21

Romance Completed 109150

" setaaaannnnnn" tempikan Bunga bergema dibibir pantai. Dilepaskan geramnya oada laut dalam.
" kenapa kau buat aku macam ni.. kau kata kau sayang aku..tapi kau langsung tak percaya aku" rintihnya sendiri. Angin pantai yang bertiup sepoi sepoi terasa dingin. Bara dihatinya terhapus kini hadir duka yang menyebarkan sedih dihati. Dihapus airmatanya perlahan. Esakan tangisnya diperhati Firash dari jauh. Rasa bersalah dihatinya mula bersarang. Dia seakan mahu memeluk tubuh itu namun terasa seperti ada jurang antara mereka.
" abang dekat mana.." soal Shila ditalian
" dekat luar kenapa" Soalnya.
" abang.. apa abang buat ni" marah Shila.
" abang buat apa" soalnya hairan sambil melihat gadis itu berjalan perlahan lahan menuju ke bengkel.
" Shila bagi link abang buka ikut FB" ujar Shila. Talian dimatikan. Firash keluar dari keretanya mahu ke bengkel itu namun langkahnya terhenti apabila menerima panggilan dari Adam.
" Apa pula kali ni" soal Firash geram
" Wei kad nikah kau dengan Bunga kantoi" ujar Adam. Firash tergamam. Dimatikan talian lalu dibuka laman sesawang yang diberi pautannya oleh Shila. Dia tersandar pada keretanya. Kad perakuan nikah mereka kini dicanang. Rata rata media sosial berbicara mengenai perkahwinan mereka. Dibaca komen komen yang ditinggalkan di pautan itu. Risaunya pada gadis itu yang teramat. Dia berlari menuju ke bengkel itu. Dibuka pintu bengkel itu kasar. Matanya terpampam pada tubuh kecil yang sedang duduk memeluk tubuh sambil menangis. Telefon ditangan gadis itu menyala. Firash menghampiri gadis itu lalu dirampas telefon itu dan di lihatnya. Kakinya seakan tidak menapak dibumi nyata apabila gadis itu juga membuka pautan yang sama dan dibaca setiap komen yang ditinggalkan. Komen negatif terhadap gadis itu merobek hatinya apatah lagi gadis itu dituduh punca keretakan hubungannya bersama Yuna.
" Bunga.." panggilnya lembut. Dia duduk dihadapan gadis itu. Bunga masih menunduk. Tidak diendahkan pemuda itu. Hatinya benar benar sakit apabila dirinya diperlecehkan dan dihina hanya kerana dia bukan dari kalangan manusia mulia. Risaunya akan keluarganya takut akan terbongkar sejarah hitam keluarganya. Sedangkan dia yang dikenali sebagai tukang cuci sudah dikeji sebegitu apatah lagi sejarah silam keluarganya bertambah lagi hinaan kejam dari peminat pemuda itu.
" Bunga.. Firash minta maaf" ujar Firash
" kau nak minta maaf buat apa.. bukan salah kau.. salah aku.. sebab hidup dalam muka bumi ni.. salah aku sebab kenal kau.. salah aku sebab ada kaitan dengan kau" ujar Bunga
" no.. Bunga tak salah.. Firash yang tak dapat jadi lelaki yang terbaik untuk Bunga dampingi.. maafkan Firash" Diseka airmata gadis itu. Jari kecil gadis itu digenggam kemas." Firash janji Firash akan selesaikan perkara ni.. Firash akan bersihkan semula nama Bunga" ujarnya
" tak perlu.. biarkan saja.. biarkan supaya aku sedar diri.. aku tidak layak untuk bersama kau" ujar Bunga
" Bunga.." Firash tersentak. Terasa harapannya untuk bersama gadis itu sukar.
" kau balik la.. aku taknak nanti orang nampak kau dekat sini.. aku pula diserbu.. kau balik" pinta gadis itu.
" no.. Firash takkan tinggal Bunga sendiri" ujar Firash
" kau balik.. aku taknak kena cekup lagi.. aku taknak keruhkan keadaan lagi.. aku taknak semua benda yang ada kaitan dengan kau" tengking gadis itu. Firash bangun lalu beredar tanpa memandang gadis itu.

Bunyi kamera mengambil foro wajahnya kedengaran. Langkahnya agak sukar kerana dikerumuni wartawan. Firash hanya berdiam dari memberi sebarang kata. Fikirannya bercelaru. Apa yang harus dia katakan.
" kami akan jawab semua persoalan nanti.. boleh beri laluan" pinta Adam lalu membawa pemuda itu masuk ke kereta.
" dasyat la wartawan sekarang.. seram pula aku" ujar Adam. Firash diam. Dia merenung di luar. Hati dan fikirannya hanya memikirkan Bunga. Risaunya pada gadis itu tidak keruan.
" kau nak aku tengokkan dia ke" soal Adam
" please.. kau make sure dia ok..jangan bagi wartawan jumpa dia"pinta Firash
"ok.. jangan risau la.. Eliza ada dengan dia sekarang ni" ujar Adam
" mana kau tahu" soal Firash. Adam mengangkat telefonnya lalu ditunjukkan foto uang dihantar gadis itu. Firash menatap sekilas lalu memandang keluar. Dia sugul.

Pipi gadis itu ditampar kuat. Bunga berganjak kebelakang sedikit akibat tamparan kuat dari gadis yang berdiri dihadapannya.
" Rayqal kau nak.. sekarang abang aku kau kebas.." tengking Shila yang hilang kewarasan.
" aku tak tahu lah apa yang Firash nampak dekat kau.." Sinis Yuna. Bunga hanya diam. Dia seakan pasrah dengan apa yang berlaku. Baginya rahsia keluarganya lebih penting dari dirinya.
" apa yang kau dah buat pada dia hah.. kau bomohkan dia ke" soal Yuna.
" maaf cik Yuna.. saya bukan terdesak sangat nakkan dia sampai kena main bomoh bagai.." balas Bunga
" kurang ajar kau kan" marah Yuna lalu ditampar lagi pipi gadis itu. Bunga hanya mendiamkan diri.
" apa yang kau tak puas hati dengan kami.. kenapa kau nak porak perandakan kehidupan kami.. kau sedar tak taraf kau dengan kami macam langit dengan bumi" ujar Shila
" sebab saya sedar hidup kita berbeza lah kami bercerai" ujar Bunga. Kedua gadis itu melongo terkejut dengan kenyataan gadis itu.
" kau bercerai.. bila" soal Yuna seakan bina harapan baru
" bila kami bercerai itu tak penting yang penting kami dah bercerai.." ujar Bunga
" kalau betul kau dah bercerai aku nak kau buat kenyataan depan semua wartawan" ujar Shila.
" baik..saya akan beritahu wartawan.. tapi saya minta lepas ni cik berdua jangan ganggu saya lagi dan saya minta tolong supaya Firash dan Rayqal jangan ganggu saya.. jangan datang lagi ke bengkel saya" ujarnya. Gadis itu berpandangan lalu mempersetujui syarat tersebut. Bunga keluar dari pejabat gadis itu dengan kusut masai. Dia turun ke basement lalu masuk ke stor pembersihan bagi melepaskan sisa sebak di dada. Dia merapikan dirinya sebelum dia meneruskan kerjanya semula. Dia mendorong trolinya naik semula ke tingkat yang telah ditugaskannya. Seperti yang dijangka, dia sedang menjadi perbualan hangat disitu.Ramai memandangnya sinis berserta herdikan. Dia hanya mampu diam. Apa yang mahu dia perkatakan lagi. Harinya terasa sangat mencabar apabila dia dipulaukan rakan sekerja.

" ya saya dan Firash pernah berkahwin tapi dalam tempoh yang singkat.. kami sudah bercerai secara baik dan sekarang kami bukan lagi suami isteri" kenyataan Bunga merentap jiwa pemuda itu. Remuk hatinya.
" Sorry Firash.. aku betul betul tak tahu bila dia jumpa wartawan" ujar Eliza cuak
" Kan saya suruh awak stay dengan dia.." Geram Adam.
" saya ada kerja la tadi.. saya ingat dia pegang janji dia.." jawab Eliza kesal.
" takpe.. biarlah.. semuanya dah jelaskan.." Ada duka pada nada itu.
" esok aku jumpa dia aku tanya dia kenapa dia buat macam tu" ujar Eliza
" tak payah.. dia dah jelaskan.. mungkin itu yang dia nakkan.. dia dah buang aku dari hidup dia agaknya" ujar Firash lemah.
" kau jangan cakap macam tu.. kita tak tahu apa yang jadi dekat dia.. mungkin dia ada sebab kenapa dia buat keluar statement tu" ujar Eliza
" biar lah.. memang hakikatnya kami dah berpisah kan" ukar Firash
" ya.. tapi bila statement ni keluar lagi keruhkan keadaan.. korang kawin sekejap sangat.. kau juga cakap kau nak halalkan dia.. bila dah keluar statement macam ni.. ermmm " Adam mengeluh kecil. Sukar dijangka akan hala tuju kisah mereka.
" memang aku nak halalkan dia tapi dia dah pergi jauh dari hidup aku.. apa aku boleh buat" ujarnya lemah.
" so kau nak mengalah je.." soal Eliza. Firash diam membisu.
" Sayang tengok ni" Eliza menunjukkan siaran langsung gadis itu. Siaran langsungnya yang selaiunya ditonton oleh ribuan orang kini hanya mencecah ratusan penonton dan siaran langsung itu juga dihambur dengan pelbagai komen negatif. Dan ketika itu gadis itu hanya diam dan tersenyum kelat. Dijawab beberapa soalan dan ada yang di biarkan sepi tanpa jawapan. Tangannya sedang mengukir ketulan kayu kecil kelihatan menggigil.
" ish la.. melampau betul la.. peminat kau ni memang maksum kan.. " marah Eliza.
" aku nak pergi dekat dia" ujar Firash
" tak payah.. biar aku dengan Adam pergi.. kau balik.. apa apa kami inform dekat kau" ujar Eliza. Mereka menghantar pemuda itu pulang namun langkah pemuda itu terhenti apabila melihat kelibat seorang lelaki didalam siaran gadis itu.
" aku rasa tak perlu kot korang pergi" ujar pemuda itu. Eliza dan Adam menonton suatan langsung itu. Bunga seakan ceria dengan kehadiran pemuda itu dibengkelnya. Segala kecaman yang diterimanya di balas pemuda itu.
" siapa mamat ni" soal Adam
" Ziyad.. budak beach boy dekat situ" jelas Firash. Jelas kecewa diwajahnya.

" Macam mana kau boleh hidup dengan kecaman dari manusia manusia ni" soal Ziyad
" macam mana apa... macam ni la.." seloroh gadis itu.
" habis kau kerja.. takkan kau tak jumpa dia" soal Ziyad
" jarang jarang aku jumpa dia.. dia sibuk dengan shooting.. kalau dia ada pun aku tak kan jumpa..aku floor bawah.. dia master punya dekat atas.. mana aku nak jumpa" jelas gadis itu.
" kau tak sayang dia" soalan Ziyad membuatkan gadis itu terdiam. Dia masih dengan asyik dengan ukirannya
" hoi kau dengar tak.." nada pemuda itu tinggi seoktaf
" dengar.. perlu ke aku jawab" soal Bunga lagi
" perlu la.. aku nak tahu.. mana tahu kot kot aku boleh masuk jarum" usik Ziyad.
" eh kau ni.. kau dengan aku kawan je ye..tak lebih dari itu" ujar Bunga
" habis Firash" soal Ziyad lagi. Tangan berhenti dari mengukir. Diletakkan kayu dan pengukir itu ke atas meja. Di pandang pemuda yang berada dihadapannya.
" Yad.. Dia pernah jadi sebahagian dari hidup aku.. walaupun untuk enam bulan..aku rasa bahagia..aku gembira.. tipu kalau aku kata dalam tempoh enam bulan tu aku takde rasa sayang dekat dia.. tipu kalau aku kata aku tak cinta dia.. kecewa.. memang aku kecewa.. tapi aku tak nak jadi manusia yang penting diri.. aku taknak dia terluka dan tersakiti disebabkan aku.. dunia dia indah berbeza dengan dunia aku.. " luah Bunga
" kau takde terfikir untuk cantum balik apa yang dah terputus" soal Ziyad
" aku serah pada takdir.. aku tak nak terlalu berfikir soal tu.. aku hanya ikut apa yang Allah dah aturkan" ujar Bunga.
" firash aku tak tahu kau ikut ke tak live ni tapi kau dengar kan apa dia cakap.. terpulang la dekat kau.." Bunga tersentak. Ditolehnya kearah telefon pemuda itu. Lalu ditutup mulut pemuda itu
" maaf semua Ziyad nak kena end live sekarang ya" dia kalut kalut menamatkan sesi siaran langsung pemuda itu.
" kau kan" rengus Bunga. Ziyad hanya tertawa.
" aku tolong saja.. mana tahu kot kot bunga berputik kembang mekar" seloroh Ziyad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience