" boleh tak sesiapa tolong explain apa yang berlaku" Khalil menyinga apabila wajah dua anaknya terpapar didada akhbar. Video berdurasi empat minit itu juga ditontonnya sehingga habis. Firash dan Shila diam. Wajah lelaki tua itu tidak mampu mereka tatap.
" Firash.. Shila... apa semua ni.. korang tahu tak tindakan korang dah memalukan papa.. dah cemarkan nama baik syarikat" Marah lelaki itu lagi
" Ini semua salah betina garik tu.. " ujar Shila
" Berhenti salahkan orang Shila.. shila dah besar.. tak lama lagi nak jadi isteri orang.. berhenti jadi budak budak Shila. " nasihat Khalil.
" tapi pa.. kalau betina tu tak berkepit dengan Eqal takkan Shila nak marah" Shila cuba mempertahankan diri.
" papa dah tanya Rayqal... Dia mengaku yang dia bawa budak tu keluar tapi hanya sekadar adik abang.. lagipun budak tu cedera.. ingar siapa puncanya.. nasib baik dia tak ambil tindakan kalau tak.. " Khalil menggelengkan kepala.
" Firash minta maaf papa.. sepatutnya Firash kena halang perkara tu dari berlaku.. " ujar Firash
" kamu pun Firash.. jangan diturutkan semua permintaan Shila.. Jangan didengar semua cakap dia.. tengok sekarang apa jadi.. nama kamu pun terkait.. " Khalil mengeluh kesal. Firash hanya membisu.
"Akak.. saya dah duduk sini empat tahun akak.. kalau betul saya bawa masuk jantan dah lama kak.. itu abang angkat saya.. dia tolong saya sebab saya cedera.. itupun dia tunggu dekat luar tak masuk pun kak" rayu Bunga.
" takde takde.. akak dah tengok bukti jantan tu ada dekat sini semalam.. dia kerap datang.. akak kena berlaku adil..lagipun akak taknak tanggung dosa bersubahat" ujar wanita itu
" akak dalam keadaan saya macam ni. mana saya nak pergi kak.. " ujar Bunga
" akak tak tahu.. yang akak tahu akak nak kau keluar dari bilik ni hari ni.. akak taknak sebab kau habis laki laki orang yang dekat sini kau kebas" ujar wanita itu. Bunga hanya mampu berdiam. Dia mengalah dengan takdirnya. Dia mengemas barang barangnya. Ditinggalkan sebahagiannya di tepi tangga koridor yang dibawanya hanya beg pakaian dan lukisan yang telash siap dilakar. Teksi yang dipesannya sudah tiba.
" bukan mak tak nak bagi angah tidur sini malam ni.. tapi apak ada.. " ujar Zainab
" mak malam ni je.. Angah tidur dekat stor pun takpe.. " rayunya
" nab siapa yang datang malam malam ni.. dia nak apa" tempik Fuad dari dalam. Melati dan Zainab cuak.
" tak pelah mak.. angah tidur dekat bengkel saja.. angah nak minta tolong Munir hantarkan boleh.. lukisan ni mak suruh dia hantar esok dekat bengkel" pintanya.
" hah ok ok" melati dan ibunya bergegas masuk ke dalam rumah takut akan diketahui Fuad. Munir membonceng motornya membelah kelam malam menghantar kakaknya ke bengkel yang jaraknya sepuluh kilometer dari rumah mereka.
" aku minta maaf susahkan kau malam malam buta ni" ujar Bunga
" apalak susahnya.. takkan aku nak biarkan kau merayap sorang sorang memalam buta ni.. dengan kau yang capek ni lagi.. aku tak kejam macam apak" ujar Munir.
" esok kau tolong hantarkan lukisan aku dekat bengkel ya.. " nadanya mendatar. Masih terasa sebak dihati.
" ye esok aku hantar sebelum aku pergi sekolah." ujar pemuda itu.
Lampu bengkel dibuka. Mentol cahaya kuning itu kelihatan samar samar. Suram. Seperti hatinya. Deruan ombak menghempas pantai meredakan duka dihati. Diambil beberapa keping foto lalu di masukkan kedalam laman instagramnya. Panggilan dari Rayqal yang dibiarkan tidak berjawab dihapuskan dari senarai. Ditarik kerusi ke anjung bengkel. Di tatap laut yang kelam. Cahaya bulan terang tidak dapat menembusi kegelapan malam. Keluhan berat dilemparkan.
" nak buat apa sekarang.. nak melukis pun tak oleh.. nak bertukang pun tak oleh.. " rungutnya. Dinikmati keindahan alam semahunya.
" Kau nak buat macam mana sekarang" soal Adam.
" biarlah.. lama lama senyap la" ujar Firash tenang
" wei.. dua drama dah reject kau sebab kes ni" balas Adam
" job lain kan ada.. runaways.. iklan.. lagipun aku nak rehat kejap dari berlakon.. aku serabut.. nak settle hal Shila dulu bagi habis" ujarnya.
" senangnya kau cakap.. eh kau ada jumpa Bunga.. apa cerita dia lepas kejadian tu" soal Adam.
" entah" Firash menjungkit bahunya. Ya Bunga.. nama itu seakan sudah lama tidak kedengaran. Apakah yang berlaku pada gadis itu. Sudah pulih ke dia.. Masih bertongkat kah dia.. Seribu persoalan bermain difikirannya..
" Dam.. aku keluar kejap" ujar Firash
" kau nak kemana" soal Adam namun tiada jawapan.
" wei jangan lupa mask.. nanti kang tak pasal pasal kena serbu" tempik Adam. Kedengaran bunyi kereta milik pemuda itu keluar dari garaj mereka. Firash ke bilik gadis itu namun sudah punya penghuni baru.
" mana dia menghilang" bisik hatinya
" Rayqal aku nak tanya.. kau tahu bunga pergi mana" soalnya ditalian
" aku tak tahu.. call aku dia tak jawab.. mesej aku dia tak balas.. dia dah pindah.. " ujar Rayqal
" agak agak kau dia pergi mana" soalnya lagi
" kau try tanya Jad.. mana tahu kot kot dia tahu" cadang Rayqal. Hanya Eliza harapannya untuk dia tahu akan keberadaan gadis itu.
" I tak tahu.. Kampung dia pun I tak tahu sebab dia tak pernah bagitahu kampung dia dekat mana..cuma yang I tahu dia kerja dekat bengkel kayu.. Dia belajar pertukangan dekat bengkel tu.. " jelas Eliza.
"kau tahu bengkel tu dekat mana" soal Firash
"tak.. I tak tahu.. sumpah.. I tak tipu" sungguh gadis itu.
"kau kan rapat dengan dia" Firash masih mencuba.
"ya.. tapi tak semua dia cerita... apa yang I tahu dia ex Juvana.. tapi sepatutnya bukan dia yang dihukum.. " ujar Eliza
" ex juvana?? " Firash seakan tertarik.
" ha ah.. dia tikam lelaki yang cuba raped kakak dia.. time tu dia form one kalau tak silap.. then habis hukuman dia balik ke kampung. Ayah dia gambler.. selalu pukul mak dan kakak dia untuk duit... mak dia ambil upah jahit dan dobi baju.. Satu hari tu dia tak tahan sangat dah dengan perangai ayah dia.. dia lawan cakap ayah dia.. bergaduh besar katanya.. ayah dia halau dia..then dia duduk dekat tepi jalan.. tapi dia tetap pergi sekolah curi curi belajar.. dia kumpul tin dan botol waktu I kenal dia.. Dia baik sangat... dia pemurah orangnya.. tak kedekut walaupun apa yang dia ada hanya cukup cukup untuk dia..dia tetap berkongsi.. dia punya hati yang mulia.. dia sanggup berkorban untuk orang lain.. you bayangkan ye.. dia kutip tin botol jual.. dia kerja cuci pinggan..sapu sapu bangunan.. duit tu satu sen pun dia tak guna.. dia beri semua dekat mak dia.. dia.. macam dia kata hari tu lah.. hanya makan sisa paling hebat pun lepas settle kerja cuci pinggan baru dapat makan sedap" ujar Eliza.
" Kau kata dia punya hati yang baik tapi kenapa sampai sekarang kau tak bercakap dengan dia" soal Firash..
" entah.. I pun tak tahu apa punca kami renggang.." Eliza seakan menyesal dengan tindakannya
" kau rasa betul ke dia dengan Rayqal.. kau tak rasa itu fitnah" soal Firash lagi. Eliza terdiam.
Firash melihat akaun instagram gadis itu. Diteliti satu persatu gambar.
" Dam.. ni dia baru upload ni.. " Ujar Firash.
" siapa" soal Adam
" Bunga" ditunjuk foto itu kepada pemuda itu.
" ha ah.. takkan dia ada dekat bengkel dia.. gambar waktu malam ni.. " ujar Adam
" tu lah.. kau tahu bengkel dia dekat mana" soal Firash
" tak.. mana aku pernah pergi.. tak sekarang ni yang kau risau sangat dengan dia ni kenapa.. jangan kata kau ada hati dekat dia ye" usik Adam
" aku.. ada hati dekat dia.. minta simpang la.. aku cuma nak tahu keadaan dia lepas kejadian tu.. semuanya drastik.. dia kena halau dari tuan bilik tu sebenarnya.. sebab gossip kata dia penyondol" cerita Firash
" kesian dia..kalau ikutkan dia kena buat terapi kan.. balutan tangan dengan kaki dia dah buka ke.." soal Adam
" eh tadi kau kata aku ni kau pula yang risau.. " balas Firash
" bukan.. aku macam kau juga.. Bunga.. dia ni macam somethingkan.. suka buat orang terfikir pasal dia.. but frankly speaking she's very nice person.. aku baru dua tiga kali sembang dengan dia.. aku suka.. " ujar Adam. Firash merenung pemuda itu tajam.
" apahal kau tenung aku.. weh... kita betting hari tu pun kau tak tunai kan lagi kan.. haha.. bila nak buat operasi ni.. " Adam mengingatkan. Firash berbaring disofa lalu menerkup mukanya dengan bantal.
Share this novel