45

Romance Completed 109150

Bunga termenung di meja. Pelajarnya sudah pulang yang tinggal hanya dia dan beberapa pekerja kafenya. Fateh mula galak merangkak di dalam baby court nya. Bunga hanya melirik sayu. Apatah lagi apabila dia memikirkan masa depan anaknya yang dirasakan agak sukar walaupun anaknya itu anak teruna.
"mak.. kenapa terlalu cepat mak pergi.. ngah perlukan mak.. ngah tak kuat hadap semua ni sorang sorang" tangisanya berderai. Diterkup wajahnya ke meja. Kedengaran esakan tangisnya perlahan. Fateh bermain sendiri. Suara anak kecil itu menebar diseluruh kelas.
"Akak.. akak ok ke.. akak demam ke.. " Azah meletakkan telapak tangannya ke dahi gadis itu.
" tak demam.. akak.. akak ada masalah ke" soal gadis itu lagi.
" akak ok.. Azah dah settle kerja.. nak balik ke.. " soal Bunga lembut. Gadis itu mengangguk. Bunga melepaskan keluhan berat.
" akak.. kenapa ni" soal gadis itu simpati. Mata bundar yang redup itu ditatap namun sukar ditafsir makna yang tersirat. Yang kelihatan hanyalah gambaran duka.
" akak ok.. Azah balik dulu ya.. tutup semua suis, naik kan sign tutup dekat pintu ya.. " pintanya
" akak tak nak balik lagi ke.. dah lewat ni.. dah pukul tujuh setengah petang" ujar Azah. Risau dia melihat akan perilaku majikannya.
" akak nak settle kerja sikit lagi.. lepas tu akak balik" dalih Bunga. Azah mengalah. Dia beredar dan menoleh kebelakang melihat majikannya yang kembali termangu.

Bunga mengemas kelasnya. Didukung Fateh yang ketiduran. Diperiksa semua kunci dan suis. Setelah berpuas hati di keluar lalu dikunci premisnya. Bunga tersentak apabila bahunya disentuh dari belakang. Dia hampir menjerit namun jeritannya terhenti apabila mulutnya diterkup.
" yang terjerit jerit tu kenapa.. nanti orang ingat saya nak apa apakan awak" ujar Firash
" yang awak datang macam tu kenapa.. terkejut tau tak.. nasib baik Fateh tak jatuh" marah Bunga. Kunci ditangan gadis itu dirampas Firash lalu dikunci pintu premis itu.
" biar saya dukung Fateh" pinta Firash. Dirangkul bayi itu kemas lalu menuju ke keretanya
" eh kenapa kereta awak pula.. kereta saya dekat sini" tegur Bunga apabila melihat anaknya dibawa ke kereta pemuda itu yang berada diseberang jalan. Firash tidak mengendahkan gadis itu. Dia berdiri dikeretanya setelah diletakkan bayi itu di dalam carrier yang berada di tempat duduk belakang.
" awak.. bagi balik Fateh.. saya nak balik.. letih tau tak" marah Bunga
" saya hantar" ujar Firash
" tak payah susah susah.. saya boleh drive sendiri" tolak Bunga.
" awak dengar cakap saya boleh tak.. jangan bantah.. " nada Firash sedikit tegang.
" saya bukan nak bantah.. tapi saya ada kereta saya sendiri.. saya boleh drive" marah Bunga. Malas dia melayan karenah pemuda itu.
" no.. saya hantarkan" ujar Firash
" habis kereta saya.. takkan nak sidai dekat sini.. tepi saya nak amik Fateh" ujar Bunga tegas. Didorong tubuh pemuda itu ke tepi kuat. Firash berganjak ke tepi setapak dua. Bunga cuba membuka pintu kereta itu namun di tahan pemuda itu dengan tangan. Mereka bergelut mahu mendapatkan kemahuan mereka.
" awak dah kenapa.. saya penat tau tak.. saya nak balik.. " tengking Bunga.
" saya hantar.. " tengking Firash.
" saya boleh balik sendiri tak faham bahasa ke.. tak payah susahkan diri awak nak hantar saya balik.. saya boleh drive.. " dada Bunga berombak. Amarahnya mula menebar keseluruh tubuhnya. Matanya mula berair menahan marah.
" no.. saya takkan bahayakan nyawa anak saya.. bahaya awak drive dalam keadaan macam ni.. cuba dengar cakap saya" Firash tidak mahu mengalah.
" saya.. kenapa dengan saya.. saya ok.. tak sakit pun" Bunga menggerakkan gerakkan tubuhnya.
" awak nampak sangat letih.. awak pun sehari tak makan kan.. dah ikut saya.. saya hantar awak balik" Firash menggenggam lengan gadis itu kemas lalu menariknya ke pintu kereta. Gadis merentap tangannya kuat lalu ditampar pemuda itu.
" awak takde hak nak paksa saya... diri saya.. saya tahu keupayaan saya" marah Bunga.
" tapi awak pertaruhkan nyawa anak saya Bunga.. " marah Firash
" anak awak.. mana anak awak.. Fateh anak saya.. bukan anak awak Firash Idlan" bentak Bunga lalu dibuka pintu kereta lalu didukung bayi yang sedang tidur itu.
" Saya bapa dia Bunga.. awak tak dapat nafikan tu" ujar Firash
" maaf awak bukan ayah dia.. dari awal lagi awak dah buang dia dalam hidup awak" ujar Bunga
" awak dah kenapa.. apa salah saya dengan awak.. apa yang saya buat sampai awak marah saya macam ni" soal Firash.
" stop ganggu saya dan Fateh.. stop datang jumpa kami.. stop datang kedai saya.. saya dah penat nak layan fitnah dan kecaman peminat awak dekat saya" luahnya.
" apa maksud awak" Firash tersentak.
" awak baca lah berita tentang awak.. tolong.. saya merayu dengan awak.. mak baru je meninggal.. sekarang peminat awak pula hentam saya dengan fitnah.. saya letih Firash" luah Bunga. Firash terdiam. Dia hanya memerhati sosok itu berjalan menuju ke kereta bertentang dengannya. Kereta itu bergerak meninggalkannya. Firash membelek telefonnya. Dia mahu tahu punca perubahan gadis itu. Terbuntang matanya apabila membaca berita berkenaan dirinya dan Bunga. Bunga dituduh sanggup berpisah dengan suaminya hanya kerana mahu memikatnya. Gambar mereka berdua diambil secara senyap senyap.
" shittt" marahnya. Ditumbuk bumbung keretanya berkali kali bagi melepaskan amarah.

Adam hanya mampu berdiam diri. Soalan Forash dibiarkan sepi tanpa jawapan.
" kau dengar tak aku tanya ni... " tengking Firash
" aku tak tahu.. kau bagitahu baru aku tahu... " balas Adam.
" sial la.. siapa punya kerja ni.. " marah Firash
" kau tak boleh salahkan wartawan Firash.. wartawan buat kerja dia.. kau tu.. kenapa tak cover langsung.. kan dah jadi masalah" tegur Adam. Firash diam. Dia mengakui silapnya. Telefon Adam berdering. Adam menjawab namun terdiam lama. Tangannya ligat menaip sesuatu di laptopnya.
" Firash... " panggil Adam
" awak.. awak dengar sini.. saya tak tahu macam mana dorang boleh dapat dan tahu berita ni..apa apa saya call awak ok" ujar Adam. Firash yang membaca berita itu terduduk di lantai. Tangannya digenggam kemas menahan marah.
" kau rasa siapa punya kerja.. siapa yang tahu Fateh tu anak luar nikah selain aku dan Eliza" soal Adam. Firash diam. Dia cuba mengingati.
" Rayqal dengan Shila" ujarnya lalu dia bergegas bangun dan mencapai kunci keretanya.
" kau nak ke mana pula Firash.. kejap lagi kita nak gerak pergi Bukit Merah.. " tempik Adam namun tidak diendahkan pemuda itu. Kereta yang dipandu Firash menderu laju diatas jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience