65

Romance Completed 109150

Bunga menghirup teh o panas dihiasi hamparan biru yang terbentang luas. Dia perlu berdiam. Melati yang menghubunginya tadi tidak dijawab panggilannya. Dibiarkan tanpa balasan. Dia nekad dengan keputusannya. Kakaknya harus diselamatkan dari terus terjerumus ke dalam dunia pelacuran.
" Yad.. " tempik Bunga tatkala melihat sahabatnya melintasi bengkelnya.
" heyyyy... " Ziyad berlari anak mendapatkan Bunga yang sudah menanti di pintu.
" lama tak nampak kau.. sihat.. " soal Ziyad. Bunga mendepang kan tangannya lalu diperlihatkan dirinya tanda sihat.
" kau apa cerita skang.. ramai pelanggan.. kau tak sailing ke hari ni.. tak nampak pun jetski dengan bot kau" soal Bunga.
" Kau tak nampak ke langit tu warna apa.. mana boleh sailing.. " didongakkan wajah Bunga ke langit. Bunga tersenyum kambing. Kakinya menguis nguis pasir pantai. Mahu dihilangkan resah hatinya.
"ada apa apa yang patut aku tahu tapi aku tak tahu" soal Ziyad apabila melihat raut wajah sahabatnya seakan memendam rasa.
" hah.. takde.. ok.. semua ok" tipu Bunga. Wajahnya tetap menatap pasir pantai yang memutih. Cengkerang kecil yang telah kehilangan tuan ditekan tekan dengan kakinya hingga lumat.
" kenapa ni... sejak bila kau pandai berahsia dengan aku hah" Ziyad memegang kedua bahu gadis itu. Didongakkan dagu Bunga agar mata mereka bertatapan. Mata gadis itu mula berkaca.
" hei.. kenapa ni.. " soal Ziyad lagi. Tidak semena mena airmata gadis itu merambu melimpahi tebing mata lalu pecah satu persatu butir mutiara kecil dipipi gadis itu. Ziyad memeluk erat sahabatnya bagi berkongsi duka.

"kau tak salah bunga... apa yang ku buat tu satu keputusan yang bijak.. Tak sangka aku Melati boleh jadi sampai macam tu.. Tapi aku harap dengan masalah mental dia boleh jadi alibi untuk dia tidak disabitkan dengan kes mak kau" ujar Ziyad. Dicuba menenangkan Bunga yang dari tadi berderaian airmata.
" dah tu Firash?.. korang macam mana" soal Ziyad.
" aku nak undur diri.. aku tak nak jadi penghalang antara dia dan mira" nada Bunga sebak. Dilemparkan pandangannya kearah laut luas. Ziyad terdiam. Dia terkejut dengan kenyataan sahabatnya. Dia tahu bahawa gadis yang sedang duduk disisinya terlalu menyayangi lelaki itu tapi dengan apa yang berlaku dia juga tidak mahu menghalang sahabatnya untuk membuat keputusan.
"bodoh ke aku Yad" soal Bunga tiba tiba. Ziyad menoleh. Wajah Bunga dipandang lama. Raut duka yang terlakar jelas tidak dapat menyembunyikan realiti.
" kenapa kau tanya macam tu.. " Ziyad cuba mengatur ayat agar tidak mengguris hati.
" ye lah.. aku bodoh ke tolak dia dari hidup aku.. " Bunga menyeka airmatanya lembut.
" kau tak bodoh Bunga.. Kau tahu apa yang terbaik untuk diri kau.. kau perlu cari bahagia lau sendiri walaupun bukan dengan dia.. kau tak perlu menyiksa diri.. kau dah cukup tersiksa dan terbeban Bunga.. Kali ni aku nak kau kembang mekar.. dan aku tahu banyak kumbang yang lebih layak untuk mendekati kau.. lagipun kalau di betul betul sayangkan kau kenapa dia perlu bertunang dengan Mira.. jangan bagi alasan keluarga.. dia anak jantan weii.. boleh buat keputusan sendiri.. " Ziyad meluahkan. Digenggam pasir pantai kemas. Geramnya terhadap pemuda itu membara dihati. Tidka sanggup dilihat sahabatnya menderita lagi.
" tapi aku sayang dia" tangis Bunga berderai lagi.
" aku tahu.. cukup lah sebelum ni kau di fitnah jadi perosak rumahtangga Rayqal.. kali ni takkan kau nak biarkan orang mengata kau lagi.. kalau dulu fitnah kali ni jangan jadikan fitnah tu satu realiti.. kesian Fateh nanti akan terima tempias. " jelas Ziyad. Dirangkul bahu sahabatnya erat.
" aku tahu kau sayang dia.. tapi aku harap sangat kali ni kau sayangkan diri kau dulu Bunga.. Dahulukan diri kau dulu baru orang lain.. aku nak kau rasa manisnya kehidupan" nasihat Ziyad sambil dilurut lembut bahu sahabatnya.

Firash memandang kipas yang sedang berputar. Kepalanya serabut. Perbualan antara dua sahabat tadi benar benar mengganggu benaknya.
"aku dah tak penting dalam hidup kau Bunga" soal Firash dalam hati. Ditumbuk tilam berkali kali melepaskan geram.
" Papa.. " suara anak kecil itu memecah sesak kepalanya. Firash bangun dari perbaringannya.
" Fateh... " Didepangkan dadanya. Anak kecil yang berada dihadapan pintu berlari kearah pelukan ayahnya.
" Fateh... fateh nak jumpa mama tak" soal Firash.
" yeay.. mama" tempik anak kecil itu keriangan.
" jom bersiap.. kita jumpa mama.. kita bawa mama balik sini ya" ujar Firash. Dibawa anak kecil itu pergi. Dia masih menyimpan harapan agar Bunga agar beralih kepadanya.

Bengkel kelihatan sunyi. Tiada tanda tanda berpenghuni. Firash melihat sekeliling. Hampa. Bunga tiada disitu.
" kau cari Bunga. "Soal Ziyad yang datang dari pantai.
" ha ah.. kau ada nampak dia" soal Firash.
" dia dah balik.. dengan Melati.. " ujar Ziyad. Firash cuak.
" Melati... kenapa kau tak halang" Firash mula berang.
" itu kakak dia.. apa aku boleh buat.. lagipun Bunga yang nak ikut.. aku tak boleh halang" jelas Ziyad mempertahankan dirinya.
" Melati tu... ishhh" Firash mula tidak keruan. Ditelefon Bunga namun telefon gadis itu tidak berjawab.
" aku tahu.. Bunga dah ceritakan semuanya.. aku dah halang tapi dia tetap nak ikut.. dia kata dia nak selesaikan semuanya then dia balik sini balik. " cerita Ziyad. Didukung Fateh yang termangu.
" Dapat" soal Ziyad. Firash hanya menggeleng. Mereka mula risau.

Ziyad kaget. Firash rebah ke bumi apabila mendengar berita yang baru di terimanya. Eliza berlari mendapatkan dua pemuda yang sedang berlinang airmata.
" Firash.. mana Bunga... Ziyad.. Bunga mana" soal Eliza.
"korang dengar tak aku tanya ni" tengking Eliza. Namun masih tiada jawapan dari dua pemuda itu.
" korang pekak ke" tengking Eliza lagi.
" Jad... sabar Jad... kita dekat hospital ni" Adam memujuk teman wanitanya yang mula tidak terkawal kemarahannya.
" doktor macam mana dengan kawan saya" soal Eliza tatkala melihat kelibat seorang doktor keluar dari bilik pembedahan.
" cik keluarga Cik Bunga ke" soal doktor wanita itu.
" saya.. saya bekas suami dia.. ini anak dia... kenapa.. kenapa doktor.. kenapa dengan Bunga" soal Firash dengan penuh debaran.
" maaf encik.. Cik Bunga tak dapat kami selamatkan kesan dari tikaman yang tepat mengenai jantung Cik Bunga mengakibatkan Cik Bunga kehilangan banyak darah.. Maafkan kami.. pihak kami telah cuba sedaya upaya namun Tuhan lebih menyayangi dia. " seakan langit terhempas ke bumi. Firash menangis lalu meraung semahunya.
" ini semua salah kau Firash.. kalau dari awal kau buang ego kau.. kau buang baran kau.. Bunga takkan mati kau tahu tak" tengking Eliza. Deraian airmatanya mengalir deras. Satu satunya sahabat baiknya sudah pergi selamanya. Adam menenangkan teman wanitanya.

Fuad dijatuhi hukuman gantung kerana menyebabkan kematian isterinya dan Bunga serta disabitkan kesalahan pemerdagangan manusia dengan melacurkan Melati dan beberapa orang gadis lain termasuk Bunga. Melati dimasukkan ke hospital bahagia kerana gangguan mentalnya yang sudah tidak terkawal selepas kematian Bunga.
" mak.. munir datang" panggil munir. Dia duduk di sisi katil Melati yang termenung kosong dijendela.
" mak.. jom munir bawa mak jalan jalan.. " di sorong kerusi roda merapati katil. Melati hanya mengikut. Pandangannya kosong. Munir membawa Melati ke taman bagi menghirup udara segar.
" kau ada nampak Bunga" soal Melati. Munir diam. Kaku.. sejak dua Melati ditahan itu kali pertama wanita itu berbicara dengannya.
" mak.. ngah.. " sebak hatinya untul meneruskan bicara. Apatah Melati tiba tiba mengusap pipinya lembut.
" munir.. maafkan long.. aku bukan kak dan mak yang baik.. aku tak jaga Bunga seperti mak minta.. aku tak jaga kau.. aku sakitkan hati kau.. maafkan aku munir" ujar Melati tiba tiba.
" mak.. " Munir mula menangis. Dipeluk wanita yang melahirkannya erat
" Aku tak jaga huzair dengan baik.. sama dengan kau.. aku abaikan kau.. maafkan aku" rintih Melati.

Firash membersihkan pusara gadis kesayangannya hingga bersih. Disapu nisan putih sebagai penanda pusara.
" awak.. saya rindu awak.. " rintihnya. Bahunya yang terhinjut hinjut dipegang lembut dari belakang.
"papa.. jangan menangis.. mama dah tenang dekat sana" Firash menoleh.
" Awak.. fateh dah lapan tahun.. perangai dia sebiji macam awak... pandai melukis dan bertukang.. sama macam awak" cerita Firash pada pusara yang tidak akan menjawab. Firash yang memutuskan pertunangan dengan Mira setelah perilaku kasar gadis itu terhadap anaknya. Firash masih tidak punya pengganti setelah Bunga Larangan itu tersemat abadi dihatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience