajib tahu" ujar Firash
" maksud kau" Rayqal tidak memahami maksud pemuda itu.
" Dia isteri aku" ujar Firash. Rayqal terkejut. Kakinya seakan tidak berpijak dibumi yang nyata.
" Bunga.." Rayqal memanggil nama gadis itu. Bunga hanya menunduk
" kau nak bukti" Lengan gadis itu dikepitkan diketiaknya agar gadis itu tidak dapat melarikan diri. Dicampak kad perakuan nikah mereka ke atas meja. Rayqal mengambil kad tersebut.
" Bunga.. kenapa Eqal tak tahu" soal pemuda itu
" sebab kau tak perlu tahu.. jadi kau boleh balik sekarang" Digenggam lengan gadis itu semula.
" Eqal balik dulu nanti Bunga explain ok" ijar Bunga
" tak payah nak susah susahkan diri.. dia dah tahu kita dah kawin sudah la" bisik Firash geram.
" kenapa kau buat macam ni hah" bisik Bunga
" kau diam" bisik pemuda itu lagi.
" so.. boleh beri kami privacy" pinta Firash. Rayqal masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa gadis itu kini milik orang. Dia keluar meninggalkan bengkel itu dengan kesalan.
" argghh arghhh " Firash mengerang kesakitan apabila lengannya digigit gadis itu.
" sakit tau tak.. kau ni dracula ke apa" soal Firash sambil menggosok kesan gigitan itu.
" kau nak apa datang sini" soal Bunga.
" kenapa kau kena tahan polis" soal Firash
" bergaduh" jelas gadis itu
" ye aku tahu tapi kenapa.. mesti ada sebabkan" soal Firash.
" hal keluarga aku kau tak perlu tahu" ujar Bunga.
" kenapa aku tak perlu tahu.. kau isteri aku.. aku berhak tahu" marah Firash.
" kalau aku isteri kau kenapa kau biarkan orang lain jamin aku... kau biarkan aku terkontang kanting sorang diri dekat sini waktu aku perlukan bahu untuk aku bersandar.. kau tak call aku mahu pun mesej aku tanya khabar.. jengah aku pun tak.. itu kau kata kita suami isteri" marah Bunga
" siapa jamin kau.." soal Firash
" Rayqal" ujar gadis itu. Firash bertambah geram
" dengan dia boleh pula kau share semuanya" marah Firash lagi
" ha ah.. sebab aku selesa dengan dia.. " provok Bunga
" tapi aku suami kau" marah Firash
" suami atas kertas lepas tu tinggalkan... ada masalah datang humban dekat isteri.. isteri tempat lepas amarah dan baran kau tu.." tengking Bunga.
" kau.." Firash menahan geramnya
" apa tak betul aku cakap" ujar Bunga lagi. Firash menghampiri gadis itu yang berada di hujung meja lalu dirangkul leher gadis itu. Bibir gadis itu dikucup kemas.
" kau jangan melampau " Bunga menampar pipi pemuda itu.
" apa yang melampaunya.. aku suami kau.. setiap inci tubuh kau halal untuk aku sentuh" ujar Firash.
" jadi aku hanya tempat melepaskan nafsu kau" soal Bunga
" Bunga.. ok ok aku tahu aku salah.. aku tak sepatutnya buat macam tu.. tapi aku tak bermaksud macam tu" nada pemuda itu mula kendur.
" Macam ni lah Firash.. aku memang letih hari ni.. aku nak rehat.. kau boleh balik sebelum hari gelap" pinta Bunga.
" kau kenapa asyik halau aku.. boleh tak kita bincang tentang kita secara tenang" pinta pemuda itu
" pasal kita tak ada apa yang nak kita bincangkan.." ujar Bunga
" kenapa kau asyik mengelak dari aku" soal Firash
" aku tak mengelak aku cuma tak nak masalah.. aku sedar siapa aku.. dah hidup kita berbeza Firash.." ujar Bunga.
" kau dah jadi isteri aku.. takde apa yang berbeza Bunga.. Kau yang menolak hakikat yang kita dah kawin" ujar Firash
" aku bukan menolak hakikat.. aku terima kenyataan yang aku dah bergelar isteri orang.. tapi disebalik perkahwinan ni.. aku tak rasa kita boleh berjaya.. dunia kita jauh berbeza.. andai kata pernikahan kita tersebar.. kau rasa peminat kau boleh terima kau berkahwin dengan orang macam aku.. dunia kau perlu berkongsi segalanya tak macam dunia aku.. kecil takde siapa peduli.. " jelas Bunga. Nadanya bergetar.
" aku tak kisah semua tu.. aku sayangkan kau Bunga.. aku terlalu sayangkan kau" ujar Firash
" sayang semua orang boleh sebut sayang.. macam tu juga apak.. time dapat apa yang dia kehendaki luah rasa sayang pada mak.. tapi bila tak dapat kaki tangan diberinya.. Sebab sayang manusia tak dapat berfikir waras.. contoh Shila.. sebab terlalu sayangkan Rayqal apa pun sanggup dilakukan walaupun akhirnya memalukan diri.. aku tak nak semua tu.. cukup bagi aku bengkel dan lukisan lukisan ni.. ini lah kebahagiaan aku" balas gadis itu
" kau juga yang cakap kita manusia memerlukan antara satu sama lain.. " Firash cuba mengingatkan
" ya.. memang manusia perlukan antara satu sama lain.. tapi soal hati dan perasaan soal kehidupan aku lebih suka sendiri.. aku bahagia begini" ujar gadis itu. Di capai berus lukisannya lalu di susun rapi. Warna warna dan palet juga disusunnya. Firash membiarkan saja gadis itu bertenang. Dirasakan beban berat ditanggung gadis itu.

" Aku tak balik.. aku stay dekat bengkel.. " ujar Firash ditalian
" esok kau shoot pukul sebelas.. jangan lambat pula" pesan Adam.
" ok" Firash mematikan talian. Dia keluar membeli makanan bagi mengisi perutnya yang sudah berkeroncong. Dia membuka laman tik tok isterinya. Bunga sedang membuat siaran langsung membida lukisannya serta hasil krafnya. Dia terharu melihat kegigihan isterinya mencari rezeki. Tiba dibengkel isterinya masih bersiaran langsung. Dengan slumber dipeluk isterinya dari depan lalu dicium ubun ubun gadis itu. Bunga tercengang. Komen makin sesak dengan usikan nakal. Bunga membaca satu persatu komen. Dia mula tidak keruan apabila rata rata mahu melihat wajah suaminya.
" Jom makan" pelawa Firash.
" tengah live ni..makan lah dulu" ujar Bunga.
" buka mulut." Firash yang duduk dihadapan gadis itu menyuap makanan kepada gadis itu. Firash tergelak membaca komen komen dari pengikut isterinya melalui telefonnya.
" siapa tak sayang isteri oiii" sampuknya. Bunga tidak senang duduk.Suasana tiba tiba berubah hangat.
" korang nak tak Bunga belanja kucing sekor.." ditunjuk kayu yang mahu diukirnya menjadi seekor kucing. Firash tersenyum melihat raut wajah tidak keruan gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience