Shila sekali lagi mengamuk dan kali ini dia bergandingan dengan Yuna. Dilepaskan geramnya pada gadis itu kerana apa yang dilihatnya sebentar tadi. Yuna tersenyum puas apabila gadis itu dapat dikeronyoknya. Bunga hanya menahan sakit dan malu yang diterimanya hanya untuk keluarganya. Beberapa orang pekerja terkejut melihat kejadian itu.
" sabar Bunga.. sabar.. untuk mak dan baby kau" pujuk hatinya.
" aku dah beri amaran kan.. jauhkan diri kau dari abang aku kenapa kau tak faham faham lagi.." tengking Shila
" saya buat apa.." soal Bunga
" kau buat apa dengan abang aku dalam stor tadi hah.. kau goda dia.." tengking Shila lagi.
" saya buat apa.. saya hanya rehat.." jelasnya
" kau cermin dulu muka kau.. taraf kau.. kalau kau nak berdamping dengan seseorang.. kau rasa kau boleh kalah kan Yuna ke" soal Shila
" kau dengar sini perempuan.. aku dengan Firash ada sejarah manis tau.. kau rasa dia nak ke dekat perempuan busuk macam kau.. mungkin la tapi untuk one night stand saja.. kalau untuk buat isteri aku pilihan dia" Yuna benar benar yakin.
" oh ya.. tapi saya tak rasa macam tu pun" provok Bunga
" berani kau.." Shila menampar pipi gadis itu berkali kali. Uniform gadis itu terkoyak menampakkan bahunya.
" macam ni lah..saya penat tau nak bergaduh pasal lelaki.. kalau cik Yuna nak sangat dekat dia ambil lah.. saya tak heran..dan saya sedekah.. jangan ganggu hidup saya please" ujarnya. Di sapu darah yang mengalir dibibirnya. Telefonnya berdering. Gadis menjawab panggilan tersebut lalu bingkas bangun dan berlari keluar. Shila dan Yuna kehairanan.
" Cik Khalil saya minta pulang awal.. saya ada emergancy dekat rumah" pintanya kalut kalut.
" urmm baik lah.. kamu boleh pulang awal.. hati hati balik" ujar Khalil. Dia perasan keadaan gadis itu kusut masai. Sudah diketahui siapa puncanya.
" Shila masuk bilik papa" panggilnya. Shila gugup. Duduknya tidak senang. Khalil merenung anak gadisnya tajam. Tidak lama kemudian Firash muncul.
" ada apa pa" soal Firash
" kamu buat apa dalam stor cleaner tadi" soal Khalil.
" stor cleaner.. buat apa" soal pemuda itu semula
" Shila nampak abang keluar dari stor tu tadi selepas Bunga keluar.. abang buat apa" soal Shila
" abang minta dia tolong bersihkan air tertumpah waktu shooting tadi.. kenapa" Dalih Firash
" kenapa mesti dia.. ramai lagi staf kan" ujar Shila
" tapi dia yang jaga floor tu.. takkan abang nak panggil staf yang jaga floor satu untuk bersihkan.. nanti apa pula staf kata" bohongnya lagi
" papa dah pesan banyak kali dah.. jangan buat tindakan melulu.. siasat dulu.. tengok apa dah jadi.. teruk Shila kerjakan dia hari ni.. berdarah bibir dia.. sampai terkoyak baju.. kesian dia papa tengok.. dia minta kerja nak cari rezeki.. layan dia samarata.. ramai staf tengok tadi.. malu dia" tegur Khalil
" shila.. shila buat apa kali ni..." soal Firash
" shila geram la.. shila ingat abang dengan dia..." Shila malu untuk habiskan kata katanya.
" Shila.. apa yang berlaku antara abang dengan dia itu urusan abang.. Shila tak perlu campur.." tegas Firash
" tapi dia nak rampas abang dari Yuna" ujar Shila
" dia dah kawin.. bukan bujang lagi" Khalil mengingatkan
" dah kawin pun.. zaman sekarang ni suami orang dengan isteri orang pun boleh jadi papa" ujar Shila geram.
" Shila.. abang masih waras tau.. lagi pun stop padankan abang dengan Yuna.. kami dah lama tutup buku.. " ujaf Firash
" sebab perempuan tu kan.." tengking Shila
" tak kira lah siapa pun yang abang damping.. abang takkan teruskan or ada apa apa hubungan.. full stop" marah Firash. Shila terdiam.
Bunga menuju ke bilik kecemasan di mana disitu kakak dan adik beserta anak saudaranya berada.
" long mak kenapa long.. " soal Bunga
" mak tiba tiba pengsan dekat dapur tadi time masak tadi.." ujar Melati.
" mak sakit ke" soal Bunga
" darah tinggi kencing manis tu ada lah tapi bacaan sekarang dah ok" jelas Melati.
" apak ada balik? " Melati dan Munir saling berpandangan.
" Long aku tanya ni.. Apak ada balik tak" marah Bunga.
" atok ada balik.. ada makcik.. makcik tu selalu suruh wan buat macam macam" Melati menerkup mulut anaknya.
" Long.. makcik.. makcik mana ni" soalnya lagi
" Long.. kau tak pekak lagi kan.. aku tanya.. makcik mana" Bunga seakan hilang sabar.
" Bini muda apak" ujar Melati. Bunga tersentak.
" Bini muda.. buat apa dia bawa bini muda dia duduk situ.. apa hak dia.." geramnya.
" dorang kena halau dari rumah sewa.. dorang tak mampu nak sewa rumah baru jadi apak bawa balik perempuan tu dekat rumah.. dia dah jadi macam mem besar dah dekat dalam rumah tu.. semua benda mak buat" cerita Munir.
" korang dah jadi macam ni korang masih nak berahsia dengan aku ke.." marah Bunga lagi. Raut wajahnya membara. Dadanya berombak menahan sabar.
" mak taknak bagi tahu kau takut kau bergaduh dengan apak.." ujar Melati
" yang mak pun satu kenapa lah dia sayang sangat dekat jantan tak guna tu.. aku pun hairan" Perbualan mereka tamat disitu apabila doktor yang memeriksa ibu mereka keluar dari bilik kecemasan.
" Puan Zainab demam dan suhu terlalu tinggi menyebabkan dia dehydration... ini bahaya untuk Puan Zainab memandangkan faktor usia dan bacaan darah dia tak berapa elok.. naik sedikit paras kolesterol juga.. dan gula terlalu rendah... boleh membahayakan buah pinggang dia.. Puan Zainab terlampau stress barangkali..oh ya boleh saya tahu kesan lebam lebam dibadan puan Zainab kenapa ya.. " soal Doktor. Mereka saling berpandangan.
" Apak.. apak... " tempiknya. Seorang wanita yang usia muda beberap tahun dari ibunya keluar dari bilik ibunya dalam keadaan berkemban. Darahnya mula menyirap. Bahang amarahnya mula menular.
" kau perempuan.. apa kau buat dekat dalam bilik mak aku.. sini kau.. sini.. " digenggam rambut wanita itu kemas lalu ditarik ke depan pintu.
" berambus kau dari rumah ni" didorong wanita itu keluar. Wanita itu terjelepok ke tanah.
" apak.." tempiknya. Dia masuk ke bilik ibunya dan lelaki itu sedang asyik diperbaringan. Ditumbuk lelaki itu bertubi tubi hingga mengalir darah dibibir dan hidung lelaki itu.
" angah... sudah angah..." Munir cuba meleraikan namun gagal. Bunga seakan kerasukan.
" kau memang sial.." Fuad hanya mampu menahan badannya dengan bantal dan tidak dapat melawan gadis itu yang sedang mengamuk.
" Bunga... Bunga..." Panggil Firash. Dia yang menerima panggilan dari Melati bergegas ke rumah mertuanya apabila kelibat gadis itu tidak kelihatan dibengkel.
" Bunga...." Dirangkul pinggang gadis itu lalu dibawa ke ruang tamu untuk ditenangkan.
" lepas la.. aku nak bunuh jantan tak guna tu.. lepas.." Bunga meronta minta dilepaskan. Firash memeluk gadis itu erat. Di lurut belakang gadis itu agar tenang.
" Bunga... Bunga.. tenang tenang... kita bincang elok elok ya" pujuk pemuda itu
" jantan tu tak boleh dibawa berbincang dah.. di patut mati" tengking Bunga. Sehaya itu airmatanya berderai. Firash menyapu airmata itu
" sayang... tenang... saya tahu awak marah tapi kekerasan bukan jalan terbaik.. kita selesai secara baik.. saya ada dengan awak.." ujar Firash lembut. Bunga terdiam. Amarahnya semakin mengendur. Dipeluk pemuda itu erat. Tangisannya semakin laju.
" kenapa tak boleh ini juga rumah aku.. aku ada hak nak bawa balik sesiapa saja itu hak aku" bongkak Fuad
" ye rumah ni rumah apak juga tapi apak ada terfikir tak perasaan mak.. ada bincang dengan mak.. kau perempuan kau tak malu ke dah amik suami orang lepas tu menumpang rumah orang.. kau buat mak aku hamba.." marah Bunga.
" apa pilihan yang mak kau ada selain terima saja" ujar Fuad
" maksud apak" Bunga kurang faham.
" mak kau takkan sekali kali lawan cakap aku sebab aku pegang rahsia mak kau bertahun tahun.." ujar Fuad
" Bunga tak faham.. rahsia apa.." soal Bunga lagi
" Munir bukan anak mak kau dengan aku tapi anak aku dengan Melati... kakak kau.. Huzair juga anak aku dengan Melati.. kau mesti tertanya tanya mana bapa Huzair.. aku.. aku bapa dia" Fuad dengan bongkaknya mengaku akan segala maksiatnya. Bunga seakan hilang nafas. Sesak dadanya. Firash juga terkejut akan berita itu. Digenggam erat tangan gadis itu yang menggigil menahan kemarahan.
" kau ingat mak kau tu mulia.. kalau tak aku kutip dia tepi lorong.. dia takkan hidup macam ni sampai sekarang.. mak kau kalau ttak sebab alu dia masih lagi mealcur dilorong..aku nikah dengan mak kau lepas dia lahirkan Melati.. lepas dia lahirkan kau dia dah tak boleh mengandung.. dia dah tak boleh layan aku.. melati.. ahhh... dia lah pemuas nafsu aku.. dan mak kau tahu itu.. dia yang khayal kan kakak kau dengan bagi kakak kau ubat batuk.. dia mengandungkan Munir tapi mak kau canang kata munir anak dia.." luluh hatinya mendengar penjelasan lelaki itu. Kini dia tahu kenapa ibunya tidak mahu bercerai dengan lelaki itu.
" lepas kakak kau dah lahirkan Huzair.. aku dah kurang selera dengan dia.. tapi kadang kadang aku lepaskan juga.. tak tahan.. " Bunga mula hilang pertimbangan lalu menerkam lelaki itu seperti singa kelaparan. Fuad tidak dapat melawan. Bunga sudah hilang kewarasan kerana amarahnya. Firash dan Munir memegang gadis itu lalu dimasukkan kedalam kereta. Firash memandu kereta itu menuju ke bengkel. Munir hanya diam. Dia terasa malu mendengar pengakuan lelaki yang sepatutnya disanjung dan dihormati. Airmata jantannya menitis.
" Munir... kau jangan percaya apa apak cakap.. aku tahu dia saja nak pecah belah kan kita" Bunga membelai rambut pemuda itu lembut. Diseka airmata pemuda itu dan dipeluk erat.
Firash hanya memandang dari cermin sisi.
" Berat benar dugaan kau Bunga" Bisik hati pemuda itu.
Share this novel