33

Romance Completed 109150

"mana orang tua tu.. memang sial" tempik Melati. Seluruh pelusuk rumah itu berduka dengan pemergian si kecil itu.
" kita tak tahu lagi long.. biar polis siasat" ujar Zainab
" mak.. yang mati cucu mak tau.. anak long.. mak masih nak bela si keparat tu.. walaupun dia anak luar nikah tapi dia darah daging long.. long takkan diam mak" marah Melati. Tudung yang disarung dikepalanya dicampak ke lantai.
" long tenang long.. Huzair baru je kebumi tadi.. kau jangan la macam ni" pujuk Bunga
" kau tak rasa apa aku rasa baik kau diam ngah.. " marah Melati
" long.. dia anak sedara aku long.. darah daging aku long.. kau ingat aku tak sedih ke" Bunga mula menyinga. Firash menarik lengan gadis itu memintanya bertenang.
" anak sedara.. aku mak dia.. aku yang kandungkan dia.. aku yang lahirkan dia.. sakit hati aku ni bila anak aku mati sebab nak penuhkan kehendak jantan tak guna tu.. mak pula nak bela dia" ujat Melati berang
" mak tak bela dia.. kan dah buat laporan polis.. kalau betul dia bersalah biar dia ke dalam" ujar Zainab.
" mak.. mak bukan tak tahu keparat tu dah berapa kali paksa Huzair mengemis dekat jejantas tu semata mata nak dapatkan duit untuk berjudi.. mak nak sangkal apa lagi" tengking Melati
" mak.. betul ke mak" soal Bunga terkejut mendengar berita itu.
" mak ngah tanya ni" soal Bunga
" kenapa mak diam.. mak lebih rela gadai anak cucu mak semata mata nak turut perintah jantan tu.. mak nak tutup maruah mak.. mak gadaikan kami.. kenapa mak tak gadai je tubuh mak untuk ikut kehendak keparat tu.. mak kan pernah jadi perempuan lorong" sinis Melati. Zainab menampar pipi gadis itu. Dirasakan gadis itu sudah diluar batasannya
" kau jangan biadap long.. ya aku perempuan lorong.. tapi perempuan lorong ni juga lah yang lahirkan kau ke dunia ni.. yang kau panggil keparat tu la yang darahnya ada dalam tubuh kau.. kau tahu tak" tengking Zainab.
" long tahu dan long takkan lupa.. tapi long minta sangat long tak lahir dalam keluarga ni.. sebab apa.. sebab orang yang sepatutnya melindungi kami anak anak dorang tak buat macam tu malah menggadaikan anak dorang lagi adalah.. hanya untuk duit dan maruah.. kenapa mak tak bunuh je long dulu mak... kenapa Allah lahirkan long jadi anak mak dengan apak" tengking Melati. Bunga hanya berdiam. Dia menangis semahunya. Zainab terdiam. Dia seakan dibaca buku salah lakunya sendiri. Melati keluar dari rumah itu dengan deraian airmata.

" aku rasa kita tangguhkan dulu pernikahan kita" cadang Bunga
" dengan apa yang terjadi aku rasa bukan masa sesuai untuk kita kawin" ujar Bunga
" tak payah.. korang teruskan saja macam biasa" ujar Zainab
" tapi mak.. kesian dekat long" ujar Melati
" dia tak datangkan jadi apa yang kau nak risaukan.. " ujar Zainab lagi
" tapi mak.. hormat lah perasaan dia" ujar Bunga
" kau ingat kadi nak ikut tarikh kau.. dorang pun ada orang lain lagi nak dorang nikah kan.. lagipun kau tinggal lagi dua minggu sebelum berangkat.. aku takkan benarkan kau pergi kalau kau tak kawin" ujar Zainab. Bunga menyandar pada kerusinya
" tak pe mak.. Firash bincang dengan kadi macam mana.. nanti Firash bagitahu mak ya" ujar Firash. Zainab hanya mengangguk.

Bunga menatap foto Huzair yang diambilnya sehari sebelum kejadian pilu itu berlaku. Sebak yang bersarang dihati di luahkan dengan tangisan.
" Bunga.. jangan macam ni.. Bunga kena kuat.. kesian dekat Melati.. Bunga sumber kekuatan dia tapi kalau Bunga lemah macam mana dia nak kuat" pujuk pemuda itu.
" Tak sangka apak sanggup buat dia macam tu.. " ujar Bunga. Nadanya tersekat sekat.
" Hei.. tak nak nangis nangis little girl" Haq melutut dihadapan gadis itu lalu diseka airmata gadis itu lembut llau dipeluk gadis itu bagi menghilangkan duka dihati.
" Bunga" mereka tersentak apabila nama gadis itu dipanggil seseorang dengan kuat. Firash berdiri dihadapan pintu bengkel berang melihat tingkah gadis itu.
" Firash.. " Bunga berdiri dari duduknya lalu mendapatkan pemuda itu.
" apa kau buat ni" tengking Firash
" kau dengar aku explain dulu ok" ujar Bunga
" explain what.. all this.. " dicampak beberapa keping gambar kemuka gadis itu. Bunga mengutip foto itu lalu diperhati satu persatu. Bunga tersentak. Foto yang menunjukkan dia sedang bergurau mesra bersama Haq dibengkel itu.
" kau nak explain apa.. explain yang dibelakang aku kau berkasih sayang dengan jantan ni.. " tengking Firash
" look.. apa yang kau fikir tak seperti apa yang terjadi sebenarnya" Bunga cuba menjelaskn keadaan.
" apa yang aku fikir salah.. kau cakap sekarang" tengking Firash lagi.
" ni Haq.. kawan aku.. aku tumpangkan dia stay sini sementara pameran tamat" Firash tergamam. Telapak tangannya diletakkan dibibirnya menghindar mulutnya dari mengeluarkan kata kata kesat.
" Dia.. jantan ni.. kawan kau.. stay sini dengan kau" soal Firash tidak percaya.
" aku tumpangkan dia.. dia tidur sini aku dekat atas... " gadis itu masih cuba menjelaskan
" kau nak kata kau dengan dia tak buat apa apa.. macam tu.. " marah Firash. Bunga hanya mengangguk.
" kau ingat aku nak percaya ke.. eh kau.. kau tahu tak dia bakal isteri aku" Firash meluru mendapatkan Haq yang berdiri di meja. Dilepaskan tumbukan dipipi pemuda itu. Haq terdorong kebelakang beberapa langkah.
" Firash.. apa kau buat ni" tengking Bunga cuba meleraikan.
" dah takde perempuan lain dah ke kau nak rembat hah.. " marahnya. Bunga menghalang dari dia melepaskan tumbukan lagi.
" kau tepi bagi aku settle dulu dengan dia.. " marah Firash
" kau dah kenapa.. aku kata aku dengan dia takde apa apa tak faham ke.. " tengking Bunga.
" takde apa apa kau kata.. habis tadi kau berpeluk dengan dia tu apa.. oh sebab ni ke kau nak tangguhkan wedding kita.. kau guna alasan Huzair.. " marah Firash
" Firash you are too much" Bunga merenung Bunga tajam.
" Aku tak tahu apa yang kau dengar dan fikir tentang kami.. tapi jujur aku cakap kalau macam ni lah kau layan Bunga.. kau tak layak jadi suami dia bro" ujar Haq
" setan kau... " Firash melepaskan beberapa tumbukan selepas dia menerajang pemuda itu hingga tersungkur.
" Firash Idlan.. " tempik Bunga. Firash berhenti dari terus membelasah pemuda itu. Direnung Bunga tajam
" Apa.. kau nak bela dia.. kau nak cakap kau sayang dia" ujar Firash. Bunga mendapatkan pemuda itu yang berlumuran darah. Di dudukkan pemuda itu disofa.
" kenapa kau tak percaya aku.. " soal Bunga
" kau nak aku percaya apa.. kau tangguhkan wedding kita then kau boleh tinggal sebumbung dengan mamat ni.. gambar tu cukup dah buktilan yang kau dah curang dengan aku.. aku percayakan kau.. aku ke Texas atas urusan kerja tapi kau boleh layan jantan lain belakang aku.. aku bodoh sebab percayakan kau" kotak cincin yang berada didalam poketnya dikeluarkan lalu dicampakkan kepada gadis itu. Bunga terdiam
" aku cuba bersangka baik lepas aku dapat gambar tu.. tapi kau peluk dia bersaksikan mata aku and kau mengaku kau tinggal sebumbung dengan dia" Ujar Firash. Nadanya kendur. Diluahkan rasa kecewanya
" aku minta maaf sebab tak bagi tahu kau asal dia.. tapi percaya lah aku dengan dia takde apa apa" ujar Bunga.
" Haq.. bagi kami privacy.. " pinta Bunga. Pemuda itu bangun lalu beredar. Dia ke pantai meninggalkan pasangan itu sendirian.
" Aku dengan dia hanya kawan" jelas Bunga.
" aku tangguhkan wedding kita bukan sebab dia tapi sebab aku nak jaga hati long..." jelas Bunga. Diambil kotak cincin yang berada dilantai.
" kalau kau rasa dengan pernikahan boleh buat kau hilang curiga dengan aku.. baik kita nikah esok seperti yang dirancang. "ujar Bunga.
" betul ni" ujar Firash. Bunga mengangguk lalu diukir sebaris senyuman manis dibibir. Malam yang tegang kini sudah kendur. Firash berasa bersalah kerana mencurigai gadis itu. Tiba tiba telefonnya berdetak. Dia menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali. Dia menatap gambar dan video yang diterimanya. Darahnya yang mula sejuk tadi kini kembali membara.
" kau boleh explain tentang video ni" soal Firash. Bunga mengamati video itu. Video yang merakamkan dia dan Haq sedang bergurau senda dan beberapa foto dia membantu pemuda itu memakai pakaian dikatil.
" gambar ni aku tolong dia pakai baju sebab dia tak sihat.. tangan dia tergeliat waktu tolong aku angkat balak ni" ditunjuk bantal kayu besar di meja.
" ni.. aku bergurau je dengan dia" jelas Bunga.
" bergurau.. boleh peluk peluk.. kau aku nak peluk pun kau marah.. tiba jantan lain pula boleh peluk kau" marah Firash.
" Ya Allah.. kau masih fikir kau ada hubungan dengan dia ke" Bunga mula berang.
" mana aku tahu.. kau pun bekas gelandangankan.. tidur merata.. " Bunga menampar pipi pemuda itu
" ya aku gelandangan tapi aku bukan pelacur" tengking Bunga.
" oh ya.. " Firash mula hilang kawalan. Dia seakan tercabar apabila ditampar gadis itu.
" kau nak buat apa ni.. " soal Bunga gugup apa bila Firash menghampirinya dengan renungan yang bernafsu.
" kau jangan buat kerja bodoh" ujar Bunga
" kau nak takut apa esok kan kita nak nikah.. " ujar Firash. Bunga gugup. Dia menyelit dibawah lengan pemuda itu yang menguncinya di dinding lalu berlari ke pintu namun Firash lebih pantas. Dikunci pintu dari dalam. Haq yang mendengar kekecohan itu cuba mendapatkan Bunga namun dia gagal kerana pintu dikunci dari dalam. Dia cuba membuka tingkap namun tidak berjaya. Dia cuak apabila mendengar jeritan dari Bunga.

Dipikul tubuh genit itu naik ke loteng lalu dihempaskan ke katil. Bunga cuba menyelamatkan diri.
" kau nak ke mana" Nada pemuda itu sudah tidak seperti biasanya. Renungannya penuh dengan kerakusan.
" kau nak buat apa dekat aku ni.. tolong Firash.. jangan buat macam ni" rayu Bunga apabila pemuda yang tidak berbaju itu sudah berada ditubuhnya.
" salah ke.. " soal Firash
" tunggu esok kita nikah lepas tu aku ikut cakap kau" rayu Bunga dengan tangisan.
" kau nak bagi aku bangkai ke" sinis Firash lalu merentap baju yang menyelimuti tubuh gadis itu sebelum tubuh itu diratahnya kasar dan rakus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience