" kau kan lukisan je pun..kejut aku macam dapat projek berjuta" rungut Adam. Marah tidurnya diganggu
" aku nak share gembira je..salah ke" Balas Firash
" tahu tapi kacau aku syok mimpi... mana lukisan tu aku nak tengok balik" pinta Adam. Firash bangun lalu diambil lukisan yang diberi isterinya.
" Ni... kau kan.." soal Adam. Firash mengangguk.
" cantik... sapa lukis.." Soal Adam lagi. Firash menunjukkan tanda dihujung lukisan itu
" Bunga.. siapa.." Adam tidak dapat meneka. Firash melepaskan keluhan
" Bunga..bunga.. oh Bunga... dia lukis ni.. bila dia lukis" soal Adam lagi
" hari mula mula aku pergi bengkel" jelas pemuda itu. Adam mengangguk
" korang ada apa apa erk.. kau ada nak bagitahu apa apa yang aku tak tahu tapi aku patut tahu" soal Adam
" mana ada..eh dah pukul sebelas" Firash membuka telefonnya lalu menjengah siaran langsung gadis itu.
" kau tak jawab soalan aku.. ni sejak bila ku ada akaun tiktok ni..kenapa aku tak tahu.. Eh Bunga.. dia buat apa tu" soal Adam
" meja.. kayu chengal tu..besar weh" ceritanya
" mana kau tahu" soal Adam
" aku jumpa dia semalam" balas Firash tenang.
" macam ada yang tak kena lah.." ujar Adam
" diam lah kau.. aku nak tengok dia buat meja" ujarnya. Adam makin keliru dengan perangai pemuda itu. Firash tersenyum sendiri.
" Hai suami orang.." ujar Bunga apabila nama pengguna akaun itu menghantar lambaian. Firash tertawa sendiri
" Dia perasan" gelaknya. Adam semakin hairan. Dia turut menyertai siaran langsung gadis itu.Dia mahu mencari tahu apa yang pemuda itu ketawakan.
" siapa suami orang ni.. banyaknya bagi gift.. kerap komen plak tu.. dia ni syok kat Bunga ke apa.." marah pemuda itu.
" Biarlah.. suka hati dia lah" ujar Firash lalu tertawa apabila Bunga memberi reaksi akan komennya. Adam memerhati dari belakang. Dibaca ciapan komen pemuda itu.
" kau Suami Orang" soal Adam. Firash tersenyum
" wah.. ini dah lebih... Suami Orang..takde nama lain ke" soal Adam
" apa salahnya akaun aku ikut suka aku lah" balas Firash
" kau.. pakai nama tu..tak sesuai weh.. bujang..pakai nama suami orang.. pelik" Ujar Adam.
" tak pelik sebab aku memang suami orang" ujar Firash. Adam terkesima
" kau kawin dengan siapa.. Bunga ke" tekaan Adam tepat namun Firash bersikap tenang
" aku kan selalu shoot jadi suami orang .bini aku saja dah ramai mana.. anak pun dah berderet" selorohnya.
" itu berlakon ngok.. kau ni buat terkejut aku je.. kau ubah la nama lain.. pelik sangat la dengar" suruh Adam namun tiada jawapan dari pemuda itu. Firash leka dengan siaran langsung isterinya.
Majlis persandingan Shila dan Rayqal meriah. Rata rata para hadirin memberi komen yang baik
" ni hadiah untuk korang dari someone spesial" ujar Firash. Bungkusan itu diterima Shila dengan senyuman lebar.
" Honey.. "Yuna merangkul lengan Firash. Firash tampak tidak selesa.
" Akak.. thanks datang tau.." ujar Shila.
" mesti la akak datang.. Adik ipar kawin kot... kan Honey" ujar Yuna
" uuuiiii... sweetnya.." usik Shila. Firash hanya kaku.
" Selamat pengantin baru kawan" ucap Eliza lalu berpelukan dengan gadis itu.
" Habis la kau malam ni" usik Eliza. Yuna memandang gadis itu meluat.
" Eliza boleh aku bercakap dengan kau sekejap" pinta Firash. Rangkulan gadis itu dilepaskan. Eliza mengikut pemuda itu dari belakang.
" ada apa.." soal gadis itu
" aku nak tanya pasal Bunga" ujar pemuda itu
" Bunga.. kenapa dengan dia.. dia ok tak" soal Eliza
" aku tahu kau sebenarnya tak benci dia..tapi kau malu dengan sikap kau yang terburu buru judge dia" ujar Firash. Eliza terdiam
" kalau kau betul betul sayangkan persahabatan kau dengan dia.. aku rasa baik kau berbincang dengan dia.." nasihat pemuda itu
" I tak de apa nak bincang dengan dia.." ego gadis itu.
" terpulang.. tapi dia suruh aku bagi benda ni dekat kau.. katanya hadiah untuk harijadi kau yang ke 19 yang tak dapat dia berikan pada kau" Kotak kayu kecil itu diberikan pemuda itu kepadanya. Eliza membuka kotak yang berisi beberapa keping gambar kenangan keakraban mereka bersama dan batu batu kecil yang mereka lukis bersama. Eliza sebak. Dia mula merindui saat saat itu. Firash meninggalkan gadis itu sendiri.
Firash mengambil telefonnya dari dalam poket seluarnya. Dia tersenyum buat pertama kalinya gadis itu menelefonnya.
" majlis dah tamat ke" soal Bunga ditalian
" dah..aku dekat rumah.. kenapa..rindu aku ke" usiknya
" lamberttt lagi.. aku nak minta tolong kau ni" pinta gadis itu
" apa dia" soal pemuda itu.
" aku dekat bengkel.. aku nak amik baby aku tapi aku tak boleh bawa balik" ujar gadis itu. Firash tersentak
" baby.. kau ada anak ke" soal Firash
" nerd nya kau ni.. motor aku.. aku nak amik tapi aku tak boleh bawa..tangan aku tak boleh bawa jauh lagi.. aku nak minta tolong kau bawakan boleh" pintanya.
" bolehhh apa pula tak boleh... kau dekat mana.. share location kejap lagi aku sampai" ujar pemuda itu. Dia bergegas bersiap lalu mendapatkan sahabatnya
" Dam hantar aku kejap.." pintanya
" mana" soal Adam
" Bunga minta tolong aku hantar dia balik.. dia tak boleh ride motor dia" ujar pemuda itu
" aih lain macam korang ni" Adam cuba serkap jarang.
" kau jangan nak mulakan spekulasi ok.. jom cepat.. nanti lama pula dia tunggu " Firash risau.
" ye... kalau Bunga berak pun kau boleh berhentikan" sindir Adam
" mau tak bini oii" bisik Firash sendiri.
" Hah tu anak itik" ujar Firash apabila melihat helmet itik berada diatas sebuah motor ditepi jalan.
" gila dia ride dari bengkel sampai sini..jauh kot.." Adam terkejut dengan keberanian gadis itu
" entah.. dia bukan sembuh betul lagi tu.. nak kena dah dia ni" rungut Firash. Adam hanya diam melihat keletah pelik pemuda itu.
" ok.. Dam..thanks.. jumpa dekat rumah nanti.." ujarnya
" Bunga mana" soal Adam
" tu.. kau balik lah dulu" suruhnya
" habis kau nak balik macam mana" soal Adam
" takpe pandai pandai lah aku nanti.. ok Dam thanks" ujar Firash lalu menghampiri gadis itu.
" ceh... jual mahal.. padahal hati kata mau.. podah kau Firash" tawa Adam sendiria lalu beredar.
" kenapa kau nak amik motor tak bagi tahu aku.. kau ride sendiri sampai sini.. kau gila ke apa" marah Firash
" aku rindu baby aku.. kan baby" di peluk dan diusap usap motornya. Firash hanya melihat aksi gadis itu
" dah ke tepi... nasib baik aku free kalau tiba aku ada shoot tadi macam mana.. kau kalau sekali tak buat aku susah hati tak boleh" marahnya lagi.
" sapa suruh kau susah hati.. senang senangkan hatimu" tawa gadis itu
" sebab aku suami kau" Firash mengingatkan. Bunga terdiam. Dia lupa dia kini sudah bergelar isteri kepada pemuda itu.
" naik la cepat.." suruh pemuda itu.
" kau pakai helmet aku buat apa.." marahnya
" saja..comel.. kau pakai yang aku punya" Suruh Firash.
" Ish... dah lah tak cantik.. itikkk " rengek Bunga perlahan namun didengari pemuda itu. Firash tersenyum. Motor itu dipandu laju.
Bunga membuka kunci pintu bengkelnya. Firash berdiri di tiang anjung melihat gadis itu dari belakang.
" ok dah sampai..kau boleh balik" suruh gadis itu.
" kau halau aku" soal Firash
" aku tak halau..aku cuma taknak kau dekat sini.. aku taknak ada masalah lagi.." rayu gadis itu
" siapa datang nak buat masalah" soal Firash lagi
" kau kan artis terkenal.. aku taknak ada sebarang gosip.. aku taknak nanti peminat kau pula serang aku dekat sini" ujarnya
" peminat aku tak gila macam kau" Firash masuk ke bengkel lalu berbaring disofa.
" Ish la dia ni.." Bunga membuka tingkap agar aliran udara lancar.
" bangun la.. pergi la balik" dia menarik tangan pemuda itu agar pemuda itu bangun namun pemuda itu masih kaku.
" kau dengar tak" tengking Bunga. Firash bangun lalu bersandar disofa. Dipandang wajah gadis yang berdiri dihadapannya lalu tersenyum.
" kau dengar tak.." marah Bunga
" salah ke kalau seorang suami nak jumpa isteri dia.. salah ke" Bunga menerkup telinganya. Tidak sanggup dia mendengar kata kata itu. Terlalu janggal baginya.
" malu la tu" usik Firash apabila gadis itu beredar. Bunga masuk ke bilik air lalu disalin bajunya. Disarung t shirt dan seluar pendek lalu keluar dan dicapai apronnya dan disarung ke tubuhnya. Dia mahu memulakan kerjanya Dihidupkan mesin untuk dibelah kayu kayu itu.Firash hanya memerhati.
" cantik" pujinya. Gadis itu cekap bermain dengan mesin mesin tersebut. Dengan mudah dia memotong kayu yang sebesar tubuhnya menjadi kepingan kecil.
" Hai semua... ok kita sambung projek semalam... kayu yang ini Bunga dah kecil kan so dapat la ukuran besar ni" ditunjuk kayu itu dikamera telefonnya. Firash hanya memerhati gadis itu berceloteh sambil membuat kerjanya. Tiba tiba gadis itu terdiam. Firash hairan. Dia membuka akaun tiktoknya lalu mengikuti siaran langsung gadis itu. Komen dari Eliza dibacanya.
" Jad.. Bunga tahu itu Jad.." ujar gadis itu sebak. Gadis itu memegang meja lalu menunduk.
" Bunga rindu Jad" ujar gadis itu. Siaran langsung yang ditonton lebih lima ribu orang mula kecoh dan bertanyakan siapa pemilik akaun Jad Si ltik. Firash bangun lalu memeluk gadis itu dengan membelakangi kamera. Bunga membiarkan pelukan itu. Tangisnya membasahi dada pemuda itu.
Share this novel