Firash terlena disofa. Malam mula menjengah. Bunga menutup semua tingkap dan pintu kerana angin mula bertiup kencang.
" Firash.. bangun.. kau nak balik pukul berapa ni.. hari dah malam" ujar Bunga
" aku tidur sini... " ujar Firash. Bunga terkejut
" buka esok kau ada shooting ke" soal Bunga.
" esok awal pagi aku gerak la.." ujarnya. Bunga membuka almarinya dikeluarkan sehelai seluar pendek dan t shirt lalu diberikan kepada pemuda itu.
" nah baju salin.. pergi mandi dulu.. aku siapkan makan" suruh Bunga. Firash membuka matanya luas dan mengukir senyuman lalu berjalan ke bilik air. Bunga mula memasak apa yang ada didalam peti aisnya. Setelah siap dihidang makanan ke atas meja. Dia mula melukis. Lakaran abstrak yang diluahkan dari hatinya itu menarik perhatian firash yang baru keluar dari bilik mandi.
" kau marah atau sedih sebenarnya" soal Firash.
" hah" pergerakan tangannya terhenti.
" pada penglihatan aku jiwa kau berkecamuk.. " ujar Firash
" mana kau tahu" soal Bunga
" aku dulu amik kelas seni waktu di Uk so aku tahu" disangkut tuala ke leher gadis itu.Bunga mencebik bibirnya.
" kau tak makan" soal Firash
" aku jarang makan malam" ujar gadis itu lalu menyambung lukisannya. Firash menjamah kwey teow yang digoreng gadis itu sambil memerhati gadis itu dari belakang. Dalam kesamaran mentol kuning itu, menyebar satu rasa yang aneh dalam dirinya. Diambil beberapa keping foto gadis itu lalu disimpan didalam memori telefonnya. Dia bangun lalu membuka tingkap berhampiran gadis itu.
" angin kuat la" ujar Bunga
" dah tak kuat dah.. hah mana" seloroh Firash.
" kau tak nak cari rumah sewa ke" soal Firash
" aku selesa dekat sini" ujarnya
" tapi kalau ada rumahkan kau ada ruang kau sendiri kan" ujar pemuda itu
" tapi aku lebih suka begini.. tiada gangguan..tenang" ujar gadis itu tanpa melihat wajah pemuda itu.
" tapi jauh aku nak berulang" ujar Firash
" tak payah berulang.. tak payah datang" balas Bunga tenang.
" mana boleh.. kalau aku rindu kau macam mana" Bunga memandang pemuda yang berdiri ditingkap itu
" yesss" girang hatinya apabila berjaya menarik perhatian gadis itu.
" tak payah nak rindu aku" jawab gadis itu. Hatinya yang girang tadi kembali berduka. Firash menghampiri gadis itu dan berdiri dihadapannya. Bunga mendongak memandang pemuda itu. Kelakuannya aneh.
" apa" soal Bunga
" aku tahu kau masih belum boleh terima aku dalam hidup kau tapi aku harap sangat kau tak tutup pintu hati kau untuk aku.." ujar Firash. Bunga diam. Firash melabuhkan kakinya duduk dihadapan gadis itu.
" bagi aku peluang untuk jadi pendamping kau.. bagi aku peluang untuk jadi pelindung kau, bagi aku peluang untuk bahagiakan kau" ujar Firash. Digenggam jari jemari gadis itu lalu dikucup lembut. Bunga diam. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Mereka berbalas pandangan sebelum Firash meletakkan kepalanya diribaan gadis itu.
Shila bengang apabila suaminya tidak pulang walaupun hari semakin larut. Dibenaknya suaminya pasti bersama gadis itu. Di dail nombor suaminya berkali kali tetapi tiada jawapan.
" ishh benci" rungutnya
" kenapa ni " soal Khalil
" Eqal papa..dah pukul sepuluh tapi tak balik lagi" rungutnya
" dia banyak kerja lah tu" jawab Khalil
" banyak kerja apa.. menggatal dengan betina tu la tu" tuduhnya
" tak baik syak suami macam tu.. lagipun Bunga kan dah kawin.. takkan dia nak buat benda tak senonoh pula" ujar Khalil
" mana papa tahu dia dah kawin" soal Shila
" resume dia" balas Khalil pendek. Shila menghempas tubuhnya ke sofa.
" motor kau mana" soal Firash. Tin coca cola dibukanya lalu disua kepada isterinya.
" aku jual" jujur gadis itu. Tin coca cola yang dipegang pemuda itu hampir jatuh. Dia terkejut dengan tindakan gadis itu. Dia tahu gadis itu terlalu menyayangi motor itu dan tiba tiba ia dijual.
" bukan tu motor kesayangan kau ke" soal Firash
" tiada yang lebih penting bagi aku dari keluarga aku sendiri... motor aku boleh beli lain tapi keluarga aku.. darah daging aku.." ujar Bunga
" bila kau jual" soal Firash lagi
" dah tiga bulan dah.. hari samseng datang nak ambil rumah.. baru aku tahu apak masih ada baki hutang untuk aku tebus geran tu.. aku takde pilihan... aku terpaksa jual baby.." ujar gadis itu sebak. Dia teringat akan tuduhan ibunya bahawa dia menjual tubuh untuk mendapatkan duit. Dia berpaling lalu diseka airmatanya agar tidak diketahui pemuda itu
" kenapa ku tak minta dengan aku" soal Firash
" aku tak nak libatkan kau dalam hal keluarga aku.. aku taknak terhutang budi" ujar Bunga. Dilirik jarinya pada tin itu. Ditenung tin itu semahunya agar menahan sebak.
" kau isteri aku.. takde istilah terhutang budi.. dah jadi tanggungjawab aku jaga kau.. bahagiakan kau" ujar Firash
" aku tak nak.. selagi aku boleh usaha sendiri aku usaha.. biarlah apa orang nak cakap.. aku dah lali.. cukup hanya aku dan Tuhan saja yang tahu... aku tak nak menyusahkan orang" ujarnya
" tapi aku suami kau Bunga" ujar Firash
" aku tahu dan aku ingat tu.. tapi kau bukan milik aku.. kau milik peminat kau.. lagipun perkahwinan kita masih rahsia.. entah esok lusa status aku akan bertukar aku tak tahu.. aku tak nak bergantung pada sesuatu yang aku tak pasti" ujar gadis itu. Dihirup air itu sehingga habis lalu dikemekkan tin itu.
" Aku mengantuk nak tidur.. kau nak stay lagi or nak tidur.." soal Bunga
" kau tidurlah dulu.. kejap lagi aku masuk".ujarnya. Bunga tidur disofa dibiarkan pemuda itu tidur dikatil agar selesa kerana esok dia perlu memandu jauh.
Mentari pagi menjengah wajahnya. Bunga terjaga dari tidurnya. Dia tergamam melihat dirinya berada diatas katil seingatnya dia tidur diatas sofa semalam. Dia bangun lalu masuk ke bilik air. Baju yang di pakai Firash diambilnya. Diraup lembut baju itu. Bau wangian pemuda itu masih melekat pada baju itu.
" wangi" bisik hatinya. Usai mandi dia ke pantry. Kelihatan ada dulang berisi jus dan kopi serta telur dadar dan beberapa batang sosej disitu dan sekeping nota ditinggalkan.
MORNING SUNSHINE.. SARAPAN UNTUK AWAK DARI SUAMI TERSAYANG.. MAKAN YA
Bunga tersenyum sendiri. Paginya terasa indah. Diambil dulang itu lalu diletakkan dimeja lukisnya. Laut luas menambah rasa gembira dihatinya. Hidangan biasa namun dirasakan istimewa itulah yang dikatakan penangan cinta.
" Alamak dah lambat.. " dia bersiap untuk ke tempat kerja. Terasa tidak sabar untuk sampai kerana dia tahu hari ini Firash punya penggambaran disitu. Dia menyalin uniformnya cepat cepat agar tidak ketinggalan menyaksikan lakonan suaminya. Suasana sunyi kerana penggambaran sedang bermula. Dia menyertai mereka yang menyaksikan adengan romantis didalam pejabat. Bunga terasa seakan tidak selesa. Dadanya terasa sesak tatkala melihat Firash memeluk dan membelai gadis itu.
" sedar lah Bunga.. dia bukan untuk kau" Bisik hatinya.
" cut" tempik pengarah. Lamunannya terhenti. Firash perasan akan kelibat gadis itu dia mahu menghampiri gadis itu namun Bunga lebih dahulu beredar. Terbit kecewa dihatinya.
Bunga rehat sendirian di stor. Air masak dan sebuku roti menjadi pengalas perutnya. Dia perlu berjimat. Dia perlu menjelaskan kos baiki teksi ayahnya yang terlibat dalam kemalangan. Jika teksi itu tidak di baiki selagi itu lah ayahnya menjadi biawak hidup dan memerah keringat ibu dan kakaknya. Sudah beberapa kali dia menangkap ayahnya memaksa anak saudaranya mengemis dijejantas dengan menjual tisu hanya untuk wang. Dia tidak sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai taruhan. Telefonnya berdetak. Mesej dari Firash dibacanya namun dibiarkan sepi. Telefonnya berdering kali ini panggilan masuk dari suaminya
" kenapa tak balas mesej aku" soal pemuda itu
" busy busy" dalihnya.
" kau kat mana ni... tak jelas la" soal Firash lagi
" dalam stor.. tengah brake.. nak apa call aku ni" soalnya.
" Stor mana" soal Firash
" stor cleaner dekat basement.. kau nak apa ni.." soalnya. Tiba tiba talian terputus kerana tiada rangkaian. Bunga bersandar pada dinding lalu dilelapkan matanya agar tidak terasa laparnya. Firash yang baru selesai pengambaran mencari gadis itu risaunya kerana telefon gadis itu tidak aktif. Dibuka pintu bilik yang terletak di lantai bawah tanah bangunan itu. Dia mencari kelibat gadis itu. Hatinya tersentuh melihat keadaan gadis itu.
" ini je makanan kau.. apa yang kau fikirkan Bunga" bisik hati pemuda itu. Dia merapati tubuhnya pada gadis itu lalu diletakkan kepala gadis itu di pahanya agar gadis itu selesa.
Bunga terjaga. Terasa terlalu lama dia menghilang. Didongak kepalanya. Alangkah terkejutnya dia melihat pemuda itu meribanya. Ditatap wajah polos itu semahunya. Di main alis mata pemuda itu lembut.
" apa yang kau mahu dari aku.. bahagia kau bukan dengan aku" ujarnya perlahan tanpa disedari kata katanya didengari pemuda itu. Bunga bangun dari perbaringannya lalu keluar memulakan tugasnya. Tidak lama kemudian Firash juga keluar dari bilik itu dan keadaan itu disaksikan oleh Yuna dan Shila yang baru sahaja masuk ke parkir kereta.
Share this novel