41

Romance Completed 109150

Sudah sebulan Haq pergi meninggalkan dia dan Fateh. Bunga masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa pemuda itu telah pergi buat selamanya. Dipangku Fateh yang sedang menyusu. Terasa berat hatinya untuk meneruskan kehidupan.
" Bunga.. kau jangan macam ni.. kau kena kuat untuk anak kau" nasihat Ziyad.
" macam mana aku nak teruskan kehidupan aku kalau satu satunya manusia yang hargai aku dah takde. Aku rasa bersalah pada dia sebab aku tak pernah ucap yang aku sayang dia.. aku tak pernah layan dia macam mana isteri isteri yang lain.. aku menyesal sebab masih hidup dalam bayang Firash.. aku dah abaikan orang yang wajib atas aku.. " luah gadis itu.
" Aku tahu kau sayang dia dan aku rasa dia mesti dapat rasa sayang kau dekat dia.. " Ziyad cuba memujuk
" tapi kenapa perlu dia ceraikan aku.. kenapa harus bercerai" tangisnya mula mengalir.
" sebab dia tak nak kau kenang dan ratap pemergian dia.. dia nak kau move on.. kalau kata dia tak ceraikan kau.. aku tak rasa kau boleh bertahan macam sekarang.. lagi pun Iddah kau yang kematian suami tak sama dengan orang bercerai.. kalau kau mati suami aku pun tak boleh jumpa kau.. so dia nak kau sentiasa ditemani.. kau faham tak.. kau jangan terlalu berfikiran negatif.. semuanya ada hikmah dia.. " nasihat pemuda itu. Bungkusan makanan diletakkan ditingkap bengkel. Bunga hanya memandang sekilas.
" so class kau bila mula.. dah ambil student.. " soal pemuda itu lagi.
" aku dah buka pre register.. tengok lah macam mana.. Aku nak settle gantung lukisan semua.. baru aku nak open. Tapi aku tak yakin yang aku boleh buat sendiri tanpa Haq" Airmatanya yang berhenti tadi kini mengalir semula.
" Kau boleh buat.. Aku percaya kau kuat.. sebelum ni macam macam dah kau kena.. kau ok je.. kenapa sekarang kau nak mengalah.. " Ziyad memberi motivasi.
" sebab dulu apa apa aku sendiri.. aku tak bergantung pada sesiapa.. apa aku nak buat aku sendiri.. tapi ni.. usaha aku dan dia.. mana boleh aku usaha sendiri.. Idea dan harapan dari dua orang tapi nak diusahakan seorang.. berat sangat tanggungjawab tu kau tahu tak" tangisnya makin lanjut. Bahunya terhinjut hinjut.
" Dia yakin kau boleh buat sebab tu dia buka Art class tu untuk kau.. dia yakin dengan kau.. kau jangan hampakan dia" Ziyad simpati dengan sahabatnya itu.
" aku takut aku akan hampakan harapan dia yang dikubur bersama.. aku takut aku tak boleh" ujarnya
" jangan mengalah sebelum berjuang Bunga" Ziyad memeluk gadis itu erat.
" aku sentiasa ada dengan kau" ujar Ziyad.

"Abang.. abang yakin tu anak abang" soal Shila
" yakin tersangat yakin" keputusan ujian DNA itu diletakkan keatas meja. Shila membukannya kalut. Matanya hampir terbuntang melihat keputusan itu.
" so apa yang Firash nak buat.. Nak ambil anak tu.. papa tak rasa Bunga akan lepaskan macam tu saja" soal Khalil.
" Betul.. Bunga yang aku kenal bukan mudah nak mengalah" sampuk Rayqal.
" nak tak nak dia mesti kena bagi.. sebab tu anak aku juga.. " bongkaknya
" anak kau.. tapi arwah Haq yang jalankan tanggungjawab sembilan bulan jaga anak tu sekarang kau nak tuntut kata hak kau.. kau tak malu ke dengan apa yang kau dah buat dekat dia" Rayqal tidak bersetuju. Suaranya meninggi.
" yang you nak bela dia tu buat apa.. kalau tak sebab benih abang I takkan dia mengandung.. lagipun suami diakan tak mampu nak bagi zuriat.. jadi biarlah abang nak ambil anak dia.." marah Shila apabila Rayqal mula menyebelahi gadis itu.
" orang macam you memang takkan faham kesedihan orang lain.. " bentak Rayqal
" Untuk perempuan nama Bunga memang I takkan ada rasa simpati walaupun sebesar zarah memang takkan.. " sinis gadis itu.
" Sampai bila you nak stop berdendam dengan Bunga.. Apa yang dia buat sampai you benci sangat dengan dia" marah Rayqal
" korang boleh stop bergaduh tak.. sekarang kita bukan nak bincang pasal korang.. kita nak bincang pasal Fateh.. cucu papa" marah Khalil.
" papa jangan risau.. apapun Firash tetap akan ambil Fateh bawa pulang ke sini" nekadnya.

Bunga memerhati anak didiknya sedang menyiapkan lukisan yang perlu diwarnakan. Dia tersenyum sendiri. Terasa sepinya yang dulu kini sudah terisi.
" Hakim lukis apa ni.. " soal Bunga. Anak kecil itu mengingatkannya pada pemuda yang menjadi peneman hidupnya. Nama dan tingkah anak kecil itu sama sepertinya.
" Hakim lukis pondok tepi hutan dekat rumah Hakim" ujar anak kecil itu.
" tempat main Hakim ke" soalnya
" ha ah.. tempat hakim melukis dan main" celoteh anak kecil itu menghiburkan hatinya. Kedengaran suara Fateh menangis. Bunga meluru mendapatkan anaknya. Dikendong anak kecil itu lalu diberikan susunya.
" Selamat datang" ucapnya apabila wind chime dipintu berbunyi memandangkan ada pelanggan masuk ke galeri kafenya. Dia ke kaunter untuk bertemu tetamu yang hadir.
" boleh saya bantu" soal Bunga namun dia terkedu melihat pemuda yang berdiri dihadapannya.
" Hai Bunga" sapa pemuda itu lalu menoleh kebelakang apabila melihat anak kecil itu sedang meminum susu dari dada gadis itu.
" buat apa datang sini" Bunga menutup kepala anaknya dengan kain bengkung agar tidak kelihatan dadanya yang sedikit terbuka.
" Saya datang nak tengok lukisan.. saya cari lukisan untuk rumah saya" ujarnya.
" tengok lah dulu nanti saya datang" ujarnya lalu masuk semula ke kelasnya dan diletakkan bayinya yang sudah ketiduran akibat kekenyangan. Dia menghampiri pemuda itu.
" Nak cari yang macam mana.. ada tema or idea" soalnya. Firash diam. Bunga turut diam. Dia berdiri kaku.
" saya nak cari lukisan yang menggambarkan ketenangan.. tak terlalu sarat dan tak terlalu simple.. tapi yang penting pelukis dia mesti dia ni" ditunjukkan logo bunga yang selalu diukir pada setiap lukisannnya. Bunga berdehem. Ditelan airliurnya kesat.
" awak tahu tak dia ni pelukis hebat.. oh ya dia girlfriend saya.. tapi saya tak tahu ke mana dia menghilang.. saya nak cari dia sebab saya nak dia tahu yang saya rindu dia... rindu sangat sangat" ujarnya
" maaf ye cik.. galeri ni hanya sediakan perkhidmatan art tutor, cafe dan lukisan untuk dijual.. untuk cari jodoh kami tak sediakan.. maaf kalau encik takde apa apa lagi saya minta diri dulu.. " ujarnya. Diminta pekerjanya membantu pemuda itu namun ditolak pemuda itu. Langkahnya dihalang.
" saya tak suruh cari jodoh.. saya cuma nak tahu kalau lukisan dia ada dekat sini.. sebab kalau ada saya nak minta alamat dia" ujar Firash
" maaf cik.. segala maklumat pelukis kami tak boleh sebarkan sesuka hati.. maaf saya ada kerja" Tangannya dicapai pemuda itu.
" Encik lepas kan tangan saya boleh tak" pintanya
" Sayang.. bagi Firash peluang sekali lagi.. demi anak kita please" pemuda itu tiba tiba merayu.
" anak kita.. mana anak encik.. saya tak kenal anak encik.. dan saya tak kenal encik siapa" ujar Bunga kasar.
" Firash tahu Fateh tu anak Firash.. bukan anak Haq.. sebab Haq tak mampu beri Bunga anak.. dia mandulkan.." pipi pemuda itu ditamparnya kuat. Banyak mata memandang.
" Encik jangan kurang ajar ya.. Suami saya bukan bahan ejekan atau jenaka.. encik kalau takde apa apa sila keluar sebelum saya panggil polis" tegasnya
" Tapi Bunga tak boleh menidakkan yang Fateh tu anak Firash.. darah daging Firash.. " nadanya tinggi seoktaf.
" berambus.. " tengking Bunga
" Firash hanya minta kita berbaik macam dulu semula demi Fateh.. salah ke" soal Firash
" saya kata berambusss" tengkingnya
" Dengar sini Bunga Dhia.. apa pun terjadi Firash tetap akan ambil Fateh.. dia juga anak Firash.. darah daging Firash.. bukan Haq" ugutnya lalu beredar. Mendengar kata kata pemuda itu, Firash menggigil ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience